🛜 MyCryptoversity.net 🇵🇸
12.2K subscribers
6.44K photos
382 videos
17 files
4.43K links
All information provided are being translated into Bahasa Malaysia & just for study purpose Only.

This channel run by Crypto & Blockchain Community Builders
Download Telegram
POV Laporan FED Minutes.

Pada 30 Disember 2025, Fed akhirnya keluarkan minutes daripada mesyuarat mereka pada 9–10 Disember. Ramai orang baca dokumen ni macam baca berita biasa, tapi sebenarnya di sinilah kita nampak wajah sebenar #Fed, bukan versi yang dilatih untuk sidang media. Dalam minutes ni, yang keluar bukan keputusan, tapi cara berfikir dan cara berfikir Fed sekarang jelas tak setenang yang ramai sangka.

Kalau kita diteliti betul-betul, Fed sebenarnya dah mula buka pintu kepada idea potongan kadar faedah tambahan pada 2026..tapi pintu tu bukan dibuka luas. Ia dibuka perlahan, sambil mereka sendiri pun masih bertengkar di dalam bilik mesyuarat. Ada yang rasa potongan kadar masuk akal kalau inflasi terus turun, ada yang risau kalau potong terlalu awal nanti inflasi menyala semula. Maksudnya, ini bukan situasi semua orang angguk kepala...ini situasi Fed bercakap dengan dirinya sendiri, cuba meneka risiko mana lebih berbahaya.

Yang menarik, perbezaan pandangan kali ni lebih ketara daripada biasa. Beberapa ahli terang-terangan menentang idea potongan kadar, manakala yang lain mula menekan isu pasaran pekerjaan yang semakin rapuh. Ini penting sebab bila bank pusat mula risau tentang pekerjaan, itu biasanya tanda ekonomi tak sekuat yang data rasmi cuba tonjolkan. Fed tak pernah suka mengaku ekonomi lemah secara terbuka, tapi minutes ni beri bayangan yang jelas mereka nampak risiko di bawah permukaan.

Dalam masa yang sama, Fed buat satu langkah yang ramai orang terlepas pandang. Mereka mula beli semula Treasury jangka pendek untuk pastikan liquidity dalam sistem kekal mencukupi. Mereka tak panggil ini QE, tak buat pengumuman besar, tapi mesejnya jelas, iaitu : Fed tak mahu masuk 2026 dengan sistem kewangan yang ketat atau tersangkut dari segi funding. Ini bukan dasar longgar agresif, tapi ini juga bukan dasar keras. Ini usaha menenangkan sistem tanpa mengaku sedang menenangkan.

Bila kita gabungkan semua ni, satu perkara jadi jelas. Fokus Fed sekarang bukan lagi semata-mata inflasi. Inflasi masih penting, ya, tapi perhatian mereka dah beralih kepada keseimbangan yang lebih rapuh diantara inflasi, pekerjaan dan kestabilan sistem kewangan. Mereka tahu kalau silap langkah, sama ada inflasi atau ekonomi boleh tergelincir. Sebab tu nada mereka berhati-hati, penuh syarat dan bergantung kuat pada data seterusnya.

Inilah sebab kenapa minutes ni bukan signal pump untuk market. Ia tak dicipta untuk buat harga terbang. Ia dicipta untuk beri petunjuk tentang arah emosi dan kebimbangan Fed dan bila Fed sendiri belum bersatu suara, pasaran jarang bergerak dengan yakin. Biasanya ia akan masuk fasa menunggu, range, sideways dan penuh gerakan yang buat orang hilang sabar.

Untuk BTC dan ETH, situasi ni sangat selari. Kita tak nampak tanda tekanan besar, tapi kita juga tak nampak tenaga untuk bullish penuh. Ini bukan fasa bearish yang ganas, tapi fasa peralihan. Market sedang cuba menilai sama ada Fed akan betul-betul longgar atau sekadar menahan ketat daripada menjadi lebih teruk. Selagi persoalan tu belum terjawab, harga akan bergerak perlahan, penuh fake move dan ramai akan rasa market “bosan”.

Hakikatnya, fasa macam ni selalunya bukan fasa orang buat duit paling cepat. Tapi ini adalah fasa crypto OG susun posisi paling selamat. Fed minutes kali ni tak beri jawapan muktamad, tapi dia beri satu petunjuk penting, iaitu: Fed tak yakin dan bila Fed tak yakin, mereka cenderung untuk mengelakkan kejutan besar. Pakcik kebun sebelah cakap, ini memberi ruang, bukan jaminan.

