Dj ChannelπŸ“šβœ
172 subscribers
1.05K photos
70 videos
11 files
162 links
Jangan pernah memandang dari siapa teguran datang. Kerana kita tidak pernah tahu siapa yang dipilih untuk "MENYAMPAIKAN".πŸŒπŸ”­
Download Telegram
Forwarded from Dj ChannelπŸ“šβœ
πŸƒChecklist Jumaat

πŸƒAl-kahfi
πŸƒPotong kuku
πŸƒMemakai wangian
πŸƒBerpakaian bersih/putih
πŸƒSelawat kepada Nabi
πŸƒZikir Ya Allah
πŸƒBersugi/siwak
πŸƒMandi sunat

Jom bersama kita lakukn..☺️

πŸŒΉπŸ’•
Jom baca ... dan amalkan kerana Allah Taala.. . πŸ’™πŸ’–βœ
Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari di kemudiannya , jauh lebih baik bagi kami .

Ya Allah, bukakanlah, tumbuhkanlah dan bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, lebih-lebih lagi keistiqomahan kami dalam beribadah dan beramal. Semangatkanlah kehidupan kami hari ini dan hari-hari di kemudiannya...

Ya Allah, jaminlah keselamatan, kesihatan, keamanan dan kedamaian, bagi kami hari ini dan hari-hari kemudiannya..

Ya Allah, limpahkan dan bukakanlah seluas2nya pintu rezeki Mu untuk kami pada hari ini dan hari-hari kemudiannya..

Ya Allah, kurnia dan takdirkanlah , hanya kesempatan yang baik-baik saja bagi kami hari ini dan hari-hari kemudiannya..

Ya Allah, perlihatkanlah, perdengarkanlah kami , hanya kejadianΒ², beritaΒ² dan pengalamanΒ² yang menggembirakan dan menyenangkan saja kepada kami hari ini dan hari-hari kemudiannya..

Ya Allah, mudahkanlah segala urusan kami, jauhkanlah kami dari sebarang sulitan.

Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doaΒ² kami, wujudkanlah harapanΒ² kami,

Ya Allah.. jauhkanlah kami dari kesengsaraan dan kepedihan di dunia dan juga keperitan kami di akhirat.

Ya Allah... Kurniakan kami syurga Mu. JAUHKANLAH kami , dari azap nerakaMu.

Kami mohon Ya Allah. Ampunkanlah kami. ibuayah kami , anak2kami ,keturunN kami dan mereka2 yang KAU hadirkan dalam kehidupan dan hati kami.. Aamiin. Ya rabbal aalamin. ✍
'pengubat kerinduan' πŸ‘†InsyaAllah
Assalamualaikum.. Salam 1 Muharam 1444 hijrah. Salam perjuangan. πŸ’ͺπŸ’™πŸ’–βœ
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Seseorang itu bergantung kepada agama sahabatnya. Kerana itu, perhatikanlah setiap seorang di antara kalian dengan siapa dia bersahabat." (Hadis riwayat Abu Dawud).

Peranan seorang sahabat amat penting iaitu perlu membawa sahabatnya ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa membawa sahabatnya kepada mengingati Allah SWT pada setiap masa.❀️

Semoga berginilah persahabatan kita

CnpπŸ“šβœ
Semoga tahun baru islam ini ,akan membawa kita kpada kebaikkan di dunia dan akhirat .Aamiin.πŸ’™πŸ’–βœ
Forwarded from Dj ChannelπŸ“šβœ
πŸ’πŸ“ƒ

Assalamualaikum.....sya nk mntk pncerahan ...apa hukum seorang istri tiada perasaan cnta dan syg pda suaminya? Sya msh berthn dgn suami sya demi ank2 walaupun sya dh x ada rasa smua tu....sya dh cuba untk bercnta dgn dia blk tp sya x ada jgk...sya dh tawar hati dgn dia di sbbkn perangai dia yg trlalu cmburu dn suka mmbndingkn dirinya dgn bks suami sya... sya naik rimas pun ada ...sya mohon cerai tp dia xnk lpskn sya...blh x tlg sya blh kah sya mohon cerai darinya diatas sya x ada perasaan darinya? Sya x nk hdup pura2 dgnnya ..apa yg harus sya lakukn




πŸ’πŸ“ƒγ€°γ€°γ€°γ€°γ€°γ€°γ€°γ€°
Waalaikumussalam..

