Alang Ibn Shukrimun Channel
7.21K subscribers
334 photos
8 videos
9 files
923 links
Download Telegram
ith hukum, maka peiwayatannya diperingankan sedikit. Antara silsilah perawinya juga adalah Abdullah bin Mubarak yang digelar Amirul Mukminin dalam ilmu hadis.

Mengikut hadis di atas, ahlul bayt Nabi SAW akan menerima musibah di atas dunia. Ia telah berlaku di zaman Muawiyah apabila beliau mengambil tindakan tegas terhadap Ahlul Bayt hingga ke tahap pembunuhan, atas tujuan politik. Menyebabkan mereka melarikan dari tanah arab dan Syam dan bergerak ke arah timur mendiami tanah Parsi. Di akhir zaman, akan muncul panji hitam dari arah timur yang akhirnya melantik pemimpin dari kalangan Ahlul Bayt Nabi SAW. Beliau adalah al-Mahdi.

Satu kekeliruan yang timbul kebelakangan ini berkenaan panji timur ini adalah teori Rukn Hajarul Aswad yang menghadap ke timur. Apabila diukur, sudut tersebut betul-betul menghadap ke arah Nusantara kita, Pentas Sunda. Secara lebih spesifik, menuju ke arah Malaysia! Lalu dibuat konklusi bahawa kemungkinan panji hitam keluar daripada timur.

Pemahaman ini adalah terlalu jauh dari kaedah memahami nas syarak. Tidak terdapat apa-apa dalil yang merujuk kepada kaedah pemahaman sedemikian. Bahkan jika dilihat pada sudut Kaabah yang lain, ia tidak merujuk secara tepat ke arah negara yang dinamakan. Rukn Yamani diambil nama sempena arah Yaman. Tetapi jika diukur, ia tidak tepat menuju ke arah Yaman sebaliknya melencong ke arah Ethopia. Rukn Syam pula tidak langsung merujuk ke arah Syam sebaliknya ke Iraq. Jika benar sekalipun pengiraan mengikut arah sudut Kaabah, maka sebelum ia sampai ke Nusantara, ia terlebih dahulu menunjukkan ke arah negara Qatar. Kerajaan Qatar dipimpin oleh keturunan Bani Tamim, dan mereka lebih logik untuk dianggap sebagai pembawa panji hitam. Sabda Rasulullah SAW mengenai Bani Tamim:
ثُبُتُ الأقدامِ رُجُحُ الأحلامِ عِظامُ الهَامِ أشَدُّ النَّاسِ على الدَّجَّالِ في آخِرِ الزَّمانِ هَضْبةٌ حَمْراءُ لا يضُرُّها مَن ناوَأها
Kaum yang tetap pendirian, matang pemikiran, peranan yang besar, paling keras terhadap Dajjal di akhir zaman, kental jiwa, tidak dapat dimudaratkan oleh mereka yang mengecewakannya.
[HR Thabrani]

Kesimpulannya, tidak ada apa-apa keistimewaan pada arah sudut Kaabah. Walaubagaimanapun, tidaklah mustahil bahawa bumi Nusantara ini bakal menjadi tempat munculnya panji hitam jika dikira dari sudut lain. Semuanya mungkin dalam ilmu Allah SWT.

Wallahualam.

*Petikan dari buku Hadis Geo-Eskatologi; Lokasi dan Kronologi akhir zaman yang bakal diterbitkan.

(Alang Ibn Shukrimun)

24 Ramadan 1439
9 Jun 2018

📱Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
📱Facebook:
fb.com/AlangShukrimun
📱Twitter:
twitter.com/alangshukrimun

#AiSDakwah
#AiSFikrah
#AiSGeoPol
#SiriGeoEskatologi
Jangan salahkan Agong yang memperkenan Peguam Negara non-muslim. Agong tidak ada kuasa menolak cadangan PM. Agong adalah Raja Berperlembagaan. Perlembagaan menetapkan Agong wajib dengar nasihat PM. Agong dipaksa oleh Perlembagaan.

Nabi sudah sebut pemerintahan Islam akan berlalu lima fasa. Tiga sudah berlalu iaitu fasa kenabian, fasa khilafah dan fasa raja menggigit. Kita kini di fasa keempat, fasa raja dipaksa. Dipaksa oleh perlembagaan. Raja yang terikat. Zaman pasca-monarki, zaman demokrasi, zaman republik.

Yang sepatutnya disalahkan adalah kita semua yang pilih kerajaan sekarang. Kita pilih berasaskan janji-janji manis mereka. Kita tak nilai ideologi perjuangan mereka. Kita ikut nafsu yang mahukan keuntungan segera. Kita tak fikir apa yang akan mereka buat dengan ideologi pemikiran yang dibawa.

Tak perlu lagi menyesal. Semua dah berlaku. Hadapilah dengan sabar dan kuat. Terimalah takdir dengan penuh redha dan tawakkal. Bekerjalah untuk terus mempertahankan Islam selagi yang mampu. Percayalah, fasa keempat ini akan berakhir dan digantikan dengan fasa kelima, fasa KHILAFAH ATAS MANHAJ NUBUWWAH....

(Alang Ibn Shukrimun)
HADIS GEOESKATOLOGI (SIRI 25)

~ TURK & BANI QANTURAH ~

Majoriti ulama tafsir dan sejarawan bersetuju bahawa keturunan manusia hari ini semuanya berasal dari zuriat Nabi Nuh AS. Selepas tragedi banjir besar yang menenggelamkan seluruh bumi, hanya keturunan Nabi Nuh AS sahaja yang beranak-pinak selepas itu. Anak kapalnya yang lain tidak sedemikian.

Nabi Nuh AS dikurniakan tiga orang anak iaitu Sam, Ham dan Yafith, tidak termasuk seorang yang ditenggelamkan Allah kerana tidak mahu ikut menaiki bahtera. Sam melahirkan bangsa sekitar Asia Barat seperti kaum arab, rom dan parsi. Ham pula melahirkan bangsa kulit hitam. Manakala Yafith melahirkan bangsa timur yang memiliki genetik kecil dan bulat.

Turk merupakan sebahagian daripada bangsa timur keturunan Yafith. Ia tidak hanya merujuk kepada bangsa penghuni Turki semata-mata tetapi melewati seluruh Asia Tengah hingga ke perbatasan China dan pergunungan Caucasus. Kebanyakan bangsa Turk telah berasimilasi dengan bangsa lain menyebabkan rupa mereka sudah banyak berbeza walaupun dari jalur darah yang sama.

Nabi SAW menyatakan tentang Turk:
لا تَقومُ السَّاعةُ حتَّى تُقاتِلوا التُّرْكَ ؛ صِغارَ الأعيُنِ، حُمْرَ الوُجوهِ، ذُلْفَ الأُنوفِ، كأنَّ وُجوهَهم الْمَجَانُّ المُطْرَقةُ، ولا تقومُ السَّاعةُ حتَّى تُقاتِلوا قومًا نِعالُهم الشَّعرُ.
Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah kamu memerangi bangsa Turk, bermuka bulat, berwajah merah, berhidung penyet, seolah-olah mukanya seperti perisai leper yang dibalut dengan kulit. Tidak akan berlaku kiamat sehingga kamu memerangi satu kaum yang memakai alas kaki daripada bulu.
[HR Bukhari]

Peperangan Islam dengan keturunan Turk telah berlaku di zaman kejatuhan Abbasiyyah. Mereka telah diserang oleh bangsa Tatar dari Mongol. Hampir keseluruhan wilayah Abbasiyah termasuk pusat pemerintahannya Baghdad dan tanah suci Islam Baitulmaqdis diserang tentera yang dipimpin Jenghis Khan itu. Mereka berjaya membentuk empayar baharu di bahagian timur dunia. Namun selepas bergaul dengan Islam, bangsa ini akhirnya memeluk Islam.

