BULETIN SK Bukit Pantai
667 subscribers
773 photos
60 videos
46 files
284 links
Buletin ini diharapkan akan memudahkan penyampaian maklumat dari guru kepada ibubapa dan penjaga murid SK Bukit Pantai.

Untuk maklumat lebih terperinci, boleh hubungi sekolah 03-20951312 atau datang ke pejabat pada waktu bekerja.

Terima kasih.
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SKBP Kali ke-33 2023

Tahniah kepada semua murid yang telah menyertai kejohanan sukan tahun ini. Menang kalah adat pertandingan namun anda tetap juara!

Ribuan kasih kepada para hadirin ibu bapa, ahli keluarga dan juga bekas murid SKBP yang turut hadir memeriahkan suahsana.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan juga kepada warga kerja kejohanan yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan kejohanan sukan kita pada tahun ini. Anda hebat!

β€˜Tiada hari tanpa sukan’

SKBP HEBAT πŸ’ͺ🏼
Pada hari Jumaat (21 Julai 2023), pihak sekolah dan PIBG telah menyambut kehadiran YB Tuan Ahmad Fahmi dan pegawai-pegawai kanan Jabatan JPWPKL, JKR, PPD, DBKL, IKRAM SDN BHD, bersama-sama warga sekolah serta pihak PIBG dalam usaha sama membincangkan isu kerosakan infrastruktur sekolah.

Seluruh warga sekolah amat mengharapkan penyelesaian yang terbaik demi masa depan anak-anak SKBP dan kebaikan semua.

Pada kesempatan ini, warga sekolah dan PIBG SKBP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung ke atas lawatan kerja ini.

Maklumat penuh : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02ivKET4Vv98bSiCFFrLhYYKc26z8H6RpxPt2bZoFcHucedw642fjvf4oofQARgkggl&id=100063490016459&mibextid=qC1gEa
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD BANGSAR PUDU BAWAH 12 TAHUN

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Jaring SKBP di atas penyertaan yang membanggakan dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD Bangsar Pudu yang bertempat di Pantai Eco Park semalam.

Kalah menang adat bertanding namun pengalaman itu lebih penting πŸ’ͺ🏼

#SKBPhebat
MAKLUMAN BERKENAAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H bersamaan TAHUN 2023M

Assalamualaikum w.b.t

Esok Jumaat 28/7/2023 Sekolah akan mengadakan Program Maal Hijrah,diminta Murid tahap 1 dan 2 bawa buku mengikut jadual selepas rehat.

Buku Program:
https://anyflip.com/kobhh/wpax/

Terima kasih
MHC RSC HOCKEY TOURNAMENT U12 BOYS & GIRLS 6’S 2023

Hari: Jumaat
Tarikh: 28 JULAI 2023
Tempat: Royal Selangor Club, Bukit Kiara KL

Perlawanan 1: SKBP vs SB STAR BOYS
Perlawanan 2: SKBP vs 4 SHC VIPER
Perlawanan 3: SKBP vs SJKT JERANTUT
Perlawanan 4: SKBP vs SJ STRINGERS

Doakan kemenangan pasukan Hoki SKBP 🀲🏻
🌸 Assalamualaikum & salam sejahtera.

Berikut adalah surat makluman kutipan sumbangan pibg yang terbaru.

πŸ–οΈPembayaran boleh dibuat secara cash / online banking

πŸ–οΈ Sekiranya murid membuat bayaran online, parents perlu hantar resit sebagai bukti. Guru perlu print resit tersebut untuk diserahkan kepada Bendahari PIBG (Pn Diyana)

Terima kasih semua.
Tabung PIBG berada pada paras kritikal dan sumbangan PIBG amat penting:

🌟 Di dalam usaha kita membantu pihak sekolah melestarikan kemenjadian anak2 kita dengan aktiviti yang dirancang.

🌟 Memastikan kebajikan, keselesaan dan keselamatan anak2 kita terjamin.

🌟 Kadar yang ditetapkan adalah dgn persetujuan ibu bapa melalui Mesyuarat Agung Tahunan yg lalu.

🌟 Kadar dikenakan adalah yg terendah dalam Zon kita iaitu hanya RM50/keluarga dan RM20 utk setiap ANAK (Komputer & Aktiviti) setahun.

Ayuh bantu PIBG untuk bantu sekolah, jika ada kesukaran membayar sekaligus, boleh buat secara ansuran. Jika benar2 tidak berkemampuan sila hubungi guru kelas untuk dipanjangkan kepada PIBG.
Forwarded from Nikzarina Nik
πŸš¨πŸ“’ [π‹πˆπ•π„ ππ‘π„π•πˆπ„π– πŠπ„ππ€π‹πˆ 𝐄-π“π”πˆπ“πˆπŽπ]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Parents! 🀩

Jom kenali E-Tuition secara mendalam dengan menyertai Live Preview ini bersama anak-anak anda! πŸ‘©πŸ»β€πŸ’»πŸ‘¨πŸ»β€πŸ’»

πŸ—“οΈ π“πšπ«π’π€π‘: 31 Julai 2023 (Isnin)
⏰ 𝐌𝐚𝐬𝐚: 8:30 malam
πŸ“Œ 𝐏π₯𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦: Zoom

