Dakwah Attakwa
928 subscribers
1.22K photos
371 videos
71 links
وَٱلْعَصْرِ 
Demi Masa! Sesungguhnya seluruh manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan dengan kesabaran.

"Barakallahu Fiikum"🕊
Download Telegram
Bersihkan hati kita selalu agar terbuka pintu kebaikan dan pandangan rahmah. Bila hati mulai bersih, tidak ada kebencian, tidak ada iri hati sesama kita. Yang ada hanya kasih sayang dan penuh cinta kepada sesama saudara. sentiasa istighfar dan zikir agar hati kita sentiasa lembut dan mudah menangis.

Nak bersihkan hati juga kena buang dulu rasa hebat diri. Rasa diri baik, rasa bagus. Kena masukkan rasa hina diri, fakir & lemah di hadapan Allah.🥀
Membaca Al-Qur'an dengan perenungan,pendalaman dan tadabbur merupakan satu dari sekian banyak sebab kebahagiaan dan kelapangan hati.

Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Rabb-Mu dan penyembuh bagi penyakit- penyakit(yang berada) di dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (QS. Yunus:57)

@Dakwahattakwa
Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata: “Keutamaan dan pahala perbuatan baik tidak hanya berkaitan dengan bentuk zahirnya sahaja; sebaliknya ia berkait dengan apa yang ada di dalam hati."

Sumber: Minhaj as-Sunnah (v. 6, ms. 205-239)

@Dakwahattakwa
Sesulit apapun jalannya, jangan berfikir untuk menyerah. Walaupun senang, walaupun berat ikhlaskan kerana kita tidak pernah tahu apa yang sedang menantimu diujung perjuangan nanti.

Taqdir hari ini yang kita anggap sebagai luka dan air mata ternyata kelak menjadi syukur yang bahagia.

@Dakwahattakwa
Ya Allah ya Robb...

Jangan sibukkan aku dengan yang menggundahkanku.

Jangan sibukkan hatiku memikirkan mereka yang tak menyayangiku. Lindungi usiaku dari hal -hal yang membuang waktu.

Bersama -Mu jadikan aku lebih kuat dan jadikan aku yakin dengan-Mu aku tidak perlukan tempat bersandar lagi kepada siapapun.

@Dakwahattakwa
sedikit bala ujian yang membawa diri kembali kepada Allah terlebih baik daripada banyak nikmat kesenangan yang membawa diri jauh dari Allah.

@Dakwahattakwa
Belajarlah jalani takdir dengan sebaik-baik penerimaan..

Jika dunia ini hanya diisi dengan hal-hal yang membahagiakan

lantas bagaimana kita mahu mengerti tentang sisi lain yang Tuhan rencanakan?

@Dakwahattakwa
Semua ibadah awalnya mesti dipaksakan & dilatih. Tengahnya adalah kebiasaan & kemudahan, akhirnya adalah kenikmatan & ketergantungan.

Jadi biasakan hal-hal yang baik, sebab walau awalnya berat, tapi akhirnya nikmat. Bermanfaat pula dunia & akhirat, masihkah kamu malas beribadah?

@Dakwahattakwa
Antara tanda hati kita sudah pun merasa kemanisan al-Quran adalah kita merasa tidak senang hati atau ralat jika sehari kita tak membaca al-Quran.

Jika kita belum merasa ralat apabila seharian tidak bersama al-Quran, maka paksa diri untuk luangkan waktu membaca al-Quran.

Apabila telah sebati jiwa kita dengan al-Quran, ketika itu, tidak mampu lagi kita berpisah dari al-Quran walau sekejap.
#MotivasiQuran

@Dakwahattakwa
JANGAN LUPA SELAWAT !

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 10×
“ Duit berjuta-juta tak akan mampu membayar satu rakaat sholat yang ' sengaja ' ditinggalkan.”

@Dakwahattakwa
"Kata nabi nanti ada anak-anak muda diakhir zaman.'Al-hijratu' orang yg hijrah,orang yg istiqamah pada saat banyak fitnah 'ya hijrati ilayyah' sama seperti berhijrah bersama Rasulallah"

-Ustadz Abdul Somad

@Dakwahattakwa