Walaubagaimanapun, mengaitkan serangan Tatar dengan hadis Nabi SAW adalah ijtihad dari ulama. Boleh jadi keturunan Turk yang dimaksudkan itu termasuk juga bangsa lain yang akan dihadapi oleh umat Islam di akhir zaman. Dalam versi hadis yang lain, Nabi SAW menyatakan yang akan menyerang Islam adalah keturunan Qanturah/Qeturah. Sabda Rasulullah SAW:
ينزل ناس من أمتي بغائط يسمونه : البصرة ، عند نهر يقال له : دجلة ، يكون عليه جسر يكثر أهلها وتكون من أمصار المهاجرين – قال ابن يحيى : قال أبو معمر : وتكون من أمصار المسلمين – فإذا كان في آخر الزمان ، جاء بنو قنطوراء عراض الوجوه ، صغار الأعين ، حتى ينزلوا على شط النهر ، فيتفرق أهلها ثلاث فرق : فرقة يأخذون أذناب البقر والبرية وهلكوا ، وفرقة يأخذون لأنفسهم وكفروا ، وفرقة يجعلون ذراريهم خَلْفَ ظهورِهم ويُقاتِلونَهم وهم الشُّهداءُ
Umatku akan sampai ke satu perbatasan yang dinamakan Basrah, di sisi sungai yang dinamakan Dajlah. Di sana terdapat jambatan yang ramai penduduknya. Di sana akan menjadi milik golongan Muhajirin. Apabila tiba akhir zaman, datanglah Bani Qanturah, bermuka bulat dan bermata sepet turun ke gigi sungai. Maka mereka berpecah kepada tiga; Satu pihak mengambil ekor lembu dan binatang melata, lalu binasa. Satu pihak mengambil untuk diri mereka lalu kufur. Satu pihak memikul zuriat mereka di belakang dan memerangi mereka, lalu mereka syahid
[HR Abu Daud]

Mengikut catatan Ibn Athir, Nabi Ibrahim AS daripada keturunan Sam pernah mengembara ke sebelah Timur Jauh (Far East) selepas meninggalkan Nabi Ismail dan Saidatina Hajar di Mekah. Di sana baginda mengahwini seorang penduduk timur bernama Qantura`/Qeturah. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang anak. Qanturah dan anak-anak tidak ikut serta Nabi Ibrahim pulang ke Asia Barat sebaliknya terus menetap di timur dan beranak pinak.

Tambah Ibn Athir, salah satu keturunan Qanturah adalah Bani Jawi, keturunan melayu dan bangsa sekitar Nusantara Asia Tenggara/Pentas Sunda. Mengikut hadis tersebut, sekiranya tidak ada kaitan antara zuriat antara bangsa Turk dengan Qanturah, maka mungkin akan tiba giliran berlakunya peri
stiwa sebagaimana diceritakan dalam hadis di atas pada akhir zaman. Bani Qanturah ini akan pecah tiga; satu binasa, satu kufur dan satu lagi syahid.

Timur Jauh memiliki kepadatan muslim kedua tertinggu selepas rantau Asia Barat. Geo-Politik Timur Jauh (Far East) yang merangkumi Asia Timur dan Asia Tenggara juga sangat dinamik. Ia tidak sama seperti Eropah yang kesemuanya berada di blok barat. Di Asia Jauh, ada negara yang cenderung kepada barat seperti Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Ada negara yang berada di blok timur seperti China, Korea Utara dan kini Filipina.

Malaysia sehingga kini mengamalkan dasar neutral antara dua blok. Walaubagaimanapun, peralihan kerajaan yang baharu memperlihatkan sebahagian besar dasar kerajaan lama telah berubah. Projek-projek mega yang ditandatangani antara Malaysia dan China juga sedang dikaji semula.

US sedang melebarkan pengaruhnya di Timur Jauh. Kerajaan baharu Malaysia mendapat sokongan jitu daripada barat sehingga mempengaruhi keputusan pilihanraya. Kelihatan US kini sedang berunding dengan Korea Utara pula dalam isu nuklear, selepas perbincangan dengan Iran menemui jalan buntu. Secara kasar, Asia Jauh sedang dipecah-pecahkan menjadi semakin kompleks.

Wallahualam.

*Petikan dari buku Hadis Geo-Eskatologi; Lokasi dan Kronologi akhir zaman yang bakal diterbitkan.

(Alang Ibn Shukrimun)

26 Ramadan 1439
11 Jun 2018

📱Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
📱Facebook:
fb.com/AlangShukrimun
📱Twitter:
twitter.com/alangshukrimun

#AiSDakwah
#AiSFikrah
#AiSGeoPol
#SiriGeoEskatologi
HADIS GEOESKATOLOGI (SIRI 26)

~ INDIA ~

India merujuk sebuah negara yang berada di Asia Selatan (subcontinent). Negara tersebut memiliki kepadatan penduduk kedua tertinggi di dunia, dan keluasan tanah ketujuh terbesar di dunia. Berkongsi sempadan dengan Pakistan di sebelah barat, China dan Nepal di sebelah utara serta Bangladesh dan Bhutan di sebelah timur.

India turut dikenali sebagai bangsa yang memiliki tamadun tinggi, bahkan antara kaum bertamadun terawal dunia, kira-kira milenia ketiga sebelum masihi. Orang arab yang mengenali India sebagai Hind sangat teruja dengan ketamadunan dan budaya India sehingga menamakan diri dengan Hindi, Hindun dan sebagainya. Antara pengaruh tamadun India terhadap peradaban manusia adalah sistem penomboran yang ada hari ini.

Pada era kolonialisasi, India termasuk di antara wilayah empayar British dan menjadi pusat kawalan British di Asia. Asalnya wilayah India hingga ke sempadan Afhghanistan dan Myanmar, tetapi perbalahan antara agama dan kaum menyebabkan British menganugerahkan kemerdekaan dengan memisahkan Pakistan daripada India. Pakistan pula asalnya dibahagikan kepada timur dan barat, namun berlaku konflik dalaman yang akhirnya membawa pembebasan Pakistan Timur daripada barat lalu membentuk negara Bangladesh tahun 1971.

Nabi SAW menyatakan tentang India:
عِصَابَتَانِ مِنْ أُمَّتِي أَحْرَزَهُمَا اللَّهُ مِنْ النَّارِ : عِصَابَةٌ تَغْزُو الْهِنْدَ ، وَعِصَابَةٌ تَكُونُ مَعَ عِيسَى بْنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِمَا السَّلَام
Dua pasukan daripada umatku yang akan dipelihara daripada api neraka: pasukan yang memerangi India dan pasukan yang bersama Isa bin Maryam AS.
[HR Nasaie]

Walaupun perang antara Islam dan India telah berlaku di zaman awal Khilafah Umawiyah, namun ramai ulama berpandangan bahawa peristiwa peperangan Islam terhadap India sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW hanya akan berlaku di akhir zaman, di masa dekatnya tempoh Nabi Isa AS turun ke bumi. Perkara ini dikuatkan oleh pelbagai hadis lain, antaranya sabda Rasulullah SAW:
لَيَغْزُوَنَّ الْهِنْدَ لَكُمْ جَيْشٌ ، يَفْتَحُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ حَتَّى يَأْتُوا بِمُلُوكِهِمْ مُغَلَّلِينَ بِالسَّلاسِلِ ، يَغْفِرُ اللَّهُ ذُنُوبَهُمْ ، فَيَنْصَرِفُونَ حِينَ يَنْصَرِفُونَ فَيَجِدُونَ ابْنَ مَرْيَمَ بِالشَّامِ
India akan diperangi oleh satu pasukan tentera yang akan dibuka di tangannya negara tersebut. Sehingga mereka berjaya menangkap raja-raja mereka dengan belenggu rantai. Allah mengampunkan dosa-dosa mereka. Selepas itu pasukan ini meninggalkan mereka, ketika meninggalkan itu, pasukan tersebut mendapat Nabi Isa bin Maryam sudah berada di Syam.
[HR Ishak dan Nuaim]

India hari ini merupakan antara sekutu paling rapat US dan Israel. Menjadi negara dengan pembelian kelengkapan ketenteraan Israel terbesar di dunia. Israel juga merupakan pembekal pertahanan kedua terbesar kepada India. Dari sudut perdagangan, India adalah negara ke-10 terbesar bagi Israel. Yang paling penting, India telah membenarkan negaranya menjadi tempat ujian senjata Israel.

