HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA
4.13K subscribers
1.87K photos
1 video
6 files
106 links
Sri Al Banjari As Saifiah
.
Download Telegram
KELEBIHAN SELAWAT TAFRIJIYYAH ATAU SELAWAT NARIYAH...

SELAWAT TAFRIJIYYAH

Yang bermaksud:
"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Fadhilat Selawat Tafrijiyah :-

Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
.
Imam ad-Dainuri r..a.
11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
.
Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
.
Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.
Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.
.
Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.

KELEBIHAN LAIN:

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat. Selawat yang aku amal bertahun-tahun lamanya,ini lah selawat yang banyak melepaskan aku dari segala permasalahan, dengan berkat selawat kepada junjunganku Nabi Muhammad SAW, segala permasalahan aku dalam perubatan, dalam perniagaan dalam kehidupan sentiasa di beri pertolongan Allah... Selawat ini selain dari nama Tafrijiyah, aku sendiri memanggilnya selawat yang melepaskan segala permasalahan, tak kira apabila kita sakit, disihir, masalah perniagaan, inginkan pelaris dan bergantung pada niat kita..
Antara kelebihan berselawat ialah :
i). Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
ii). Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
iii). Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
iv). Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemik
iran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.

30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani

*SelamatBeramalParaWali2Allah*

Wallahu'aqlam
Faqir'ilmu

@doa_selawat
Tuhanku ..
Tutuplah hatiku dari sifat dendam
Jauhilah aku dari sifat kebencian
Walaupun manusia sering menyakiti
Jadikan aku seorang yang pemaaf
Aamiin

@doa_selawat
Anehnya Doa Nabi Yunus
===========
1. Rasulullah memuji doa Nabi Yunus yang diucapkan oleh beliau ketika berlaku kesulitan buat dirinya. (HR al-Tirmizi). Doa ini direkodkan di dalam al-Quran dengan lafaz:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

2. Menurut hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi ini, Rasulullah berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.

3. Anehnya, lafaz doa Nabi Yunus ini seakan tidak berbentuk doa. Tiada lafaz “Allahumma”, dan tiada lafaz “Ya Rabbi.” Sekiranya diperhatikan, lafaz doa ini hanyalah manifestasi seorang hamba yang mengesakan dan menyucikan Allah. Nah! Inilah dia intipati doa yang terbaik.

4. Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar. Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini. Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.

5. Inilah yang seharusnya disedari oleh seorang hamba. Mereka dijadikan oleh Allah dan mereka memerlukan Allah. Mereka tidak seperti liberal yang merasakan diri mereka yang menentukan apa yang mereka hendaki. Sekiranya mereka ingin mengamalkan perlakuan terkutuk, tiada siapa yang boleh melarang mereka kerana menurut mereka ini hak asasinya sebagai manusia. Sedang Allah membimbing kita melalui panduan di dalam al-Quran dan menyedarkan diri manusia bahawa Allah sentiasa bersama mereka.

6. Allah mengingatkan kepada kita bahawa para Nabi terdahulu tidak lekang dari berdoa. Nabi Ibrahim berdoa supaya dikurniakan anak, Nabi Musa berdoa supaya dipermudahkan urusan dan Nabi Yunus berdoa supaya Allah ampunkan dirinya.

Sekiranya para Nabi sendiri berdoa, apakah yang membuatkan kita sombong untuk berdoa seusai solat?

Moga Allah mengampunkan kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

@doa_selawat
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM
📜🍂~ UCAPAN YG AMAT BERMAKNA SEBELUM MELELAPKAN MATA

* Do’a terakhir sebelum Tidur *
<Save dalam phone, setiap kali nak tidur baca>

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَال:
َ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم:
Dari Barra' bin Azib berkata:
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

يَا فُلَانُ إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَقُل..
"Wahai si fulan, jika engkau menghampiri tilam tempat tidurmu, maka panjatkanlah do'a seperti berikut:-

ْ اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْك
َ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْك
َ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ
وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْك
َ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْك
َ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ
آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْت
َ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

"ALLAAHUMMA ASLAMTU NAFSII ILAIKA..
[Ya Allah, aku pasrahkan jiwaku kepada-Mu.]

WA WAJJAHTU WAJHII ILAIKA..
[Dan kuhadapkan wajahku kepada-Mu.]

WA FAWWADHTU AMRII ILAIKA..
[Dan aku serahkan urusanku kepada-Mu.]

WA ALJA’TU ZHAHRII ILAIKA..
[Dan aku baringkankan badanku kepada-Mu.]

RAGHBATAN WA RAHBATAN ILAIKA..
[Dengan berharap-harap cemas kepada-Mu.]

