Bahasa Melayu Spmnetic!β„’ πŸ“‘
45.7K subscribers
1.87K photos
97 videos
1.25K files
694 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For any enquiries, please directly ask in our discussion group ✨
Download Telegram
PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

Β· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
Β· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
Β· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
Β· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
Β· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

Β· Kita dapat menyaksikan betapa…
Β· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
Β· Lazimnya, dalam keadaan …
Β· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
Β· Pada hemat saya …
Β· Pada pandangan saya …
Β· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
Β· Sebagaimana yang kita ketahui
Β· Sebagaimana yang kita maklumi
Β· Sejak awal lagi
Β· Sejak kebelakangan ini
Β· Selain itu, pada masa ini juga
Β· Seperti yang telah dinyatakan
Β· Umum mengetahui bahawa
Β· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas
PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

Β· Bagi sesetengah orang …
Β· Begitu juga dengan …
Β· Begitu juga halnya dengan …
Β· Bertitik tolak daripada itu …
Β· Bukan itu sahaja …
Β· Dalam hal ini …
Β· Dalam konteks ini ..
Β· Dalam zaman yang serba canggih ini …
Β· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
Β· Dengan adanya …
Β· Dengan berbuat demikian …
Β· Dengan perkataan lain ..
Β· Disebabkan hal itu
Β· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
Β· Hal ini berlaku disebabkan
Β· Hal ini penting dalam
Β· Hal ini serupa dengan
Β· Hal yang serupa berlaku apabila
Β· Ini disebabkan
Β· Ini membuktikan bahawa
Β· Ini menggambarkan bahawa
Β· Ini secara tidak langsung akan
Β· Ini semua meninggalkan kesan kerana
Β· Ini tentu sekali membuatkan
Β· Jadi kita perlu
Β· Jadi kita hendaklah
Β· Keadaan ini tentunya
Β· Lantaran itu sehingga kini
Β· Kesemua ini menyumbang kepada
Β· Kita mengakui hakikat bahawa
Β· Kita sering menonton di kaca televisyen
Β· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
Β· Memandangkan keadaan yang sedemikian
Β· Namun sejak kebelakangan ini
Β· Oleh itu, bolehlah dikatakan
Β· Secara logiknya masa yang
Β· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
Β· Keadaan ini seharusnya boleh
Β· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
Β· Kendatipun demikian, kita masih
Β· Yang paling nyata ialah
Β· Yang perlu kita pastikan ialah
PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

Β· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
Β· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
Β· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………
PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

Β· Sebagai contohnya
Β· Biar kita lihat
Β· Biar kita ambil contoh
Β· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
Β· Sebagai analoginya,
Β· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

Β· Intihanya,
Β· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
Β· Konklusinya,
Β· Dengan ini diharapkan
Β· Bukan itu sahaja
Β· Mudah-mudahan perkara ini
Β· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
Β· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …
Β· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama
KOSA KATA

; POLEMIK
maksud; Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara


contoh; Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap menjadi polemik dalam kalangan masyarakat

; MARHAEN
maksud; Rakyat jelata

contoh; Golongan marhaen tidak diabaikan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.

; KULAWARGA
maksud; keluarga

contoh; Kulawarga yang harmonis mampu membentuk anak-anak bersahsiah mulia

; DASAWARSA
Maksud: Dekad

Contoh; Dasawarsa ini , hubungan kejiranan semakin diabaikan terutama dalam kalangan masyarakat metropolitan

;IKHTISAR
Maksud: Pendapat yang ringkas mengenai sesuatu

Pelajar perlu memberikan  ikhtisar yang mantap sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
; AMSAL/TAMSIL
Maksud: Seperti,umpama, misal

Contoh; Amsalnya ,tabiat menabung bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat.

; WASILAH
Maksud: Ikatan

contoh; Seseorang pelajar tidak wajar melupakan wasilah yang terjalin dengan guru .

; NIRMALA
Maksud: Suci

Contoh; Pada pagi yang nirmala ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk, Budi Bahasa Budaya Kita.

; SAKINAH
Maksud: Ketenangan

Contoh; Ajaran agama yang diterapkan dalam keluarga mampu menjamin sakinah berpanjangan

; SINERGI
Maksud: Kerjasama

Contoh; Akhir kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu bersinergi untuk merealisasikan pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia .

; USLUB/MINHAJ/MANHAJ
Maksud: Kaedah, cara

Contoh; Membaca merupakan uslub berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.

; PRAKARSA
Maksud: Inisiatif

Contoh; Prakarsa perdana dalam membanteras gejala lumba haram ialah pemantauan ibu bapa di rumah.

; AFORISME
Maksud: Ungkapan, peribahasa, bidalan

Contoh; Kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak bertepatan dengan aforisme, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

; SIRNA
Maksud: Hilang

Contoh; Rasa perikemanusiaan semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini.

; JAGATRAYA
Maksud: Seluruh dunia

Contoh; Malaysia terkenal di jagatraya sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam.
TEKNIK 5 DALAM 1


1. tengah tengah tu tulis nilai yang ada dalam antologi tu, sebagai contoh dalam gambar atas tu nilai adil.

2. buat 5 cabang (arrow) nak tunjuk lagi banyak tentang nilai adil tu.

3. β€’ arrow 1- NILAI
β€’ arrow 2- PERWATAKAN
β€’ arrow 3- LATAR MASYARAKAT
β€’ arrow 4- PENGAJARAN
β€’ arrow 5- PERSOALAN

(tak perlu ikut susunan pun takpe)

4. pastikan semua point arrow tu nilai adil & kalau boleh selitkan contoh for each arrow tu supaya kita faham dari ayat mana mana dalam teks tu menunjukkan nilai adil.

5. boleh buat untuk antologi yang lain juga inc novel so selamat mencuba!
Forwarded from πŸŒΌ
A+ for Penulisan Karangan!

kemelut - masalah
senario - keadaan
fenomena -perkara
membarahi - melanda
seantero - seluruh
tonggak - asas/dasar
konkrit - kuat
kukuh - mapan
lumrah - kebiasaan
ketandusan - tidak ada
disisihkan - dipinggirkan
kerakusan - keserakahan
meranapkan - menghancurkan
akar umbi - punca
sanubari - jiwa
perdana - utama
realiti - hakikat
materialistik - kebendaan
mengheret - membawa kepada
prihatin - peka
iltizam - harapan tinggi
sistematik - terancang
intensif - giat
menimba - mendapatkan
tersadai - tidak bergerak
ekoran - rentetan
perspektif - tanggapan
imej - penampilan
informasi- penerangan
integrasi - perpaduan
aspirasi = cita-cita
rajas - sedih
pawana - angin
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic!β„’ πŸ“‘ (Miza Amira Syuhada)
Cikgu Eranis BM:

Berikut adalah nilai- nilai murni yang diterima oleh Lembaga Peperiksaan dan nilai- nilai murni yang tidak diterima. Untuk pengetahuan anda, buku rujukan pun nilai- nilai murni yang diberi adalah salah, jadi jangan ikut 100% buku rujukan. Guna bahan yang guru anda berikan.

Nilai- nilai Murni yang diterima:

Nilai bertanggungjawab
Nilai prihatin atau keprihatinan
Nilai berkasih sayang atau kasih sayang
Nilai hormat menghormati
Nilai kejujuran
Nilai kerajinan, ketukanan, kegigihan
Nilai kerjasama atau bekerjasama
Nilai ketaatan
Nilai pengorbanan
Nilai ketabahan
Nilai tolong menolong atau bantu membantu
Nilai keberanian
Nilai berhemah tinggi
Nilai setia kawan
Nilai pemurah atau baik hati
Nilai mengenang budi
Nilai dedikasi
Nilai berpendirian tegas atau ketegasan
Nilai berdikari
Nilai kesyukuran
Nilai nasihat menasihati
Nilai patriotisme atau cinta akan negara
Nilai keikhlasan
Nilai kesabaran
Nilai keredaan
Nilai keinsafan 
Nilai amanah
Nilai kesopanan
Nilai menepati janji
Nilai simpati atau bersimpati
Nilai berjimat cermat
Nilai keyakinan
Nilai cinta akan alam sekitar
Nilai cinta akan budaya

Nilai- nilai Murni yang tidak diterima:

Nilai penyayang
Nilai gigih berusaha atau kecekalan
Nilai tabah
Nilai kesetiaan, balas budi, kenang budi
Nilai sopan santun
Nilai berpegang janji
Nilai bertolak ansur
Nilai kebijaksanaan
Nilai kesederhanaan
Nilai rasional
Nilai belas kasihan 
Nilai murah hati
Nilai berhati- hati

@SPMstraightsAplus

πŸ“• #notabm #bm
Forwarded from Nashzyman Hasri
Perhatian😎

Penggunaan β€œdi” dalam ayat

i)Imbuhan

🌻digunakan untuk menunjukkan kata kerja pasif seperti β€œdisayangi”, β€œdigunakan” dan lain-lain.

🌻Dieja rapat

ii)Kata sendi nama

🌹Penggunaan yang khusus untuk tempat atau ruang seperti β€œdi Malaysia” , β€œdi dalam bilik” dan sebagainya.

🌹Dieja jarak

Cakna tanda kita ada jiwaπŸ˜‡
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic!β„’ πŸ“‘ (Nashzyman Hasri)
Helo semua,ni mesti ada yang tak tahuπŸ€“

Semangat patriotik atau semangat patriotisme? yang betul yang mana?πŸ€”

Sebelum itu,kita perlu mengetahui maksud patriotik dengan patriotisme

Patriotik:mempunyai perasaan sebagai patriot(orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negara)

Patriotisme:semangat cinta yang kuat akan tanah air

untuk mengelakkan kelewahan bahasa,perkataan yang seharusnya digunakan ialah

patriotismeβœ…

atau frasa

semangat patriotikβœ…

Teruskan belajar!πŸ˜‡βœŠπŸ»

Credit: Cikgu Abdul Ghalib Yunus dalam buku Soal Jawab Bahasa dengan Munsyi Dewan
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic!β„’ πŸ“‘ (Nashzyman Hasri)
Helo semua,hari ni admin nak share ilmu bahasa Melayu tentang cara-cara untuk mengenal kata nama☺️

kata nama ialah kata yang menamakan orang,tempat atau benda.

cara-cara untuk mengenal pasti sama ada sesuatu kata itu kata nama atau bukan kata nama ialah:

1)boleh diuji dengan meletakkan kata bilangan di hadapannya.

πŸ‘‰contoh: lima buah rumah,lima orang guru,lima biji epal

Oleh itu,perkataan rumah,guru,epal di atas ialah kata nama kerana kata tersebut boleh disertai kata bilangan.

2)boleh diuji perkataan tersebut dengan meletakkannya sebelum kata ganti nama tunjuk β€˜itu’ atau β€˜ini’

πŸ‘‰contoh:meja ini,buku itu

Tegasnya,perkataan β€˜meja’ dan β€˜buku’ di atas merupakan kata nama kerana boleh diletakkan sebelum kata ganti nama tunjuk β€˜itu’ atau β€˜ini’

3)boleh ditulis selepas kata kerja transitif

πŸ‘‰contoh:membaca majalah,membeli rumah

Secara umumnya,perkataan β€˜majalah’ dan β€˜rumah’ di atas ialah kata nama kerana kata-kata tersebut boleh ditulis selepas kata kerja transitif.

Nanti admin akan kongsikan cara-cara mengenal kata kerja dan kata adjekif pulaπŸ₯°πŸ˜

Semoga bermanfaat dan teruskan belajarπŸ˜‡βœŠπŸ»

Info di atas saya ambil daripada bahan bacaan saya iaitu buku Soal Jawab Bahasa dengan Munsyi Dewan Abdul Ghalib Yunus.
Forwarded from Bahasa Melayu Spmnetic!β„’ πŸ“‘ (Nashzyman Hasri)
🌸Kata Hubung🌸

1)Kata Hubung Gabungan
πŸ‘‰atau
πŸ‘‰dan
πŸ‘‰lalu
πŸ‘‰lantas
πŸ‘‰sambil
πŸ‘‰maka
πŸ‘‰serta
πŸ‘‰tetapi
πŸ‘‰sebab
πŸ‘‰kalau
πŸ‘‰supaya
πŸ‘‰kemudian
πŸ‘‰malahan
πŸ‘‰bahkan

