Sains Komputer Spmnetic!β„’ πŸ’»πŸ–±πŸ“Š
4.87K subscribers
413 photos
9 videos
255 files
171 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For any enquiries, please directly ask in our discussion group ✨
Download Telegram
Untuk yang tanya buku apa min guna, min guna buku ini 😁
❀4
Senang untuk ulangkaji Topik topik form 4&5
Check out RUJUKAN NOTA COMPILATION SAINS KOMPUTER | SK TINGKATAN 4 DAN 5 SPM for RM13.00. Get it on Shopee now! https://my.shp.ee/yHZhp7C.
πŸ‘3
Forwarded from SPM Study with Clev
MIP 2023 - SAINS KOMPUTER.pdf
3.3 MB
MIP 2023 - SAINS KOMPUTER

πŸ“š Disediakan oleh : Panel Akram Negeri Terengganu
πŸŽ“ Sumbangan oleh : JPN Terengganu

πŸ”— Dapatkan lebih banyak tips & ilmu di : @freespmstudywithclev
πŸ‘4❀2
assalamualaikum , hello everyone . saya admin rose wakil admin sk ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin 🀍 kami ingin memohon ampun sebab dahlame sangat tak on channel ni , tak bagi notes and quiz kat korang . admin semua busy 😭 inshaAllah lepas raya kite focus study sk balik ye 🫢🏻
❀13πŸ‘1
Kuih raya sentiasa terpatri,
Hidangan istimewa sepanjang masa;
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf atas segala dosa.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kami daripada SPMNETIC LEDERS 2025 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kegembiraan, dan kebersamaan dalam setiap langkah kita.

Di kesempatan ini, marilah kita menyucikan hati dengan saling bermaafan, mengeratkan silaturahim, serta meraikan kemenangan dengan penuh kesyukuran. Semoga kita semua terus diberi kekuatan, kejayaan, dan kebahagiaan dalam kehidupan.

Selamat Hari Raya!
Spmnetic Leaders 2025
❀3πŸ‘1
Forwarded from SQUAD EDUCATION SPM/STPM (2026/2027) (Unknowns 96)
MAKLUMAT PENGELUARAN KEPUTUSAN SPM TAHUN 2024 DAN PANDUAN SEMAKAN KEPUTUSAN KEPADA CALON

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada Khamis, 24 April 2025, mulai jam 10.00 pagi.

Calon sekolah boleh hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing manakala calon persendirian boleh hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri.

Calon juga boleh menyemak keputusan SPM Tahun 2024 masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024.

Semakan dalam talian:
myresultspm.moe.gov.my

Semakan melalui SMS:
SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran & hantar ke 15888

#SPM2024
❀2
Haii semuaa, Min Harith di siniπŸ‘‹πŸ»
Lama kita tak berjumpa ya
Nak tak kalau min buat kelas online??
Anonymous Poll
96%
Nakkkkk
4%
Taknakkk
Memandangkan ada yang request tajuk F4, jadi min akan mulakan dengan F4.
Min buat kelas secara random je ya. Mungkin min akan fokus dengan bab 2 T4
Ermm, sir nak minta korang subscribe channel di dulu dan on notification. Supaya korang tak terlepas kelas nanti
https://www.youtube.com/@clev_edu
❀1
Forwarded from PriKlas SPM by Clev
Jadual Kelas Clev Edu by Sir Harith.

More free class? Join @priklasbyclev
Subscribe to our channel : https://www.youtube.com/@clev_edu

(C) Clev Edu
Forwarded from SPM Study with Clev
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pengumuman Keputusan SPM 2024
Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia

(C) Clev Edu
(C) Lembaga Peperiksaan
❀2πŸ‘1
PriKlas SPM by Clev
Jadual Kelas Clev Edu by Sir Harith. More free class? Join @priklasbyclev Subscribe to our channel : https://www.youtube.com/@clev_edu (C) Clev Edu
Selamat malam, kelas min Harith yang direncanakan malam ini terpaksa ditangguhkan ya. Sebab min batuk, jadi tak dapat bercakap lama sangat.
InshaAllah min akan buat sekitar minggu depan settle dengan result SPM.
Doakan min dapat keputusan yang baik ya untuk SPM :>
❀10
Forwarded from SPM Study with Clev
Tak sangka...
Dari hari pertama masuk sekolah menengah sampai ke dewan peperiksaan, semuanya terasa sekejap. Dan sekarang, kita dah tinggal beberapa detik je lagi sebelum keputusan SPM diumumkan.

Mungkin ada rasa takut. Mungkin ada harapan.
Apa pun keputusan nanti, korang tetap hebat. Korang dah beri yang terbaik, dan itu yang paling penting. 🌈

πŸ“² Live countdown sekarang kat IG!
Klik sini dan follow instagram kami untuk rasa debar dia sama-sama:
πŸ”— https://www.instagram.com/stories/clev_edu/3616886911517884818?igsh=OGpzcG1icDBiZXp3

Ambil masa tarik nafas, senyum sikit.
Tak kira apa yang keluar nantiβ€”hidup korang baru nak bermula πŸ’ͺ✨

#SPM2024 #CountdownKeputusan #DetikYangDinanti #ClevEdu
❀1
Forwarded from SPM Study with Clev
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar batch 07 yang telah menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)! Tidak kira apa jua keputusan yang diperoleh, anda semua telah melalui satu fasa penting dalam hidup dengan penuh usaha, cabaran, dan pengorbanan. SPM bukan sekadar peperiksaan, tetapi bukti ketabahan dan komitmen anda dalam mengejar ilmu serta membentuk masa depan.

Kepada yang berjaya dengan cemerlang, syabas dan teruskan kecemerlangan itu dalam apa jua bidang yang bakal diceburi. Jangan lupa bersyukur dan terus merendah diri. Gunakan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh, kerana perjalanan masih panjang dan banyak lagi peluang menanti di hadapan.

Kepada yang mungkin kurang berpuas hati dengan keputusan, jangan sesekali rasa gagal. Ini bukan penamat, malah mungkin ia adalah titik mula untuk menemui potensi sebenar diri anda. Kejayaan dalam hidup tidak hanya ditentukan oleh sehelai slip keputusan, tetapi oleh keazaman, usaha berterusan, dan semangat untuk bangkit semula.

Apa pun yang anda pilih selepas ini β€” matrikulasi, asasi, STPM, TVET, diploma, kerja, atau rehat seketika β€” buatlah pilihan dengan bijak dan ikut minat serta keupayaan diri. Ingatlah, setiap jalan ada keistimewaannya yang tersendiri. Teruskan berdoa, berusaha, dan percaya dengan perancangan Tuhan. Masa depan anda masih terbuka luas β€” dan anda mampu mencorakkannya dengan tangan sendiri.

Salam dari Harith,
Founder ClevEdu
❀1