πŸ”— Join Zoom Meeting:
https://us02web.zoom.us/j/88145593763?pwd=RjI1cUFCKzJSQlNOcDcwdmpIYm1XZz09

Meeting ID: 881 459 3763
Passcode: 568212

Melalui sesi ini, anda akan dapat:

*MAK AYAH*
βœ… Meringankan beban dari segi kewangan (pembayaran pusat tuisyen dan pembelian buku latihan/rujukan)
βœ… Dapat memantau aktiviti pembelajaran anak dengan mudah
βœ… Mengurangkan kerisauan terhadap subjek anak yang lemah

*ANAK*
πŸ‘‰πŸ» Dapat belajar dengan cara yang mudah dan menyeronokkan
πŸ‘‰πŸ» Anak akan lebih bersemangat untuk belajar
πŸ‘‰πŸ» Anak boleh belajar dan mengulangkaji pelajaran bila-bila masa dan di mana-mana sahaja

Pilihan bijak mak ayah hari ini akan memberi impak besar kepada masa depan anak! 😍

Coach Amirul
#eTuitionXperts
Forwarded from Nikzarina Nik
Photo from Nik Zarina
KEJOHANAN SOFTBALL MSSWPKL BAWAH 12 TAHUN (LELAKI)

Tahniah diucapkan kepada pasukan SOFTBALL SKBP dalam penyertaan kejohanan softball peringkat negeri hari ini.

Ayuh doakan agar pasukan softball SKBP kita ini dapat mara ke peringkat akhir πŸ’ͺ🏼

Semoga terus menang πŸ’ͺ🏼

#SKBPhebat
KEJOHANAN HOKI MSSWPKL 2023

Hari: SELASA
Tarikh: 1 OGOS 2023
Tempat: STADIUM HOKI UM

Perlawanan 1: SKBP vs SK SENTUL 1
Perlawanan 2: SKBP vs SK ST JOHN
Perlawanan 3: SKBP vs SK SENTUL 2
Doakan kemenangan pasukan Hoki SKBP 🀲🏻
KEJOHANAN MEMANAH MSSWP KUALA LUMPUR 2023

Wakil SKBP ke pertandingan memanah moden NUR SARAH QAMELIA BINTI BAKRI dari 5 DELIMA

Selamat Maju Jaya πŸ’ͺ🏼

#SKBPHebat
KEJOHANAN SOFTBALL MSSWPKL PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN

Hari: SELASA
Tarikh: 1 OGOS 2023

Perlawanan 1: SKBP vs SK CONVENT 2
Perlawanan 2: SKBP vs SK PADANG TEMBAK
Perlawanan 3: SKBP vs SK CONVENT 1

Doakan kemenangan pasukan softball SKBP 🀲🏻
Road to semi final πŸ”₯

SOFTBALL MSSWPKL - Perempuan Bawah 12 Tahun

SKBP (8) VS CV2 (2)
SKBP (13) VS PT (4)
SKBP (23) VS CV1 (1)

#Sofbol
#mssmwpkl
Perlawanan hari ini, SKBP VS SK Seri Bintang Utara, pasukan SKBP menang dengan mata 12-5 menjadikan pasukan softball (perempuan) kita layak untuk ke Final Kejohanan Softball MSSWPKL 2023. πŸŽ‰

TAHNIAH & SEMOGA EMAS MILIK KITA πŸ’ͺ🏼 🀲🏻
Tahniah kepada NUR SARAH QAMELIA BINTI BAKRI - 5 DELIMA atas pencapaian Pingat PERAK πŸ₯ˆ dalam kategori berkumpulan di Kejohanan Memanah MSSWPKL hari ini.

Untuk makluman juga, beliau berada di tangga ke 14 daripada 90 peserta yang melayakkannya ke pertandingan memanah kategori individu esok!

Kami mendoakan kejayaan anda πŸ†
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
TAHNIAH πŸŽ‰ TAHNIAH πŸŽ‰ TAHNIAH πŸŽ‰

Pasukan Softball Perempuan U12 SKBP telah menjuarai Kejohanan Softball MSSWPKL 2023 πŸ†

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para atlet sekolah, barisan jurulatih (Pn Shalina & En Azri) pengurus pasukan (Pn Nooraziemah) guru-guru pengiring, coach dalam kalangan ibu bapa sendiri serta ibu bapa yang memberikan sokongan padu dengan kejayaan ini 🎊

Usaha pasti membuahkan hasil πŸ’ͺ🏼
Semoga SKBP terus berjaya πŸ’ͺ🏼
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2023 SK BUKIT PANTAI

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Ayuh semarakkkan semangat cinta pada negara πŸ‡²πŸ‡Ύ

Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan πŸ‡²πŸ‡Ύ
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ
Senarai Lagu Bagi Nyanyian solo:
1. Jalur Gemilang
2.Keranamu Malaysia
3.Aku Negaraku
4.Tanggal 31
5.Warisan
6.Sejahtera Malaysia
7.Nyakakan Tekad
8. Saya Anak Malaysia
9. Bahtera Merdeka
10. Malaysia
🎀🎷🎻πŸͺ•πŸŽΈπŸͺ—πŸŽΊπŸŽ»πŸŽΉ

πŸ”₯πŸ”₯ Maklumkan penyertaan anda melalui group kelas masing-masing