Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM
22.4K subscribers
155 photos
4 videos
134 links
Channel rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Download Telegram
PERMOHONAN KE PROGRAM SARJANA MUDA & PROGRAM PROFESIONAL (SEPENUH MASA) SESI 2 2023/2024 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Permohonan terus ke UiTM ini adalah untuk:
1️⃣ Program Sarjana Muda
*
2️⃣ Program Profesional

Sukacita dimaklumkan bahawa borang permohonan dalam talian (online) untuk kategori yang tersenarai di atas dibuka mulai 30 Oktober 2023 (Isnin).

* Pastikan anda memilih program yang menepati syarat kemasukan dan semakan syarat program boleh dibuat di web app semakSYARAT.

Harga jualan nombor pin BSN boleh dirujuk pada pemakluman terdahulu.
HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA PROGRAM DIPLOMA / CFAP243 SESI 2 2023/2024 (KEMASUKAN MAC 2024)

Keputusan panggilan temu duga boleh disemak mulai 06 Disember 2023 (Rabu) pada jam 3.00 petang.

Panduan bagi menyemak panggilan temu duga boleh ditonton di saluran Youtube Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP).

Calon-calon perlu menyemak masa, tatacara dan arahan keperluan temu duga di Portal Pengambilan.

Sila baca Surat Panggilan Temu Duga dan juga Arahan Keperluan Temu Duga dengan teliti.
HEBAHAN KEPUTUSAN PROGRAM ASASI UNDANG-UNDANG UITM (PI005) SESI 2 2023/2024

Surat tawaran Program Asasi Undang-undang UiTM (PI005) SESI 2 2023/2024 bagi lepasan SPM boleh disemak mulai 14 Disember 2023 (Khamis) pada jam 12.30 tengah hari di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima dan pendaftaran pelajar secara dalam talian adalah pada 14 Disember 2023 hingga 07 Januari 2024 sahaja.

Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.
HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2 2023 (PROGRAM BUKAN PENDIDIKAN)

Keputusan panggilan temu duga program bukan pendidikan boleh disemak mulai 05 Januari 2024 (Jumaat) pada jam 12.00 tengah hari.

Panduan bagi menyemak panggilan temu duga boleh ditonton di saluran Youtube Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP).

Calon-calon boleh menyemak masa, tatacara dan arahan keperluan temu duga di Portal Pengambilan.

Sila baca Surat Panggilan Temu Duga dan juga Arahan Keperluan Temu Duga dengan teliti.
HEBAHAN KEPUTUSAN PROGRAM DIPLOMA DAN AP243 BAGI LEPASAN SPM SESI 2 2023

Surat tawaran Program Diploma dan AP243 UiTM sesi 2 2023 bagi lepasan SPM boleh disemak mulai 12 Januari 2024 (Jumaat) pada jam 3.00 petang di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima dan pendaftaran pelajar secara dalam talian adalah pada 12 Januari 2024 hingga 10 Mac 2024 sahaja.

Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.
HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2 2023 (PROGRAM PENDIDIKAN)

Keputusan panggilan temu duga program pendidikan boleh disemak mulai 22 Januari 2024 (Isnin) pada jam 12.00 tengah hari.

Panduan bagi menyemak panggilan temu duga boleh ditonton di saluran Youtube Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP).

Calon-calon boleh menyemak masa, tatacara dan arahan keperluan temu duga di Portal Pengambilan.

Sila baca Surat Panggilan Temu Duga dan juga Arahan Keperluan Temu Duga dengan teliti.
HEBAHAN KEPUTUSAN PROGRAM PRA DIPLOMA SESI 2 2023/2024

Hebahan Keputusan Jaya Program Pra Diploma Sesi 2 2023/2024 (Sesi Kemasukan Mac 2024) boleh disemak mulai 15 Februari (Khamis) pada jam 12.00 tengah hari di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima dan pendaftaran pelajar secara dalam talian adalah pada 15 Februari 2024 hingga 10 Mac 2024 sahaja.

👉🏼 Panduan Semakan Surat Tawaran dan Pendaftaran dalam Talian

👉🏼 Panduan Program Pra Diploma

Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.
HEBAHAN KEPUTUSAN PROGRAM SARJANA MUDA SEPENUH MASA SESI 2 2023

Keputusan permohonan ke program Sarjana Muda sepenuh masa sesi 2 2023 (kemasukan Mac 2024) bagi kategori berikut boleh disemak mulai 21 Februari 2024 (Rabu) pada jam 03.00 petang di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Kategori lepasan yang terlibat adalah:
➜ Lepasan STPM
➜ Lepasan STAM
➜ Lepasan Matrikulasi KPM
➜ Lepasan Asasi UiTM
➜ Lepasan ASASIpintar UKM
➜ Lepasan Asasi Sains UM
➜ Lepasan Diploma IPT Lain
➜ Lepasan DVM
➜ Lepasan DLKM
➜ Penerapan Asasi Undang-Undang UiTM (PI005)

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima dan pendaftaran pelajar dalam talian adalah pada 21 Februari 2024 hingga 03 Mac 2024 sahaja. Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.
PEMBUKAAN PERMOHONAN UPUONLINE BAGI KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM (IPTA) & INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) BAGI SESI AKADEMIK 2024/2025

📌 FASA 1
Dibuka 29 Februari 2024 (12.00 tengah hari)
Ditutup 29 Mac 2024 (05.00 petang)

📌 FASA 2 *
Dibuka 29 April 2024 (12.00 tengah hari)
Ditutup 09 Jun 2024 (05.00 petang)

* program pengajian bertemu duga dan/atau ujian tidak ditawarkan pada fasa 2.