LAA MALJA'A WA LAA MANJAA MINKA ILLAA ILAIKA..
[Sesungguhnya tidak ada tempat bersandar dan tempat keselamatan selain kepada-Mu.]

AAMANTU BIKITAABIKAL LADZII ANZALTA..
[Aku beriman kepada Kitab-Mu yang Engkau turunkan.]

WA BI NABIYYIKAL- LADZII ARSALTA..
[Dan Nabi-Mu yang Engkau utuskan]

فَإِنَّكَ إِنْ مُتَّ فِي لَيْلَتِكَ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ وَإِنْ أَصْبَحْتَ
أَصَبْتَ أَجْرًا

Sekiranya engkau meninggal dunia pada malam itu, maka engkau mati dalam keadaan fitrah, dan jika engkau mati pada pagi harinya, engkau dapat pahala.”
(HR. Bukhari).

💌~ISTIQOMAH BACA QURAN, JAGA TAHJUD, WITIR/ FAJAR.

@doa_selawat
Amalkan selepas setiap kali kita istighfar selepas solat fardhu

@doa_selawat
Amalkan setiap kali selepas solat subuh 3x sebelum Istighfar 100x

@doa_selawat
Kelebihan Zikir Fii Kulli Lamhatin

لاَ اِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ

"Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad adalah utusan Allah, pada setiap pandangan dan nafas, sebanyak bilangan yang diliputi oleh ilmu Allah."

Telah ditulis oleh Syekh Ahmad ibn Idris di dalam sepucuk surat beliau:
"Sesungguhnya, kami telah mengambil tarekat ini dari guru kami Abdul Wahab, dan beliau telah mengambil dari Nabi Muhammad Saw. Dan aku pernah mendengar dia berkata", “Aku telah mendengar Rasulullah Saw bersabda, “Tiada aku melihat yang lebih bermanfaat daripada La ilaha illallahu muhammadur rasulullahi Sallallahu ‘alaihi wa sallam.”

Tetapi Syekh Ahmad ibn Idris telah mendapat keistimewaan brupa pngajaran dari Rasulullah Saw agar menambahkannya dengan “fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi‘ahu ‘ilmullah.” Ini menyebabkan zikir itu berlipat ganda nilainya. Telah bercerita Syekh Ahmad ibn Idris: Pada suatu ketika, telah bersabda Rasulullah Saw, “La ilaha illallahu muhammadur rasulullahi fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi‘ahu ‘ilmullah”. Telah aku simpan (yakni at-Tahlil al-Makhsus / az Zikr al-Makhsus) untukmu wahai Ahmad. Engkau tiada didahului oleh siapapun kepadanya.

Maka ajarkanlah ia kepada para sahabatmu supaya mreka dapat berlomba-lomba dengan orang-orang yang terdahulu (al-awa’il).” Syekh Ahmad ibn Idris Ra. brkata: Andai kata ada orang yg mengucapkan “La ilaha illallah muhammadur rasulullah” dari masa Saiyidina Àdam As hingga masa ditiupkan Sangka Kala, tapi ada seseorang yang membaca zikir fii kulli lamhatin satu kali saja, niscaya pahalanya melebihi pembacaan yang sebelumnya itu...

@doa_selawat
Istighfar Kabir ( الاستغفار الكبير )

أَسْتَغْفِرُ اللّٰهَ الْعَظِيْمَ ،
Astaghfirullahal 'Azim,
Aku memohon keampunan Allah yang Maha Agung

الَّذِيْ لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّوْمَ ،
Allazi la ilaha illa huwal hayyal qoyyum,
Yang tiada tuhan yang disembah melainkan Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Dengan SendiriNya

غَفَّارَ الذُّنُوْبِ ذَاالْجَلَالِ وَالإِكْرَامِ ،
'roffarozzunu bizal jala li wal ikrom,
Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun segala dosa, Yang mempunyai Ketinggian dan Kemuliaan

وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ الْمَعَاصِي كُلِّهَا وَالذُّنُوْبِ وَالآثَامِ ،
Wa atu bu ilaihi min jami il ma'a si kulliha wazzunu biwal a sam,
Dan aku bertaubat kepadaNya dari semua kemaksiatan, semua sekali, dan dari segala dosa dan kesalahan

وَمِنْ كُلِّ ذَنْبٍ أَذْنَبْتُهُ عَمْدًا وَخَطَأً
Wamin kullizambin aznab tuhu 'amdan wakhoto'an,
Dan daripada segala dosa yang aku lakukannya sama ada sengaja atau tidak sengaja

ظَاهِرًا وَبَاطِنًا ، قَوْلاً وَفِعْلاً ،
Zohiron waba tinan, qaulan wafi'lan,
Yang zahir dan yang batin, dalam bentuk percakapan dan dalam bentuk perbuatan

