Bahasa Melayu Spmnetic! 📑
41.6K subscribers
1.85K photos
97 videos
1.22K files
686 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻

For any enquiries, please directly ask in our discussion group
Download Telegram
Forwarded from WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
NOVEL SILIR DAKSINA.pdf
422.6 KB
🌈 NOVEL SILIR DAKSINA
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS.docx
52.6 KB
🌈NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
TERIMA KASIH SEMUA !!
Forwarded from BANK ILMU BAHASA MELAYU
Format BAHASA MELAYU KSSM

Kemahiran Bahasa Melayu yang diuji:
1 Kemahiran menulis
2 Kemahiran membaca
3 Kemahiran bertutur
4 Kemahiran mendengar

Bilangan kertas
4 Kertas

Kertas 1 - KARANGAN (kemahiran menulis)

Kertas 2 - TATABAHASA, KOMSAS, NOVEL, RUMUSAN, PEMAHAMAN (kemahiran membaca)

Kertas 3 - BERTUTUR (kemahiran bertutur dan mendengar)

Kertas 4 - MENDENGAR (kemahiran mendengar)

@bankilmubm
#CikguEzarKongsiIlmu
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic! 📑 (dee)
Kata kata tokoh yang boleh awak guna untuk membuat karangan 🤩

Tun Dr. Mahathir Mohamad

“Ilmu pengetahuan tanpa nilai-nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya. Nilai-nilai

yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya”

Tun Dr. Mahathir Mohamad

“…membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu

mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya. Menikmati kehidupan bersama yang

sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan

pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”

Keris Mas

“Kesalahan aturan bahasa sehingga mengikut aturan bahasa Inggeris bukanlah stail yang menunjukkan ketegasan fikiran,

melainkan betapa tidak teraturnya fikiran itu dinyatakan atau betapa keinggerisannya kita berfikir”.

William A.Ward

“Guru yang sederhana memberitahu. Guru yang baik menjelaskan. Guru yang hebat menunjukkan cara. Guru yang agung

menjadi inspirasi.”

Karl Menninger

“Siapakah guru itu adalah lebih penting daripada apa-apa yang diajarkannya.”

Tun Abdul Razak

“Kita juga telah berjaya memberikan satu keperibadian yang sama kepada negara dengan menjadikan bahasa Malaysia

sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di negara ini dan usaha-usaha masih lagi dicari bagi menjadikan

bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dengan erti kata yang sebenarnya.”

Abdullah Ibnu Abbas

“Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir”

Munsyi Abdullah

”Jika orang Melayu hendak menjadi bangsa yang besar, orang Melayu mesti mempelajari dan memelihara secermat-

cermatnya bahasa Melayu, di samping menerima serta menambah pengetahuan baharu.”

SN S. Othman Kelantan

“Peradaban dan tamadun sesuatu bangsa dibina dengan bahasanya sendiri, baik dalam bentuk prosa ataupun dalam bentuk

kreatif kerana bahasa menjadi jiwa sesuatu bangsa. Keindahan estetika sebagai emosi kepada jiwa itu ialah karya kreatif”.

Arena Wati

Kita boleh ramah, tapi pantang berkasar. Kita boleh marah, tapi ketawalah, dan jangan kehilangan senyum. Kita pasrah

miskin, tapi jauhkan diri dari keinginan mengemis. Orang yang kehilangan wang, cuma rugi benda. Tetapi orang yang

kehilangan amanah dia rugi harga diri.

Noordin Hassan

Pasang telinga baik-baik. Jangan dengar saja apa orang kata, fikirkan mengapa orang kata begitu. Kalau orang ketawa,

dengar betul-betul jenis ketawanya. Ketawa berisikah atau ketawa jenis apa.

Arena Wati

Menegur dengan bahasa sukma dan bertanya dengan bahasa hati nurani.

Muhammad Salleh

Tiada akan besar bangsa yang tiada kasihkan bahasanya, tiada kebenaran pada manusia yang tidak dapat melihat

kenyataan.

Muhammad Salleh

Tiada akan besar bangsa yang tiada kasihkan bahasanya.

Abdullah Hussain

KEMERDEKAAN yang sudah dicapai itu seperti sebuah gelas kosong lalu tiap-tiap golongan itu mahu mengisi gelas itu

dengan minuman yang disukainya.

Keris Mas

KEMERDEKAAN hanya suatu jambatan. Yang kita tuju di seberang jambatan itu ialah kehidupan kebangsaan yang mulia,

makmur dan aman damai.

Muhammad Salleh

Derita yang dijeritkan tanpa suara ialah bahasa ternyaring bangsa kita.

Muhammad Salleh

Bangsa itu diperibadikan bahasanya.

isu remaja

1. hadis nabi ada menyebut bahawa,anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkanya, sama ada

menjadi nasrani atau majusi.(peranan ibu bapa)

2.peliharalah anak-anak mu dan perbaikilah budi pekerti mereka. sesungguhnya anak-anak itu hadiah allah kepada mu.

3. janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup

selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. sekiranya, masa depan remaja tidak dipelihara, negara akan kehilangan mutira yang

paling berharga untuk mengganti pucuk pimpinan negara.

Amalan Gaya Sihat

1.berdasarkan petikan hadis berbunyi, “jagalah masa sihat kamu sebelum dirimu sakit”. jelaslah disini bahawa kesihatan merupakan aset yang palin
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic! 📑 (dee)
g bernilai dalam kehidupan manusia.