Jadi kalau nak ringkaskan semuanya, kita sekarang berada dalam satu fasa penentuan arah. Bukan di puncak trend, bukan juga di bawah tekanan penuh. Market sedang menunggu isyarat seterusnya dan isyarat itu takkan datang dari satu headline. Ia akan datang dari perubahan kecil yang konsisten bersama yield, USD, liquidity dan reaksi harga yang makin jujur.
🔥21👍53
Dan seperti biasa, peluang sebenar jarang muncul masa jawapan sudah jelas..tapi ia muncul masa semua orang masih keliru dan hanya segelintir yang sanggup bersabar membaca petunjuk satu demi satu...yang saya akan kongsikan dalam 30 Days WAR MAP,2026
.
Tapi apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
.
Like & Share : https://t.me/cryptoblock_edu/10589
.
#30DaysWarMap2026
#NotFinancialAdvise
#MyCryptoversity
#DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
🔥352
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Selamat berhujung minggu...

Rehat2 lah dulu sebelum kita sama2 belajar membaca pergerakan market minggu depan...

Kita tak tahu apa akan jadi kt market tahun ni....tp apa yang pasti 2026 ni makin mencabar..

Semoga kita semua dapat harungi semua ujian yang bakal kita hadapi kali ni dengan tabah, tenang dan Berjaya Dunia Akhirat.. Insya Allah.. Aamiin Ya Rabb Alamiin
👍3113
Ada 2 laporan berkenaan DEX Aggregator; Jupiter

min ringkaskan dalam bentuk imej sahaja ya. nak tulis panjang sangat.

Di satu info yang lain, tahun 2025 merekodkan Solana memproses 121 Billion transaksi keseluruhan.

Jadinya, pasti ada perkaitan dengan apa yang berlaku dalam applikasi Jupiter.

Semoga bermanfaat bacaan santai hujung minggu 🥳🎢
14
Rekod Baharu!

Ethereum mencatatkan rekod transaksi harian tertinggi yang baru pada januari 2026, dengan 1.87 juta transaksi. kenaikan sebanyak 50% dari tahun lepas.

pada awal januari 2025, ethereum rekod hanya 1.25 juta tranaksi sahaja.

rekod tertinggi transaksi ethereum sebelum ini adalah pada mei 2021, dengan 1.66 juta transaksi.

Dengan Fusaka, kita ke Osaka. hahaha. nampak kebaikan naik taraf rangkaian?

sumber tekan sini terus
14👍4
Bersumberkan dari sini

hari ini, 4 januari 2026;
indeks F&G adalah 25.
takut ekstrem. abaikan kesalahan (fear).
merupakan hari ke 67 sejak 30 oktober 2025.

Min akan cuba kira insyaAllah, pada hari ke berapa kita akan keluar dari zon takut menakutkan ini. hehe
21👍1
Forwarded from 30 Days WAR MAP, 2026
PART 02

KAU BUKAN LAMBAT, KAU CUMA TAK FAHAM PERMAINAN

Ramai trader rasa mereka selalu masuk lewat.
Asyik beli bila harga dah naik... jual bila market dah jatuh.
Pastu salahkan diri sendiri...kaata diri bodoh, tak disiplin, tak pandai timing.

Sebenarnya bukan itu masalahnya.

Masalah sebenarnya ialah sejak hari pertama lagi, awak diajar tengok market dari sudut yang salah.
Awak diajar tengok apa yang sedang berlaku...,bukan dari sudut apa yang sedang market sediakan..bukan dari sudut positioning.

Market bukan bergerak sebab semua orang tiba-tiba setuju harga patut naik.
Market bergerak sebab positioning dah siap dan harga cuma alat untuk memanggil pembeli terakhir..mereka yang FOMO.

Sebab tu market nampak “sunyi” sebelum bergerak.
Sebab tu peluang yang paling selamat selalu rasa membosankan dan sebab tu keyakinan biasanya muncul selepas risiko berpindah tangan.

Masa market bosan lah sebenarnya masa yang terbaik dan paling selamat untuk kita masuk, kalau tak selamat..kenapa institusi dan whales positioning time market boring?
Boleh faham tak?

Dalam 30 Days WAR MAP,2026 ni saya nak awak semua buang satu kepercayaan lama tu:

Market bukan beri signal untuk kita masuk.
Market cuma dedahkan siapa yang dah bersedia dan siapa yang masuk lambat.

Trader yang selalu “masuk lambat” ni bukan lambat berfikir, biasanya mereka ni cuma tunggu confirmation harga, sedangkan institusi dan geng Wall Street nu hanya perlukan masa dan emosi orang lain jer untuk buat keuntungan.

30 Days WAR MAP,2026 ni bukan untuk ajar awak cari entry cantik, tapi....
Ia untuk ubah soalan dalam kepala awak tu...

Bukan lagi:
“Naik lagi ke?”

Tetapi:
“Projek mana perlu aku fokus sekarang?”