Sebenarnya apa jua masalah yang kita hadapi, cara untuk menyelesaikannya adalah dengan kembali kepada Allah.

Bangunlah ditengah malam , berwudhuk, sujud, mengadu dan mohonlah bantuan serta petunjuk daripada Allah. Buatlah solat istikharah sebelum mengambil sebarang keputusan. Insya Allah, jiwa puan akan tenang dan Allah akan tunjukkan jalan keluar yang terbaik..😊

Rumahtangga yang dibina adalah satu bentuk ibadah kepada Allah dan sebagai gedung pahala kita. Rugilah kalau kita nak tutup gedung tu sebab ia umpama kita nak menutup sumber pahala kita.

Kalau puan rasa tawar hati dengan suami, berdoalah agar Allah satukan kembali ikatan kasih diantara kalian berdua.
Ada doa-doa tertentu yang boleh diamalkan..

Malah ulama' berpendapat harus bagi pasangan untuk berbohong dan tidak berdosa untuk menyatakan perkataan "sayang" kepada suami /isteri walaupun tidak wujud perasaan sayang dihatinya demi menjaga hati pasangan dan menyelamatkan rumahtangga yang telah dibina.

Kalau suami kuat cemburu, tu tandanya dia sayangkan puan. Puan cubalah bertahan dan banyakkan bersabar, selagi suami tidak melakukan sesuatu perbuatan yang melampaui batas kemanusiaan atau perkara yang dilarang syarak, puan wajib menghormati dan mentaati suami..

Ingatlah bagaimana nasib anak-anak dan jagalah perasaan mereka. Perceraian ibubapa akan memberi kesan yang kurang baik kepada tumbesaran dan perkembangan diri mereka.


Namun, kalau puan telah melakukan berbagai usaha termasuklah menunaikan solat istikharah, tapi hati puan kuat ke arah ingin memohon perceraian, maka puan boleh memfailkan permohonan perceraian melalui mahkamah.

Ini Kerana Islam adalah agama fitrah dan amat memahami naluri manusia.

Apabila seorang wanita terpaksa hidup bersama suaminya dalam keadaan terpaksa dan tertekan , maka dibimbangi dia gagal untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.

Untuk mengelakkan diri daripada berdosa, adalah lebih baik berpisah supaya dapat memberi peluang dan ruang untuk berfikir, bermuhasabah dan memperbaiki kelemahan diri sendiri, andai berjodoh lagi, boleh rujuk semula selagi masih dalam eddah...Insya Allah..😊

Islam adalah satu cara hidup yang mudah dan indah untuk diamalkan, tidak ada paksaan dalam agama..😊😊


Admin @DJChannel..πŸ“–πŸ–

πŸ’πŸ“ƒ
Tak senang utk menukar hati dari tidak sayang ,kepada syang. Dan begitulah sebaliknya. Cumanya kita ,kengkadang lebih menjaga hati orang lain dari keperluan ,kehendak dan kata hati diri sndiri. Inilah salah satu pengorbanan yang julung3 kli jarang di lakukan orang. Hanya yang terpilih je , berkorban macam ni. Sedih. Hanya tuhan dan diri sendri saja yang tahu keperitannya. Walhwalam. πŸ’–βœ
Assalamualaikum πŸ’™πŸ’–βœ
Salam 2 Muharram. πŸ’–πŸ’™

"Sedetik pun kita tidak pernah sendiri, Allah sentiasa ada. Maka beruntunglah kepada mereka yang merasai kewujudan Allah di sisinya" ✍
3 Muharram 1444HπŸ’–πŸ’™

"Berhenti dari mencari dan menghitung kira , salah dan kesilapan orang lain, Kerana disebalik perhitungan itu , tanpa kita sedar , hati kita sedang berdikit² untuk membusuk" ✍
4 Muharram 1444HπŸ’™πŸ’–

