Firdaus Wong Wai Hung Telegram
109K subscribers
2.88K photos
243 videos
39 files
1.18K links
Channel Telegram rasmi Bro Firdaus Wong Wai Hung bagi berkongsi tip dakwah, menjawab persoalan terhadap Islam, perkembangan dakwah dalam dan luar negara.
Download Telegram
"Tak boleh bina kuil sewenang-wenangnya" - Malaysia Hindu Sangam

https://youtu.be/wS0NhLfVJQ0

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org
Masjid On The Move - Street Dakwah Style!

https://youtu.be/AOIRiQjwrgk

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org
"Brother, saya nak minta maaf sangat-sangat"

Ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Cawangan Khas IPK KL, saya menerima panggilan saya seorang kenalan. Saya tidak dapat menjawab panggilannya kerana sibuk.

Beberapa kali dia 'call' sehinggga dia mesej, "Brother, kalau dah free nanti call saya balik ya..". Ni macam penting sangat ni..

Seusai saya solat Zohor, saya 'call' dia semula. 10 minit pertama kami berbincang pasal isu semasa & bagaimana dia menyokong perjuangan saya. Itu hanyalah mukadimah kepada isi penting yang dia nak sampaikan,

"Brother, syarikat kami ini multiracial dan klien kami pun multiracial."

Bila dia sebut ayat itu, saya seperti dapat mengagak ke mana halatujunya tetapi saya membiarkan beliau menghabiskan ayatnya.

"Jadikan, dengan your involvement dengan isu-isu semasa ini, kami bincang & some of us takde masalah sebab memang sebelum jemput bro, kami dah tau latarbelakang bro. Cuma some of us juga ada kebimbangan.", sambung beliau dengan suara yang sedikit sedih & kecewa.

Ok. Tekaan saya tepat. Kali ini saya menjawab,

"Is ok bro. Saya fully faham. No worry at all. Saya dah bersedia from day 1 & memahami realiti bahawa apabila saya mula berdakwah, tidak semua akan suka dengan apa yang saya buat.

Itu juga bermaksud apabila saya terjun kembali kepada 'corporate training', aktivisme yang saya lakukan sebagai pendakwah juga akan diambil kira yang saya tahu ianya akan menyebabkan sedikit kesukaran dan peluang untuk organisasi-organisasi tertentu menjemput saya memberikan latihan korporat kerana ingin menjaga imej.

No worry, saya sangat faham semua. Saya yakin rezeki itu semua dari Allah. Kalau ditutup satu pintu, Allah akan buka pintu-pintu yang lain. Bukan salah bro pun. Bro pun ada pengarah-pengarah dan pemegang saham yang lain juga."

Lalu sahabat saya itu menjawab dengan suara yang kedengaran seperti lega sikit,

"Brother, saya nak minta maaf sangat-sangat. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada brother kerana first sudi menerima jemputan kami in the first place & secondly kerana faham situasi ini."

Berkali-kali dia meminta maaf. Tidak kurang 7 kali beliau meminta maaf sehingga saya berkata, "Kalau bro minta maaf buat kali ke-lapan, saya kena belanja makan tau." Lalu saya ceritakan kisah Khalid Ibn Walid sebelum mengakhiri perbualan kami.

"Bro, kita tau siapa Khalid Ibn Walid. Gelaran yang diberi adalah Saifullah (Pedang Allah). dan telah terlibat dalam 100 perang atau lebih kurang. Tidak ada satu jengkal di tubuhnya kecuali terdapat bekas luka kerana berjihad tetapi beliau tidak meninggal dunia di medan jihad.

Tau kenapa? Kerana bila gelaran Saifullah diberikan kepada Khalid, sudah tertulis dia tidak akan mati di medan perang kerana tidak mungkin Pedang Allah tewas!

Saya ambil pengajaran dari kisah Khalid ini. Sama juga bila saya ambil keputusan untuk berdakwah bukan sahaja amar makruf tetapi nahi mungkar sekali, saya telah menerima realiti dan pembatalan atau orang tidak mahu menjemput saya itu telah saya jangkakan akan berlaku.

As again, saya yakin ajal maut rezeki semua Allah tentukan. Manusia hanya asbab. No worry. Saya faham je keadaan bro yang tersepit."

Sebelum mengakhiri perbualan, dia berkata,

"Bro, once again, saya nak..."

Saya terus memotong, "Ah ah. Jangan sorry kali ke-8 ya.. Nanti saya akan belanja bro makan."

Sambil tergelak dia sambung,

"hahaha.. Okok.. Next time, saya jemput bro for my team untuk corporate training bro akan terima kan? Tak marah kan"

Lalu saya menjawab, "In Sha Allah bro.. As long as the timing is right dan saya available, saya akan terima je."

