Ilmu Simpanan & Pelaburan Emas
1.07K subscribers
168 photos
3 videos
124 links
Channel ini dihoskan oleh Aqila Ali Redza. Merupakan Founder Star Master Dealer Public Gold (FMD) dengan 6 tahun pengalaman.

Perkongsian ilmu simpanan & pelaburan emas.

⬇️ Untuk pembelian emas boleh terus whatsapp ⬇️
http://www.wasap.my/+60193796503
Download Telegram
to view and join the conversation
Kita rasa emas sekarang mahal kan? Tunggu 5 tahun lagi. Kita akan cakap, harga harini murah sangat.

Elakkan asik tunggu "ala rendah, relax la tuunggu la naik, baru start beli. Bila dah naik, tunggu bila nak turun". No! Buang mindset macam ni. Apa yang ada tukar dulu jadi emas. Walau ada RM100 pun tukar dulu yang tu.

Takpa turun naik, tiap bulan kita simpan je sikit-sikit. Yang penting gram kita bertambah dan duit tak lagi bocor gais.
Tak rugi simpan emas, yang rugi adalah bila dah faham, dah kaji sampai phd tapi tak mula simpan juga.

Rugi sangat gais. Emas tetap naik tanpa tunggu kita sedia pun.
[Alert Harga] 🔻Harga emas GAP turun RM1/g berbanding semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3650 gram
MYR 274 = 1.0000 gram

Statistik May 2021
Tertinggi: RM275 (27/05)
Terendah: RM256 (01/05)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)
Promosi EPP10, berminat? Klik www.wasap.my/60193796503/EPP10
Esokkkk! Dah boleh order!
Sign up di sini ➡️ saya nak order harimau malaya ⬅️
HARGA emas dijangka akan terus meningkat biarpun dunia sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

Pengurus Besar Kanan Habib Jewels Sdn Bhd, Mohd Zaruddin Mahmud berkata, harga emas dipengaruhi beberapa faktor antaranya kestabilan ekonomi dan politik dunia.

Katanya, pada Rabu harga emas meningkat kepada 10 peratus menjadikan kenaikan RM10 setiap gram kepada RM295 (emas 999) dan RM280 (emas 916).

"Ketika pandemik ini, harga emas turun naik dan menjadi terlalu sensitif dengan pergerakan pasaran.

"Namun dengan adanya vaksin dan pemulihan ekonomi mula berjalan, harga emas akan tetap naik namun tidak secara mendadak seperti yang pernah berlaku pada Julai tahun lalu.

"Di mana harga emas pernah mencecah sehingga AS$2067 satu auns. Bagaimanapun untuk mencecah paras harga tertinggi ini kebarangkalian itu ada.

"Tetapi penganalisis berpendapat dalam jangka panjang, harga emas tidak akan turun kerana mengambil perbandingan 30 tahun lalu harga hanya RM35 segram dan sekarang sudah mencecah RM290 segram," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, walaupun harga emas meningkat, pihaknya mendapati trend membeli emas sebagai perhiasan dan pelaburan masih menjadi pilihan masyarakat Malaysia.

Mohd Zaruddin berkata, membeli emas pada masa kini sudah menjadi keperluan dan bukan lagi kehendak kerana ia adalah aset fizikal.

"Dari segi kewangan, emas ini boleh dicairkan dalam masa yang singkat.

"Oleh itu, untuk pelanggan di luar sana yang mana tidak mahu membeli emas ketika harga tinggi, ini adalah masa yang sesuai untuk menjual terutama bagi mereka yang memerlukan tunai.

"Di semua cawangan Habib Jewels, kami mempunyai Ar Rahnu Express dan kami turut menyaksikan peningkatan 25 peratus dalam transaksi jual dan gadai emas yang mana menggambarkan mereka memang memerlukan tunai buat masa ini," katanya

Emas kekal sepanjang zaman
Ciptaan terindah dari yang Maha Agung

Sekadar hanya menyebarkan ilmu
Tiada yang lain hanya memberi peringatan( fazakkir)

Disiarkan pada: May 29, 2021

Sumber terbaik oleh:
Suratkhabar Harian metro
"Kalau saya bankrap, boleh ke saya simpan emas?"

Boleh. Tak ada masalah.

"Ok, saya nak 50gram" katanya sambil tersenyum.

Perbualan ringkas saya dengan seorang klien saya sebelum ni.

Menurut Robert Kiyosaki, emas satu-satunya aset kewangan yang tiada rekod dalam sistem kewangan dunia.

Ya, tak ada dalam rekod bank, rekod pejabat tanah atau pun rekod percukaian. Sebab tu, orang bankrap pun boleh simpan emas.

Tak siapa pun boleh ambil dan bekukan simpanan emas tu.

Berbeza dengan aset lain seperti saham, akaun bank, Tabung Haji, ASB dan KWSP. Semua tu akan dibekukan bila kita diisytiharkan bankrap.