Pakistan pula antara negara umat Islam yang memiliki tenaga nuklear dengan kerjasama China dan Jepun selain US sendiri. Sebelum ini Pakistan menerima banyak bantuan dana daripada Amerika dan hubungan antara kedua negara ini baik sehingga zaman Presiden Barack Obama. Namun baru-baru ini hubungan antara kedua negara ini mula renggang selepas Donald Trump seolah-olah sengaja mencari salah Pakistan apabila negara tersebut menolak hasrat US melalui undian berkenaan status BaitulMaqdis di PBB. Kenyataan-kenyataan terbaru presiden US dilihat sengaja menimbulkan ketegangan dalam hubungan antara dua negara ini sehingga ke tahap mempertikaikan kembali status nuklear negara berkenaan.

Perang Dunia Ketiga seringkali dikaitkan dengan perang nuklear. Hadis-hadis Nabi SAW turut menunjukkan perkara serupa tentang Malhamah Kubra. Antaranya apa yang diriwayatkan oleh Ibn Mas`ud:
لم ير مثلها، حتى إن الطائر ليمر بجنباتهم فما يخلفهم حتى يخر ميتاً
Kamu tidak pernah melihat kedahsyatan perang sedemikian. Sehingga burung yang terbang melintasi medan perang tersebut akan jatuh mati.
[HR Muslim]

Gambaran yang dinyatakan mengenai Malhamah sangat dahsyat. Seolah-olah kawasan perang tersebut tercemar sehingga menyebabkan burung yang sedang terbang boleh gugur mati. Pencemaran boleh berlaku akibat radiasi dari senjata nuklear. Akibat dari radiasi nuklear sangat dahsyat kepada organisme di muka bumi tidak kira manusia, binatang hatta tumbuhan sekalipun.

Radiasi nuklear turut dikaitkan oleh sebahagian ulama sebagai ad-Dukhan (asap) yang disebutkan di dalam al-Quran dan juga hadis Nabi SAW:
بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ سِتًّا: طُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، أَوِ الدُّخَانَ، أَوِ الدَّجَّالَ، أَوِ الدَّابَّةَ، أَوْ خَاصَّةَ أَحَدِكُمْ أَوْ أَمْرَ الْعَامَّةِ
Bersegeralah kamu melakukan amal sebelum tiba enam perkara: Matahari muncul dari arah timur, Dukhan, Dajjal, Dabbah, kematian setiap dari kamu, atau urusan awam yang disia-siakan.
[HR Muslim]

Sebagai negara nuklear dan negara umat Islam, pastinya Pakistan akan turut diheret ke kancah konflik serantau. India dijangka akan memainkan peranan sebagai anjing US bagi mengekang kemaraan Pakistan. Sementelah perseteruan antara India-Pakistan sehingga kini masih tidak berakhir. Dalam perkembangan lain, US kini sedang mendekati Korea Utara selepas perbincangan damai nuklear bersama Iran menemui jalan buntu.

Sekiranya perang ini benar-benar meletus, maka Nabi SAW menggambarkan bahawa tentera Islam bakal memenanginya, dan pemerintah India akan ditangkap sebelum mereka bertaubat. Selepas itu, tentera tersebut akan menyertai pasukan al-Mahdi di Syam, dan mendapati bahawa Nabi Isa telahpun turun bagi menghadapi Dajjal.
Wallahualam.

*Petikan dari buku Hadis Geo-Eskatologi; Lokasi dan Kronologi akhir zaman yang bakal diterbitkan.

(Alang Ibn Shukrimun)

27 Ramadan 1439
12 Jun 2018

📱Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
📱Facebook:
fb.com/AlangShukrimun
📱Twitter:
twitter.com/alangshukrimun

#AiSDakwah
#AiSFikrah
#AiSGeoPol
#SiriGeoEskatologi
HADIS GEOESKATOLOGI (SIRI 27)

~ BARAT ~

Zon barat mengikut kefahaman nas merupakan segala tanah yang berada di sebelah barat tempat turunnya wahyu dari awal hingga akhir. Di kira secara longitud tanpa mengambil kira latitud. Mengikut lakaran peta, segala kawasan yang berada di kiri tempat turun wahyu adalah barat. Kawasan turun wahyu pula kebanyakannya samada Mekah dan Madinah.

Justeru Mesir dan Syam adalah berada pada kategori barat walaupun dunia politik mengenalinya sebagai sebahagian rantau timur (Timur Tengah). Perkara ini boleh disahkan melalui sebuah hadis yang selari dengan sebuah lagi hadis menceritakan mengenai pejuang Baitulmaqdis (rujuk bab Baitulmaqdis). Sabda Rasulullah SAW:
لَا يَزَالُ أَهْلُ الْغَرْبِ ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ
Akan sentiasa ada penduduk barat yang akan tegas dengan kebenaran sehingga berlaku kiamat.
[HR Muslim]

Perbezaan ini disebabkan oleh penentuan pusat bumi yang berbeza antara barat dan Islam. Barat menjadikan Greenwich sebagai meridian pangkal manakala Islam mengiktiraf Mekah sebagai pusat bumi.

Jika dibuat perbandingan, dari sudut keluasan tanah (area spread) bumi, memang fakta akan menunjukkan Kaabah berada betul-betul di titik tengah bukan sahaja timur dan barat, juga utara dan selatan. Jika dikaji dari sudut sosiologi pula, Kaabah merupakan titik tengah yang menyaksikan sejarah peradaban dunia berlegar dan bertukar di sekelilingnya. Bermula daripada tamadun Mesopotamia yang dikatakan menjadi tamadun awal manusia sehinggalah kepada hari ini, Mekah menjadi titik yang penting dalam membahaskan perkara yang berkait dengan sains sosial seperti politik, ekonomi dan kemasyarakatan global.

Namun pada tahun 1884, British yang ketika itu menjadi kuasa dunia pada era kolonialisme mengisytiharkan bahawa pusat bumi ataupun dikenali sebagai meridian pangkal (prime meridian) adalah di Greenwich, London. Dengan pengisytiharan tersebut, segala perkara yang berkait dengan geografi seperti koordinat, navigasi, waktu, penentuan hari dan lain-lain adalah mengikut meridian pangkal tersebut. Implikasinya turut melibatkan ibadat muslim yang berkaitan dengan hari, seperti solat Jumaat.

