Sains Komputer Spmnetic!β„’ πŸ’»πŸ–±πŸ“Š
4.86K subscribers
413 photos
9 videos
255 files
170 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For any enquiries, please directly ask in our discussion group ✨
Download Telegram
And kalau ada lebih masa, Dipper akan buat kuiz macam message ni juga. So, stay tune for that :)
πŸ‘4
1 Day 1 Note SK :D
Day 4


Tingkatan 5 Bab 2 β€”> 2.1.3 MEMBINA PANGKALAN DATA HUBUNGAN MENGGUNAKAN SQL: TABLE
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
SQL
β€’ Structured Query Language / Bahasa Pertanyaan Berstruktur : Digunakan untuk mencapai dan mengemaskini data dalam Pangkalan data. β€’ Bahasa Pengaturcaraan piawai yang digunakan untuk berhubung dengan pangkalan data melalui sistem pengurusan pangkalan data
β€’Hampir semua sistem pengurusan pangkalan data mengenali pernyataan SQL

Bahasa Arahan SQL
i) Bahasa Takrifan Data ( Data Definition Language – DDL)
β€’ Untuk mencipta dan mengubah struktur pangkalan data.
β€’ Contoh: CREATE, ALTER, DROP

ii) Bahasa Pengolahan Data (Data Manipulation Language - DML)
β€’ Untuk memanipulasi data dalam jadual
β€’ Contoh : SELECT, INSERT, UPDATE, DELETE

iii) Bahasa Kawalan Data (Data Control Language – DCL)
β€’ Untuk mengawal capaian data pangkalan data
β€’ Contoh : GRANT, REVOKE
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
JenisΒ² Data
Pemilihan jenis data yang betul adalah penting kerana pemilihannya memberikan
kesan kepada prestasi keseluruhan pangkalan data


I) CHAR
β€’ String yang antara 0 hingga 255 patah perkataan.
β€’ CHAR digunakan untuk lajur yang mengandungi data yang tetap dan seragam
β€’ Contoh: Jantina

II) VARCHAR
β€’ String yang boleh diubah antara 0 hingga 255 patah perkataan
β€’ VARCHAR digunakan untuk lajur yang mengandungi data yang tidak seragam
β€’ Contoh: Nama, Alamat

III) TINYTEXT
β€’ String dengan panjang maksimum 255 patah perkataan

IV) TEXT
β€’ String dengan panjang maksimum 65,535 patah perkataan

V) INT
β€’ Nombor dalam julat -2, 147, 483,648 hingga 2, 147, 483,647 atau nombor positif 0 hingga 4,294,967,295

VI) FLOAT
β€’ Nombor kecil yang mempunyai titik perpuluhan

VII) DOUBLE
β€’ Nombor besar yang mempunyai titik perpuluhan

VIII) DATE
β€’ Tarikh dengan format YYYY-MM-DD

IX) DATETIME
β€’ Tarikh dengan format YYYY-MM-DD / HH : MM : SS

X) TIME
β€’ Waktu dengan format HH :MM : SS
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
ARAHAN SQL
I) Mencipta jadual (create table)
CREATE TABLE nama_jadual (
Nama_medan1 jenis data(saiz) PRIMARY KEY,
Nama_medan2 jenis data(saiz) NOT NULL,
Nama_medan3 jenis data(saiz),
..........................................
)


II) Mengubah Struktur Jadual
ALTER TABLE nama_jadual
pilihan perubahan;

β€’ ALTER TABLE : arahan asas untuk mengubah struktur jadual
β€’ nama_jadual – nama jadual yang akan diubah
β€’ Pilihan perubahan – contoh: menambah medan, meminda jenis data dan menghapus medan

III) Sisip / Tambah Medan
ALTER TABLE nama_jadual
ADD nama_medan jenis data (saiz);


IV) Pinda / Ubah Medan
ALTER TABLE nama_jadual
MODIFY nama medan jenis data baharu (saiz baharu);

ATAU
ALTER TABLE nama_jadual
CHANGE nama medan jenis data baharu (saiz baharu);


V) Hapus Medan
ALTER TABLE nama_jadual
DROP nama medan;

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Source from this website
❀6πŸ‘1
1 hari 1 soalan sk (day 29 ✨)
Trial Paper Negeri Melaka 2023
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Source from this website
Skema jawapan untuk soalan hari ini :)
COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE

DATE : 18 DECEMBER 2025
123 DAYS LEFT!!!

FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯
lagi 123 hari menjelang spm sebenar , para calon spm 2025 dah ready ke belumm ???
😒2
rose suggest korang baca f4 chapter 1.6 . chapter ni paling dibenci oleh pelajar sk sebab susah sikit nak faham anddddd chapter ni dah banyakkkkk kali masuk spm . so mane la tahu tahun ni masuk lagi en ? dah 3 ke 4 kali berturut turut chapter ni masuk . so prepare yourself guys !!! rose tak cakap yang chapter ni AKAN masuk dalam spm but rose cakap chapter ni MUNGKIN AKAN masuk dalam spm . rose sendiri tak yakin dgn statement rose . nak selamat baca je untuk knowledge . chapter lain jangan dilupakan yaaaa πŸ₯° apa ii pun FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯
❀9πŸ‘5
kepada candidate SPM 2025 , besok merupakan UTQH SPM SEBENAR . rose harap semua candidate SPM 2025 dah hafal semua surah hafazan f4 dan f5 . rose doakan supaya semua candidate SPM 2025 dapat jawab besok , diberikan daya ingatan yang kuat untuk mengingat balik setiap ayat hafazan , dilapangkan dada semasa menjawab ujian tersebut . jangan terlalu nervous yee sampai terlupe semua ayat hafazan . tips nak kekal ingat ayat hafazan jangan selalu sangat gelak , nnti ayat ii hafazan tu boleh hilang . semoga korang semua dapat jawab besok . ingat yaaa , kehadiran wajibb , tak datang paper 1 pendidikan islam bulan 12 nnti pun takleh amek tauuu . sakit sikit ii tu datang je sekolah . ni last korang utqh lepasni dah tkde dah . tu je pesanan rose untuk korang . semoga boleh jawab esokkk !!! FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯
❀29😭2
bile pentaksir tebuk surah tengah ii and korang rase was was tapii korang hafal surah tu , dont be scared . mintak izin je dengan pentaksir tu nak start surah tu dri awal . tkde kene potong markah punye , dia bagi je . yang kene potong markah tu korang tak jawab langsung . sekian tips dri admin sk kepada pelajar yang amek utqh . even salah channel but .. why not kan bagi tips HIHIHI
❀18
Notice to All Thespmnetic Members πŸ“’

To join our discussion group, you must complete a simple captcha within 240 seconds. This helps us keep the community safe from bot spam & scammers 🚫.

How to complete the captcha:
1. When you join the group, a captcha message will appear automatically.
2. Just click the correct button or type the required code.
3. Once verified, you can chat freely in the group and leave a comment.

If you are accidentally banned (but you’re not a bot/scammer), kindly directly messages @autophlee for assistance.

- TheSPMnetic Team
COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE

DATE : 18 DECEMBER 2025
122 DAYS LEFT!!!

FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯
❀4
Salam SPMNetics, Dipper disini :D

Cane dengan UTQH korang? Ok ak? Dipper dapat hafazan yang senang πŸ—Ώ. Korang pula cane?

And untuk yang belum masuk giliran lagi utk UTQH, ingatkan balik ayat hafazan tu ye πŸ˜‰, Dan sorry lambat bagitahu, but goodluck for SPM UTQH ye, SK SPMNetics (macam tiru pula ayat admin dari PI πŸ₯²)
❀7
COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE

DATE : 18 DECEMBER 2025
121 DAYS LEFT!!!

FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯
πŸ”₯3❀1
hellooo guysss !!! rose nak tanye , ramai lagi ke yg belum jawab lagi paper trial sk ? tolong vote jap
Anonymous Poll
28%
dahhh jawabbb
74%
belumm huhu
yg dah jawab , boleh tak tolong rate kesukaran paper tu kat sini ? nak tahu jugak susah ke senang hehe
COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE

DATE : 18 DECEMBER 2025
118 DAYS LEFT!!!

FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯
❀5
1 Day 1 Note SK :D
Day 5

Tingkatan 4 Bab 1 β€”> 1.5 AMALAN BAIK PENGATURCARAAN

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
1.5.1 MEMBEZAKAN JENIS RALAT DALAM ATUR CARA
Jenis Ralat Algoritma
1) Ralat Sintaks
β€’ Kesalahan tatabahasa seperti salah ejaan atau tatatanda
β€’ Penggunaan objek atau aksara yang tidak dikenali

2) Ralat Logik
β€’ Berlaku apabila atur cara tidak berfungsi seperti yang diingini
β€’ Jarang atau tidak dapat dikesan oleh pengkompil
β€’ Hanya pengaturcara yang boleh mengesan melalui output yang dihasilkan
β€’ Pengatur cara perlu memeriksa semua aspek output projek

3) Ralat Masa Larian
β€’ Ralat yang ditemui ketika aturcara yang sedang berjalan terganggu akibat beberapa faktor
β€’ Berlaku sekiranya pengatur cara cuba melaksanakan operasi aritmetik yang mustahil
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
1.5.2 MENGESAN, MENGENALPASTI, MENTERJEMAH MESEJ RALAT DAN MEMBAIKI RALAT
1) Semak semula atur cara pada bahagian pengisytiharan
2) Pastikan semua tatatanda ditaip dengan lengkap
3) Pastikan nama pemboleh ubah yang diisytiharkan adalah sama dengan nama yang yang akan dipanggil balik dalam atur cara ( semak ejaan & penggunaan huruf besar/kecil)
4) Baiki ralat yang dikenalpasti
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
1.5.3 MENGENALPASTI NILAI BAGI PEMBOLEH UBAH PADA BAHAGIAN TERTENTU ATUR CARA
public class NamaFail {
public static void main(String[]args) {
int jejari = 5;
double LuasBulatan;
final double PI = 3.142;

LuasBulatan = PI * jejari * jejari;

System.out.println("Luas bulatan ialah" + LuasBulatan);
}
}

Pemboleh Ubah,
Item Pemboleh Ubah = INPUT -> jejari & OUTPUT -> luas
Nilai (Data Pemboleh Ubah) = INPUT -> 5 & OUTPUT -> 78.55
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
1.5.4 MENGHASILKAN ATUR CARA YANG MUDAH DIBACA DENGAN MENGGUNAKAN GAYA YANG BAIK
Gaya Atur Cara yang Baik,
i. Guna nama pemboleh ubah yang bermakna
β€’ Nama pemboleh ubah yang mempunyai ejaan yang ringkas dan bermakna

ii. Inden yang selesa untuk dibaca
β€’ Merujuk kepada cara penulisan atur cara yang memudahkan pembacaan
β€’ Pembacaan atur cara akan dimulakan dengan inden iaitu barisan teks berada di beberapa kedudukan aksara ke dalam, dari jidar kiri atau kanan halaman

iii. Letak komen pada setiap fungsi
β€’ Penanda yang dibuat oleh pengatur cara untuk setiap atur cara yang di bina
β€’ Dalam Java , kod komen perlu mengikut sintaks yang ditetapkan untuk mengelak ralat sintaks

Jenis Komen,
// -> Pengkompil mengabaikan semua teks bermula dengan // hingga teks terakhir ayat yang sama

/* */ --> Pengkompil mengabaikan semua teks yang berada dalam /* hingga ke /* walaupun pada baris berlainan

/** */ --> Komen dokumentasi. Pengkompil mengabaikan komen ini sama seperti komen /*

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Source from this website
❀6
COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE

DATE : 18 DECEMBER 2025
127 DAYS LEFT!!!

FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯
😨7
1 Day 1 Note SK :D
Day 6

Tingkatan 4 Bab 1 β€”> 1.6 STRUKTUR DATA MODULAR

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
β€’ STRUKTUR DATA : Satu kaedah tertentu untuk menyimpan secara tersusun data-data dalam ingatan supaya senang dicapai untuk diproses menjadi maklumat mengikut kehendak pengguna
β€’ Data boleh disusun dalam bentuk tatasusunan (Array) dan vector (vector), senarai pautan (linked list), timbunan (stack) dan giliran (queue)
β€’ Gunakan struktur yang sistematik untuk pemboleh ubah dan arahan semasa membangunkan atur cara
β€’ Pemboleh ubah boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang dipanggil TATASUSUNAN
β€’ Arahan-arahan komputer juga boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang dipanggil FUNGSI
β€’ Apabila diperlukan sahaja, kumpulan yang berkaitan akan dipanggil
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
1.6.1 MENERANGKAN STRUKTUR TATASUSUNAN (ARRAY) SATU DIMENSI
β€’ Tatasusunan ialah pembolehubah yang membenarkan pengumpulan beberapa nilai data (elemen) pada satu masa dengan menyimpan setiap elemen dalam ruang memori yang diindeks
β€’ Pemboleh ubah ialah slot memori yang telah dikhaskan untuk menyimpan data
β€’ Biasanya, pembolehubah mudah hanya menyimpan satu nilai data pada satu masa

Pengisytiharaan Tatasusunan
jenisData [] namaTatasusunan;
namaTatasusunan = new jenisData [saizTatasusunan];

Contoh:
int [] senaraiMarkah;
senaraiMarkah = new int [6];


Pengumpukan Tatasusunan
β€’ Pengisytiharan tatasusunan menyediakan ruang memori yang masih kosong
β€’ Nilai perlu diberikan melalui proses pengumpukan
β€’ Selepas diisytiharkan, nilai disusun dengan memanggil elemen tatasusunan satu demi satu

Contoh:
senaraiMarkah [ 0 ] = 34;
senaraiMarkah [ 1 ] = 56;
senaraiMarkah [ 2 ] = 78;
senaraiMarkah [ 3 ] = 89;
senaraiMarkah [ 4 ] = 56;
senaraiMarkah [ 5 ] = 95;

{ Nak lagi nampak, rujuk pada gambar pertama }

Pengumpukan Nilai Awal Tatasusunan
Contoh:
int senaraiMarkah [ ] = { 34,56,78,89,56,95};

β€’ Umpukan dibuat ketika melakukan pengisytiharan
β€’ Saiz dalam tatasusunan tidak perlu dimasukkan dalam tanda [ ]
β€’ Saiz tatasusunan ditentukan secara automatik berdasarkan bilangan data dalam kurungan { }
β€’ Semua data yang hendak disimpan ialah satu jenis yang sama

Perbezaan Struktur Memori antara Pemboleh Ubah Mudah dengan Memori Tatasusunan
Pemboleh Ubah Mudah,
int markah1 = 56, markah2 = 78, markah3 = 34;


Tatasusunan,
int markah [ ] = { 56,78,34};


Aturcara yang Menggunanakan Tatasusunan
package NamaFolder;

public class NamaFail {

public static void main (String[] args) {

String[] senaraiNama = {"Adam", "Alia", "Wong", "Devi"};
int[] senaraiUmur = {16, 17, 16, 17};
double[] senaraiTinggi = {182.1, 172.5, 173.2, 175.0};

System.out.println("NAMA\tUMUR\tTINGGI");

for (int i = 0; i < senaraiNama.length; i++) {

System.out.println(senaraiNama[i] + "\t" + senaraiUmur[i] + "\t" + senaraiTinggi[i]);

}
}
}

{ Hasil rujuk pada gambar kedua }
❀7