Aimi Rahayu AR | πŸ‘§, SexRepro Health
870 subscribers
177 photos
7 videos
13 files
100 links
Download Telegram
Kenapa kita pentingkan tahap berat badan ibu sebelum hamil dan kenaikannya semasa hamil?

Agak-agak kenapa?

Ada 3 peringkat waktu di mana berat badan diambil kira.

1. Sebelum hamil
2. Semasa hamil
3. Selepas bersalin

Bukan sahaja boleh membawa masalah kepada si ibu malahan kepada bayi di dalam kandungan (untuk dua peringkat waktu yang pertama), kesan jangka panjang juga.

Tidak keterlaluan dikatakan, berat badan si ibu boleh mempengaruhi kadar kes dan seriusnya masalah obesiti untuk generasi akan datang. Ianya bermula daripada waktu pra-kehamilan lagi (peringkat waktu pertama).

Kehamilan adalah satu fasa penting untuk membantu menurunkan kadar epidemik obesiti generasi akan datang.

Cara hidup sihat yang diamalkan boleh memberikan kesan jangka panjang kepada si ibu, bayi dan generasi akan datang.

Semasa hamil, hanya 1/3 wanita berjaya naik berat dalam lingkungan berat yang disyorkan berdasarkan BMI mereka.

Setiap kali temujanji susulan kehamilan, berat badan akan ditimbang. Kenaikan berat badan semasa hamil dilihat sebagai satu faktor pembolehubah kebarangkalian masalah kehamilan dan kelahiran yang boleh berlaku.

Kenaikan berat badan yang rendah boleh menyebabkan bayi dilahirkan kecil daripada usia kandungan, kelahiran pramatang.

Kenaikan berat badan yang banyak pula berisiko tinggi tekanan darah tinggi, kencing manis, keguguran, kecacatan kongenital, pre-eklampsia, bayi besar/makrosomia, kelahiran menggunakan alatan vakum/forceps dan sebagainya.

Tetapi, wanita tidak digalakkan untuk turun berat semasa hamil.

Jadi, apa nak buat?

Adanya kesedaran dan langkah-langkah perlu diambil untuk mengawal kenaikan berat badan daripada berlebihan semasa hamil, yang boleh menyebabkan komplikasi.

Kalau boleh hamillah dengan BMI normal.

Langkah-langkah yang boleh dilakukan.

1. Pra-Kehamilan - perbaiki kualiti diet, banyakkan aktiviti fizikal, BMI normal sebelum hamil. Boleh bantu haid, ovulasi.

2. Semasa hamil - kenaikan berat badan dalam lingkungan yang dibenarkan mengikut BMI.

3. Selepas bersalin - turunkan berat badan ke BMI normal.

#AimiGYN
#MedTweetMY
Jika kenaikan berat badan semasa hamil melebihi tahap dibenarkan, bayi berpotensi menjadi makrosomia (>4 kg) 2-3 kali ganda.

Jadinya, kenaikan berat badan yang berlebihan atau tidak mencukupi boleh mempengaruhi ibu dan bayi ya.
Bagaimana peranan diet yang sesuai?
Kenaikan berat badan berlebihan berkait rapat dengan diet yang tidak seimbang.
Wanita hamil perlu diberikan nasihat diet secara individu agar kawalan berat badan dapat dilakukan dengan baik.
1. Kurangkan makanan yang mempunyai Indeks Glisemia Tinggi.
2. Makanan berprotein bantu kurangkan risiko bayi kecil dalam kandungan, terutama untuk golongan wanita hamil yang kurang zat makanan (undernourished).
3. Makanan tinggi serat, bijirin, buah, tinggi probiotik juga digalakkan.
3. Aktiviti fizikal seaktif, semampu oleh wanita hamil
KENAPA EDD SAYA TAK BERUBAH DOKTOR?

Datang seorang ibu muda ke klinik antenatal hari ini. Sejarah kesihatannya tiptop, tiada juga masalah berkaitan kehamilan kali ini. Kelihatannya seorang yang ambil berat dan tahu setiap inci berkaitan kehamilan. Ini saya suka!

Seketika selepas duduk, dia bertanya , "Dr, saya sudah dapat scan semalam, baby kecil seminggu daripada jangkaan berat ikut kehamilan saya, tak tukar due date saya ke Dr?"

Saya tidak terkejut mendengarnya. Kerana soalan ini kerap kali ditanyakan di klinik.

"Kalau saiz bayi 'plus minus' dua minggu masih dikira normal, Puan. Dan biasanya kita akan plot graf tumbesaran (growth chart) bayi juga. Jangan risau."

