DevKini
265 subscribers
40 photos
5 files
559 links
Info and Updates on software development and general computing.

Info dan maklumat terkini berkaitan pembangunan perisian, programming serta IT/Komputer secara umum.

Untuk sebarang maklum balas, boleh hubungi @devkiniadmin.
Download Telegram
Pening dengan segala nama dan versi JavaScript ? Secara mudahnya begini:-

1995 - Brendan Eich membangunkan sebuah bahasa scripting untuk Netscape dalam masa 10 hari. Bahasa itu semasa dibangunkan dipanggil Mocha, manakala dalam release pertama Netscape beta dipanggil LiveScript. Bagaimanapun nama itu ditukar kepada JavaScript.

Julai, 1996 - Microsoft memperkenalkan VBScript dan JScript. JScript adalah hasil "reverse engineer" JavaScript di dalam Netscape. Ini permulaan kepada zaman sadis kehidupan developer pada masa itu kerana JScript dan JavaScript saling tidak compatible, juga permulaan kepada era "browser war".

November, 1996 - Netscape menghantar JavaScript kepada ECMA International utk menjadikannya sebagai standard dalam industri.

Jun, 1997 - Versi pertama ECMAScript (ECMA-262) dikeluarkan.

Disember, 1999 - Versi ketiga (ECMAScript 3) dikeluarkan.

Disember, 2009 - Versi kelima (ECMAScript 5 / ES5) dikeluarkan. Inilah versi yang digunakan secara meluas dalam browser moden pada hari ini.

Jun, 2015 - Versi keenam (ECMAScript 6 / ES6) dikeluarkan. Sokongan browser bagaimanapun masih belum menyeluruh lagi sehingga sekarang. Juga pada masa yang sama, TC39, badan yang bertanggung-jawab terhadap spesifikasi ECMAScript memutuskan untuk mula menggunakan versi mengikut tahun.

Jadi ES6 hari ini lebih dikenali sebagai ES2015, dan versi seterusnya ES2016 dijangkan akan dikeluarkan penghujung tahun ini.

Ikuti channel @devkini (telegram.me/devkini) untuk siri selanjutnya berkaitan JavaScript. Selepas ini kita akan lihat bagaimana hendak menggunakan ES2015 dalam projek anda sekarang.
Meetup JomWeb Johor minggu lepas. Irfan Radzi membincangkan topik "JavaScript Project Management". Antara yang menarik adalah kami diperkenalkan kepada Angular Style Guide John Papa.
For those still under a rock, or using older js frameworks: jquery 3 is out since some days ago. Doesn't look like much big impact. https://blog.jquery.com/2016/06/09/jquery-3-0-final-released/
Apakah collation settings dalam MySQL ?

Ia adalah tetapan untuk menentukan bagaimana data disusun (sort) dan bagaimana perbandingan antara string (string compare) dilakukan. Secara mudahnya, collation akan menentukan sama ada A lebih besar daripada B atau sebaliknya, dan adakah A bersamaan dengan a (case sensitivity).

Contoh definisi satu table dalam mysql:-

Create Table: CREATE TABLE `testx` (

  `name` varchar(255) COLLATE utf8_unicode_ci DEFAULT NULL

) ENGINE=InnoDB DEFAULT CHARSET=utf8 COLLATE=utf8_unicode_ci


Collation utf8_unicode_ci di atas menunjukkan column name adalah case-insensitive (ci). Dalam column ini, "BUKu" adalah sama dengan "buku". Jika anda mahu supaya column ini supaya unik, collation settings ut8_unicode_ci ini mungkin bukan apa yang anda inginkan. Collation yang sepatutnya digunakan adalah utf8_bin.

Join channel @devkini (telegram.me/devkini) untuk tidak ketinggalan tips2 seterusnya. Akan datang - bagaimana menggunakan ES2015 dalam project JavaScript anda.

Dalam satu perkembangan lain, Microsoft telah membeli laman sosial untuk profesional LinkedIn. Google untuk maklumat selanjutnya ;)
Documentation Driven Development (DDD)

Writing things down lets me interact with them as words on a page, which are more concrete than muddled thoughts in the head, and much easier to edit and reason about. Code constrains to existing structures; a blank page frees you to explore and build up new ideas. It's the essay writing process, applied to software development, with a side effect of making sure everything is documented.

https://joeyh.name/blog/entry/documentation_first/
ES2015 adalah versi terkini JavaScript yang telah diratifikasi oleh ECMA pada Jun 2015 tahun lepas (rujuk post lepas https://telegram.me/devkini/223). Namun sokongan oleh browser masih belum sepenuhnya setakat ini.

Jika anda ingin menggunakan ES2015 dalam projek anda sekarang, maka caranya adalah menggunakan transpiler yang akan convert kod JavaScript dalam sintaks ES2015 ke sintaks ES5 yang disokong dalam kebanyakan browser moden hari ini.

Babel adalah transpiler yang dimaksudkan. Ia boleh digunakan bersama dengan Webpack, yang akan bundle kesemua fail JavaScript kita ke dalam satu fail untuk deployment.

Sebagai langkah pertama untuk mencuba ES2015, anda boleh menggunakan starter project ini - https://github.com/k4ml/es2015-starter

Sebarang komen atau pertanyaan, boleh hantarkan melalui @devkinibot.
Buku The Swift Programming Language diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
Kat mana nak cari senarai startup di Malaysia ?

http://producky.com/
https://angel.co/malaysia
https://www.startupdb.asia/startups
https://vulcanpost.com/tag/startup/

Jika anda ada cadangan yang lain, boleh kongsikan melalui @devkinibot.
Functional reactive programming (FRP) is a programming paradigm for reactive programming (asynchronous dataflow programming) using the building blocks of functional programming (e.g. map, reduce, filter). FRP has been used for programming graphical user interfaces (GUIs), robotics, and music, aiming to simplify these problems by explicitly modeling time. #react

https://en.wikipedia.org/wiki/Functional_reactive_programming
Elm adalah bahasa pengaturcaraan functional untuk membina frontend UI untuk browser. Secara mudah, code Elm akan dikompil kepada html, javascript dan css. Ini berbeza dengan kaedah biasa di mana developer akan menulis HTML/CSS dan javascript secara berasingan.

Kaedah yang digunakan Elm ini mungkin sama dengan GWT (Google Web Toolkit) suatu masa dulu. Selain itu Elm juga mengamalkan paradigma FRP - Functional Reactive Programming (rujuk post sebelum ini).

Komen/feedback @devkinibot.

http://elm-lang.org/
http://futurice.com/blog/elm-in-the-real-world
An open-source, Kubernetes-based PaaS built in Python and Go.

Komen/feedback @devkinibot.

http://www.kelproject.com/
Apakah nodejs sudah menyokong ES2015 ? Website ini mempunyai senarai lengkap features ES2015 yang sudah pun disokong oleh nodejs.

Code berikut contohnya, boleh dijalankan oleh node v4 lagi:-

"use strict";


class User {


}


var user = new User;

console.log(user);


Sokongan ES2015 dalam nodejs dibahagikan kepada 3:-

1. Shipping.
2. Staged - perlu enable dgn run node --harmony.
3. In progress

Jika anda mempunyai sebarang komen, boleh hantarkan melalui @devkinibot.

http://node.green/
https://nodejs.org/en/docs/es6/
Forwarded from Kamal