PenHitamOfficial
845 subscribers
201 photos
18 videos
2 files
77 links
Media Ahlus Sunnah Waljamaah
Follow Kami Di Page Instagram Penhitamofficial
Download Telegram
Apakah itu fardhu ain?

Sekian lama sejak di bangku sekolah lagi kita diajarkan tentang apa itu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Namun sayangnya tidak ramai yang cakna akan perkara sebegini, bahkan dipandang sepi umpama ianya tidak ada hubungan dengan kita sebagai umat islam, lebih-lebih lagi pada zaman teknologi yang penuh dengan fitnah dari luar dan dalam agama.

Secara ringkas;
fardhu=wajib
ain=individu

°°°
Apa yang dimaksudkan dengan ilmu fardhu ain?

Dalam suatu hadis yang popular, Hadis Jibril telah menggariskan kepada kita tentang ilmu fardhu ain iaitu secara ringkasnya Jibril AS telah menyerupai manusia dan datang bertemu Rasululullah ﷺ. Kemudian Jibril AS telah bertanyakan:

•apa itu iman
•apa itu islam
•apa itu ihsan

Kemudian pada penghujung hadis tersebut, Rasulullah ﷺ telah bersabda lelaki yang datang sebentar tadi ialah Jibril AS untuk mengajarkan kepada para sahabat TENTANG AGAMA.

°°°
Maka ulama menyimpulkan daripada hadis ini bahawasanya bahawa iman, islam dan ihsan merupakan ilmu fardhu ain bagi setiap mukallaf.

•Yang dimaksudkan dengan IMAN ialah ilmu yang berkaitan aqidah.
•Yang dimaksudkan dengan ISLAM ialah ilmu yang berkaitan Syariah iaitu Ibadat, Munakahat, Muamalat dan Jinayat.
•Yang dimaksudkan dengan IHSAN ialah ilmu tasawwuf iaitu berkaitan penyucian hati kita terhadap Allah dan terhadap makhluk (Habluminallah dan Habluminannas)

Maka TIGA ilmu ini WAJIB dipelajari oleh setiap MUKALLAF.

°°°
Siapakah pula yang dimaksudkan dengan mukallaf?

Mukallaf ialah orang yang diberati oleh hukum syarak. Syarat-syaratnya ada DUA;

•Berakal
•Baligh (cukup umur)

Oleh itu sesiapa yang cukup dua syarat ini WAJIBLAH baginya MEMPELAJARI ilmu FARDHU AIN.

°°°
Bagaimana cara untuk mempelajari ilmu FARDHU AIN?

Adakah kita boleh mempelajari ilmu fardhu ain ini sekadar membaca terus kitab quran dan hadis tanpa bimbingan guru yang berkelayakan?

Sudah tentu tidak, bayangkan jika ada manusia yang mampu menjadi doktor pakar hanya melalui pembacaan buku tanpa bimbingan guru dan practikal?

Boleh musnah tamadun manusia jika ianya berlaku

Begitu juga jika kita mempelajari ilmu fardhu hanya dengan pembacaan tanpa bimbingan dan praktikal,

Jawabnya akan HANCUR TAMADUN KEILMUAN ISLAM jika perkara sebegini berlaku dan berleluasa.
°°°
Oleh sebab itu, ulama telah menggariskan ilmu fardhu ain ini dalam kitab-kitab mereka dengan panduan Al-Quran dan Hadis. Ini kerana kesedaran ulama terhadap kita yang dhaif lagi fakir dalam mengambil ilmu agama secara langsung daripada Al-Quran dan Hadis. Tambahan lagi dengan bimbingan daripada mereka dan kitab-kitab mereka, in sha Allah kita akan dapat memahami ilmu fardhu ain yang bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah ﷺ.

°°°
Sekali lagi diulangi,
•fardhu=wajib
•ain=individu

maka setiap daripada kita yang bergelar mukallaf WAJIB MEMPELAJARI ilmu FARDHU AIN ini.