Ini istimewa nya bila kita simpan emas. Bukan saja dapat 'tali hayat' terakhir kalau ada keruntuhan sistem kewangan dunia.

Tapi dapat jadi 'tali hayat' terakhir kalau berlaku keruntuhan kewangan peribadi seperti kisah beliau tadi.
Paksa diri menyimpan, paksa lama-lama terbiasa. Yang penting gram emas bertambah. Kekayaan pun meningkat.

Nak simpan emas serendah RM100 klik sini: http://www.wasap.my/60193796503/simpanemasrm100
Apa yang tuan/puan faham dari sini? 😉 terbukti emas tetap kekal dengan beratnya, makin lama makin bernilai.

Itulah keistimewaan emas. Siapa cepat simpan, kekayaan dia meningkat 😁
Tidak semestinya yang pernah buat kesilapan tu ahli neraka mungkin dia adalah yang terpilih jadi ahli syurga.

Jangan buat kerja Tuhan.

Moga Allah bersama kita. Janji Allah itu pasti. Pagi!
Kakak, abang, adik-adik memang dalam menyimpan banyak cabaran,

Sama juga nak berjaya tak kan berlaku dalam sekelip mata. Semuanya melalui proses sama ada ia mendidik kita menjadì seorang yang sabar atau sebaliknya.

Dalam menyimpan juga begitu antaranya:-

1- Bila dah seronok menyimpan, tiba-tiba ada kedai buat sale, sale tu pula baju, handbag, tudung, phone atau apa-apa la yang kamuidamkan selama ni.

Kamu mesti dilema, nak beli boleh je, tengok bajet korang. Ni baru cabaran pertama.

2- Lepastu bila tengah syok berjimat, pergi ofis makan bawa bekal je. Kawan-kawan sekerja biasalah mesti membawang.

“Eh, kau tengok si jemah tu, asik bawa bekal je. Tak nak campur orangla tu. “

Kalau bab ni, endahkan je.

Buat tak tahu sebab apa? Sebab diorang tak kan tolong pun waktu kamu susah tak ada duit. Ni baru cabaran kedua.

3- Bila dah menyimpan,rasa nak pergi bercuti. Pastu ada la yang perli “pergi bercuti pula Jemah ni”

Tak pe kawan, biarkan diorang penat cakap sebab apa?

Kita manusia. Memang perlukan masa berehat, masa untuk refreshment, kadang kita stress.

Menyimpan tak menghalang pun untuk kita pergi bercuti, manjakan diri. Hakikatnya, kamu sendiri tahu berapa yang kamu simpan kan untuk diri dan sebagainya.

Pergi la bercuti dalam negara. Dekat-dekat je. Ikut kemampuan la. Dah simpan tahap mana.

4- Dalam menyimpan, banyak yang kita korbankan. Dan salah satunya tak terikut trend terkini. Gaya hipstur dan sebagainya. Contohnya, bila kamu pakai baju sama je.

Bukan tak nak tukar, tapi kamu rasa. Baju yang lama tu boleh pakai lagi. Tak pe, “dont go broke, trying to look rich. “

Yela. bukan artis pun. Janji kemas, wangi, tutup aurat. Kalau artis selebriti pun belum tentu bijak kewangan gais. Jadi, lihat diri sendiri dulu urus kewangan dengan baik.

Apa pun cabaran tetap ada, perancangan kewangan memang satu kemestian.

Letak la matlamat menyimpan, sebab bila ada matlamat kita lebih termotivasi dan tak kisah pun dengan cabaran yang datang.

Tak kisah banyak mana gaji kita, yang penting berapa banyak yang kita dah simpan.

Seronok menyimpan ni, cuba la belajar menyimpan. Masa muda, sekurang-kurangnya paksa 20% untuk simpanan.

Aqila Ali Redza
Bahagiakan diri dalam menyimpan.
Harini emas turun RM2 berbanding semalam. Dah boleh mula dah ni jadikan sebagai benchmark pertama. Jom!
KEGUNAAN EMAS SEMASA DARURAT

1. Ada orang yang membuat komen, “Buat apa simpan emas? Semasa darurat, bukankah menyimpan makanan lebih penting?”

2. Walaupun sudah tentu makanan amat penting, masalahnya ialah kebanyakan makanan mempunyai expiry date! Ini bermakna yang usaha menyimpan makanan untuk masa2 darurat adalah usaha yang merugikan. (Exceptionnya ialah jika anda menyimpan freeze dried foods yang boleh tahan berpuluh tahun.)

3. Sebenarnya semasa darurat, besar kemungkinan wang kertas akan turun nilai atau pun tak bernilai langsung. Jadi kita gunakan emas yang kita simpan itu untuk membeli makanan.

4. Jangan lupa juga yang ramai orang tidak mempunyai emas, wang kertas atau pun makanan! Jadi mereka terpaksa menggunakan barter trade untuk mendapatkan makanan.

