Sains Komputer Spmnetic!β„’ πŸ’»πŸ–±πŸ“Š
4.86K subscribers
413 photos
9 videos
255 files
171 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For any enquiries, please directly ask in our discussion group ✨
Download Telegram
Playlist SK dan ASK

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

Berikut adalah video yang saya buat untuk panduan PDPC
SK Dan ASK. Harap membantu

Insyallah saya akan kemaskini dari semasa kesemasa

Boleh share kepada pelajar

CHANNEL YOUTUBE :https://www.youtube.com/channel/UCk_f4CPPhGkOl-Sd7oBlypA
CHANNEL TELEGRAM :https://t.me/sainskomputerpdpc


#1.Pangkalan Data & SQL
https://youtu.be/saA8_CHvtqY

#2.Entiti Dan Atribut
https://youtu.be/y6xOYn9YKI0

#1 Algoritma(Input,Proses,Output)
https://youtu.be/88Ue0jYrmhw


#2 Pseudokod dan Carta alir
https://youtu.be/XPrwqclP2W8

#3 Siri1 Struktur Kawalan
https://youtu.be/Q5kq0S8UksY

#4 Menguji Ralat Dalam Algoritma
https://youtu.be/VM24bMuXLcc

#5 Algoritma kepada Bahasa Pengaturcaraan
https://youtu.be/geYGhBrFZgc

#6 Siri2 :Struktur Kawalan
https://youtu.be/qqpF_UjHwQ4

#7|IF ELSE,IF ELSE IF,SWITCH CASE|
https://youtu.be/2Hr85VXPYFk

SQL:Pembunuhan Rumah Sewa Episod 1
https://youtu.be/pMv-u2dV53k


SQL:Pembunuhan Rumah Sewa Episod 2
https://youtu.be/3VqJiFYn088

Pengenalan Linear Search (Terkini)
https://youtu.be/YBYioobYiYA
Manual Pengguna Sistem e-Travel v3.pdf
1.4 MB
Kepada yang tidak tahu cara untuk membuat manual pengguna, boleh rujuk PDF ni sebagai panduan☺️
#notaulangkajisainskomputer πŸ’»βŒ¨οΈπŸ–±οΈπŸ“š

BAB 1 TINGKATAN 4 : Pengaturcaraan

Teknik Pemikiran Komputasional
   - Teknik Leraian
   - Pengecaman Corak
   - Peniskalaan
   - Algoritma

Penyelesaian Masalah :
    Proses mengkaji butiran
sesuatu masalah
    untuk mendapatkan satu
penyelesaian.

Ciri-ciri Penyelesaian Masalah Berkesan
   - Kos : Harga yang dibayar
   - Masa : Tempoh menyiapkan
projek
   - Carta Gantt : Perancangan
dan perkembangan projek

Algoritma :
    Set arahan untuk menyelesaikan masalah.
          - Pseudokod
          - Carta Alir

Struktur Kawalan Dalam Pengaturcaraan
     - Struktur Kawalan Urutan
     - Struktur Kawalan Pilihan
     - Struktur Kawalan Ulangan

Pseudokod :
     - Struktur kawalan yang
ditulis dengan
menggunakan
bahasa yang difahami
manusia.

Ralat Dalam Pengaturcaraan
    - Ralat Sintaks
    - Ralat Logik
    - Ralat Uji Lari

Pembolehubah :
    Ruang simpanan sementara
untuk nombor, teks dan
objek.
   
Pemalar :
    Mengisytiharkan satu nilai
yang tetap.

Jenis-jenis data
    - Integer
    - Float
    - Double
    - Char
    - String
    - Boolean

Pembolehubah sejagat
   - Hanya berfungsi dalam atur
cara sahaja

Pembolehubah setempat
  - Hanya berfungsi dalam
subatur cara yang
   diisytiharkan sahaja.

Pernyataan Aritmetik :
   Penggunaan tatatanda
operasi matematik.
    
Pernyataan Umpukan:
   Boleh terdiri daripada 1 atau
lebih ungkapan.
   Merujuk kepada tanda sama
dengan dengan (=) .  
❀2πŸ‘1
#notaulangkajisainskomputer πŸ’»βŒ¨οΈπŸ–±οΈπŸ“š

BAB 2 TINGKATAN 4 : Pangkalan Data

Pangkalan Data Hubungan :
    Koleksi daya logikal yang
berkaitan dan  strukturnya
membolehkan kandungannya
dikeluarkan, diurus dan
dikemaskini.

