CKE JKR SELANGOR
1.58K subscribers
669 photos
1 video
209 files
76 links
Saluran Rasmi Khas Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Negeri Selangor
Download Telegram
6 Januari 2021

Hari ini bakal dilangsungkan Cabutan Undian Bilangan 1/2021 secara Live di facebook CKE JKR Selangor.

Nantikan cabutan undian petang ini. Selamat maju jaya kepada semua syarikat yang berjaya mendaftar.
Live in 10 minutes: nantikan di facebook CKE JKR Selangor
7 Januari 2021

Tahniah kepada Syarikat yang berjaya mendapatkan kerja Undian Bilangan 1/2021.

Sila pastikan syarikat anda telah pun mempunyai no E-Vendor.

Dokumen Berikut merupakan senarai syarikat yang berjaya:-
MASTERSHEET BIL 1.2021.pdf
95.8 KB
Senarai Syarikat Berjaya 1/2021
10 Januari 2021:

Notis Misi Banjir JKR Prihatin. Untuk yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir boleh lihat butiran seperti poster diatas,

Sumbangan Anda Amat Bermakna
25 JANUARI 2021:

CABUTAN UNDI BIL. 2/2021

Adalah dimaklumkan bahawa cabutan undian Bilangan ke 2 tahun 2021 akan dijalankan pada 2 Februari 2021.

Sila pastikan anda patuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Harap Maklum

Sekian.
1. Notis Undi Bil. 2-21.pdf
348.7 KB
1. Notis Undi Bil. 2-21.pdf
27 Januari 2021

Pendaftaran Dibuka.

Sila isi borang pendaftaran dengan betul. Selamat mendaftar.

https://forms.gle/teRhU9DtaBC549sz9
Makluman

Kepada semua Kontraktor Berjaya pada sesi Undi Bil. 1/2021 yg lepas, anda telah dikira mempunyai kerja undi pada tahun semasa & tidak layak untuk menyertai sesi undian pada kali ini.

Waran peruntukan dari Agensi Pelanggan untuk kerja Undi Bil. 1/2021 dijangka diterima pada awal Februari & SST akan dikeluarkan dengan segera selepas penerimaan peruntukan.

Harap Maklum
Sila ambil maklum berkenaan proses pendaftaran eVendor.

Tiada pengecualian pada sesi kali ini kerana telah dimaklumkan pada sesi lepas utk Kontraktor mengambil tindakan dan berhubung dgn Jabatan Akauntan Negara bagi proses pendaftaran eVendor
Penerangan

Kepada Kontraktor yang telah berdaftar dgn ePerolehan, sepertimana yang dinyatakan dalam Carta Alir di atas, Kontraktor dimohon merujuk kepada pusat ePerolehan berdekatan untuk mengemaskini/menyalurkan maklumat pembekal ke dalam sistem eVendor. Proses ini hanya boleh dilaksanakan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara selaku pemilik bagi kedua-dua sistem ini.

Kontraktor boleh memuatnaik sijil yang menunjukkan no. ID Pembekal (ePerolehan). Namun, sekiranya semasa proses pengeluaran SST kelak, nama kontraktor tidak wujud dlm sistem eVendor, pejabat ini berhak membatalkan kerja undi tersebut disebabkan inden elektronik tidak dapat dijana.

Harap Maklum.
Berikut adalah Senarai Status Kelayakan Pendaftaran Kontraktor dan Nombor Giliran bagi Kerja Undi Bil. 2/2021.

Hanya Nombor Giliran Kontraktor yang LAYAK sahaja yang akan dimasukkan ke dalam Roda Undian.

Kepada Kontraktor yang TIDAK LAYAK, boleh berhubung dengan kami melalui emel rasmi : jkresenggara@gmail.com sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut.

Harap Maklum & Selamat Berjaya!
RALAT

PERHATIAN

Dilampirkan Notis Penangguhan Sesi Cabutan Kerja Undi Bil. 2/2021 dari 2hb Februari 2021 kepada 8hb Februari 2021.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Makluman

Sesi Cabutan Kerja Undi Bil. 2/2021 akan diawalkan ke pukul 11.30 pagi hari ini.

Harap Maklum.