5. Dan jika anda seorang pengusaha makanan waktu itu, kepada siapakah yang akan anda jual makanan anda? Kepada orang yang memiliki emas atau orang yang memiliki wang kertas (yang turun nilai atau pun tak bernilai lagi) atau pun orang yang nak barter trade? Sudah tentu kepada orang yang memiliki emas (sebab emas tahan nilainya).

6. Inilah lagi satu sebab mengapa saya melabur dalam emas!
Masa untuk tambah emas 😍 bagi yang ada bajet boleh ambil peluang tambah dah tu.
Whatsapp di sini untuk mula simpan emas serendah RM100 http://www.wasap.my/60193796503/simpanemasrm100
Semalam (16/6/2021), harga emas yang pada mulanya stabil di sekitar 1861 USD, tiba-tiba mula bergerak turun mulai jam 2.00 pagi waktu Malaysia.

Apakah sebab harga emas turun semalam sehingga hari ini?

Atau lebih tepat lagi "siapa yang menyebabkan harga emas turun semalam?"

Baik, di sini saya nak berkongsi ilmu dengan anda, tentang faktor-faktor yang boleh menggerakkan harga emas.

First sekali, harga emas boleh bergerak apabila keluar data ekonomi seperti data pekerjaan, data gaji pekerja, data inflasi, perubahan kadar faedah di US, kekuatan USD.

Sekiranya data-data ekonomi yang keluar "membayangkan" perubahan positif dalam sektor pekerjaan, pemulihan ekonomi US atau perkembangan positif dalam ekonomi, maka umumnya harga emas akan jatuh.

Jika data-data ekonomi berbentuk negatif, contohnya pengangguran meningkat, inflasi naik, interest rate jatuh, USD dollar lemah berbanding matawang lain, maka umumnya harga emas akan meningkat.

Ini kerana pelabur melihat emas sebagai aset selamat ketika situasi tidak menentu.

Namun jika pelabur merasakan ekonomi akan pulih maka mereka akan melaburkan duit ke tempat lain contohnya saham dan bon, menyebabkan harga emas akan jatuh.

Faktor kedua yang boleh menggerakkan harga emas dan seluruh pasaran adalah ucapan daripada orang-orang yang penting dan berkuasa besar di US.

Ada 3 orang yang penting dan berkuasa di US iaitu:

1. Presiden US, Joe Biden
2. Setiausaha Perbendaharaan US, Janet Yellen
3. Pengerusi US Federal Reserve, Jerome Powell

Sekiranya ucapan mereka ini memberi bayangan terhadap situasi ekonomi (semasa atau akan datang) perubahan dasar ekonomi dan dasar kewangan US, maka ia boleh menggerakkan pasaran.

Ok, kalau dah faham 2 perkara di atas, sekarang kita tengok apakah faktor yang menggerakkan harga emas dan juga pasaran saham semalam.

Semalam, Jerome Powell, Pengerusi US Federal Reserve telah membuat satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee).

Komiti FOMC ini bertanggungjawab untuk merumuskan polisi yang bertujuan menstabilkan harga dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi US.

Ucapan Jerome sangat ditunggu-tunggu kerana ia menggambarkan pandangan FOMC terhadap situasi ekonomi semasa US.

Dalam ucapan beliau, pandangan pertama FOMC adalah, mereka meramalkan kadar inflasi naik tinggi pada tahun ini (2021)

Kedua, FOMC bercadang untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah sekarang iaitu hampir 0% (iaitu 0.25%)

NAMUN!

FOMC memberi bayangan bahawa ada kemungkinan berlaku DUA KALI KENAIKAN kadar faedah pada tahun 2023!

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Fed memberikan gambaran bahawa mereka tidak ada sebarang rancangan untuk menaikkan kadar faedah sehingga tahun 2023.

Wow! Ini adalah 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮-𝘀𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 oleh pasaran. Ia yang menyebabkan pasaran saham jatuh dan emas turut jatuh teruk.

Kenapa? Sebab bila kadar faedah naik, maka pelabur akan cenderung untuk menyimpan duit dalam bank, akaun semasa dan produk-produk kewangan yang berkait rapat dengan kadar faedah.

Jadi pelaburan saham (yang dilihat berisiko tinggi) dan juga emas (yang dilihat tidak memberikan pulangan dalam bentuk interest) akan hilang tarikan.

Itulah yang ditafsirkan oleh pelabur.

Walau pun kemudiannya Jerome Powell berkata kenaikan kadar faedah ini belum pasti lagi, namun ucapan awal beliau telah menggerakkan pasaran dan menjatuhkan harga emas.

Jadi, itulah kuasa ucapan pengerusi US Fed. Ia boleh menggerakkan pasaran termasuklah emas.

Sudah faham sekarang?

:: mentor emas