Antara hadis yang khusus mengenai barat adalah mengenai lokasi pulau Dajjal. Sahabat bernama Tamim ad-Dari sebelum memeluk Islam telah mengembara ke arah barat, sebelum dipukul ribut menyebabkan beliau bersama anak kapal yang lain terdampar di sebuah pulau. Di sana, beliau bertemu dengan seekor binatang bernama Jassasah sebelum bertemu Dajjal dan berdialog tentang kemunculannya di akhir zaman. (Rujuk bab Tasik Tiberias).

Ada pendapat yang merujuk kedudukan Dajjal di segitiga Bermuda. Ia terletak di perairan tenggara benua Amerika Utara. Banyak kejadian aneh berlaku di sana seperti misteri kehilangan kapal dan pesawat. Walaubagaimanapun, tiada siapa boleh menerangkan fenomena ini secara saintifik ataupun mengaitkan watak Dajjal dengannya.

Sebelum berlaku kiamat, dunia bakal menyaksikan perubahan peredaran alam cakerawala. Matahari yang biasanya terbit dari arah timur akan bertukar kepada arah barat. Sabda Rasulullah SAW:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا، فَإِذَا رَآهَا النَّاسُ آمَنَ مَنْ عَلَيْهَا ، فَذَاكَ حِينَ: لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ
Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah matahari terbit dari arah barat. Apabila manusia melihatnya, mereka terus beriman. Maka ketika itu, tidak berguna lagi iman mereka yang tidak beriman sebelumnya.
[HR Bukhari]

Ia merupakan tanda besar berlakunya kiamat. Setelah peristiwa itu berlaku, tertutuplah pintu taubat. Mereka yang baru hendak beriman dan memeluk Islam sudah tidak ada gunanya lagi. Kiamat akan berlaku tidak berapa lama selepas itu. Sesungguhnya kiamat hanyalah satu hukuman dan pembuktian bagi mereka yang sebelum ini tidak percaya dengannya. Orang yang beriman walaupun sebesar zarah akan dimatikan sebelum itu. Sabda Rasulullah SAW:
يَخْرُجُ الدجالُ في أُمَّتِي ، فيمكثُ أربعينَ ، فيبعثُ اللهُ تعالى عيسى ابنَ مريمَ كأنه عُرْوَةُ بنُ مسعودٍ الثقفيُّ ، فيَطْلُبُه ، في
ُهْلِكُه ، ثم يمكثُ الناسُ سبعَ سِنِينَ ، ليس بين اثنينِ عداوةٌ ، ثم يُرْسِلُ اللهُ رِيحًا باردةً من قِبَلِ الشامِ ، فلا يَبْقَى على وجهِ الأرضِ أحدٌ في قلبِه مِثْقالُ ذَرَّةٍ من إيمانِ إلا قَبَضَتْهُ ، حتى لو أنَّ أحدَكم دخل في كَبِدِ جَبَلٍ لَدَخَلَتْ عليه ، حتى تَقْبِضَه ، فيَبْقَى شِرَارُ الناسِ ، في خِفَّةِ الطيرِ ، وأحلامِ السِّباعِ ، لا يَعْرِفُونَ معروفًا ، ولا يُنْكِرونَ مُنْكَرًا،
Dajjal keluar di kalangan umatku. Dia tinggal selama 40 hari. Lalu diutuskan Isa bin Maryam dalam rupa Urwah bin Mas`ud at-Thaqafi. Nabi Isa memburu Dajjal lalu menghapuskannya. Kemudian manusia hidup selama 7 tahun. Dalam tempoh tersebut, tidak berlaku sebarang permusuhan sesama manusia. Kemudian Allah menghantar angin yang lembut dari arah Syam. Maka semua yang memiliki iman walau sebesar zarah akan diambil nyawanya, sehingga mereka yang berada di di dalam perut bukit pun akan dimasuki oleh angina tersebut dan mengambil nyawa mereka. Maka yang tinggal hanyalah sejahat-jahat manusia, melampias nafsu ibarat burung berterbangan, ganas dan kejam ibarat binatang liar, tidak mengenal kebaikan, dan tidak mencegah keburukan.
[HR Muslim]

Wallahualam.

*Petikan dari buku Hadis Geo-Eskatologi; Lokasi dan Kronologi akhir zaman yang bakal diterbitkan.

(Alang Ibn Shukrimun)

27 Ramadan 1439
12 Jun 2018

📱Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
📱Facebook:
fb.com/AlangShukrimun
📱Twitter:
twitter.com/alangshukrimun

#AiSDakwah
#AiSFikrah
#AiSGeoPol
#SiriGeoEskatologi
HADIS GEOESKATOLOGI (SIRI 28)

~ ROMA ~

Mengikut catatan barat, bangsa Rom berasal dari wilayah Roma yang kini menjadi ibu negara Itali di selatan Eropah. Tetapi mengikut catatan Islam, Rom berasal dari cucu Nabi Ishak yang bernama Rom bin Eisu bin Ishak. Beliau menetap di wilayah Syam.

Roma merupakan pusat pemerintahan empayar Rom barat. Daripada sebuah pusat pemerintahan, Roma bertukar sebagai pusat keagamaan setelah revolusi industri yang didorong oleh fahaman Protestan dan sekularisme. Hari ini, Roma menjadi pusat agama Kristian Katolik seluruh dunia. Di sana terdapat sebuah wilayah autonomi bernama Vatican City, dipimpin oleh seorang ketua paderi yang digelar Pope. Pemimpin terkini bergelar Pope Francis.

Nabi SAW bersabda mengenai Roma:
كنا عند عبدِ اللهِ بنِ عمرو بنِ العاصِ، وسُئِلَ أيُّ المدينتيْنِ تُفتحُ أولًا القسطنطينيةُ أو روميَّةُ؟ فدعا عبدُ اللهِ بصندوقٍ له حِلَقٌ، قال: فأخرج منه كتابًا قال: فقال عبدُ اللهِ: بينما نحنُ حولَ رسولِ اللهِ نكتبُ، إذ سُئِلَ رسولُ اللهِ: أىُّ المدينتيْنِ تُفتحُ أولًا القسطنطينيةُ أو روميَّةُ؟ فقال رسولُ اللهِ: مدينةُ هرقلَ تُفتحُ أولًا: يعني قسطنطينيةَ
Sahabat bertanya bandar manakah yang bakal dibuka dahulu, Constantinople atau Roma? Jawab Nabi SAW: Bandar Heraclius yang pertama dibuka.
[HR Hakim]

Tidak dinyatakan tentang bilakah kota Rome akan dibuka oleh Islam. Boleh jadi sebelum membuka BaitulMaqdis, iaitu sebelum yahudi dan Dajjal ditumpaskan, dan boleh jadi juga selepas Islam menegakkan Khilafah di atas manhaj Nubuwwah. Apa yang pasti, ia akan dibuka juga oleh orang Islam.

Perkembangan di Eropah hari ini menunjukkan perkembangan yang sangat pesat. Menurut kajian Pew Research, Islam merupakan agama yang mengalami pertambahan penganut paling mendadak. Bahkan menjelang 2050, jumlah penganut Islam akan menyamai penganut kristian, dengan 10% populasi muslim dunia adalah daripada Eropah. Tetapi menurut Monsgnor Formenti, journalis sebuah akhbar Vatican L`Osservatore Romano mencatatkan bahawa muslim telah mengatasi populasi catholic dengan 19.2% berbanding 17.4%.

Perkembangan di Vatican City sejak akhir-akhir ini juga semakin menarik. Pope John Paul II sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Islam bakal menguasai Eropah. Bahkan beliau memiliki sikap yang sangat terbuka dengan Islam sehingga digelar Pope Of Islam.

Jolokan yang sama turut diberi kepada Pope Francis kini. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa keganasan tidak ada apa-apa kaitan dengan Islam. Malah beliau dengan lantang mengkritik Amerika yang mengisytiharkan BaitulMaqdis sebagai milik Israel.