فِي جَمِيْعِ حَرَكَاتِىْ وَسَكَنَاتِىْ وَخَطَرَاتِىْ وَأَنْفَاسِىْ كُلِّهَا
Fi jami 'i haraka ti wasakana ti wakhotoro ti wa 'anfa si kulliha,
Dalam setiap pergerakkanku dan dalam setiap diamku dan dalam setiap lintasan hati dan dalam setiap penafasanku, semuanya sekali

دَائِمًا أَبَدًا سَرْمَدًا ،
Da iman abadan sarmada,
Selalu, selama-lamanya dengan tiada akhirnya

مِنَ الذَّنْبِ الَّذِىْ أَعْلَمْ ، وَمِنَ الذَّنْبِ الَّذِىْ لَا أَعْلَمْ ،
Minazzam billazi a'lam, waminazzam billazi la a'lam,
Daripada dosa yang aku ketahui dan daripada dosa yang tidakku ketahui

عَدَدَ مَا أَحَاطَ بِهِ العِلْمُ ، وَأَحْصَاهُ الْكِتَابُ ، وَخَطَّهُ الْقَلَمُ ،
'adadama aha tobihil 'ilmu, wa ahsohul kita buwakhot tohul qolam,
Sebanyak bilangan apapun yang meliputi ilmu (Allah), dan apapun yang dihitung oleh kitab (Allah), dan apapun yang ditulis oleh kalam (Allah)

وَعَدَدَ مَا أَوْجَدَتْهُ الْقُدْرَةُ ، وَخَصَّصَتْهُ الإِرَادَةُ ،
Wa 'adadama aujadat hul qudrot, wa khossosot hul irodat,
Dan sebilangan apapun yang dijadikan oleh kudrat (Allah), dan apa yang dikhususkan oleh kehendak (Allah)

وَمِدَادَ كَلِمَاتِ اللّٰهِ ،
Wamida dakalima tillah,
Dan sebilangan kalimat-kalimat Allah

كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِ رَبِّنَا
Kama yamba 'ri lijala li wajhi robbina,
Sebagaimana yang sepatutnya, mengikut Kemuliaan dan Ketinggian Dzat Tuhan kami

وَجَمَالِهِ وَكَمَالِهِ ، وَكَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَىٰ.
Wa jama lihi wa kama lihi, wa kama yuhibburobbuna wayardo,
Dan Kecantikkannya, dan kesempurnaannya, dan sebagaimana yang disukai oleh Tuhan kami dan diredhai olehNya.

@doa_selawat
Zikir yg tiga:

Tahlil Khusus 100x
Selawat Azimiah 11x
Istighfar Kabir 7x

Zikir yg empat:

Ya Latif 129x /1000x
Hasbunallah waniqmal wakil 70x /450x
Fasayak fi kahumullah wahuwas samee ul aleem 111x /333x
Rabbi Yassir wala tu'assir, Ya Karim 70x

Dan tambah:

Shollallahu 'alaika wasallam Ya Rasulallah, fi kullilam hatin wanafasin 'adadama wasi 'ahu ilmullah 100x

Waktu Sahur.
Istighfar Kabir 70x
(atau waktu siang/malam)

@doa_selawat
🌸💕🌸💕🌸💕

Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikan 🌸💕

اللهم افتح لي ابواب الخير ، وابواب السلامة ، وابواب الصحة ، وابواب النعمة ، وابواب بركة ، وابواب القوة ، وابواب المودة ، وابواب الرحمة ، وابواب الرزق ، وابواب العلم ، وابواب المغفرة ، وابواب الجنة يا ارحم الحرمين 🌸💕

- ALLAH HUMMAFTAH LI ABWAABAL KHAIR , WA'ABWAABAS SALAMAT , WA'ABWAABAS SIHAT , WA'ABWAABAN NIKMAT , WA'ABWAABAL BARKAT , WA'ABWAABAL QUAT , WA'ABWAABAL MAWADDAH , WA'ABWAABAR RAHMAT , WA'ABWAABAR RIZKI , WA'ABWAABAL ILMI , WA'ABWAABAL MAGHFIRAH , WA'ABWAABAL JANNATI YA ARHAMAR ROHIMIN

Maksudnya : " Ya Allah Bukakanlah Untukku Pintu² Kebaikan , Pintu² Keselamatan , Pintu² Kesihatan , Pintu² Nikmat , Pintu² Keberkatan , Pintu² Kekuatan , Pintu² Cinta Sejati , Pintu² Kasih Sayang , Pintu² Rezeki , Pintu² Ilmu , Pintu² Keampunan Dan Pintu² Syurga Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang "

امين يا الله ، امين يارحمن ، امين يارحيم ، امين يا رب العالمين 🌸💕

🌸💕🌸💕🌸💕

@doa_selawat