Sains Komputer Spmnetic!β„’ πŸ’»πŸ–±πŸ“Š
4.86K subscribers
413 photos
9 videos
255 files
170 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For any enquiries, please directly ask in our discussion group ✨
Download Telegram
Sains Komputer Spmnetic!β„’ πŸ’»πŸ–±πŸ“Š
untuk yang selalu cakap "susah la sk ni , rase nak drop la" "tak suka sk sebab kene hafal banyak fakta" , rose nak start harini korang berubah . korang jadi macamtu sebab mindset korang dah kate macamtu , korang dah selalu cakap sk susah sk susah . start harini…
Dipper suka SK ni pun sebab minat coding (mula dari PKP lah :/), so, nak rasa minat bagi Dipper adalah...
Cari contoh aturcara/coding yang korang jumpa dalam buku teks, pastu tekan ni and then pilih (Untuk F4, pilih Java. Kalau F5, pilih HTML/CSS/Javascript) β€”> Empty project. Then copy je aturcara tu, tekan Execute. Tengoklah hasil dia, So, dari situ, mulalah rasa minat lagi bagi Dipper, dan teruslah copy beberapa aturcara 😭.
Jadi, tulah tips dari Dipper. So, jangan rasa SK ni susah ya, kalau korang tak mencuba πŸ˜‰
COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE

DATE : 18 DECEMBER 2025
127 DAYS LEFT!!!

FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯
πŸ”₯8❀2
1 hari 1 soalan sk (day 28 ✨)
COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE

DATE : 18 DECEMBER 2025
126 DAYS LEFT!!!

FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯
πŸ”₯4
COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE

DATE : 18 DECEMBER 2025
125 DAYS LEFT!!!

FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯
πŸ”₯3
1 hari 1 soalan sk (day 29 ✨)

sorry late HIHI
1 Day 1 Nota SK :D
Day 3


Tingkatan 5 Bab 3 β€”> 3.3.1 MENGKAJI DAN MERUMUS PRINSIP REKA BENTUK LAMAN WEB DARI SUDUT KESESUAIAN PENGGUNA DAN TUJUAN LAMAN WEB
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Prinsip Reka Bentuk Laman Web
β€’ Mereka bentuk laman web boleh diibaratkan seperti proses merancang, membina dan mengubahsuai
β€’ Beberapa prinsip atau elemen reka bentuk laman web perlu diberi perhatian agar laman web yang dibina tidak kelihatan pelik atau memberikan pengalaman yang tidak menyenangkan kepada pengguna
β€’ Ini kerana elemen-elemen tersebut mampu memberikan pengalaman yang berbeza dan mempengaruhi kepuasan pelanggan untuk melayari laman web yang dibina.
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
JenisΒ² Prinsip Reka Bentuk Laman Web,
i) Jenis Persekitaran Web yang Dibina
β€’ Kesesuaian Penggunaan Pelbagai Kenis Layar
β€’ Kesesuaian Capaian Internet
β€’ Keperluan Perisian Sokongan untuk Paparan
β€’ Kepelbagaian Sistem Komputer dan Peranti Mudah Alih yang Digunakan oleh Pengguna
β€’ Kepelbagaian Saiz Paparan Monitor yang Digunakan

ii) Penekanan Maklumat dalam Web
β€’ Penggunaan khas seperti drop shadow, tekstur/cahaya dan bentuk
β€’ Penggunaan ruang putih untuk menjadikan elemenΒ² lebih terserlah
β€’ Penggunaan fungsi bold, italic, warna yang berbeza dan border

iii) Perbezaan Elemen dalam Web
β€’ Penggunaan label & pautan yang berbeza
β€’ Penggunaan border, warna yang berbeza & kesan khas
β€’ Penggunaan ruang putih, teks terbalik, teks huruf condong (italic) & saiz teks yang berbeza
β€’ Penggunaan prinsip perbezaan warna

iv) Typography
β€’ Merujuk kepada penyusunan teks yang akan dipaparkan dalam laman web
β€’ Contoh corak penyusunan teks : Corak paparan berasaskan kertas, corak paparan secara Z-Shaped, Corak paparan secara Z-Shaped
β€’ Pemilihan jenis font juga penting