Pope Benedict XVI pula walaupun sebelum ini lantang mengaitkan Islam dengan keganasan, tetapi di akhir jawatannya telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kristian bukan agama Bible. Selepas mengeluarkan kenyataan, beliau memecahkan rekod sepanjang zaman apabila menjadi Pope pertama meletakkan jawatan. Khabar angin mengatakan beliau telah memeluk Islam.

Dari segi agama Kristian, mereka telah berpecah kepada beberapa mazhab. Yang paling masyhur adalah Katolik, Ortodoks dan Protestan. Kristian yang menguasai dunia pada hari ini terdiri daripada penganut protestan dan juga anggota gerakan radikal evangelikal, atau disebut sebagai kristian-zionis.

Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa golongan yang paling baik terhadap umat Islam adalah orang yang mengaku dirinya kristian. Firman Allah:
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةً ل ِّلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
Demi sesungguhnya engkau akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mer
eka pula tidak berlaku sombong.
[al-Maidah:82]

Ada ulama berpendapat yang dimaksudkan dengan Kristian ini adalah merujuk kepada kristian Ortodoks yang dianuti oleh Roman Byzantine. Sehingga kini ia menjadi anutan di Syria, Mesir, Eropah timur tetapi kebanyakannya berada di Rusia. (Rujuk bab Rom)

Ada juga yang berpandangan simplistik, dengan mengatakan semua kristian adalah baik termasuk Amerika yang dikuasai oleh Protestan sekular dan evangelikal. Sedangkan sifat mereka dengan mafhum nas jauh panggang daripada api.

Pandangan yang lebih harmoni adalah, bahawasanya kristian yang dimaksudkan oleh al-Quran meliputi kristian ortodoks dan katolik hari ini. Ciri-ciri yang disebutkan dalam ayat tersebut lebih kurang sama antara Katolik dan Ortodoks. Tetapi tidak termasuk protestan yang menganut fahaman sekular dan evangelical yang menyokong agenda zionis.

Justeru melatari pembukaan kota Rome, penganut katolik di Vatican City akan menerima Islam. Boleh jadi mereka juga termasuk dalam hadis mereka yang akan berdamai dengan Islam bagi menghadapi musuh yang sama. Sabda Rasulullah SAW:
ستصالحون الرومَ صُلحًا آمنًا، فتغزون أنتم وهم عدوًّا من ورائهم
Kamu bakal berdamai dengan Rom. Maka kamu dan mereka akan memerangi musuh di belakang mereka.
[HR Ibnu Majah]

Gereja Katolik hari ini tidak terlepas daripada kemasukan anasir evangelikalisme. Fahaman ini membawa kepada pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai hak milik Yahudi sebagaimana yang diperjuangkan gerakan Zionis. Katolik sedang bergelut dengan gerakan reformasi gereja yang membawa idealisme evangelikal yang berasal dari US. Sehinggakan mazhab ortodoks tidak terkecuali sebagai sasaran evangelikal. Walaubagaimanapun, protestan antara yang paling kuat terpengaruh dengan ideologi ini.

Namun perkaitan dengan kristian Ortodoks adalah lebih kuat. Ini berdasarkan hadis bahawa umat Islam akan bergabung sebelum berperang dengan Bani Asfar. Di dalam hadis konteks berlainan, Nabi memaksudkan Bani Asfar sebagai keturunan Heraclius iaitu Maharaja Rom Byzantine. Keturunan beliau kini berada di Rusia. (Rujuk bab Rom)

Apa yang pasti, antara hikmah diturunkan Nabi Isa AS menurut ulama adalah untuk menyatukan kembali penganut Kristian. Simbolik mematahkan salib yang dilakukan oleh Nabi Isa nanti menjadi tanda bahawa anutan mereka selama ini salah, dan akhirnya membawa mereka memeluk Islam. Sabda Rasulullah SAW:
لا تقومُ السَّاعةُ حتَّى ينزلَ فيكم ابنُ مريمَ حَكمًا مُقسطًا فيَكسرَ الصَّليبَ ويقتلَ الخنزيرَ ويضعَ الجزيةَ ويفيضَ المالُ حتَّى لا يقبلَهُ أحدٌ
Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah Ibn Maryam turun kepada kamu sebagai pemimpin yang adil. Baginda akan mematahkan salib, membunuh babi dan menghapuskan jizyah. Maka ketika itu harta melimpah ruah sehingga tiada orang yang mahu menerimanya lagi.
[HR Bukhari]

Wallahualam.

*Petikan dari buku Hadis Geo-Eskatologi; Lokasi dan Kronologi akhir zaman yang bakal diterbitkan.

(Alang Ibn Shukrimun)

27 Ramadan 1439
12 Jun 2018

📱Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
📱Facebook:
fb.com/AlangShukrimun
📱Twitter:
twitter.com/alangshukrimun

#AiSDakwah
#AiSFikrah
#AiSGeoPol
#SiriGeoEskatologi
🎊🎊🎉🎊🎈🎉🎊🎊
JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

💗Cg M.Shukrimun sekeluarga berbesar hati untuk menjemput semua kaum kerabat dan kenalan meraikan Aidilfitri di teratak kami sebagaimana berikut

Tarikh: 2 Syawal 1439
Masa: 10pagi hingga titisan sirap terakhir
Tempat: Bourgenvilla beralamat B708B Kg Gong Kijang, 21200 Kuala Nerus, Terengganu.

🍰🍡🍢🍦🍘🍜🍝🥘
Menu utama: Nasi Dagang Warisan, Nasi Minyak Tak Turun, Laksa Wakanda, Ketupat Palas Memulas, Serunding Angelhair, Kek Coklat Tsunami, Kek Batik Sawa, Sirap Soda Volcano, Aneka kuih muih,

🧡💛💚💙💜🖤
Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan memeriahkan lagi majlis ini. Aminnn..
🧡💛💚💙💜🖤
(Repost. Memandangkan ada juga suara tidakpuashati kerana tak terpilih memegang apa2 jawatan lepas PRU14 ni walaupun negeri/kawasan mrk menang, sebaliknya pilih org lain. Ada juga yg xpuashati musuh politik masih pegang jwtan walau dh kalah. Dan mcm2 lg.

Perkongsian khusus kepada anggota PAS yg berada di negeri/parlimen/dun yg menang. Juga umum kepada semua umat Islam yg meraih kuasa pasca PRU14.)

*BPMS SELEPAS MENANG PRU14*

IBRAH PEMBUKAAN KOTA MEKAH

Kurang 24 jam lagi sebelum rakyat Malaysia menunaikan kewajipan untuk mengundi. Sepatutnya tempoh ini adalah tempoh bertenang dan bersedia. Walaupun masih ramai lagi petugas yang berhempas pulas menyempurnakan tugasan saat akhir.

Rasanya tidak mahu lagi mengulas berkenaan isu semasa, menjawab tohmahan ataupun menerangkan tawaran PAS. Cukuplah dengan apa yang tersebar. Kemungkinan besar semua sudah membuat pilihan.

Secara peribadi, saya merasakan PAS bakal mencipta sejarah yang besar untuk PRU kali ini. Entah kenapa, keyakinan itu sangat tinggi. Seolah-olah nusrah dan futuh itu kian menghampiri.

Walaubagaimanapun, belum ada lagi tulisan yang menggambarkan keadaan perjuangan Islam pasca kemenangan. Justeru tulisan kali ini khusus untuk mengajak pembaca menyoroti kemenangan perjuangan Islam pada pembukaan Kota Mekah tahun ke lapan hijrah. Supaya ibrahnya diambil oleh pejuang Islam, dan informasinya dihayati oleh penyokong perjuangan Islam.