Perpaduan

1.pada 31 oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan timbalan perdana menteri Britain, John Prescott menyatakan keinginan Britain untuk mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan perpaduan dan amalan tolak ansur dalam hal agama.

2.integerasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat dicapai seandainya usaha memupuk perpaduan kaum dapat di mulakansejak di bangku sekolah menengah.

3.perayaan-perayaan di malaysia telah membuka dimensi baru dalam mengubah corak integrasi nasional di negara ini.

4.peribahasa barat ada mengatakan jika kesemua labah-labah bersatu pasti singa sekalipun dapat di tewaskan.

5. bersatu teguh bercerai roboh.

Jenayah

1.menurut sejarah dunia, empayar rom jatuh disebabkan banyaknya kes pembunuhan, kes rogol, dan keruntuhan akhlak.

2.hai orang-orang yang beriman , janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh kamu membuat pekara keji dan jahat.

Berakhlak

1.daripada aisyah r.ha, rasulullah bersabda “sesungguhnya allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua perkara.

2.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “muliakanlah anak-anak kamu dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

 

Kasih Sayang

1. daripada Abu Musa Al Asyari, rasulullah bersabda yang bermaksud “kaitan antara seorang yang beriman dengan yang lainnya ialah umpama sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain.

2. kasih sayang tidak dapat di beli dengan harta ataupun wang ringgit.
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic! 📑 (dee)
Frasa menarik dalam karangan 🤟🏻


1. Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
2. Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
3. Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
4. Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
5. Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
6. Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
7. Alaf baharu - Masa terkini
8. Mutakhir ini - Pada masa kini
9. Seantero dunia - Seluruh dunia
10. Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
11. Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran
12. Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek
13. Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli
14. Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
15. Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya
16. Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan
17. Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
18. Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
19. Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan
20. Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani
21. Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu
22. Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum
23. Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
24. Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa
25. Landasan berfikir - Cara berfikir
26. Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa
27. Mengaibkan diri - Memalukan diri
28. Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar
29. Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir
30. Alpukah - Daya usaha / inisiatif
31. Bacul - Tidak bersemangat
32. Badai kehidupan - Cabaran hidup
33. Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai
34. Berkongkalikung - Bersepakat
35. Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh
36. Praja - Kota / negeri
37. Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
38. pramusaji - Pelayan tetamu di restoran
39. Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
40Nawaitu diri - Keinginan diri
41. Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri
42. privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
43. Portfolio menteri - Tugas menteri
44. Pentas siasah - Dunia politik
45. Polemik - Bahas / debat / konflik
46. Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan
47. Linglung - Hilang ingatan
48. Falah - Kejayaan / kemenangan
49. interpretasi - Tafsiran / penjelasan
50. bersilengah - Bersikap tidak tahu
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic! 📑 (dee)
Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .......
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic! 📑 (dee)
PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic! 📑 (dee)
PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic! 📑 (dee)
PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic! 📑 (dee)
PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

· Bagi sesetengah orang …
· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan
· Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah
· Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini
· Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa
· Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
· Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini
· Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih
· Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic! 📑 (dee)
PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic! 📑 (dee)
PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya
· Biar kita lihat
· Biar kita ambil contoh
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
· Sebagai analoginya,
· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic! 📑 (dee)
PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic! 📑 (dee)
KOSA KATA

; POLEMIK
maksud; Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara


contoh; Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap menjadi polemik dalam kalangan masyarakat

; MARHAEN
maksud; Rakyat jelata

contoh; Golongan marhaen tidak diabaikan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.

; KULAWARGA
maksud; keluarga

contoh; Kulawarga yang harmonis mampu membentuk anak-anak bersahsiah mulia

; DASAWARSA
Maksud: Dekad

Contoh; Dasawarsa ini , hubungan kejiranan semakin diabaikan terutama dalam kalangan masyarakat metropolitan

;IKHTISAR
Maksud: Pendapat yang ringkas mengenai sesuatu

Pelajar perlu memberikan  ikhtisar yang mantap sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic! 📑 (dee)
; AMSAL/TAMSIL
Maksud: Seperti,umpama, misal

Contoh; Amsalnya ,tabiat menabung bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat.

; WASILAH
Maksud: Ikatan

contoh; Seseorang pelajar tidak wajar melupakan wasilah yang terjalin dengan guru .

; NIRMALA
Maksud: Suci

Contoh; Pada pagi yang nirmala ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk, Budi Bahasa Budaya Kita.

; SAKINAH
Maksud: Ketenangan

Contoh; Ajaran agama yang diterapkan dalam keluarga mampu menjamin sakinah berpanjangan

; SINERGI
Maksud: Kerjasama

Contoh; Akhir kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu bersinergi untuk merealisasikan pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia .

; USLUB/MINHAJ/MANHAJ
Maksud: Kaedah, cara

Contoh; Membaca merupakan uslub berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.

; PRAKARSA
Maksud: Inisiatif

Contoh; Prakarsa perdana dalam membanteras gejala lumba haram ialah pemantauan ibu bapa di rumah.

; AFORISME
Maksud: Ungkapan, peribahasa, bidalan

Contoh; Kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak bertepatan dengan aforisme, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

; SIRNA
Maksud: Hilang

Contoh; Rasa perikemanusiaan semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini.

; JAGATRAYA
Maksud: Seluruh dunia

Contoh; Malaysia terkenal di jagatraya sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam.
Forwarded from '𝒜𝓁𝒾𝓎𝒶𝒽 𝒮𝓎𝒶𝒽𝒾𝓇𝒶𝒽