Tidak ada perasaan kecewa atau marah apatahlagi berdendam kepada beliau. Itu lumrah perjuangan. Sangka baik dengan Allah. Yakin dengan perancanganNya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Yang penting adalah kita terus mencari keredhaanNya.
Memenuhi jemputan Majlis Hari Raya Cawangan Khas IPK KL tengahari tadi.

Berkesempatan berkenalan dengan sahabat-sahabat baharu selain dapat beramah mesra dengan beberapa sahabat lama.

Antaranya adalah SAC Datuk Fazlisyam, Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur (1). Kali terakhir berjumpa dengan beliau adalah ketika beliau menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

Selain itu juga dapat bersama para Pegawai Kanan Polis dari Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (dari kiri: Supt Noor Azman (Penolong Pengarah E5B Bukit Aman), DSP Mulia (Ketua Cawangan Khas Daerah Wangsa Maju, ASP Yusmin (Bahagian Anti-pengganas E8 IPK KL) & DSP Mohd Nor Azizi (Pegawai Turus E5.

Terima kasih Cawangan Khas IPK KL di atas jemputan ini. Makanan sedap & layanan terbaik dari semua.
Kalau Tajuddin Rasdi malu jadi rakyat Malaysia, tiada siapa menghalangnya untuk menukar kerakyatan. Ikut prosedur.

Saya yakin tak ramai akan merasai & merindui ketiadaan seorang rakyat Malaysia yang bernama Tajuddin Rasdi kecuali geng geng sekufu..

Ketika geng libtard & geng-geng seperti Tajuddin seru 3 DJ radio Era & Muslim lain yang buat kesalahan dikenakan hukuman berat, ada Tajuddin komen begini?

Salah tetap salah tanpa kira agama & kaum.

Kalau perasan, hanya media-media libtard yang suka petik tulisan & kenyataan dia, Siti Kasim & geng seumpama mereka? Kenapa?

Tak perlu jadi professor untuk faham logik mereka. Muslim kritik Muslim bukan 3R. Bukan isu perkauman & agama.

Cuba mereka kritik perbuatan Belum Muslim yang melanggar peraturan secara berterusan. Tengok samada media-media itu akan petik kenyataan mereka atau tidak.
Oleh kerana usia pesakit yang masih muda dan fungsi usus yang sensitif pasukan perubatan memilih untuk menjalankan prosedur endoskopi secara invasif minimum bagi mengeluarkan jongkong emas tersebut.

#China #jongkongemas #themerdekatimes

https://themerdekatimes.com/news/2025/04/budak-11-tahun-tertelan-jongkong-emas-100-gram/

Tekan link di bawah untuk ikuti kami di semua media sosial (FB, Twitter, Instagram, Tiktok, Telegram, Youtube, LinkedIn, Threads)

https://linktr.ee/themerdekatim
Channel photo updated
Selasa lepas Sin Chew Daily menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang di muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, namun gambar bendera tersebut tidak lengkap.

Insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

#SinChewDaily #JalurGemilang #themerdekatimes

https://themerdekatimes.com/news/2025/04/bendera-simbol-kedaulatan-negara-kesilapan-perlu-diambil-serius-anwar/

Tekan link di bawah untuk ikuti kami di semua media sosial (FB, Twitter, Instagram, Tiktok, Telegram, Youtube, LinkedIn, Threads)

https://linktr.ee/themerdekatim
Tindakan tersebut termasuk terhadap pemegang visa pelajar yang mengkritik tindakan Israel dalam perang di Gaza meskipun Perlembagaan AS menjamin kebebasan bersuara kepada sesiapa sahaja di negara itu, tanpa mengira status visa.

#AS #Gaza #themerdekatimes

https://themerdekatimes.com/news/2025/04/as-saring-media-sosial-pemohon-visa-pernah-lawat-gaza/

Tekan link di bawah untuk ikuti kami di semua media sosial (FB, Twitter, Instagram, Tiktok, Telegram, Youtube, LinkedIn, Threads)

https://linktr.ee/themerdekatim
Menurut Reuters, tiada negara di dunia setakat ini yang secara rasmi mengiktiraf kerajaan Taliban yang merampas kuasa pada Ogos 2021, selepas pengunduran pasukan pimpinan Amerika Syarikat dari Afghanistan selepas 20 tahun peperangan.

#Rusia #Taliban #themerdekatimes

https://themerdekatimes.com/news/2025/04/rusia-gugur-pengharaman-taliban-selepas-dua-dekad/

Tekan link di bawah untuk ikuti kami di semua media sosial (FB, Twitter, Instagram, Tiktok, Telegram, Youtube, LinkedIn, Threads)

https://linktr.ee/themerdekatim
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan O’Reilly yang memperlekeh lawatan Presiden China, Xi Jinping ke tiga negara ASEAN, termasuk Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, Vietnam dan Kemboja.