"Jika seseorang telah melakukan kesilapan dan dosa besar , jangan sesekali kita menambah dosa lain ke atas diri kita sendiri. Jaga diri dan ambil ibrah di setiap kesilapan dan dosa2 tersebut , kerana sekali kita melakukan kesilapan dan dosa , selamanya kita akan di pandang hina. Ingat tu"✍
5 Muharram 1444HπŸ’™πŸ’–

"Jika menjaga hati manusia lain, dapat memberatkan timbangan ganjaran Allah kepada kita di alam sana. Maka jagailah hati manusia2 itu , kerana Allah Taala. Walau sehancur apa pun hati kita ,kerana perbuatan mereka. InsyaAllah. ✍
"Sejahat apapun, anggota di tubuh badan kita. Jangan! Jangan sesekali membiarkan mulut kita berkata yang tidak elok dan hati kita berprasangka yang bukan² kepada apa pun yang MILIK ALLAH. Kecuali yang di beri PERINGATAN kpada kita , bahawasaNya ,IBLIS itu adalah MUSUH NYATA bagi manusia. INGAT tau.✍
"Menjaga diri dari melakukan kejahatan , jauh lebih mudah .(walau hakikatnya tidak mudah) dari menjaga prasangka dan kejahatan kata² dari lidah. Jika dapat . Jauhkanlah diri kita , dari sesuatu yang mendatangkan keburukkan kpada lidah. Kerana kejahatan itu , akan membunuh dan menjahanamkan diri kita sendri , dimasa sekarang ,akan datang dan mungkin selamanya. Wallahwaa'lam ✍
"Ada yang bertanya. Dalam banyak2 sakit. Sakit apa yang paling sakit?

Opkos laa.. sakit kerana kata2. Kan. kan!πŸ˜…βœ
"Kita nampak dosa orang , kita leka membicarakan tempat sengsara orang"

"Tapi! Pernah tak , kita buat2 nampak dosa kita?

Kita ambil tau tak , dimana tempat menetap kita ,bila kita mati ,nanti ?

Pernah ambil tau tak??

Lepas ni , kita jangan mencuri lihat dosa orang , melekakan diri membicarakan tempat kembalinya orang .

Tapi , ambil tau taulah , ttng dosa kita . Dan ambil tau , dimana tempat kita akan berada nnti. Kerana Itu lebih penting , dari segalanya 😒✍
" Salah satu tiket untuk MASUK syurga. Ialah , dengan MEMAAFKAN orang lain. Tak kisahlah , sejahat mana pun seseorang tu , dengan kita. Sealim mana pun kita , kat atas muka bumi ni , dengan tidak memaafkan orang , maka menantilah kita di pintu syurga , itu pun , klu berada di pintu , kalau di tgah padang masyhar. Haa mereput laa kita kat situ. Hingga turn org yang kita tak maafkan tu sampai , ke depan mata kita ?

Nak ke ,tunggu?

Bukan setahun dua , kena tunggunya tu.

Berganda2 juta tahunnya ooiiiiii... Sanggup ke kita?

Tak yah tunggu laaa.. Penat menunggu kat dunia pun ,kita dah tak tahan.. apatah lagi menunggu kat alam barzakh ,sana. Sangat memeritkan tau tak .

Kita jangan sombong , dngn manusia lain. Kita maafkan orang , bukan untuk diri orang pun. tapi untuk memudahkan diri kita sndiri semasa kat sana. Klu pun org tu , ada dosa dan kesalahan dgn kita , Takpe.., Allah kan Wujud. Dan Dia Maha Mengetahui . Kita serahkan pada Allah je, . Ok!

Benda senang .. kita janganlah rumit2kan. Sementara kita masih waras dan ada kat muka dunia ni, maafkan je lah. Kita pun , banyak juga dosanya. Cuma sedar ,tak sedar je. Kan!..

Jom kita tekad dalam diri kita. Untuk maafkan semuuuaaaa orang. Dan klu kita ada salah dan silap dgn orang , kita pergi minta maaf dgn orang. Biar kita bersusah sekarg , di tommah sekarang ,asalkan kita terlepas dari keperitan menunggu di 'sana' kelak...

Ok!

'Lakukan kerana Allah Taala". . β˜ΊοΈπŸ’–βœ