CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
453K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
BERITA TERKINI

Dari 12 negara dengan bilangan kes melebihi 100,000 adalah bersamaan dengan 74.1% dari jumlah keseluruhan kes di dunia.

Kadar kesembuhan keseluruhan kes dunia hampir kepada 40%.

Malaysia adalah salah satu dari 47 negara yang mempunyai kadar kesembuhan 80% ke atas.

- CPRC KKM
PENGUMUMAN

Untuk makluman semua, tiada siaran langsung dari Ibu Pejabat KKM pada hari ini. Namun kami tetap akan memberikan perkembangan terkini Covid19 kepada anda dalam bentuk Kenyataan Akhbar dan statistik yang dijangka akan dimuatnaikkan kira-kira jam 4.30 petang ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

- CPRC KKM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 24 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan:
60 (Terdapat 7 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia:
7,245

Jumlah kes aktif:
1,185

Kes sembuh:
33

Jumlah keseluruhan kes sembuh:
5,945

Jumlah keseluruhan kes di ICU:
9 (Seramai 4 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian:
0

Jumlah keseluruhan kematian:
115


Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P

- CPRC KKM
Dr. Norhayati Bt Rusli, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bersama petugas di CPRC Kebangsaan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia terutamanya kepada warga kerja KKM. Elakkan 3C dan amalkan 3W. Raikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini di rumah bersama keluarga secara tertutup demi kesihatan dan keselamatan diri, keluarga dan komuniti. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf Zahir Batin dari kami semua di CPRC Kebangsaan.