Jika kita mengingkari kefardhuan ini sudah tentulah kita sedang menempah dosa demi dosa daripada Allah dek kerana keingkaran kita terhadap kewajipan yang disyariatkan.

Sedangkan ilmu fardhu ain ini wajib bagi setiap mukallaf, berbeza dengan ilmu fardhu kifayah.

Jika kita tidak mempelajari ilmu fardhu kifayah, maka tidak berdosa selagi ada orang lain yang mempelajari atau menguasainya.

Berbeza dengam ilmu FARDHU AIN, kita yang akan menanggung dosa tersebut jika kita tidak mahu mempelajari dan mengamalkannya. Takkan ada orang lain yang boleh membantu menggugurkan dosa tersebut selain kita.

°°°
Oleh itu kami menyeru kepada semua yang beragama islam, untuk cuba memperbaiki fardhu ain kita ini.

Jangan leka jangan alpa, kelak menyesal tiada guna.
"Guru kita bukan nabi bukan rasul, mereka tak maksum. Kalau mereka salah, kita tetap kena kata salah. Kalau tetap mempertahankan kesalahan guru tu namanya taksub " -

Mafhum Kalam Syeikh Fuad



..
وَقُلْ جَآءَ ٱلْحَقُّ وَزَهَقَ ٱلْبَٰطِلُ ۚ إِنَّ ٱلْبَٰطِلَ كَانَ زَهُوقًا (الإسراء - 81)
"SIFAT 20" BUKAN DARI FALSAFAH YUNANI !

Inilah kejahatan serta agenda Wahabi (Salafi) yang menolak "SIFAT 20"...

Dakwaan SIFAT 20 dari falsafah yunani adalah dakwaan PALSU dan JAHAT daripada golongan-golongan penentang seperti Wahabi (Salafi). Dakwaan ini dapat dibantahkan dengan hujjah seperti berikut;

PERTAMA :

Sesiapa sahaja yang mempelajari SIFAT 20 pasti akan mengetahui bahawa setiap Sifat bersandarkan kepada DALIL NAQLI (Al-Qur'an dan Hadis) dan DALIL AQLI. Tiada suatu Sifat yang direka-reka berasaskan fikiran semata-mata...

KEDUA :

Tiada satu Sifat pun dihuraikan berlandaskan kaedah dan penghujjahan daripada ahli falsafah yunani. Bahkan ahli falsafah yunani kebanyakkannya cenderung kepada penafian agama dan melepaskan diri daripada terikat dengan mana-mana agama. Sedangkan perbincangan SIFAT 20 bersekitar Kesempurnaan SIFAT TUHAN sekalian alam...

KETIGA :

Tokoh-tokoh Falsafah Islam bukan terdiri daripada Ulama Asya'irah yang menyusun SIFAT 20. Antara Ahli Falsafah Islam ialah Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Sina dan Ibn Rushd. Mereka mempunyai asas perbincangan tersendiri yang berbeza dengan penghujjahan SIFAT 20. Bahkan tidak sedikit pandangan Ahli Falsafah Islam dikritik oleh Ulama Asya'irah.

KEEMPAT :

DALIL NAQLI yang menjadi sumber kepada Asya'irah ialah Al-Qur'an dan As-Sunnah. Bahkan As-Sunnah yang menjadi Dalil mempunyai Syarat yang ketat seperti Hadis Mutawatir yang Qati'e Thubut dan Qati'e Dilalah. Oleh itu, Hadis Ahad tidak diterima sebagai sumber kepada Usul Aqidah. Ini menunjukkan Pengajian SIFAT 20 amat menekankan aspek ketelusan Dalil yang digunapakai. Berbeza dengan golongan penentang SIFAT 20 yang menjadikan Hadis Ahad, Hadis Mudhtarib, Hadis Dhaif dan Qaul Dhaif sebagai asas Aqidah mereka.