Panduan Typography:
β€’ Seragamkan jenis teks atau fon yang digunakan bagi setiap halaman yang dibina
Gunakan saiz teks yang berbeza bagi membezakan tajuk dengan kandungan atau huraian

v) Warna & grafik
β€’ Penggunaan warna dan grafik mampu menonjolkan imej dan identiti sesebuah laman web
β€’ Penggunaan warna yang bijak mampu menarik perhatian serta meningkatkan kebolehbacaan mereka

vi) Navigasi
β€’ Merujuk kepada struktur laman web yang akan memudahkan seseorang pengguna melayarinya
β€’ Navigasi web yang bagus seharusnya memberikan petunjuk kepada pelawat laman web tentang kedudukan atau lokasi semasa pengguna

Teknik Navigasi Web:
β€’ Bar Navigasi
β€’ Menu Drop-downz
β€’ Breadcrumbs
β€’ Pautan Grafik
β€’ Site Map

vii) Keseimbangan Visual
β€’ Merujuk kepada gabungan elemen visual seperti garisan, imej, teks, bentuk dan warna dalam laman web
β€’ Pereka laman web perlu peka tentang pengguna sasaran laman web tersebut

ix) Reka Bentuk Berasaskan Pengguna
β€’ Pereka laman web harus mengenali pengguna sasaran dan perkara yang diingini oleh pengguna apabila mereka melayari laman web
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Nak tengok nota penuh? Tekan ni :D

Source from this website
❀5
Selamat petang gais, Dipper di sini,

Maaf atas kelewatan nota ya, sebab Dipper busy juga ni, study, homework (kot), macamΒ² lah benda. Jadi, Dipper mungkin post nota or latihan waktu hari Jumaat, Sabtu ataupun Ahad. Hari lain, tengok dulu ada masa ke tak :)
❀2
And kalau ada lebih masa, Dipper akan buat kuiz macam message ni juga. So, stay tune for that :)
πŸ‘4
1 Day 1 Note SK :D
Day 4


Tingkatan 5 Bab 2 β€”> 2.1.3 MEMBINA PANGKALAN DATA HUBUNGAN MENGGUNAKAN SQL: TABLE
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
SQL
β€’ Structured Query Language / Bahasa Pertanyaan Berstruktur : Digunakan untuk mencapai dan mengemaskini data dalam Pangkalan data. β€’ Bahasa Pengaturcaraan piawai yang digunakan untuk berhubung dengan pangkalan data melalui sistem pengurusan pangkalan data
β€’Hampir semua sistem pengurusan pangkalan data mengenali pernyataan SQL

Bahasa Arahan SQL
i) Bahasa Takrifan Data ( Data Definition Language – DDL)
β€’ Untuk mencipta dan mengubah struktur pangkalan data.
β€’ Contoh: CREATE, ALTER, DROP

ii) Bahasa Pengolahan Data (Data Manipulation Language - DML)
β€’ Untuk memanipulasi data dalam jadual
β€’ Contoh : SELECT, INSERT, UPDATE, DELETE

iii) Bahasa Kawalan Data (Data Control Language – DCL)
β€’ Untuk mengawal capaian data pangkalan data
β€’ Contoh : GRANT, REVOKE
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
JenisΒ² Data
Pemilihan jenis data yang betul adalah penting kerana pemilihannya memberikan
kesan kepada prestasi keseluruhan pangkalan data


I) CHAR
β€’ String yang antara 0 hingga 255 patah perkataan.
β€’ CHAR digunakan untuk lajur yang mengandungi data yang tetap dan seragam
β€’ Contoh: Jantina

II) VARCHAR
β€’ String yang boleh diubah antara 0 hingga 255 patah perkataan
β€’ VARCHAR digunakan untuk lajur yang mengandungi data yang tidak seragam
β€’ Contoh: Nama, Alamat

III) TINYTEXT
β€’ String dengan panjang maksimum 255 patah perkataan

IV) TEXT
β€’ String dengan panjang maksimum 65,535 patah perkataan

V) INT
β€’ Nombor dalam julat -2, 147, 483,648 hingga 2, 147, 483,647 atau nombor positif 0 hingga 4,294,967,295

