CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
451K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja Berumur 12-17 Tahun (PICK REMAJA) Dan Penubuhan Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (COVID-19 Immunisation Task Force - Adolescent, CITF-A)

Kementerian Kesihatan menawarkan pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja dengan memberi keutamaan kepada mereka yang berumur 16 dan 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan awam dan remaja dengan komorbid.

Semua sekolah, institusi pendidikan, perlindungan dan pemulihan kerajaan dan swasta dimohon untuk mendaftarkan institusi masing-masing di portal Portal Vaksin-Anak-Ku yang telah dibangunkan oleh KKM.

Pada masa yang sama, ibu/bapa dan penjaga kepada remaja disarankan untuk mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan di dalam aplikasi MySejahtera.

Rujuk Kenyataan Media bagi bacaan lanjut.☝️
Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh warga kerja KKM dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Anda telah mendapat 2 dos vaksinasi COVID-19 tetapi masih tidak mendapat sijil vaksinasi di dalam MySejahtera?

Tonton video ini untuk langkah yang perlu dilakukan.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
Kenyataan Akhbar KPK 15 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia – From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
https://kpkesihatan.com/2021/09/15/kenyataan-akhbar-kpk-15-september-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Kemudahan ujian saringan kendiri dan kepentingan pelaporan keputusan di aplikasi MySejahtera

KKM ingin mengingatkan individu yang bergejala atau berisiko tinggi terutamanya kontak rapat, agar segera menjalankan ujian saringan COVID-19 dan melaporkan kepada KKM melalui aplikasi MySejahtera.

Saringan COVID-19 ini boleh dilakukan sama ada dengan menggunakan kit ujian RTK-Ag (kendiri) atau hadir ke mana-mana fasiliti kesihatan yang berdekatan.

Pengesanan awal kes COVID-19 dengan menggunakan kit ujian RTK-Ag (kendiri) ini boleh membantu individu-individu untuk memantau kesihatan dan menilai risiko kendiri bagi mendapatkan rawatan kesihatan sebelum terlambat sekali gus mengurangkan kes-kes Brought-in-Dead (BID).

Selain itu, kit ujian RTK-Ag (kendiri) COVID-19 ini adalah mudah dan pantas untuk dijalankan di samping mempercepatkan proses individu yang positif dikenal pasti dan seterusnya diasingkan supaya risiko penyebaran kepada individu lain terutamanya golongan rentan dapat dikurangkan.

Masyarakat juga dinasihatkan untuk menggunakan kit ujian RTK-Ag (kendiri) yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bagi mendapatkan keputusan yang sah.

Setiap individu wajib melaporkan hasil keputusan ujian tersebut dalam aplikasi MySejahtera sama ada keputusan positif, negatif, mahupun tidak sah bagi membolehkan tindakan susulan dapat diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri berkenaan Gelembung Pelancongan Domestik Projek Rintis Langkawi, Kerajaan telah mewajibkan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bermula pada 16 September 2021 untuk menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan.

Langkah ini adalah untuk memastikan supaya Pulau Langkawi menjadi destinasi pelancongan yang selamat kepada semua pelancong dari dalam mahupun luar negara. Ujian saringan COVID-19 ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan RTK- Ag (kendiri) seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan pada hari ini.

CPRC Kebangsaan ingin melaporkan trend bilangan ujian dan kadar positif bagi keseluruhan ujian pengesanan SARS-CoV-2 iaitu PCR, RTK-Ag (profesional), dan RTK-Ag (kendiri) mengikut Minggu Epidemiologi (ME) telah menunjukkan peningkatan berterusan dan memberangsangkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Perkembangan ini lebih ketara dilihat sehingga 13 September 2021 apabila sebanyak 758,919 ujian RTK-Ag (kendiri) telah dijalankan yang mana, 107,421 (14.5%) telah dikesan positif COVID-19.

Semua keputusan ujian COVID-19 adalah amat penting untuk dilaporkan kepada KKM kerana ia akan mempengaruhi kadar positif jangkitan COVID-19 negara yang dilaporkan selain menunjukkan peningkatan kesedaran orang ramai akan kepentingan melakukan ujian pengesanan SARS-COV-2.

Walaupun KKM sentiasa berusaha meningkatkan kapasiti ujian pengesanan SARS-COV-2 di fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta, namun dengan kerjasama orang ramai melakukan ujian saringan kendiri, jumlah ini dapat terus ditingkatkan.

Justeru, KKM ingin menyeru semua pihak supaya berganding bahu bersama Kerajaan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 melalui pendekatan whole-of-government, whole-of- society agar kita dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Pemerkasaan individu dan masyarakat dengan melakukan saringan COVID-19 terutamanya melalui RTK-Ag (kendiri) ini akan membantu negara ke arah mencapai matlamat tersebut.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Ketua Pengarah Kesihatan
15 Sept 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 16,939 kes (1,800,278 kes kumulatif, 87.8%);
Kes baharu : 18,815 kes (2,049,750 kes kumulatif);
Kes import : 7 kes (4 warganegara; 3 bukan warganegara);
Kes tempatan : 18,808 kes [16,819 warganegara (89.4%); 1,989 bukan warganegara (10.6%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,222 kes (913 kes COVID-19; 309 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 710 kes (422 kes COVID-19; 288 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,228 kluster;
Jumlah kluster baharu : 21 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 3,822 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,406 kluster.