BABAK 1:HARI MARHAMAH

Sebelum pembukaan kota Mekah berlaku, pemimpin Quraisy Abu Sufyan bin Harb telah datang menemui Rasulullah SAW meminta perdamaian. Beliau tahu Quraisy tidak dapat lagi menghadapi kemaraan umat Islam.

Nabi menerima perdamaian itu dengan meletakkan beberapa syarat. Namun semangat berkobar-kobar umat Islam mahu membalas pengkhianatan janji Quraisy menyebabkan Saad bin Ubadah menyatakan kata-kata keras di hadapan Abu Sufyan:
اليوم يوم الملحمة. اليوم تستحل الكعبة
"Hari ini adalah hari peperangan! Hari ini Kaabah akan ditawan!"

Apabila Nabi SAW mendapat tahu perkara ini, bagibda membalas:
بل اليوم يوم المرحمة. اليوم تكسو الكعبة
"Sebenarnya hari ini hari kerahmatan.. hari ini dipasang kelambu Kaabah.."

Itulah yang berlaku pada peristiwa Fath Mekah. Umat Islam masuk tanpa sebarang peperangan. Kaabah dibuka dalam keadaan aman. Apabila dihimpun pembesar-pembesar Quraisy yang sebelum ini begitu kuat melawan Islam, Nabi SAW menyatakan pada mereka:
اذهبوا فأنتم الطلقاء
"Pergilah.. kalian telah dibebaskan."

Keadaan ini telah membuatkan orang berbondong-bondong memeluk Islam. Kemenangan Islam tidak sedikitpun digunakan bagi membalasa dendam kejahatan yang selama ini dilakukan Quraisy.

⛯ BUKAN POLITIK BALAS DENDAM

Itulah keadaan bila PAS diberi mandat oleh rakyat. Politik balas dendam tidak akan dipraktiskan. Tidak akan berlaku pecat memecat. Tidak akan disekat bantuan itu dan ini. Tidak akan mudah mengheret orang ke penjara. Kerana hari itu adalah hari kerahmatan.

Matlamat dari mengejar kekuasaan dalam pilihanraya adalah untuk mempraktiskan Islam. Supaya lebih ramai tertarik dengan kebaikan Islam. Kejahatan dibalas dengan kebaikan, semoga pintu hati mereka terbuka untuk menerima Islam.

BABAK 2: BERIKAN AMANAH KEPADA AHLINYA

Baginda SAW menyatakan hasrat untuk memasuki Kaabah bagi menunaikan solat. Kunci Kaabah dipegang oleh seorang pembesar Quraisy bernama Uthman bin Talhah. Pada awalnya Uthman enggan membuka Kaabah, memaksa Saidina Ali merampas kunci secara keras daripada beliau.

Selesai solat, timbul persoalan di kalangan orang Islam; kepada siapakah kunci ini perlu diserahkan? Siapakah yang layak memegang jawatan tersebut?

Lalu turun ayat al-Quran:
إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات إلى أهلها
Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada mereka yang selayaknya.
[An-Nisa:58]

Sejurus selepas itu, Rasulullah minta diserahkan kembali kepada Uthman bin Talhah. Pergilah Saidina Ali menyerahkannya dengan penuh sopan.

Sebaik mendengar penerangan dari Saidina Ali tentang apa yang berlaku, terus Uthman pergi mendapatkan Rasulullah dan melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan baginda SA
W.

⛯BUKAN POLITIK KEPENTINGAN DAN KRONI

Itulah ajaran Islam. Tidak semestinya jawatan dalam pemerintahan Islam diserahkan kepada kroni-kroni dan penyokongnya sahaja. Jawatan bukan harta ghanimah yang boleh dibahagikan. Ia adalah amanah yang perlu diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Apabila PAS mengambil alih kerajaan, kakitangan awam tidak perlu bimbang. Selagi mereka bekerja dengan baik dan profesional, mereka akan kekal memegang jawatan. Walaupun mereka bukan penyokong PAS, perbezaan politik tidak akan menjadi sebab diskriminasi.

Bahkan PAS menawarkan pembentukan sebuah kerajaan teknokrat. Kepada kakitangan kerajaan yang memiliki kompetensi tinggi dalam kerjaya, akan diberi laluan untuk berada posisi di peringkat eksekutif negara dan negeri. Supaya kepakaran mereka digunakan bagi memajukan negara dan negeri. PAS tidak kemaruk kuasa.

Matlamat PAS hanyalah untuk membawa kesejahteraan mengikut lunas-lunas agama. Menunaikan kewajipan sebagai khalifah Allah di muka bumi. Agar kerahmatan Islam dirasai sekalian makhluk.

BABAK 3: PEMBAHAGIAN GHANIMAH HUNAIN

Pembukaan Kota Mekah membimbangkan kabilah arab sekitar. Sebelum Islam menjadi semakin kuat, kabilah Thaqif dan Hawazin mengambil langkah untuk memerangi umat Islam di Mekah.

20 hari selepas pembukaan Mekah, meletus peperangan Hunain antara Islam dan pakatan Thaqif-Hawazin. Perang berkesudahan dengan kemenangan milik umat Islam. Harta ghanimah yang diraih sangat banyak, kerana tentera musuh mengeluarkan seluruh harta mereka ke medan perang penentu hidup dan mati musyrikin arab.

Daripada peruntukan satu perlima harta yang diperuntukkan kepada baitulmal, Rasulullah SAW banyak mengagihkannya kepada penduduk Mekah. Kebanyakannya berstatus muallaf. Ada yang menerima 100 ekor unta. Ada yang lebih daripada itu! Seekor unta sahaja sudah menyamai harga kereta di zaman kita.

Perkara ini menimbulkan rasa tidak senang di kalangan ansar. Mereka mula mengungkit, bahawa merekalah yang selama ini banyak berkorban memenangkan Islam. Tetapi orang lain pula dapat habuan besar. Timbul cakap-cakap yang tidak elok terhadap batang tubuh Rasulullah SAW.

Keluhan ini pantas sampai ke pengetahuan Rasulullah SAW. Tanpa berlengah, baginda mengumpulkan kalangan ansar di satu tempat untuk menyelesaikan masalah. Berbicara hati ke hati.

Sabda Rasulullah SAW memulakan bicara:
يا معشر الأنصار : ما قالة ، بلغتني عنكم ، وجدة وجدتموها علي في أنفسكم ؟
"Wahai sekalian Ansar. Apakah berita yang telah sampai kepadaku tentang kalian? Tentang sesuatu yang kalian tanggapi mengenai diriku?"

ألم آتكم ضلالا فهداكم الله ، وعالة فأغناكم الله ، وأعداء فألف الله بين قلوبكم
"Bukankah aku datang sebelum ini dalam keadaan kalian sesat, lalu Allah memberikan hidayah kepada kalian? Dan kalian miskin lalu Allah mengurniakan kekayaan? Dan bermusuhan lalu Allah menautkan hati antara kalian?"

Jawab Ansar:
"Benar wahai Rasulullah. Bagi Allah dan Rasul segala kurnia dan kelebihan."

