Circle by Cikza
640 subscribers
2.68K photos
98 videos
1 file
538 links
Bukan sekadar kongsikan tentang emas dan kewangan, tapi pelbagai info untuk geng newbie buat bisnes!
Download Telegram
Alhamdulillah. Berpeluang makan semeja dengan Mahaguru emas Cikza Tuan Syukor Hashim dan isteri Cik Jonaina Nordin satu moment mahal buat Cikza.

Cikza mula dengan bisnes Public Gold sebagai Normal Dealer.

Dan dalam bisnes PG, bila kita sentiasa follow mentor, dengar cakap pin leader, bertindak dengan extraordinary aggressive inshaallah kita akan senang capai kejayaan dan tak mudah down.

Dan the best part is bila kita sentiasa aktif hadirkan diri dalam meeting, training dan event, makin mudah kita dikenali oleh mentor.

Nak tahu tips tak?

Cik Jun dan Tuan Syukor kata, mereka hanya beri nasihat pada orang yang minta nasihat. Bukan saja saja datang kat sesiapa beri nasihat yang tidak dipinta.

Jadi kita sebagai dealer bawah, perlu selalu rujuk mentor agar mentor nampak mana blind spot kita. Kita dulu perlu rajin approach leaders dan mentor.

Banyak lagi ilmu mahal Cikza dapat malam ni. Seronok kan bila dah jadi Founder Master Dealer, lagi banyak peluang kita bersama mentor.

Thanks for having me & Rina Fazila. Esok kita sambung lagi membawang 🤪

#cikzaomeh
#publicgolddealer
#sabahseafood
Gais.

Semalam harga emas jatuh banyak iaitu USD83.14 /Oz lebih kurang 3.45%.

Ini adalah kejatuhan yang luar biasa besar.

Apa sebabnya?

Jawapan: Semalam telah keluar 2 berita besar yang menggerakkan harga emas ke bawah.

Pertama:

Dalam jam 4 pagi waktu New York, Bank Rakyat China telah mengeluarkan laporan satu laporan yang mengejutkan.

Laporan ini menyatakan bahawa mereka tidak membeli emas sebagai rizab negara China sepanjang bulan Mei 2024 (bulan lepas)

Ini adalah berita yang mengejutkan dan negatif kepada emas. Mengapa?

Sebab salah satu sebab kenaikan harga emas bergantung kepada pembelian daripada bank-bank pusat di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Bank Rakyat China membeli emas selama 18 bulan berturut-turut.

China juga menjual hutang US dengan kadar yang besar. Kedua faktor ini menyumbang kepada kenaikan harga emas.

Namun apabila Bank Rakyat China mengeluarkan laporan mereka tidak membeli emas sepanjang bulan lepas, ia dilihat sebagai berita negatif kepada pasaran emas.

Sebab itu harga emas start menurun mulai jam 4 pagi waktu New York.

Kemudian jam 8.30 pagi waktu New York, keluar pula laporan ekonomi kedua iaitu US Non Farm Payroll (NFP)

Laporan NFP menunjukkan data yang sangat positif terhadap pasaran kerja US.

Pakar ekonomi menjangkakan 182 ribu peluang pekerjaan akan dicipta bulan lepas. Namun data sebenar menunjukkan 272 ribu pekerjaan dicipta !

Terdapat perbezaan 90 ribu pekerjaan (actual vs estimated). Jadi ekonomi US kuat!

Laporan positif NFP ini memberikan kesan negatif terhadap emas.

Jadi emas terus sambung menjunam dari jam 8.30 malam waktu Malaysia sehinggalah pasaran emas ditutup pagi Sabtu ini.

Kesimpulan: 2 berita negatif semalam memberikan kesan buruk kepada harga emas.
Sebab itu gold jatuh sangat teruk semalam.

Jika anda pembeli emas fizikal maka ambil peluang ini untuk tambah stok emas fizikal.

Harga cantik. Harga ini akan kekal sehingga hari Isnin

Bukan selalu nak jumpa situasi macam ini (double bad news 🤭).

Nak beli emas?

Silakan beli dengan senyuman 😃

Posting asal: https://www.facebook.com/share/p/kDXtuKpGCXsG1qUC/?mibextid=WC7FNe

#NotaEmasSyukorHashim
#DoubleBadNews
9 Jun 2024 🥳

Harga emas GAP turun RM2 kepada RM376 segram.

Manakala harga emas fizikal kekal tidak berubah.

Alhamdulillah 😍

Peluang tambah simpanan masing-masing insya allah
Gais.