2)Kata Hubung Pancangan
πŸ‘‰agar
πŸ‘‰apabila
πŸ‘‰bahawa
πŸ‘‰biarpun
πŸ‘‰hingga
πŸ‘‰jika
πŸ‘‰kecuali
πŸ‘‰kerana
πŸ‘‰ketika
πŸ‘‰lantaran
πŸ‘‰manakala
πŸ‘‰meskipun
πŸ‘‰sebelum
πŸ‘‰sejak
πŸ‘‰sehingga
πŸ‘‰sekiranya
πŸ‘‰selagi/seraya
πŸ‘‰semenjak
πŸ‘‰sementara
πŸ‘‰setelah
πŸ‘‰selama
πŸ‘‰tatkala
πŸ‘‰walaupun
πŸ‘‰sungguhpun
πŸ‘‰yang
πŸ‘‰jikalau
πŸ‘‰andai
πŸ‘‰untuk

3)Kata Hubung Berpasangan
πŸ‘‰baik...ataupun
πŸ‘‰baik...baik
πŸ‘‰baik...mahupun
πŸ‘‰bukan saja...bahkan juga
πŸ‘‰jangankan...pun
πŸ‘‰sedangkan...apatah lagi
πŸ‘‰semakin...semakin
πŸ‘‰sungguhpun...namun
πŸ‘‰sungguhpun...tetapi
πŸ‘‰walaupun...namun
πŸ‘‰sedangkan...inikan pula
πŸ‘‰sama ada...ataupun
πŸ‘‰kian...kian
πŸ‘‰entah...entah
πŸ‘‰bukan sahaja...malah
πŸ‘‰bukan saja...tetapi juga

Ini ialah contoh-contoh kata hubung yang telah dibahagikan

teruskan belajarπŸ˜‡βœŠπŸ»
⭐️ Formula Karangan ⭐️
𝕀ℕ𝔽𝕆 π”Ήπ”Έβ„π”Έπ•Šπ”Έ πŸ’¬

Penggunaan Kata Sendi Nama "di" dan "dalam" yang Mengelirukan Pengguna Bahasa

Kata sendi nama "di" tidak boleh digunakan untuk menunjukkan lingkungan atau bidang bagi menggantikan perkataan "dalam".

PRINSIP:
πŸ–‡dalam βž₯ menunjukkan lingkungan atau bidang.
πŸ–‡di βž₯ menunjukkan tempat.

Lihat contoh di bawah:
1. Azila mempunyai kebolehan bercakap di dalam ❌banyak bahasa.
2. Kamu mesti membayar sewa itu di dalam ❌tempoh seminggu.
3. Cucu Pak Abdul Rahim memperoleh ijazah di dalam ❌bidang perubatan.
4. Halim Tee mengunyah gula-gula getah dalam ❌mulutnya.
5. Cincin pertunangan mereka dalam ❌kotak yang berwarna biru itu.

Pembetulannya :
1. Azila mempunyai kebolehan bercakap dalam βœ…banyak bahasa.
2. Kamu mesti membayar sewa itu dalam βœ…tempoh seminggu.
3. Cucu Pak Abdul Rahim memperoleh ijazah dalam βœ…bidang perubatan.
4. Halim Tee mengunyah gula-gula getah di dalam βœ…mulutnya.
5. Cincin pertunangan mereka di dalam βœ… kotak yang berwarna biru itu.

@Tatabahasa_Melayu ❀
π—•π—˜π—§π—¨π—Ÿπ—žπ π—‘ π—¬π π—‘π—š π—•π—œπ π—¦π  , π—•π—œπ π—¦π π—žπ π—‘ π—¬π π—‘π—š π—•π—˜π—§π—¨π—Ÿ πŸ“š

Kekeliruan kata pinjaman bahasa Inggeris.

-syen- ATAU -sen-
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
πŸ”ΊSYENπŸ”Ί
1.petisyen

2.kapsyen

3.opsyen

4.televisyen

5.fesyen

6.fiksyen

7.tuisyen

8.kusyen

9.seksyen

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
πŸ”ΊSENπŸ”Ί

1.stesen

2.besen

3.losen

4.lesen

5.kosen

6.persen

7.komisen

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

@Tatabahasa_Melayu ❀