Baginda membalas:
ألا تجيبونني يا معشرالأنصار ؟ قالوا : بماذا نجيبك يا رسول الله ؟ لله ولرسوله المن والفضل . قال صلى الله عليه وسلم : أما والله لو شئتم لقلتم ، فلصدقتم ولصدقتم : أتيتنا مكذبا فصدقناك ، ومخذولا فنصرناك ، وطريدا فآويناك ، وعائلا فآسيناك .
"Kenapa kalian tidak menjawab sahaja dengan jawapan yang kalian suka. Kalian pasti benar dan aku pasti akan membenarkan. Kalian boleh sahaja menjawab, kamu (Rasulullah) datang kepada kami dalam sebelum ini dalam keadaan didustakan, maka kamilah yang membenarkanmu. Dihina maka kamilah yang membelamu. Terbuang maka kamilah yang melindungimu. Papa kedana maka kamilah yang membantumu."

Rasulullah terus meyambung bicaranya:
أوجدتم يا معشر الأنصار في أنفسكم في لعاعة من الدنيا تألفت بها قوما ليسلموا . ووكلتكم إلى إسلامكم ،
"Adakah kamu merasa rugi wahai sekalian Ansar, jika sedikit daripada habuan dunia digunakan untuk melembutkan hati sesuatu golongan untuk menerima Islam? Sedangkan aku wakilkan sahaja Islam pada kamu?"

ألا ترضون يا معشر الأنصار أن يذهب الناس بالشاة والبعير ، وترجعوا برسول الله إلى رحالكم ؟
"Tidakkah kamu merasa beruntung wahai sekalian Ansar, disaat mereka pulang den
gan unta dan kambing, kamu pula pulang bersama Rasulullah SAW?"

فوالذي نفس محمدبيده ، لولا الهجرة لكنت امرأ من الأنصار ، ولو سلك الناس شعبا وسلكت الأنصار شعبا ، لسلكت شعب الأنصار .
"Demi diri Muhammad yang berada dalam genggamanNya. Kalaulah bukan kerana hijrah, nescaya aku akan menjadi salah seorang Ansar. Kalaulah sekalian manusia melalui satu lembah, dan Ansar melalui satu lembah yang lain, nescaya aku akan ikut melalui lembah bersama Ansar.."

اللهم ارحم الأنصار ، وأبناء الأنصار . وأبناء أبناء الأنصار .
"Ya Allah, Rahmatilah kaum Ansar, dan anak-anak Ansar, dan cucu-cucu Ansar."

Sebaik baginda menghabiskan bicara, menangislah semua orang-orang Ansar. Mereka begitu menyesal dengan sikap yang timbul. Mereka mula terkenangkan niat sebenar bersama perjuangan Islam dahulu. Hinggalah mereka kembali redha dengan keputusan baginda SAW.

⛯ POLITIK DAKWAH, POLITIK BERMATLAMATKAN REDHA ALLAH.

Itulah dia perjuangan Islam. Berpenat lelah berjuang, bukan untuk diri sendiri. Segala ghanimah dihabiskan untuk menarik orang kepada Islam, bukan sebagai habuan kemenangan.

Mungkin ada pejuang Islam hari ini yang menaruh harapan untuk mendapatkan posisi atau habuan tertentu selepas menang. Bukan sesuatu yang pelik kerana kaum Ansar juga pada awalnya memiliki perasaan serupa. Namun Rasulullah menunjukkan bagaimana cara merawat keadaan itu. Memperbetulkan kembali niat pejuang-pejuang Islam.

Kenang kembali niat utama saat mewakafkan diri kepada perjuangan Islam. Bukan dunia yang dicari. Tapi ganjaran akhirat yang dicitakan. Biarlah habuan dunia diperolehi orang lain, asalkan kita tidak diharamkan dari segala ganjaran di 'sana' nanti.

Semua yang berlaku di atas muka bumi hari ini hanyalah cerminan sirah yang bakal berulang dan terus berulang. Semoga kisah pembukaan Kota Mekah ini menjadi inspirasi kepada pejuang Islam untuk terus tekad dan istiqamah sebagai Ansarullah sebagaimana kaum Ansar. Dan semoga kisah ini memberi gambaran yang baik buat pemerhati politik di Malaysia, bahawa kemenangan Islam bukanlah sesuatu yang mengerikan, sebaliknya satu kerahmatan buat negara ini.

22 Syaaban 1439
8 Mei 2018

_(Alang Ibn Shukrimun)_

📱Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
📱Facebook:
fb.com/AlangShukrimun
📱Twitter:
twitter.com/alangshukrimun

#AiSSiasah
#AiSTarbiah
#AiSDakwah
#AiSFikrah
PENGAJARAN BERHARGA DARI MENTERI BERSELUAR PENDEK

PERTEMBUNGAN ISLAMISASI DAN LIBERALISASI, PROFESIONALISME PERLU DIPERTINGKAT

Tindakan Menteri Belia dan Sukan mengenakan seluar pendek ketika menyertai satu aktiviti kecergasan tentu sekali didorong faktor ingin menunjukkan kebersamaan dengan aspirasi anak muda. Sukan telah menjadi fenomena anak muda hari ini. Gym, gelanggang futsal, badminton, taman rekreasi, trek jogging menjadi permintaan tinggi di kalangan anak muda. Sementelah menteri tersebut sememangnya muda.

Walaubagaimanapun, mungkin sang Menteri tidak menyedari bahawa di sebalik kegilaan anak muda untuk bersukan, kesedaran terhadap agama juga bergerak selari ke depan. Sebab itulah gambar beliau berseluar pendek mendapat kecaman yang hebat daripada masyarakat. Bahkan dia seorang sahaja berpakaian sebegitu.

Kita bukan ingin berbahas mengenai variasi hukum batas aurat. Namun kemarahan masyarakat lebih didorong dengan sentimen adab kesopanan dan juga meraikan mazhab setempat. Pemimpin sebaiknya tidak menimbulkan polemik yang tidak perlu. Keluar daripada khilaf dan mengambil ihtiyat adalah lambang kekuatan taqwa.

VIRUS LIBERALISASI

Jika difahami secara lebih teliti, fenomena ini merupakan barah liberalisme yang semakin menular. Zaman hari ini adalah giliran liberalisme dengan versi yang pelbagai menusuk masuk ke minda separa rakyat, sebagai peluru perang ideologi terhadap Islam menggantikan perang bersenjata. Liberalisme adalah penerus kepada ideologi sosiopolitik nasionalisme yang diperkenalkan pasca kolonialisme, yang kini tidak lagi digemari rakyat.

VAKSIN ISLAMISASI

Walaubagaimanapun, proses Islamisasi di Malaysia khususnya turut berjalan rancak seiring perang ideologi yang dilancarkan. Masyarakat semakin faham Islam jika dibandingkan sejak pasca kolonialisme dahulu. Jika dulu Islam hanya di kampung, kini Islam lebih rancak di bandar. Jika dulu Islam hanya diminati golongan pencen, kini Islam menjadi trendy kalangan anak muda. Jika dulu Islam hanya di masjid surau, kini Islam sampai ke konti radio dan pentas TV.

ADAPTASI LIBERALISME

Perkembangan Islamisasi ini menyebabkan musuh Islam mengadaptasi pendekatan agar terus menawan umat Islam secara halus. Daripada liberalisme, diperkenalkan ideologi Islam-liberal. Menerima pendekatan Islam yang selari dengan beberapa pendekatan liberalisme, dalam masa yang sama mengajak supaya syariah Islam secara keseluruhan dikaji semula agar selari dengan prinsip liberalisme. Yang paling penting adalah memastikan segala agenda dan ajaran yang mendorong kepada syariah Islam ditegakkan di peringkat pemerintahan tidak berjaya. Sekularisme masih menjadi tunjang utama.