"Tarikh due kebiasaannya ditetapkan pada hujung trimester pertama, 'booking scan'. Selepas itu, imbasan bayi akan melihat tumbesaran supaya jika ada masalah tumbesaran di dalam kandungan, kita dapat tengok dan 'monitor'. Jika perlukan kelahiran dipercepatkan pada usia pramatang, perbincangan juga akan dilakukan."

---

'Booking scan' adalah salah satu scan yang penting dilakukan. Kebiasaannya pada usia kandungan 11 minggu hingga 13 minggu 6 hari, adalah waktu paling tepat untuk mengesahkan usia kandungan, seterusnya due date kehamilan.

Ini kerana pada masa ini, ukuran bayi menggunakan ukuran dari hujung kepala ke punggung ('crown-rump length') dapat mengesahkan tarikh ini dengan ketepatan tersasar 5 hingga 7 hari.

Ada dua cara kita tentukan tarikh EDD ini. Satu dengan menggunakan tarikh hari pertama haid yang lepas ('last menstrual period"). Jika wanita ingat dan yakin tarikh LMP ini betul, dan apabila diimbas, tarikh EDD yang dikira melalui LMP dan mengikut imbasan tidak lari lebih daripada 7 hari, maka tarikh EDD akan diambil berdasarkan tarikh LMP. Jika lebih, tarikh EDD akan diambil berdasarkan tarikh yang diberi selepas imbasan.

Selalu didengar, wanita dinasihati untuk menukar tarikh LMP mereka lebih lewat supaya apabila dikira tarikh EDD, akan menjadikan mereka lewat 2 minggu, maka akan menyebabkan kehamilan mereka, walaupun sebetulnya akan menjadi 42 minggu, tetapi di dalam buku pink tertulis 40 minggu, nak elak kena 'induce' bersalin katanya. Mahukan biar datang sendiri tanda-tanda bersalin dan terus bersalin walaupun sampai ke 42 minggu.

Jangan buat begini ya!

Jika diimbas dan berlainan, tarikh akan ditukar juga.

Berbincanglah dengan doktor jika ada sebarang kemusykilan tentang kehamilan dan kandungan anda. Setiap wanita hamil perlu menjadi pro-aktif dalam perjalanan penjagaan kesihatan dan kehamilan mereka. Jangan ambil nasihat sebarangan yang boleh membahayakan diri dan kandungan anda.

Saya percaya wanita masa kini mahu tahu dan mahu menjaga diri mereka berbekalkan ilmu kesihatan yang betul.

ke arah 'Health Empowerment and Ownership' yang mampan!

#AimiGYN
#MedTweetMY
Ini susulan daripada bebenang 'booking scan' dan EDD baru-baru ini.

Nak tahu satu imbasan yang penting buat kandungan anda? Pernah dengar imbasan 'nuchal translucency'.

Nuchal translucency atau mesra dipanggil NT ialah satu ruang berisi air di belakang tengkuk bayi di dalam kandungan yang diimbasan pada hujung trimester pertama, iaitu usia kandungan 11 minggu ke 13 minggu 6 hari. 

Teknik dan ketika imbasan NT ini dilakukan, ada kriteria-kriteria tertentu dan juga orang yang mengimbas juga kebiasaannya perlu menjalani latihan dan akreditasi supaya imbasan yang dilakukan adalah tepat dan boleh digunakan.

Apa kepentingan  untuk dilakukan imbasan NT ini? 

Ia dapat mengesan samada risiko tinggi atau rendah mendapat masalah seperti di bawah : 

1. Genetik aneuplodi - Sindrom Down, Sindrom Turner

2. Genetik/Sindrom/Kecacatan struktur bukan aneuplodi 

a) penyakit jantung kongenital

b) Sindrom Noonan

c) Diaphragm Herniasi Kongenital

d) omphalocele - kecacatan pada dinding abdomen

e) displasia rangka badan

Banyak terma bukan? Tapi yang penting diketahui ialah kepentingannya. Lepas ini jangan lupa dapatkan imbasan ini pada waktunya ok!

#AimiGYN
#MedTweetMY
BETULKAN RAHIM TERBALIK.

"Doktor, sebelum saya kahwin baru ni, saya pergi berurut. Bidan urut cakap rahim saya terbalik, ke belakang. Dia pun urut bagi elok balik. Ada masalah ke saya nak hamil Dr?"