Integriti Data :
     Kesempurnaan, ketepatan
dan kesahihan data serta
merujuk ketepatan data yang
sah melalui kitaran hayat
data.

Ketekalan Data :
     Konsistensi atau
keseragaman data yang
akan mempengaruhi
kebolehpercayaan data.

Model Hubungan :
    Data disusun dalam jadual
yang terdiri daripada lajur dan
baris tanpa perlu isytiharkan
struktur terlebih dahulu.

Kelewahan data :
    Pertindihan data yang
berpunca daripada salinan
data yang berulang tetapi di
lokasi yang berlainan.

Entiti :
    Suatu objek unik dan boleh
dikenalpasti dalam suatu
persekitaran.

Model Pangkalan Data Berasaskan Objek :
    Menyimpan takrifan objek
yang boleh diguna semula
oleh perisian. Mewakili data
hubungan banyak-ke-banyak.

Atribut :
    Data diskriptif yang
menerangkan sesuatu entiti
dalam pangkalan data.

Set Hubungan :
    Perkaitan antara dua entiti
atau lebih .

Kunci Primer :
    Atribut dengan nilai yang unik
untuk mewakili setiap baris
rekod dalam sesebuah
jadual.

Kunci Asing :
    Atribut yang mengandungi
nilai kunci primer daripada
jadual sasaran.

Gambar Rajah Perhubungan :
    Teknik grafik untuk
memodelkan data yang
mewakili persekitaran dalam
struktur entiti.

Kebergantungan Fungsi Penuh :
    Atribut bergantung
sepenuhnya kepada kesemua
atribut kunci dalam jadual.

Kebergantungan Fungsi Separa :
    Atribut bergantung kepada
salah satu daripada atribut
kunci dalam jadual.

Kebergantungan Fungsi Transitif :
    Atribut bergantung kepada
atribut biasa dalam jadual.
πŸ‘2
#notaulangkajisainskomputerπŸ’»βŒ¨οΈπŸ–±οΈπŸ“š

BAB 3 TINGKATAN 4 : Interaksi Manusia dan Komputer

Reka Bentuk Interaksi
    - Membenarkan interaksi dan
komunikasi antara
pengguna dengan produk
atau aplikasi.

Konsistensi
     - Semua elemen perlu kekal
pada kedudukan yang sama
untuk keselesaan
pengguna.

Kebolehan Membuat Pemerhatian
     - Pengguna kali pertama
memudahkan pengguna
mengenal pasti elemen
yang terdapat dalam
aplikasi.

Boleh Dipelajari
     - Mudah dipelajari dan
mudah diingati walau
pertama kali menggunakan
aplikasi tersebut.

Kebolehan untuk menjangka
      - Pengguna membuat
jangkaan perkara yang
akan berlaku hasil dari
interaksi.

Maklum Balas
      - Gambaran sebenar
mengenai reka bentuk
interaksi dan maklumat
mengenai reka bentuk
tersebut

Skala Likert :
        Bentuk soal selidik untuk
melihat persetujuan
pengguna terhadap produk
interaksi.

Skala Guttman :
          Bentuk soal selidik untuk
mendapatkan data yang
tegas, jelas dan konsisten

Proses Reka Bentuk Interaksi
        - Mengenal pasti keperluan
interaksi
        - Membangunkan reka
bentuk alternatif
        - Membina prototaip
interaksi
        - Membuat penilaian reka
bentuk interaksi produk

Keperluan Interaksi Manusia dan Komputer
         - Mendapat permintaan
dalam pasaran
         - Meningkatkan produktiviti
         - Mengurangkan kos
selepas jualan
         - Mengurangkan kos
pembangunan
         - Mengembangkan aktiviti
dan menambahkan
pengalaman manusia
         - Pengkomputeran sosial
     
#notaulangkajisainskomputer

Bab 2: Pangkalan Data


Apakah perbezaan diantara DATA dan MAKLUMAT?πŸ€”

DATA

▢️Data merupakan himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian, orang atau entiti yang boleh terdiri daripada perkataan, angka atau gambar.

▢️Data boleh menjadi sesuatu fakta yang bermakna atau tidak bermakna sehingga fakta-fakta tersebut diproses.

MAKLUMAT

▢️ Maklumat merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisan data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.

▢️ Maklumat yang dihasilkan ini akan menjadi lebih bermakna dan mudah untuk difahami oleh seseorang.
Koleksi e-book subjek Sains Komputer😁

-Admin✌️