Azam Roadtax HQ
515 subscribers
194 photos
4 videos
2 files
73 links
Chanel ini adalah untuk mendapatkan info terkini berkenaan kenderaan yang dibawakan khas oleh Tim azamRoadtax ☺️
Download Telegram
to view and join the conversation
TAHUKAH ANDA??

5 TANDA INI MENYEBABKAN MINYAK ENJIN KERETA PERLU DITUKAR SEGERA!!!

Situasi:
1. Enjin meragam, bunyi bising & bergegar.
2. Hidu bau terbakar & keluar asap kelabu dari ekzos.
3. Minyak enjin cair & berwarna hitam berkilat.
4. Lampu tekanan minyak & lampu enjin bernyala.
5. Penggunaan minyak petrol yang kuat.

JIka pernah, itu adalah tanda-tanda minyak enjin kereta perlu ditukar dengan segera.

Jadi segeralah pergi ke bengkel kereta untuk periksa & tukar minyak enjin sebelum kerosakan enjin yang lebih teruk berlaku.

Kongsikan juga pengalaman anda bagi yang pernah mengalami situasi begini untuk panduan kita bersama.

Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat.

#YangPasti
#yangmatihidupkembali
#azamRoadtax
#runnernationwide
#trustedservice
#RoadtaxSolution
[MAKLUMAN]

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM MySIKAP JPJ

07 Januari 2022 (Jumaat) jam 6.00 petang hingga 09 Januari 2022 (Ahad) jam 6.00 pagi

Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut tiada capaian dapat dilakukan kepada sistem MySIKAP JPJ.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Sekian terima kasih.

#YangPasti
#yangmatihidupkembali
#azamRoadtax
#runnernationwide
#trustedservice
#RoadtaxSolution
[TAK PERLU BERSESAK - ONLINE JE ]

🚨DAH RENEW ROADTAX & INSURANS? 🚨
KHUATIR DENGAN KEADAAN KESIHATAN SEKARANG

Mari kami bantu anda uruskan secara online
Tak perlu beratur panjang di kaunter
Roadtax & Insurans baru, kesihatan terjamin

Jom kita renew!

📍Untuk maklumat lanjut terus hubungi tim kami👇
📲 https://go.wasap.my/azamroadtax
📲 https://go.wasap.my/azamroadtax
📲 https://go.wasap.my/azamroadtax

Semoga urusan anda dipermudahkan

#YangPasti
#yangmatihidupkembali
#azamRoadtax
#runnernationwide
#trustedservice
#RoadtaxSolution
Azam Roadtax HQ
Photo
TAHUKAH ANDA NCD KERETA BOLEH DIPINDAHKAN?

No claim discount atau NCD adalah sejenis diskaun atau juga ganjaran yang ditawarkan kepada pemilik kenderaan. Anda juga boleh pindah NCD dari kereta lama ke kereta baru. Berikut adalah contoh situasi untuk penukaran NCD.

Situasi:

1. Tamatkan polisi - Arman telah menjual kereta lamanya dan kemudian membeli kereta yang baru. Setelah berbincang dengan syarikat insurans, dia memilih untuk menamatkan polisi kereta lamanya dan memindahkan NCD dari kereta lama tersebut di kereta barunya.

2. Polisi kereta lama sudah tamat - Rizqi telah menjual kereta lamanya untuk seketika. Selepas membeli kereta baru, dia masih boleh memindahkan NCD tersebut untuk kereta barunya walaupun polisi tersebut sudah tamat tempoh.

3. NCD withdrawal - Haqeem bercadang untuk membeli kereta baru tanpa menjual kereta lamanya. NCD pada kereta lamanya adalah sebanyak 55% dan dia membuat keputusan untuk memindahkannya ke kereta baru. Syarikat insurans kereta lamanya akan membuat NCD withdrawal dari polisi kereta lama. Selepas itu, NCD 55% tersebut boleh digunakan di kereta baru dia dan NCD kereta lama akan kembali ke 0%. Oleh sebab NCD kereta lama sudah tiada, dia perlu membayar bakinya. Sekiranya Haqeem tidak pindah NCD kereta lama ke kereta baru, dia perlu membayar insurans baharu yang lebih tinggi.

