DEAR HATI 🌹💕 @DearHati
5.4K subscribers
6.01K photos
795 videos
35 files
214 links
"Usah ditanya mengapa mereka sering menyakitimu tetapi tanyalah pd diri, kenapa kau biarkan ia berlaku"

Sharing / idea
@DearHatiSharing_bot

IKLAN @PaidReviewPentagon_bot

Jom Join
@GayaSihatCantik @ResepiDuniaMasakan

@LantakAhh @OhMyQuotes
Download Telegram
Sebenarnya, merekalah yang melaksanakan Holocaust terhadap rakyat Palestin di dalam tanah air mereka yang dijadikan penjara, disekat segala kemudahan hidup, dan dibelasah dengan pembunuhan yang lebih kejam.

Amerika Syarikat dan Eropah yang lantang menjaga hak asasi manusia sepatutnya menghantar bantuan kemanusiaan. Akan tetapi, mereka menghantar kapal perang yang membawa senjata dan tentera atas nama perlindungan. Mereka turut bersama-sama melakukan keganasan jenayah perang dan mencabuli undang-undang antarabangsa yang mengawal peperangan supaya tidak melampau, tiba-tiba ikut serta melampau.

Media yang menembusi langit terbuka tanpa sempadan mendedahkan ke seluruh pelosok dunia, betapa ganasnya Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang berada di kawasan perlindungan sehingga di kawasan seperti hospital, rumah ibadat, dan sekolah, selain membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua, dan pesakit.

Perbuatan ini mencetuskan kemarahan rakyat negara masing-masing yang masih berperikemanusiaan termasuk Amerika Syarikat dan Eropah, bersama negara Arab dan Islam yang bersimpati dengan rakyat Palestin yang dizalimi. Paling menarik ialah tindakan beberapa negara Amerika Latin memutuskan hubungan diplomatik dan menghalau duta Israel.

Malangnya, ada pula negara Arab dan Islam masih melakukan normalisasi dengan Israel dan adanya NGO dan parti politik di Malaysia melarang takbir, termasuk melarang kanak-kanak sekolah yang bersemangat membawa senjata mainan kerana marah akan keganasan sehingga membakar bendera Israel dan bala tentera Ahzab yang membantunya.

Larangan mereka sangat berlawanan dengan firman Allah SWT:

﴿وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٖ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيۡءٖ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ ٦٠﴾

“Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa-apa saja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang, (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu, dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa-apa saja yang kamu nafkahkan di jalan Allah, nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” [Surah al-Anfal: 60]

Sabda Rasulullah SAW:

عَلِّمُوا أَبْنَاءَكُمُ السِّبَاحَةَ وَالرَّمْيَ والفُروسِيَّةَ
“Ajarilah anak-anak kalian berenang, memanah dan menunggang kuda.” [Al-Suyuti, al-Jami‘ al-Saghir, No. 8166. Juga diriwayatkan dalam jalur dan lafaz yang lain dengan perbahasan para ulama’ hadis]

Masih ada lagi pewaris sistem pendidikan warisan penjajah yang melemahkan dan membodohkan umat Islam atas jenama perdamaian dan menentang keganasan, supaya tidak melawan pencerobohan keganasan penjajah dan tindakan zalim melampau yang dilakukan oleh mereka.

Jangan menjadi kalangan yang bermuka-muka kerana takut akan gelombang rakyat dengan berpura-pura dan bercakap bersama Palestin, sedangkan hati mereka bersama Zionis dan bala tentera Ahzab.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Rabi‘ al-Akhir 1445 / 1 November 2023

[Bil: 91 / 2023]
👍2
*Berita tergempar*

Kes Pelancong jepun ditetak di pantai Teluk Chempedak, oleh Penjenayah Warga Asing