Kalau soalan itu buat awak rasa tak selesa,
bagus la tu..sebab tu tanda awak baru mula nampak medan perang sebenar.

Esok saya buka peta seterusnya.
Lebih dalam. Lebih sunyi.
Dan biasanya… di situlah peluang sebenar bersembunyi.
.
Tapi apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
.
#30DaysWarMap
#NotFinancialAdvise
#MyCryptoversity
#DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
🔥31👍1
Maaf semalam tak sempat post part 02 ni 🙏
👌122
Forwarded from 30 Days WAR MAP, 2026
PART 03

MARKET TAK PERNAH PERLU YAKINKAN ORANG YANG DAH BERSEDIA

Ramai trader ingat market bergerak sebab berita atau sebab data...atau sebab “signal dah confirm”.

Itu adalah cerita yang sedap didengar.
Tapi, hakikat sebenarnya jauh lebih kejam.

Market sebenarnya bergerak bila dah cukup orang yang dah dipengaruhi.

Kalau semua orang dah bersedia, market tak perlu kecoh/hype.
Tak perlu headline..tak perlu keyakinan palsu.

Cuba perhatikan satu benda yang jarang orang tanya:

"kenapa berita yang paling “meyakinkan” selalunya keluar bila harga dah bergerak jauh?"

Sebabnya adalah market tak guna berita untuk mulakan pergerakan.
Berita hanya lah cuma alat untuk menghalalkan positioning yang sudah completed.

Trader yang dah bersedia.. masuk masa market boring.
Trader yang perlukan keyakinan.... masuk bila market mula bercakap/hype.

Dan bila market terlalu banyak bercakap,
Biasanya itu adalah petanda ia sedang mencari siapa yang sanggup beli sekarang.

Sebab itu ayat “tunggu confirmation” bunyinya bijak,
Tapi, ia selalu bawak orang ke zon paling mahal dalam cycle (beli kat pucuk).

Sebenarnya "Confirmation" bukan dibuat untuk melindungi kita, tapi..
Ia dibuat untuk menarik kita masuk.

Sebab tu lah saya selalu refer kat kripto screener untuk tahu kat fasa mana sesuatu aset tu berada sekarang, boleh tengok contoh kat https://t.me/cryptoblock_edu/10602


Hari ini saya nak awak simpan satu soalan ringkas setiap kali market nampak terlalu yakin (confirmed):

“Siapa yang perlukan confirmation aku sekarang, kalau bukan aku sendiri?”

Kalau jawapan awak bukan awak sendiri,
Itu bermakna awak mungkin sedang berdiri di tempat yang salah.

30 Days War Map, 2026 ni bukan ajar awak takut pada market bullish, tapi...
Ia ajar awak rasa curiga bila semua orang terlalu confident.

Esok, saya akan buka satu lagi peta.
Pasal kenapa market selalu beri peluang terbaik dalam keadaan yang nampak paling tak selesa/bosan/teruk.
.
Tapi apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
.
#30DaysWarMap
#NotFinancialAdvise
#MyCryptoversity
#DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
🔥244👍1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
CryptoScreener 4jan,2026
.
Video penuh kat https://vt.tiktok.com/ZS5yJmBFW/
.
Penafian : Ini Bukan Nasihat Kewangan
🔥221👍1
Kalau ada masa jemput lah baca, komen..like & share https://www.facebook.com/share/p/1DBnRYSd3H/?mibextid=wwXIfr
20👍4
Forwarded from 30 Days WAR MAP, 2026
PART 04

KALAU TERASA TERLALU BETUL, BIASANYA KITA DAH TERLAMBAT

Ada satu benda yang saya belajar lepas berada dalam dunia crypto sejak 2015, iaitu:
Peluang sebenar, hampir tak pernah datang dengan rasa tenang dan yakin.

Kalau dengan satu setup buat kita rasa yakin, disokong ramai dan nampak “logik” di mata semua orang..itu biasaya bukan peluang, tapi itu adalah penyudah.

Peluang yang betul biasanya datang masa kita rasa janggal.
Sunyi...
Takde siapa cerita...Takde siapa bangga.
Volume masih nipis, sentimen bercampur-campur dan chart nampak macam “tak tahu nak pergi mana”.

Di sinilah kebanyakan trader berhenti.
Bukan sebab tak nampak, tapi sebab tak sanggup duduk dalam ketidakpastian.

Trader retail, diajar cari rasa betul...cari confirmation..cari ayat “dah confirm”.
Sedangkan institusi, geng Wall Street cari situasi di mana majoriti belum berani buat keputusan.

Market tak bagi peluang bila semua orang setuju.
Market bagi peluang bila kebanyakan orang masih ragu, bosan atau sudah angkat tangan.