Saya kerap juga dapat soalan ini. Ada beberapa perkara saya nak huraikan di sini.
1. Lokasi rahim, depan belakang.
2. Ada kesan ke lokasi rahim kepada potensi hamil?
3. Urut rahim jika tiada masalah/patologi sakit puan, apa yang diurut? Kalau ada masalah sakit puan, adakah berurut akan menyelesaikan masalah itu?

Moh kita perhalusi.

1. Lokasi rahim, depan belakang.
Lokasi rahim ini ada dua variasi yang normal itu ke depan (anteverted) dan ke belakang (retroverted). Lokasi ini kita boleh nampak semasa imbasan ultrasound dan cuba lihat lokasi pundi kencing masa tu. Cuba tengok gambar yang saya lukis. (Lukisan tangan bangku teman πŸ˜…).

Saya kata normal sebab ia variasi kedudukan rahim itu, anteverted 70-80%, retroverted (selebihnya)p daripada wanita.

Ok setel bab ni.

2. Ada kesan ke lokasi rahim kepada potensi hamil?

Nak tahu cerita tak? Banyak kali juga masa nak masukkan alat perancang keluarga kepada wanita pada 6 minggu selepas bersalin, masa imbas tu momen #eh 'Rahim Puan retroverted, Puan sedia maklum ya?'

"Eh, tak tahu pun Dr., tak pernah imbas kalau tak hamil pun, jadi tak pernah tahu."

'Oh, tidak mengapa Puan. Tiada masalah pun kedudukan rahim Puan, Puan dah beranak 3, jika tiada patologi lain dengan pemeriksaan doktor, ini hanyalah variasi normal sahaja, tidak perlu risau.'

Kalau disebabkan lokasi sahaja, tidak menjadi masalah. Masalah ketidaksuburan ni perlu mendapat pemeriksaan doktor ya untuk mengetahui punca dan rawatan.

Nak bersalin pun boleh normal je. Bukan asal rahim ke belakang, kena bedah. Bukan begitu. Indikasi pembedahan bukan sebab lokasi rahim ke belakang. Mesti ada sebab lain.

3. Urut rahim jika tiada masalah/patologi sakit puan, apa yang diurut? Kalau ada masalah sakit puan, adakah berurut akan menyelesaikan masalah itu?

Rahim dalam keadaan normal atau tidak hamil, adalah organ pelvis, makna kata dia terlindung di bawah tulang pelvis (pinggang an ke bawah), berada di belakang/bawah pundi kencing. Jadi kalau ada orang pergi berurut masa ini, tak tahu apa yang diurut, rahim tak tercapai ni. Melainkan ada masalah patologi fibroid ke adenomyosis ke, itupun kedudukan struktur itu dan saiznya perlu besar untuk membolehkan tangan kita merasai benjolan di permukaan abdomen.

Ada struktur juga yang memegang rahim di pelvis. Pendek kata nak ubah kedudukan itu, sesuatu yang tidak dapat dilakukan, nak ubah ke depan ke belakang bukan dengan berurut.

Jadi kalau ada masalah sakit puan atau abdomen membesar, saya nasihatkan berjumpa doktor ya. Jangan berurut sebarangan. Kalau pecah sista atau terpusing salur fallopian, kandungan luar rahim, benjolan yang mencurigakan pada imbasan, kena berjumpa doktor.

#AimiGYN
#MedTweetMY
BENARKAH RAHIM BOLEH LEMAH?

'Dr, saya takutlah. Pernah gugur dua kali, boleh ke Dr bagi ubat untuk kuatkan rahim saya? Ubat untuk cegah keguguran ada tak Dr?

Agak-agak apa jawapan saya ya?

#MedTweetMY
@MedTweetMYHQ

..

Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan rahim lemah?

Kebarangkaliannya terma ini diberikan supaya mudah wanita menghadam, kenapa kali itu terjadi keguguran.

Apa yang menyebabkan keguguran?

Banyak sebab namun paling tinggi sebabnya kemungkinan disebabkan bayi tidak mampu bertahan dan membesar, mungkin ada masalah genetik juga. Kebanyakan masa, keguguran tidak diketahui punca sebab ramai wanita gugur dan keluar habis kantung, tidak perlu cuci. Dan jika ada kantung/bayi itu sendiri, kita tidak menghantar untuk ujikaji genetik untuk melihat apa masalahnya jika ada penyebab keguguran kerana ujiannya mahal, servis juga di luar negara.

Apa yang menyebabkan rahim lemah?

Sebenarnya jika difikir-fikirkan, apa organ terkuat sepanjang kehamilan?