Kuantan : Berita terkini yg berlaku di Pantai Teluk Chempedak Kuantan Pahang sebentar tadi. 31 OKt 2023 jam 01:48pm...Sekumpulan samseng; yang dipercayai warga asing telah memeras ugut seorang pelancong dari Jepun di Pantai Teluk Chempedak. Saksi di tempat kejadian memberitahu, dia melihat penjenayah-penjenayah itu meminta supaya pelancong Jepun itu menyerahkan semua wang, barang kemas, telefon bimbit serta kamera kepada samseng samseng tersebut, tetapi pelancong Jepun itu cuba melawan. Oleh kerana tidak dapat mengalahkan pelancong itu yang dipercayai pakar karate, mereka akhirnya telah menetak pelancong itu dengan menggunakan parang dan mereka beramai ramai mencampakkan pelancong itu ke dalam laut. Tatkala penjenayah-penjenayah itu cuba beredar, mereka dikejutkan dengan satu bunyi yang pelik lalu menoleh kearah bunyi pelik itu tadi dan mendapati ia datang dari arah pelancong Jepun tadi yg dibuang ke laut. Tiba tiba tanpa diduga oleh penjenayah, pelancong yg disangka telah mati itu telah bertukar menjadi ultromen taro!... Lalu bertempiaranlah mereka melarikan diri,

ewah! kusyuknya membaca yer...😄

siapa kata rakyat malaysia malas membaca ?.
#jgn marah jgn stress2 ya saya pn terkena jugak 😁😁
😁4
Si miskin yg sabar dan si kaya yang pemurah
3
Jangan rendahkan diri awak hanya kerana seseorang yang tidak tahu menghargai

@DearHati
👍52
Dengan lafaz

Bismillahirrahmanirrahim,
aku tutup.pintu hati ku untuk
sesiapa yang ingin mendekati
ku dengan sekeras Surah
Al-Hadid, sehingga ada
seseorang yang berjaya
membukanya dengan
selembut Surah
Ar- Rahman...
👍1
PERJALANAN KITA INI
adalah ketentuan-Nya

BAIK ATAU TIDAK
itulah perjalanan-Nya,

SEDIH ATAU GEMBIRA
itu adalah kisah-Nya

MISKIN ATAU KAYA
itulah ujian-Nya,

SEDIKIT ATAU BANYAK
itu adalah pemberian-Nya

Dimata manusia
kita mungkin berbeda, tapi
dihadapan Allah,
kita semua sama.
👍51
BERCERAI? RUJUK? NIKAH SEMULA?

Jangan berbaik kerana anak-anak. Anak2 akan membesar dan ada kehidupan sendiri. Masa tu, apa yg kita perlu, cumalah seorang lelaki yang setia menjaga sakit pening kita, kumpul pahala bersama dan hidup tenang berdua sehinggalah kita mengadap Sang Pencipta kembali. Semua manusia berhak mengecapi kebahagiaan.
👍4
UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH

1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..

2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.

3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..

4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..

5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..

6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..

7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..

8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..

9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...

12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.

14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.

16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..

17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..

20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.

22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak

23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..

Wallahua'lam.
https://t.me/DearHati
3👍2
CHANNEL NAK DIJUAL

@LantakAhh Dgn @OhMyQuotes
1 channel RM120
2 channel RM200


@DearHati RM150


Berminat terus dm Cik aLyah
@CikAlyah
.
Seorang wanita muda dari Sepanyol menjelaskan maksud nama ‘ALLAH’ (Tuhan) dengan begitu indah setelah orang Arab sendiri gagal melakukannya!

Wanita muda ini, yang bernama Helen, kini sedang melanjutkan pengajian sarjana dalam bahasa Arab di Universiti Yarmouk, Jordan.

Pada suatu hari, dalam kelas tahun kedua, profesor Fakhry Kattaneh bertanya kepada para pelajarnya:

"Siapa di antara kamu yang boleh menjelaskan tentang nama Allah dari sudut keajaiban dan keindahan linguistiknya?"

Tiada siapa yang mengangkat tangan kecuali Helen, seorang wanita Sepanyol Kristian yang fasih bertutur dalam bahasa Arab klasik.

Dia menjawab:
"Perkara paling indah yang pernah saya baca dalam bahasa Arab ialah nama 'ALLAH'. Cara nama ini disebut dalam bahasa manusia mempunyai melodi yang unik, kerana bunyinya berasal dari bahagian belakang tekak, bukan dari bibir.

Nama ini tidak memerlukan pergerakan bibir untuk diucapkan, kerana hurufnya tiada titik. Sekarang, cuba sebutkan nama ‘ALLAH’ dan perhatikan bagaimana kamu melakukannya!

Huruf-hurufnya diucapkan dari belakang tekak tanpa melibatkan pergerakan bibir. Ini bermaksud, jika seseorang ingin mengingati nama 'Allah', orang sekeliling mungkin tidak menyedarinya."