KELIMA :

Ulama Asya'irah ramai daripada kalangan Ahli Hadis Besar seperti Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu Jauzi, Imam As-Sanusi, Imam Asy-Suyuthi dan lain-lain. Jika benar dakwaan SIFAT 20 daripada falsafah yunani, maka sudah tentu Ahli-Ahli Hadis tidak akan menerimanya sebagai pegangan Aqidah mereka.

KEENAM :

Jika terdapat sedikit persamaan antara SIFAT 20 dan falsafah yunani, maka ia tidaklah membenarkan dakwaan tersebut. Hal ini kerana Aqidah dan Falsafah berkongsi Sifat yang sama iaitu membentuk Kepercayaan dan Keyakinan. Atas dasar ini persamaan yang ada tidak menunjukkan SIFAT 20 dicedok daripada falsafah yunani. Bahkan SIFAT 20 mempunyai asas dan kaedah yang jauh berbeza dengan falsafah yunani.

KETUJUH :

Pengajian SIFAT 20 membawa kepada Monoteisme (Kepercayaan Tuhan yang Tunggal). Hal ini berbeza dengan agama di yunani yang berasaskan Politeisme (Kepercayaan banyak tuhan). Bagaimana orang yang mempunyai Akal Sihat boleh mendakwa bahawa SIFAT 20 diambil daripada falsafah yunani ?

Berdasarkan keseluruhan hujjah-hujjah di atas, masih wujudkah manusia yang berani mendakwa SIFAT 20 daripada falsafah yunani ???

Hanya orang-orang yang celik sahaja tidak akan tertipu dengan permainan gelaran Dr. / Ustaz Wahabi (Salafi) itu. Mereka lebih bahaya daripada Dajjal Laknatullah, kerana mereka itu menyerang Umat Akhir Zaman ini daripada dalam dengan misi utama mereka untuk Memesongkan, Menyesatkan dan Menghancurkan Perjalanan Kerohanian Umat Islam Akhir Zaman ini.

Nampak sama, tetapi matlamatnya sangatlah jauh berbeza. Jadi berhati-hatilah dengan mereka yang harini wabaknya kian menular dengan cepat kedalam dada-dada Umat Akhir Zaman...

Credit : Penhitamofficial
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hati-hati Dengan Kumpulan Bohong Apa Harini Tok Guru - Ustaz Wadi Anuar

Sumber Video : YouTube Ustaz Wadi Anuar

@penhitamofficial
Baju Festival Sunnah (ReadyStock)
STOK TERHAD, JOM DAPATKAN SEGERA!

Yang terawal akan dapat Kalendar 2022 ( Edisi Ulama dan Button Badge Festival Sunnah) - Sementara Stok Masih Ada