Yang terkuat dan perlu kuat ialah pangkal rahim. Pangkal rahim yang kekal panjanglah (tidak menipis) yang menjadi pahlawannya. Rahim adalah satu organ yang menjadi medium kandungan membesar, fungsinya ialah perumah. Rahim semakin membesar seiring dengan usia kandungan sehinggalah masa melahirkan.

Jadi, kenapa ada ubat kuat rahim?

Sebenarnya ubat yang dikatakan sebagai ubat kuat rahim itu adalah sejenis ubat hormon yang mana ia membantu menampung kekurangan hormon progesterone yang dirasakan menjadi salah satu punca keguguran kerap berlaku. Ia menyokong penempelan telur tersenyawa pada dinding rahim (implantation) bukan menyokong otot rahim untuk menjadi lebih kuat menampung kandungan.

Siapa yang Dr akan berikan ubat ini ya?

15-20% daripada wanita hamil boleh menjadi keguguran secara tiba-tiba/tidak diketahui. Lebih kurang 2% mengalami keguguran sebanyak 2 kali berturut dan 0.5-1% mengalami 3 keguguran berturut.

Keguguran akan berlaku tanpa ditahan-tahan walaupun anda bedrest 24/7.

Dan sebenarnya tidak digalakkan untuk anda bedrest 24/7, jika ada tanda-tanda pendarahan, sakit di bahagian abdomen dan sebagainya, nasihat ialah untuk mengurangkan aktiviti yang melibatkan kerja berat dan berehat.

Ini kerana jika bedrest tak gerak-gerak, tinggi pula risiko dapat darah beku di kaki. Not good also.

Jika ada mengalami keguguran berulang seperti di atas, anda adalah insan yang akan mendapat manfaat daripada ubat hormon ini. Ia boleh membantu mengurangkan kadar keguguran.

Jila anda mengalami tanda pendarahan, sakit kontraksi di bahagian abdomen, anda adalah insan yang akan mendapat manfaat daripada ubat hormon ini. Ia boleh membantu mengurangkan kadar keguguran.

Bukan semua orang perlu ambil.

Dapatkan nasihat doktor yang merawat anda.

#biasakanyangbetul
#MedTweetMY
#AimiGYN
Alhamdulilah, just got my 1st dose of COVID-19 just now.

Intact.

Just feeling hungry πŸ˜†. (Not related)

Please register for your vaccine everyone. Protect you and me and everyone around us.

Let's do this!

#AimiGYN
Isu penderaan wanita dan kanak-kanak
BENGKEL PENULISAN ANEKDOT

Anekdot adalah penceritaan, luahan rasa dan penulisan kisah pengalaman hidup.

πŸ–‹ Anda minat untuk menulis?
- Ini satu permulaan.

πŸ–‹ Ingin menulis dengan penulisan santai? - Ini perlukan usaha dan kemahiran.
.
πŸ–‹Anda berminat untuk mempelajari penulisan anekdot dengan lebih mendalam dan terperinci?
- Ini boleh dipelajari dengan satu tujuan : menulis memberi pengajaran, panduan dan teladan kepada pembaca dan penulis mendapat kepuasan.

Mengambil inisiatif pada jihad penulisan, kumpulan penulis WARAK PAPISMA menganjurkan Bengkel Penulisan Anekdot secara atas talian bersama penerbit buku, Tuan Rasydan Fitri (Pengurus KataPilar Books).

Ia terbuka kepada semua.

Nak tahu apa yang bakal disampaikan?

Jom daftar sekarang!!

Maklumat terperinci program boleh dirujuk pada poster.

Anda berminat?

Klik pautan untuk mendaftar :
--- https://forms.gle/Jg8CsCJ9khio4FTL6

Jika terdapat sebarang persoalan, boleh hubungi :
- Dr Rafiqi (013-6044393)
- Dr Hasanah (013-2496705)

Selamat menimba ilmu dan pengalaman untuk melahirkan karya anekdot yang menarik!

#warakpapisma
#SayaSayangPapisma
#SihatUntukBeramal
#BerkhidmatAdalahKeistimewaan
Dalam banyak-banyak yang buatku terharu menjadi seorang Dr ialah apabila wanita yang aku jumpa di klinik untuk temujanji antenatal bertanyakan kepadaku,

"Dr dah makan ke Dr?"

Terus menusuk ke dalam hati.

Small gesture that touches your heart.

Semoga dipermudahkan urusan kelahiran bayinya yang pertama. Amin.

#AimiGYN