VI) FLOAT
β€’ Nombor kecil yang mempunyai titik perpuluhan

VII) DOUBLE
β€’ Nombor besar yang mempunyai titik perpuluhan

VIII) DATE
β€’ Tarikh dengan format YYYY-MM-DD

IX) DATETIME
β€’ Tarikh dengan format YYYY-MM-DD / HH : MM : SS

X) TIME
β€’ Waktu dengan format HH :MM : SS
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
ARAHAN SQL
I) Mencipta jadual (create table)
CREATE TABLE nama_jadual (
Nama_medan1 jenis data(saiz) PRIMARY KEY,
Nama_medan2 jenis data(saiz) NOT NULL,
Nama_medan3 jenis data(saiz),
..........................................
)


II) Mengubah Struktur Jadual
ALTER TABLE nama_jadual
pilihan perubahan;

β€’ ALTER TABLE : arahan asas untuk mengubah struktur jadual
β€’ nama_jadual – nama jadual yang akan diubah
β€’ Pilihan perubahan – contoh: menambah medan, meminda jenis data dan menghapus medan

III) Sisip / Tambah Medan
ALTER TABLE nama_jadual
ADD nama_medan jenis data (saiz);


IV) Pinda / Ubah Medan
ALTER TABLE nama_jadual
MODIFY nama medan jenis data baharu (saiz baharu);

ATAU
ALTER TABLE nama_jadual
CHANGE nama medan jenis data baharu (saiz baharu);


V) Hapus Medan
ALTER TABLE nama_jadual
DROP nama medan;

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Source from this website
❀6πŸ‘1
1 hari 1 soalan sk (day 29 ✨)
Trial Paper Negeri Melaka 2023
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Source from this website
Skema jawapan untuk soalan hari ini :)
COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE

DATE : 18 DECEMBER 2025
123 DAYS LEFT!!!

FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯
lagi 123 hari menjelang spm sebenar , para calon spm 2025 dah ready ke belumm ???
😒2
rose suggest korang baca f4 chapter 1.6 . chapter ni paling dibenci oleh pelajar sk sebab susah sikit nak faham anddddd chapter ni dah banyakkkkk kali masuk spm . so mane la tahu tahun ni masuk lagi en ? dah 3 ke 4 kali berturut turut chapter ni masuk . so prepare yourself guys !!! rose tak cakap yang chapter ni AKAN masuk dalam spm but rose cakap chapter ni MUNGKIN AKAN masuk dalam spm . rose sendiri tak yakin dgn statement rose . nak selamat baca je untuk knowledge . chapter lain jangan dilupakan yaaaa πŸ₯° apa ii pun FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯
❀9πŸ‘5
kepada candidate SPM 2025 , besok merupakan UTQH SPM SEBENAR . rose harap semua candidate SPM 2025 dah hafal semua surah hafazan f4 dan f5 . rose doakan supaya semua candidate SPM 2025 dapat jawab besok , diberikan daya ingatan yang kuat untuk mengingat balik setiap ayat hafazan , dilapangkan dada semasa menjawab ujian tersebut . jangan terlalu nervous yee sampai terlupe semua ayat hafazan . tips nak kekal ingat ayat hafazan jangan selalu sangat gelak , nnti ayat ii hafazan tu boleh hilang . semoga korang semua dapat jawab besok . ingat yaaa , kehadiran wajibb , tak datang paper 1 pendidikan islam bulan 12 nnti pun takleh amek tauuu . sakit sikit ii tu datang je sekolah . ni last korang utqh lepasni dah tkde dah . tu je pesanan rose untuk korang . semoga boleh jawab esokkk !!! FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯
❀29😭2
bile pentaksir tebuk surah tengah ii and korang rase was was tapii korang hafal surah tu , dont be scared . mintak izin je dengan pentaksir tu nak start surah tu dri awal . tkde kene potong markah punye , dia bagi je . yang kene potong markah tu korang tak jawab langsung . sekian tips dri admin sk kepada pelajar yang amek utqh . even salah channel but .. why not kan bagi tips HIHIHI
❀18
Notice to All Thespmnetic Members πŸ“’

To join our discussion group, you must complete a simple captcha within 240 seconds. This helps us keep the community safe from bot spam & scammers 🚫.

How to complete the captcha:
1. When you join the group, a captcha message will appear automatically.
2. Just click the correct button or type the required code.
3. Once verified, you can chat freely in the group and leave a comment.

If you are accidentally banned (but you’re not a bot/scammer), kindly directly messages @autophlee for assistance.

- TheSPMnetic Team
COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE

DATE : 18 DECEMBER 2025
122 DAYS LEFT!!!

FIGHTING BATCH 08 πŸ”₯
❀4