Jom Order
http://www.wasap.my/60143034066/nakorderbatch2
NOOR DEROS TARIK DIRI DARI MUZAKARAH KE 3 BERSAMA ARG
.
1. Setelah Noor Deros tarik diri muzakarah ke 2 bersama ARG, sekali lagi Noor Deros mengulangi perangai lama beliau dengan menggunakan segala jenis macam alasan untuk tarik diri muzakarah ke 3.
.
2. Untuk pengetahuan pembaca, Noor Deros dan ARG telah secara bersama dengan rela hati melantik perantara iaitu Dr. Ahmad Muhammady sebagai pemudahcara. Oleh itu, secara profesionalnya, Noor Deros atau ARG tidak boleh mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai muzakarah kerana apa-apa isu ia sepatutnya diputuskan dan diumumkan oleh perantara yang sama-sama sudah setuju lantik. ARG juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sehinggalah secara koboi Noor Deros keluar dari Group Wassap perbincangan bersama perantara dan buat kenyataan terbuka sebanyak 2 kali melalui Sidang Kalam.
.
3. Namun, Noor Deros dengan sikap koboinya membuat notis 12 jam terhadap ARG secara syok sendiri tanpa melalui perantara. Malah dakwaan-dakwaan beliau dalam status yang dikongsi beliau amat mengejutkan dan melucukan. ARG akan jelaskan satu persatu bagaimana sikap koboi Noor Deros dalam isu ini
.
Tajuk dan Penganjur
.
4. Ini adalah isu utama yang BELUM DIMUKTAMADKAN. Memang secara umum, tema perbahasan sudah maklum iaitu 3 teks dalam fusus dan parameter perbincangan sudah disepakati, namun begitu, tajuk khusus masih belum diputuskan, apabila tajuk khusus belum dimuktamadkan, maka skop perbincangan dan lain-lain rujukan sokongan masih belum dapat disenaraikan. Buktinya, kira-kira seminggu yang lepas iaitu pada 30 jun (rujuk lampiran), Noor Deros sendiri dalam Group Wassap MENGAKUI bahawa tajuk BELUM ADA.
.
5. Sebenarnya panel-panel ARG kebingungan kenapa pada 30 mei, Noor Deros dakwa beliau telah hantar SEMUA rujukan beliau. Bagaimana Noor Deros sudah siapkan SEMUA rujukan beliau untuk menyesatkan ulama besar sedangkan pada 30 jun belaiu sendiri mengakui tajuk BELUM ADA. Rujukan jenis apa yang dihantar pada 30 mei sedangkan 30 jun pun beliau akui tajuk belum ada? adakah sesuai dikatakan rujukan bertaraf sampah? adakah cara koboi sebegini digunakan Noor Deros untuk menyesatkan ulama?
.
RUJUKAN
.
6. Noor Deros seolah-olah mahu mengatakan ARG tidak menyerahkan rujukan, ini bolehlah dikatakan PEMBOHONGAN kerana faktanya ARG telah menyerahkan rujukan pada 30 jun (lihat lampiran) seperti yang dijanjikan. Hanya sahaja, akan hantar lagi 2-3 hari rujukan tambahan SELEPAS TAJUK DIMUKTAMADKAN kerana ketika itu baru jelas dan pasti skop perbincangan. ARG bukan koboi seperti Noor Deros yang telah siap-siap beri SEMUA rujukan beliau walaupun menurut Noor Deros sendiri tajuk BELUM ADA.
.
NASIHAT BUAT NOOR DEROS
.
7. Ini bukan kali pertama ARG berhadapan dengan penarikan diri Noor Deros, ketika muzakarah ke-2 (juga tarik diri) juga Noor Deros memberikan alasan yang pelbagai hingga muzakarah ke-3 juga Noor Deros tarik diri.
.
8. Melihat perkembangan diluar, Noor Deros begitu dilihat berlagak seperti hero apabila berhadapan dengan silat dan perukyah, habis dicabar merata tempat untuk muzakarah, namun apabila berhadapan dengan pasukan penyelidik ARG, beliau tarik diri hingga 2 kali.
.
9. Nasihat kepada Noor Deros, anda sebagai orang luar yang berhijrah dan mencari rezeki di Malaysia sudah diberi peluang sebanyak 2 kali dan anda mencari-cari alasan untuk tarik diri dan play victim, baling batu sembunyi tangan, maka seeloknya selepas ini anda senyap sahaja dan tidak meneruskan sikap koboi dinegara orang dengan mencabar rakyat Malaysia disana sini.
.
10. Salam 3-0

Disediakan oleh:

Unit Penyelidikan
Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group (ARG)

https://www.facebook.com/785701311460781/posts/pfbid0oVowrfqgRzmcj94H5dyR8MvBSmKBB1Di8toEgkiZU89BiJQDoFzrwUSBJUTLcKaZl/
Fungsi Sebenar Purdah
Pintu Fitnah Sedang Terbuka
Dulu aku mengira mereka terlalu berlebihan dalam beragama, setelah aku belajar ternyata akulah yang terlalu cinta dunia
Sehari sahaja lagi tinggal sebelum Pre-Order Di Tutup
Jom Cepat-cepat Dapatkan
(Sehingga 10 September Sahaja)

Material : Microfiber Mini Eyelet
Full Sublimation

Lengan Pendek : RM50
Lengan Panjang : RM55
Muslimah : RM60

Jom Pre-Order Segera!!
http://penhitamofficial.shoppy.my/