Sebab tu lah ayat yang selalu keluar masa peluang sebenar bunyinya pelik:
“Rasa tak sedap.”.... “Macam salah je masuk sekarang.”...... “Takut ini perangkap.”

Ironinya, rasa itulah yang memisahkan trader OG daripada orang yang hanya masuk bila sorakan bermula.

30 Days War Map 30 bukan ajar awak jadi berani tanpa sebab.
Tapi, saya cuba tunjukkan awak perbezaan antara risiko sebenar dengan rasa tak selesa yang palsu.

Hari ni saya tak suruh awak beli apa-apa..saya cuma nak awak semua sedar satu perkara:

Bila sesuatu peluang buat awak rasa tak selesa, soalan yang betul bukan “patut ke masuk ni?”

Tetapi..soalan yang betul yang patut kita tanya diri kita, ialah:
“kenapa ramai orang tak sanggup berada di sini?..kenapa vol kecik?”

Esok kita sambung....
Pasal bagaimana market guna masa dan kesenyapan untuk memenatkan orang sebelum membuat pergerakkan...
.
Tapi apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
.
#30DaysWarMap
#NotFinancialAdvise
#MyCryptoversity
#DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
25🔥1
.
DXY 5jan,2026
Kalau kita tengok kat chart ni, US Dollar sekarang tengah ‘senyap tapi berbisa’. Dia tak buat trending besar, tapi sedang mengukir sesuatu dari bawah..rebound cantik dari support ascending channel yang dah terbukti kukuh sejak 2008 lagi. Chart ni monthly, maknanya setiap batang mewakili satu bulan penuh... so, bila dia mula bergerak, dia tak main-main.

Tapi jangan lupa..Ichimoku Cloud sedang melintang di atas harga dan kita semua tahu, cloud ni bukan awan gemawan. Ini adalah halangan psikologi dan teknikal yang boleh menghalang USD dari buat rally selanjutnya kalau tak mampu tembus.

Kalau DXY berjaya break atas cloud, pakcik kebun sebelah cakap itu tanda jelas bahawa liquidity akan mula keluar dari aset berisiko, termasuk crypto dan saham growth. Tapi kalau dia gagal dan breakdown bawah channel... itu petanda crypto boleh sambung pesta buat sementara waktu.
Jadi, USD sekarang dalam zon penentuan. Tak trending, tapi duduk atas kawalan game. Siapa yang tak tengok USD ni, macam tengok peta harta karun tapi tak kisah pasal kompas..sedangkan kompas adalah segala-galanya...Boleh paham tak?
.
Tapi apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
.
#NotMyChart
#NotFinancialAdvise
#MyCryptoversity
#DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
👍1911
#XRP
Jangan sayang untuk take profit...kalau nak hold, pastikan set OCO ya...
.
Sekarang boleh faham tak kenapa saya selalu cakap, peluang yang sebenar datang adalah time majoriti orang cakap/rasa market tu boring....tapi ramai yang buat silap, tinggal market time market boring..masuk market bila dah hype
.
Untuk tahun 2026 ni saya mulakan 30 hari pertama dengan penekanan kepada mindset yang betul, sebab tu saya buat program 30 Days WAR MAP,2026
Rajin-rajin lah baca perkongsian saya tu, apa yang saya share adalah dari perspektif kaca mata FM..bukan dari kacamata retail trader dan saya tulis tu bukan sebab saya pandai tapi ia jugak sebagai bahan rujukan dan nota kepada saya sendiri jugak.
.
Tapi apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
🔥336
Ulasan dari Alpha Scanner 6jan,26
Pagi ni market nampak tenang, hampir terlalu tenang.. #BTC bergerak slow, chart pun tak bg apa-apa emosi. Dalam suasana macam ni, kebanyakan orang akan rasa takde apa yang boleh dibuat..lalu otak pun tertutup...ini normal bagi trader cap ayam.

Tapi market ni, dia jarang bagi peluang bila keadaan dah hype...biasanya ia bermula masa semua orang rasa bosan dan hilang fokus. Kat Alpha Scanner, saya perasan ada pergerakan kecil yang tak minta perhatian..ada volume masuk perlahan, harga tak ke mana, tapi tak jugak jatuh. Ini bukan kebetulan, ia cuma petunjuk awal yang kebanyakkan trader mudah terlepas pandang.

Ini bukan buy call ya, cuma peringatan supaya mata kita tak lalai...sebab bila market akhirnya buat keputusan, dia jarang tunggu semua orang bersedia...bila dia jalan baru majoriti bersedia..tapi tu sebenarnya dah terlambat.
.
Tapi apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
.
#AlphaScanner
#NotFinancialAdvise
#MyCryptoversity
#DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
🔥22👍5🤩3