Berikut adalah cara pindah NCD:

1. Sediakan dokumen, butiran peribadi lengkap
2. Dapatkan & isi borang pemindahan NCD
3. Sediakan cover note insurance kereta lama yang memaparkan kadar NCD kereta paling tinggi
4. Semak kadar NCD kereta baru bagi memastikan segala maklumat dan butiran yang tercatat adalah betul dan semua maklumat penting dikemas kini dengan tepat

Kongsikan juga pengalaman & solusi anda bagi yang pernah mengalami situasi begini untuk panduan kita bersama.

Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat.

#YangPasti
#yangmatihidupkembali
#azamRoadtax
#runnernationwide
#trustedservice
#RoadtaxSolution
DAULAT TUANKU.

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah.

DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR

Semoga Allah Memberkati Pemerintahan Ke Bawah Duli Tuanku Sempena Hari Keputeraan ke-74.

Sembah Takzim daripada Azam Roadtax.

#DaulatTuanku #Yangdi-PertuanBesarNegeriSembilan #NegeriSembilanDarulKhusus
#YangPasti
#yangmatihidupkembali
#azamRoadtax
#runnernationwide
#trustedservice
#RoadtaxSolution
Azam Roadtax HQ
Photo
TIPS ELAK SAKIT BELAKANG KETIKA MEMANDU

Pernahkah anda mengalami seperti situasi yang berikut?

Situasi:

Azhar sedang lepak di mamak dengan kawannya Jufri. Dia mengadu asyik sakit badan je kebelakangan ini. Bila buat kerja berat sikit pun dah terasa. Aku pun tak tahu apa puncanya. Jufri pun cakap dekat Azhar, kau sakit badan tu sebab kau kan drive kereta pergi dengan balik kerja. Lepas tu kena hadap trafik jam pulak. Mungkin cara kau duduk tu dalam posisi sama atau tak betul dalam jangka masa yang lama. Ikut pada kajian dari International Archives of Occupational and Environmental Health pun orang yang terdedah kepada getaran seluruh badan atau whole-body vibration macam pemandu kereta berisiko sakit belakang dua kali ganda lebih tinggi berbanding individu lain. So sebab itulah kau rasa sakit belakang.

Berikut adalah tips bagi elak sakit belakang ketika memandu:

1. Laraskan kerusi mengikut keselesaan anda
2. Elak gangguan seperti memandu sambil menggunakan telefon bimbit.
3. Guna penyandar belakang bagi bantu memperbetulkan postur badan anda.
4. Jaga postur badan supaya berasa santai & selesa
5. Berhenti berehat sebentar untuk regangkan otot-otot badan.

Kongsikan juga pengalaman & solusi anda bagi yang pernah mengalami situasi begini untuk panduan kita bersama.

Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat.

#YangPasti
#yangmatihidupkembali
#azamRoadtax
MORE COVER, MORE POWER & MORE SOLID

Nak renew roadtax & insurans?
Malas nak beratur di kaunter?

Jom team Azam Roadtax bantu uruskan secara online je.

More Cover
More Power
More Solid

Servis tip top dari kami:
Quotation, lakukan pembayaran & selesai.
Insurans siap serta merta.
Roadtax siap dalam 24 jam. Tertakluk terma & syarat.
Servis penghantaran seluruh Malaysia.

Jom renew sekarang!

📍Untuk maklumat lanjut terus hubungi tim kami👇
📲 https://go.wasap.my/azamroadtax
📲 https://go.wasap.my/azamroadtax
📲 https://go.wasap.my/azamroadtax

Semoga urusan anda dipermudahkan

#YangPasti
#yangmatihidupkembali
#azamRoadtax
SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM

Selamat Menyambut Hari Thaipusam Tahun 2022 kepada semua rakyat Malaysia yang meraikan khusus masyarakat beragama Hindu ikhlas daripada Azam Roadtax.
.
Happy Thaipusam, wishing you and family best of health wealth and happiness.
.
Selamat bercuti

#YangPasti
#yangmatihidupkembali
#azamRoadtax
Azam Roadtax HQ
Photo
INFO INSURANS LLOP/LLTP

Tahukah anda???
Apakah kepentingan mengambil insurans tambahan LLOP???
Jom ikuti kisah berikut.