Daripada 18,815 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,
222 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
18,593 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

https://kpkesihatan.com/2021/09/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-september-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
PROJEK RINTIS GELEMBUNG PELANCONGAN DOMESTIK LANGKAWI: KEPUTUSAN SEMASA PENGUJIAN COVID-19 DI PINTU MASUK UDARA DAN LAUT

Seperti yang dimaklumkan Kerajaan, Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi telah pun bermula pada hari ini. Seiring dengan itu, KKM telah mula melaksanakan semakan ujian saringan COVID-19 dan juga ujian saringan COVID-19 (bagi pelancong yang belum menjalankan ujian) sebelum mereka berlepas ke Pulau Langkawi di pintu masuk udara dan laut.

Adalah dimaklumkan bahawa, sehingga jam 12 tengah hari 16 September 2021, seramai 2,546 orang telah disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi. Ini melibatkan sejumlah 1,250 orang yang telah disaring di empat (4) pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui feri di Kuala Perlis. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

• Sejumlah 2,528 orang telah menjalani ujian RTK-Ag, dan daripada jumlah ini, sebanyak lima (5) kes positif COVID-19 telah dikesan;

• Sejumlah enam (6) orang telah menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang, dan kesemua keputusan adalah negatif; dan

• Baki 12 orang kanak-kanak enam (6) tahun dan ke bawah tidak menjalani ujian COVID-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing.

Kesemua lima (5) kes yang telah dikesan merupakan kategori satu (1) iaitu tidak bergejala. Kes-kes ini telah diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari.

(Sila rujuk di Jadual 1 seperti yang dilampirkan)

Seperti yang ditekankan sebelum ini, kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama ini sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik yang seterusnya. Projek rintis ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ianya berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu. Atas sebab itulah, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi telah menerima vaksinasi lengkap, bukan merupakan kes positif COVID-19, dan bukan kontak rapat kepada kes positif.
Kejayaan untuk membawa negara keluar daripada kemelut pandemik ini tidak hanya boleh bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu didokongi usaha sama oleh semua pihak dan lapisan masyarakat.

Oleh itu, KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam apa keadaan sekalipun bagi menjaga keselamatan diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling. Amalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, dan mencuci tangan dengan kerap. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari Pulau Langkawi, segeralah dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan COVID-19. Sekiranya kita mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan menjadi lebih teruk.

KKM mengucapkan jutaan penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak dan agensi dalam merealisasikan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi. KKM juga akan sentiasa menambah baik dan memudah cara proses serta pelaksanaan pengujian ini dari semasa ke semasa agar ianya berjalan lancar dan berkesan.

- KPK KKM -
Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 16 September 2021:

1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 15 September 2021, 5pm)
• Penggunaan katil Bukan ICU 71%
• Penggunaan katil ICU 81%

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin COVID-19 (Sehingga 15 September 2021, 11:59pm)
• % Populasi Keseluruhan - 1 dos 66.5%
• % Populasi Keseluruhan - lengkap 54.6%
• % Populasi Dewasa - 1 dos 92.5%
• % Populasi Dewasa - lengkap 76.2%

3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 16 September 2021, 12:00 Tengah Hari)
• Bilangan kes baharu 18,815 kes
• Bilangan kes kumulatif 2,049,750 kes

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 16 hb September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.98. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Semua sekolah, institusi pendidikan, perlindungan dan pemulihan kerajaan dan swasta dimohon mendaftarkan institusi masing-masing di Portal Vaksin-Anak-Ku.

Ibu/bapa dan penjaga kepada remaja disaran untuk mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan di dalam aplikasi MySejahtera.
Status COVID-19 di Malaysia setakat 15 September 2021.
Untuk maklumat lanjut, layari covidnow.moh.gov.my

COVID-19 status in Malaysia as of 15 September 2021.
For more details, visit covidnow.moh.gov.my
Terkini. 19 September 2021 (12:00 Tengah Hari) Bilangan kes baharu COVID-19 adalah 14,954 kes.
Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 19 September 2021:

1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 18 September 2021, 5pm)
• Penggunaan katil Bukan ICU 67%
• Penggunaan katil ICU 72%

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin COVID-19 (Sehingga 18 September 2021, 11:59pm)
• % Populasi Keseluruhan - 1 dos 67.2%
• % Populasi Keseluruhan - lengkap 56.0%
• % Populasi Dewasa - 1 dos 93.1%
• % Populasi Dewasa - lengkap 78.2%

3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 19 September 2021, 12:00 Tengah Hari)
• Bilangan kes baharu 14,954 kes
• Bilangan kes kumulatif 2,097,830 kes

- KPK KKM -