Menteri Belia dan Sukan yang baharu ini tidaklah dikenali sebagai pembawa ideologi Islam-liberal sebelum ini. Bahkan dia bukanlah dari lulusan agama walaupun seorang graduan UIA. Gaya hidupnya juga lebih liberal. Justeru tidak menjadi pelik jika dia tampil berseluar pendek. Cuma mungkin dia belum memahami situasi untuk mengadaptasi liberalisme dalam masyarakat yang dipengaruhi Islamisasi ini.

Boleh jadi juga apa yang dilakukan itu adalah pencaturan pihak tertentu yang sengaja mahu 'test-market' terhadap sosio masyarakat Malaysia. Mungkin juga sebagai langkah normalisasi liberalisme secara halus.

CABARAN DI MEDAN POLITIK

Di medan politik, pendokong Islam sudah tentu mahu menyaingi populariti yang sedang dibina pemerintah sekarang. Kealpaan dari mendekati rakyat terutama anak muda yang semakin membesar populasinya di negara ini akan menyebabkan PAS secara khususnya terus ketinggalan. Oleh kerana itu PAS juga kini rancak dengan program yang lebih bersifat mendekati anak muda.

KAJIAN AKADEMIK DIPERLUKAN

Namun, perlu ditentukan terlebih dahulu pendekatan apakah yang paling tepat untuk digunakan. Adakah dengan mengekalkan nilai-nilai Islam yang menjadi identiti PAS, atau menjadi sedikit terbuka agar dapat 'lepak sekali' dengan anak muda. Khusus menyentuh mengenai hiburan.

Jawapan yang konkrit tidak boleh diberikan. Persoalan ini perlu diperhalusi dengan membuat kajian dan pemerhatian. Perlu dapatka
n angka-angka dan data yang jelas apakah sebenarnya kemahuan rakyat dan anak muda.

Hipotesis yang mengatakan anak muda Malaysia sukakan hiburan, anak muda tertarik program hiburan anjuran PAS, ramai mendekati program PAS kerana program hiburan yang ada di dalamnya, dan yang berkaitan dengannya perlulah diukur dengan metodologi akademik. Data dan angka mengenai kesan daripada program hiburan yang dijalankan, golongan sasaran yang ingin dicapai, kesedaran Islam yang berjaya dibentuk, persepsi masyarakat yang bukan hedonis dan sebagainya juga perlu disediakan. Barulah program yang dianjur benar-benar berjaya dan tidak hanya dijalankan atas nama adat atau terikut rentak tarian pesaing politik semata-mata.

Dibimbangi jika tersilap pendekatan, ia bakal menatijahkan impak negatif terhadap PAS. Golongan yang memiliki kesedaran Islam yang semakin membesar populasinya tidak lagi melihat PAS memiliki jatidiri Islam yang hakiki. Lalu mereka memilih jemaah yang lebih dilihat berprinsip. Lebih ditakuti, kesilapan mengamalkan pop-Islamisme menyebabkan kita secara tidak langsung menyumbang kepada agenda normalisasi perkara yang tidak syarie.

BADAN KAJIAN; PAS MAMPU LAKUKAN

Isu-isu belia hanyalah satu juzuk dari masalah sosial yang perlu ditangani. Banyak lagi masalah sosial yang lain. Belum lagi masuk bab masalah politik, ekonomi, pendidikan, pertanian, keselamatan dan sebagainya. Atas sifat gerakan Islam yang membawa agenda tajdid (pembaharuan) dan islah (pemulihan), PAS perlu menangani masalah itu dengan teliti dan cermat. Usia hampir mencecah 70 tahun ini sepatutnya lebih matang dan profesional dalam setiap tindakan.

MANFAATKAN KUASA NEGERI

Dengan kelebihan menguasai dua negeri Kelantan dan Terengganu, sepatutnya sudah wujud institut penyelidikan yang besar yang dianggotai pakar-pakar akademik dalam menjalankan kerja-kerja kajian dan penambahbaikan (R&D) dalam gerak kerja. Modul pemerintahan bersepadu seperti WINS2051 di peringkat nasional dan PITAS2030 di Terengganu menunjukkan PAS memiliki cukup kepakaran untuk merangka pelan pemerintahan yang lebih sistematik. Ianya patut dijadikan rujukan utama sebelum sebarang aktiviti dan projek dijalankan.

SIAPA MAHU CABAR RAND CORP, BROOKINGS ETC?

Sedarlah bahawa musuh Islam jauh meninggalkan kita dari sudut gerakerja yang sistematis. Mereka punya badan seperti Rand Corporation, Brookings Institute, CIA dan sebagainya. Belanja untuk R&D sahaja telah melewati angka trillion dollar. Sebab itulah agenda mereka di seluruh dunia berjalan lancar.

Justeru mendokong perjuangan Islam tidak boleh sekadar melepaskan batok di tangga. Jangan berselindung atas slogan tawakkal dan Allah pasti menolong hingga bersikap acuh tidak acuh. Tiada istilah hit and run. Allah menuntut supaya kita umat Islam berjuang sehabis daya dan ruang. Gembeling segala kekuatan dan tenaga yang ada, agar kita mencukupkan semua syarat-syarat kemenangan Islam.

Kita selalu bercakap mengenai strategi al-Fateh yang begitu teliti dalam menawan Constantinople. Namun apakah kita telah mengambil langkah yang serupa?

22 Syawal 1439
6 Julai 2018

(Alang Ibn Shukrimun)

📱Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
📱Facebook:
fb.com/AlangShukrimun
📱Twitter:
twitter.com/alangshukrimun

#AiSSiasah
#AiSFikrah
Seorang doktor perubatan beri maklumat, pasukan perubatan di Terengganu habiskan 300k untuk menangkan PAS di negeri ini. Paling tinggi diantara negeri-negeri lain. Berkali-kali ganda bezanya.

Memang sangat kecil jika dibandingkan dengan dana parti penguasa ketika itu, ataupun dana parti yang mendapat suntikan asing. Namun amaun itu boleh disenaraikan sebagai faktor kemenangan PAS di Terengganu kerana ia jadi bukti infaq sehabis kemampuan sebagaimana yang dituntut dalam perjuangan.

Bersedia sehabis daya adalah syarat kemenangan. Terengganu bukan negeri berpendapatan tinggi. Jauh jika dibanding dengan Selangor dan negeri pantai barat lain. Terengganu juga negeri penyandang pemerintahan. Justeru apabila mampu mengungguli carta tertinggi infaq, kita percaya mereka sudah lakukan yang terbaik. Itulah rukun nusrah.

Tahniah kepada pasukan perubatan PAS Terengganu. Pengorbanan anda mengharukan kami.

(Alang Ibn Shukrimun)
Bantahan UEC adalah satu keperluan mendesak. Ia adalah langkah Dar'ul Mafasid (menolak kerosakan) kerana ia bakal menghakis patriotisme dan keluhuran perlembagaaan. Kedudukan Bumiputera dan Bahasa Kebangsaan adalah perkara yang bakal menerima ancaman.

Di samping itu, kita juga perlu mengambil langkah Jalbul Masalih (membawa kebaikan) dengan menuntut pengiktirafan sijil-sijil Sekolah Agama Rakyat (SAR). Ia bukan sahaja bakal memperkukuhkan lagi peruntukan perlembagaan, bahkan mampu mengarusperdanakan SAR yang semakin mendapat tuntutan masyarakat seluruh Malaysia.

Perkara ini telah diusahakan pada penggal lepas melalui Majlis Perundingan Islam Kebangsaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dianggotai berbagai pihak antara kerajaan, parti bukan kerajaan (diwakili al-Marhum Dr Haron Din, Dr Mahfodz), NGO dan tokoh-tokoh individual. Harap-harap usaha ini tidak dihentikan kerajaan baharu.

(Alang Ibn Shukrimun)