Laporan surat khabar kosmo hari ini (8/6/2024)

Ada orang 3 tahun kena gula-gula dengan founder syarikat emas. Akhirnya baru tersedar kena tipu.

Walaupun bersemuka dengan founder dan ada perjanjian bertulis, cik kak kena bohong juga akhirnya.

Soalan: Takkan 3 tahun baru sedar kena tipu kot cik kak?

Ps: Sedang berlaku sekarang, pelabur emas sebuah syarikat kena sidai 7 bulan apabila mereka jual emas bunian dan tak terima wang.

Korang dari pengalaman cik kak diatas lah 😓

————— berita start———-

KUALA TERENGGANU – Seorang suri rumah mendakwa kerugian lebih RM125,000 ekoran menjadi mangsa penipuan skim pelaburan emas yang disertai hampir tiga tahun lalu.

Mangsa berusia 30 tahun mendakwa rasa tertipu apabila hanya menerima RM2,500 bayaran balik pelaburan dilakukannya sebelum membuat laporan polis baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, mangsa mendakwa telah diperkenalkan dengan skim pelaburan ditawarkan sebuah syarikat emas secara dalam talian yang berpengkalan dari Kelantan daripada kakak iparnya pada pukul 6 petang, 10 Ogos 2021.

“Mangsa dikatakan tertarik dengan pakej emas murah tersebut dengan bersetuju menjadi ejen kakak iparnya.

“Begitupun sejak bulan September 2023, mangsa mendakwa tidak lagi menerima bayaran komisyen malah dia dan pelanggannya juga tidak menerima emas dijanjikan seperti biasa,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, suri rumah tersebut mendakwa telah bersemuka dengan pengasas syarikat emas terbabit sebelum dijanjikan bayaran balik modal jual emas berjumlah keseluruhan, RM127,991 yang telah dibuatnya.

Beliau berkata, berdasarkan perjanjian bertulis berkenaan, pengasas syarikat emas itu berjanji membuat pembayaran terbabit secara ansuran.

“Bagaimanapun bayaran dibuat sehingga Disember 2023 dan berjumlah hanya RM2,500.

“Ia membuat mangsa rasa tertipu sedangkan dia terus menerima tekanan daripada ejen di bawahnya serta pelanggan-pelanggan,” katanya.

– KOSMO! ONLINE
P R O T E C T I O N

Sediakan payung sebelum hujan. Itulah pepatah orang-orang lama kita yang kita boleh belajar untuk kehidupan seharian.

Maksud pepatah ini adalah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam kehidupan.

Secara logiknya kita perlu ada persediaan untuk perkara luar jangka. Tidak semua perkara akan berjalan seperti kita rancang.

Pepatah ini mengajarkan kita untuk berfikir secara ‘advance’ 2-3 langkah kedepan. Sebelum sesuatu perkara berlaku kita dah cukup bersedia.

Bukannya bila dah terjadi baru nak buat sesuatu. Ianya mungkin sudah terlambat.

Bawa payung bukan bermakna perlu pakai, tujuannya standby untuk cuaca panas terik atau hujan.

Memang leceh nak kena bawa tapi bila berlaku apa-apa kita boleh senyum sebab ada payung.

Sama seperti kita simpan emas hari ini, memang nak kena kawal belanja dan berjimat cermat.

Emas diibaratkan sebagai payung yang akan melindungi kita bila memerlukan, tak perlu pinjam bank ataupun ahlong kalau nak pakai duit.

Sebagai contoh di waktu pandemik Covid-19, disaat orang ramai sesak tiada duit tidak boleh bekerja tapi penyimpan emas tetap tersenyum duduk rumah.

Tak kerja 1-2 tahun duduk rumah pun boleh, sebab apa? Bukan sebab boleh dik…hahaha

Sebab penyimpan emas dah ada ‘reserved’ dana kecemasan yang cukup 1-2 tahun gaji dalam bentuk emas.

Pada waktu ramai yang beratur di kedai emas untuk jual emas atau beratur di arrahnu untuk gadai emas. Pada masa tu ramai yang sedar emas akan bantu kita.

Sifu emas saya pesan; emas adalah harta di waktu senang dan duit di waktu sesak.

Bila kita dah simpan emas ramai yang sedar bila untung emas bukan sekadar ‘buy low sell high’ tapi untung ada simpanan emas di waktu sesak.

Semoga perkongsian ini memberikan kita idea bagaimana untuk kita konsisten simpan emas setiap bulan. Insyaallah.
Harga EPP hari ni.

Jika berminat nak lock harga boleh klik link ni https://bit.ly/NakEPP
Forwarded from PG1M POSTER HARGA EMAS