O’Reilly sebelum ini menganggap ketiga-tiga negara terbabit tidak mempunyai kemampuan menyokong China daripada segi ekonomi dengan menyatakan penduduk Malaysia tidak mempunyai wang.

#AS #Malaysia #themerdekatimes

https://themerdekatimes.com/news/2025/04/dakwa-malaysia-tiada-duit-anwar-sifatkan-pengulas-politik-as-jahil/

Tekan link di bawah untuk ikuti kami di semua media sosial (FB, Twitter, Instagram, Tiktok, Telegram, Youtube, LinkedIn, Threads)

https://linktr.ee/themerdekatim
Kena Sihir? Ini Ikhtiar Pertama Yang Perlu Buat!

https://youtu.be/gSGfEsMS8tg

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Salah satu babak dari filem PK yang ditayangkan pada 2014 “Bisnes Yang Paling Menguntungkan”
“Adapun Rasulullah SAW apabila Baginda duduk di atas tunggangannya dengan tujuan untuk keluar bermusafir, Baginda akan bertakbir sebanyak tiga kali (Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!) Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah! Kami mohon kepada-Mu agar permusafiran kami ini di atas kebaikan dan ketaqwaan, dan ia dikira sebagai amalan yang Engkau redhai. Ya Allah! kami mohon agar permusafiran ini menjadi mudah ke atas kami, Engkau lipatkanlah jaraknya (supaya menjadi pendek). Ya Allah! Engkaulah Peneman ketika permusafiran dan Penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan). Ya Allah! aku mohon berlindung daripada-Mu agar Engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika musafir, pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.” [Riwayat Muslim (1342)]
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Menarik persoalan yang dibangkitkan okeh gadis Cina ini tentang tindakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memberikan ‘cenderahati’ kepada Presiden China di pintu belakang.

Antara persoalannya yang menarik ialah, “Adakah Yang Dipertuang Agong tahu? Adakah Perdana Menteri tahu & memberikan kelulusan?”

Sila tonton & kongsikan pandangan anda..
WFP turut memberi amaran tentang kesan buruk yang bakal berlaku sekiranya keadaan ini berlarutan, dengan menekankan bahawa penduduk awam Palestin di Gaza sudah pun berdepan situasi kemanusiaan yang amat kritikal, termasuk kekurangan sumber asas untuk kelangsungan hidup.

#Gaza #pendapatan #themerdekatimes

https://themerdekatimes.com/news/2025/04/lebih-dua-juta-penduduk-gaza-kini-tiada-sumber-pendapatan-wfp/

Tekan link di bawah untuk ikuti kami di semua media sosial (FB, Twitter, Instagram, Tiktok, Telegram, Youtube, LinkedIn, Threads)

https://linktr.ee/themerdekatim
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pegawai polis terbabit.

“Kes ini disiasat Polis Selangor dan pegawai berkenaan direman dua hari sehingga esok (hari ini) bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

#JSJN #dadah #themerdekatimes

https://themerdekatimes.com/news/2025/04/pegawai-kanan-polis-positif-empat-jenis-dadah-ditahan-di-pusat-hiburan/

Tekan link di bawah untuk ikuti kami di semua media sosial (FB, Twitter, Instagram, Tiktok, Telegram, Youtube, LinkedIn, Threads)

https://linktr.ee/themerdekatim
Isu berkenaan Panel Farmasi Zakat pernah dilapor The Merdeka Times pada awal tahun lalu di mana LZS didakwa tidak mengutamakan farmasi Muslim dalam pelantikan farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnafnya di negeri itu.

Situasi itu menimbulkan persoalan kerana program bantuan perubatan asnaf membabitkan penggunaan duit zakat dan seharusnya memberikan keutamaan kepada orang Islam berbanding bukan Islam yang tidak membayar zakat.

#farmasi #zakat #themerdekatimes

https://themerdekatimes.com/news/2025/04/hanya-48-peratus-farmasi-muslim-sertai-panel-farmasi-zakat/

Tekan link di bawah untuk ikuti kami di semua media sosial (FB, Twitter, Instagram, Tiktok, Telegram, Youtube, LinkedIn, Threads)

https://linktr.ee/themerdekatim
Wisma Putra berkata ia akan terus memantau rapi keadaan dan akan memaklumkan sebarang perubahan yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia sekiranya ada.

#AS #visa #themerdekatimes

https://themerdekatimes.com/news/2025/04/tiada-perubahan-syarat-visa-ke-amerika-syarikat-bagi-rakyat-malaysia-wisma-putra/

Tekan link di bawah untuk ikuti kami di semua media sosial (FB, Twitter, Instagram, Tiktok, Telegram, Youtube, LinkedIn, Threads)

https://linktr.ee/themerdekatim