Situasi:

Zairul membawa anak-anak keluar ke kedai untuk membeli barangan runcit. Dia membelikan anaknya minuman ringan dalam tin. Kemudian dalam perjalanan pulang, anaknya telah membuang tin minuman tersebut ke luar melalui tingkap kereta dan mengakibatkan sebuah motosikal tergelincir kemudian penunggang tersebut dilanggar oleh sebuah kenderaan lain lalu meninggal.

Zairul sebagai pemandu dan pemilik kereta akan disaman oleh keluarga penunggang motosikal atau penunggang itu sendiri (Jika dia tak meninggal) kerana penumpang/anak dia adalah penyebab utama kemalangan tersebut berlaku.

Oleh itu, penambahan Insurans LLOP sangat penting kerana dapat bantu anda menghindarkan diri dari di saman mungkin mencecah ratusan ribu ringgit akibat kecuaian penumpang kenderaan anda.

Kongsikan juga pengalaman & solusi anda bagi yang pernah mengalami situasi begini untuk panduan kita bersama.

Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat.

#YangPasti
#yangmatihidupkembali
#azamRoadtax
Azam Roadtax HQ
Photo
TAHUKAH ANDA?

Tanda-tanda Ekzos Kereta Anda Bocor!

Situasi:

1. Bunyi enjin kereta kuat - Azrul memandu keretanya untuk pulang ke kampung. Tiba-tiba bunyi enjin keretanya jadi semakin kuat dan bising. Dia pun singgah ke kedai kereta untuk memeriksa keretanya.
Setelah diperiksa, terdapat kebocoran di bahagian penyambung ekzos keretanya. Ianya berlaku disebabkan gasket yang menjadi penebat bahagian penyambung telah mengalami kerosakan.

2. Bunyi ekzos ketika memecut - Ramli sedang memecut keretanya kerana sudah terlambat untuk masuk kerja. Ketika itu, dia mendapati bunyi ekzos keretanya berbeza dari biasa. Setelah pulang dari kerja, dia memeriksa keretanya dan mendapati kebocoran kecil di bahagian paip ekzos.

3. Gegaran pada pedal minyak - Haziq merupakan seorang mekanik kereta. Rakannya Quzairi meminta dia untuk memeriksa masalah gegaran pedal minyak pada keretanya. Selepas memeriksa, Haziq memberitahu rakannya bahawa gegaran tersebut adalah tanda bahawa terdapat kebocoran pada ekzos keretanya. Jika dibiarkan, gegaran akan merebak sampai ke bahagian stereng dan lantai kereta.

4. Terhidu bau gas - Qysteena dan rakan-rakannya dalam perjalanan ke Terengganu untuk bercuti di kampungnya. Dalam perjalanan, mereka terhidu seperti bau gas yang kuat lalu terus ke bengkel kereta untuk pemeriksaan. Setelah diperiksa oleh mekanik, mereka diberitahu terdapat kebocoran pada ekzos kereta dan bau tersebut adalah bau gas yang dilepaskan enjin kereta. Jika kebocoran berlaku di bahagian manifold, gas-gas yang terlepas itu akan menghasilkan bau yang kuat.

5. Penggunaan minyak yang kuat - Zaheeda berasa pelik pada kadar penggunaan minyak pada keretanya kerana perlu kerap mengisi minyak. Keesokannya dia pergi ke bengkel kereta untuk melakukan pemeriksaan. Setelah diperiksa, dia diberitahu bahawa terdapat kebocoran pada ekzos keretanya. Kebocoran sistem paip ekzos menyebabkan enjin sukar beroperasi, sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api untuk memberikan tenaga diperlukan kenderaan.

Kongsikan juga pengalaman anda bagi yang pernah mengalami situasi begini untuk panduan kita bersama.

Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat.

#YangPasti
#yangmatihidupkembali
#azamRoadtax