Helen meneruskan:
"Satu lagi keajaiban nama ini ialah, walaupun beberapa hurufnya dibuang, maksudnya tetap sama."

Nama Allah biasanya disebut dengan bunyi vokal akhir ‘u’ (Allahُ).

Jika huruf pertama (alif) dibuang, ia menjadi 'Lillah' (milik Allah), seperti yang disebut dalam ayat:
“Hanya milik Allah nama-nama yang indah, maka berdoalah kepada-Nya dengan nama-nama itu.”

Jika huruf alif dan lam pertama dibuang, ia tinggal 'Lahu' (milik-Nya), seperti disebut dalam ayat:
“Milik-Nya segala yang ada di langit dan di bumi.”

Jika alif dan kedua-dua lam dibuang, hanya tinggal 'Hu' (Dia), yang masih merujuk kepada Allah, seperti disebut:
“Dia-lah yang tiada Tuhan selain Dia.”

Jika hanya lam pertama dibuang, ia menjadi 'Ilah' (Tuhan), seperti disebut:
“Allah, tiada Tuhan selain Dia.”


Helen menambah:
"Nama 'Allah' telah dikaji secara mendalam oleh para ulama. Kalimah tauhid 'La ilaha illa Allah' (Tiada Tuhan selain Allah) terdiri daripada tiga huruf: alif, lam, dan ha. Huruf-huruf ini ringan untuk disebut dan tidak memerlukan pergerakan bibir."

Dia menjelaskan:
"Tahukah kenapa? Supaya ia mudah diucapkan oleh orang yang sedang nazak tanpa perlu menggerakkan bibir atau gigi."

Hari ini, Helen dikenali sebagai ‘Abida’ (wanita yang beribadah).

"Kita sebagai orang Arab berbangga menjadi Muslim, tetapi kita gagal menjelaskan nama itu. Tahniah kepada dia kerana memeluk Islam."

"Kenapa kita padam mesej yang bercakap tentang agama, tetapi terus menyebarkan mesej-mesej biasa? Rasulullah SAW bersabda:
"Sampaikan dariku walaupun hanya satu ayat."

"Mungkin dengan menyampaikan mesej ini kepada orang lain, kamu menyampaikan satu ayat yang akan menjadi syafaat untukmu."

Akhir sekali:
"Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah Rasulullah."

Sebarkanlah, dan semoga jari-jemarimu menjadi saksi kebaikan untukmu pada Hari Akhirat kelak, insya-Allah.
4
DEAR HATI 🌹💕 @DearHati pinned «CHANNEL NAK DIJUAL @LantakAhh Dgn @OhMyQuotes 1 channel RM120 2 channel RM200 @DearHati RM150 Berminat terus dm Cik aLyah @CikAlyah .»
pokok penghalau nyamuk, seperti:

Pokok serai wangi
Pokok catnip
Pokok jeremin
Pokok bunga tapak dara
Bunga kantan
Pokok citrosa mosquito
Pokok bunga lavender
Pokok bunga tahi ayam
Pokok bunga zodia
Pokok mintrosa lady diana
Pokok selasih
Pokok pudina
Pokok rosemary
Pokok lavender

https://t.me/DearHati
PERANGKAP NYAMUK BOLEH BUAT SENDIRI!

Gunakan je tips ‘DIY’ perangkap nyamuk di bawah ni untuk menangkap nyamuk-nyamuk yang ada kat rumah.


Bahan-bahan untuk membuat perangkap nyamuk:

Botol plastic saiz besar
1 gram ragi (atau juga dikenali sebagai yis)
50 gram gula merah
200 ml air
Pita atau kain


Cara-caranya (seperti dalam gambar):

Potong dibahagian tengah botol plastik dan simpan bahagian atas (mulut botol).

Campurkan gula merah bersama air panas dan biarkan sehingga sejuk. Setelah sejuk, tuangkan ke dalam potongan bawah botol.

Tambahkan ragi dan biarkan. Jangan kacau dahulu kerana ragi digunakan untuk menghasilkan karbon-dioksida.

Masukkan potongan botol bahagian atas sebelum ini dalam posisi terbalik (jadikan seperti corong).

Lilit keliling botol dengan pita hitam atau kain, dan letakkan di mana-mana bahagian sudut rumah yang selalu ada nyamuk.

https://t.me/DearHati
3🤩1