Bahan PT3 & SPM 2024/2025 ♥️
9.17K subscribers
4.06K photos
115 videos
5.68K files
2.27K links
Salam sejahtera semua!
Channel ni bertujuan untuk membantu para pelajar PT3 dan SPM mencari bahan pembelajaran untuk belajar bersama-sama.Good luck semua!❤️🤗
Download Telegram
Bahan PT3 & SPM 2024/2025 ♥️
Ikuti sidang media khas Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan di facebook rasmi KPM, EduWebTV KPM dan DidikTV KPM pada 15 Disember 2022 (Khamis) jam 3.00 petang.…
INTI PATI SIDANG MEDIA MENTERI PENDIDIKAN

🔹 Kementerian Pendidikan akan aktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi sumbang idea, tambah baik pendidikan negara

🔹 Kementerian Pendidikan tumpu tujuh fokus utama termasuk isu keciciran pembelajaran, kebajikan guru dan naik taraf sekolah daif

🔹 Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) seperti yang termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996 diaktifkan semula

🔹 Hasrat untuk melihat murid ceria, sekolah bitara dan negara sejahtera

🔹 Kementerian mahu menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus

🔹 KPM memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti

🔹 Memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40

🔹 Memberi perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi

🔹 Fokus kepada kebajikan guru kerana guru adalah teras utama keberkesanan penyampian pendidikan

🔹 Memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk mengubahsuai dan menaik taraf sekolah-sekolah yang mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak

🔹 Meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah

Bernama TV
- Fadhlina Sidek
👨🏻‍🎓👩🏻‍🎓 Murid Ceria,
👨🏻‍🏫👩🏻‍🏫 Guru Bahagia,
🏫🌟 Sekolah Bitara dan
🇲🇾❤️ Negara Sejahtera
Saya ingin merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Father Organic Farm, Genting Highlands.

YB Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan Malaysia
#PrayForMangsaBanjir😢
#DOAUNTUKMALAYSIA

Semoga sahabat-sahabat yang ditimpa banjir dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian ini..
Aamiin🤲🏻

@bahanspmpt3
Congratulations Argentina!!! 🇦🇷💙

Thank you Messi! Best goat in the world! 🐐💙

FIFA World Cup
@bahanspmpt3
Doa Dipermudahkan Urusan

Sentiasalah mengamalkan membaca doa ini.

Semoga Allah SWT permudahkan urusan saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan musibah banjir.

#prayforpantaitimur
#prayformalaysia
5_6125397849778685708.pdf
540.5 KB
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2022
Kerajaan setuju salur bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023 - PM Anwar Ibrahim

Siaran Langsung:
Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat : Pembentangan Peruntukan Khas
Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri mengumumkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambilkira had pendapatan ibu bapa bermula pada Januari 2023.

Bantuan ini diharapkan dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak mereka untuk sesi persekolahan yang akan datang.

YB Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan
SOALAN LAZIM BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak Rm150.00 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Kementerian Pendidikan Malaysia
#KerajaanPerpaduan #KPM
DISANGKA BETUL, SEBENARNYA SALAH

was-was
waswas

zam-zam
zamzam

kata aluan
kata alu-aluan

sayugia
seyogia

caca-marba
cacamarba

tanda tangan
tandatangan

kerapkali
kerap kali

acapkali
acap kali

sambil-lewa
sambil lewa
sambalewa

mengenengahkan
mengetengahkan

mengenepikan
mengetepikan

memporakperandakan
memporak-perandakan

mengharubirukan
mengharu-birukan

menyetabilkan
menstabilkan

memokuskan
memfokuskan

mententeramkan
menenteramkan

mensekolahkan
menyekolahkan

Mengejalah dengan betul, ikut ketetapan dalam Kamus Dewan, Kamus Dewan Perdana atau Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Ejaan yang betul seperti ubat yang dimakan mengikut sukatan atau ramuan yang cukup dalam masakan.

Terima kasih atas maklum balas sahabat/kenalan demi pengukuhan sumber di atas.

Tok Mat,
Munsyi Dewan (Bahasa) Fasa 1
Betulkan yang Biasa, Biasakan yang Betul (478)

EJAAN KATA PINJAMAN

i) bos ~ boss

ii) sesi ~ sessi

iii) stres ~ stress

iv) respons ~ respon

v) audiens ~ audien

vi) ambulans (kenderaan) ~ ambulan

vii) bonus ~ bonos

viii) analisis ~ analisa

ix) minimum ~ minima

x) maksimum ~ maksima

xi) optimum ~ optima

#mengulanghinggacemerlang

Mahaya Mohd.Yassin
Selasa,19 Zulhijah 1443H/19 Julai 2022
Kecelaruan Ejaan (Jenis Makanan)

Sumber: Munsyi Bahasa
KPM | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bercadang untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Video penuh: https://youtu.be/f9-NKUKqjCM
Selamat Menyambut Hari Natal khas buat penganut agama Kristian di Malaysia. Raikan dengan penuh keharmonian dan nikmati bersama yang tersayang.

Ikhlas daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.