🗝 PEMBELIAN NOMBOR PIN UPUONLINE MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) BERNILAI RM10.60

📍 350 Kaunter Cawangan
🏧 700 mesin ATM
🌐 Perbankan Internet myBSN

Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi upu.mohe.gov.my.

#MalaysiaMADANI
#UiTMPilihanUtama

Panjangkan (share/forward) kepada kenalan, sahabat handai, sanak saudara atau ahli keluarga yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Asasi, Diploma dan Sarjana Muda di menara gading.
HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN LEPASAN/PENERAPAN PRA DIPLOMA KE PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA SESI 2 2023

Keputusan permohonan lepasan/penerapan Pra diploma ke program Diploma boleh disemak mulai 08 Mac 2024 (Jumaat) pada jam 03.00 petang di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima dan pendaftaran pelajar secara dalam talian adalah pada 08 Mac 2024 hingga 16 Mac 2024 sahaja.

Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.
HEBAHAN KEPUTUSAN LEPASAN PENERAPAN/DIPLOMA KE PROGRAM SARJANA MUDA SEPENUH MASA SESI 2 2023

Kategori lepasan yang terlibat adalah:
➜ Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM
➜ Lepasan Diploma UiTM

Keputusan permohonan ke program Sarjana Muda sepenuh masa sesi 2 2023 (Mac 2024) bagi kategori di atas boleh disemak mulai 11 Mac 2024 (Isnin) pada jam 03.00 petang di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima adalah pada 11 Mac 2024 hingga 17 Mac 2024 sahaja.
HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2 2023/2024

Surat tawaran Program Sarjana Muda UiTM sesi 2 2023/2024 boleh disemak mulai 26 Mac 2024 (Selasa) pada jam 12.00 tengah hari di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima dan pendaftaran pelajar dalam talian adalah pada 26 Mac 2024 hingga 01 April 2024 sahaja.

Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.
📣 PENGUMUMAN 📣

1️⃣ PERMOHONAN KEMASUKAN BAGI LEPASAN PENERAPAN (TAHUN AKHIR) UiTM KE PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA AMBILAN SESI 1 2024/2025.

2️⃣ PERMOHONAN KE PROGRAM PROFESIONAL (FIA, ACCA & ICSA) AMBILAN SESI 1 2024/2025.

3️⃣ PERMOHONAN KE PROGRAM (MBBS240/PH240/DS240) AMBILAN SESI 1 2024/2025 UiTM
.

Pastikan calon menyemak kelayakan syarat khas program sebelum memohon.

Permohonan: online.uitm.edu.my
semakSyarat: selangkah.uitm.edu.my
Live chat: tawk.to/bpp

Unit Diploma dan Pra Diploma
☎️ 0355443194 / 0355443196 / 0355448067
📧 pengambilan.diploma@uitm.edu.my

Unit Sarjana Muda
☎️ 0355443195 / 0355443198 / 0355443174 / 0355442798 / 0355442797 / 0355443277
📧 pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my

Unit Pentadbiran dan Profesional
☎️ 0355443168 / 0355443172 / 0355443167
📧 pengambilan@uitm.edu.my
HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA PROGRAM ASASI TESL / DIPLOMA / CFAP243 SESI 1 2024/2025

Keputusan panggilan temu duga boleh disemak mulai hari ini (02 Mei 2024) mulai jam 03.00 petang.

Panduan bagi menyemak panggilan temu duga boleh ditonton di saluran Youtube Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP).

Calon-calon boleh menyemak masa, tatacara dan arahan keperluan temu duga di Portal Pengambilan.
📣 Ekspo Selangkah ke UiTM (ESKU) 2024

Jom hadir ke Ekspo Selangkah ke UiTM 2024 pada 1 – 2 Jun 2024 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Lokasi: Waze, Google Map

Jangan lepaskan peluang untuk kenali program-program bersesuaian yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan kenalpasti program yang sepadan dengan minat anda. Sila bawa bersama slip keputusan SPM/STPM/Diploma dan semak syarat kelayakan di selangkah.uitm.edu.my.

Jangan lupa hadir ke ESKU 2024. Jumpa di sana!

#MalaysiaMadani
#UiTM
#UiTMDiHatiku
#GRU2025
#SelangkahKeUiTM2024