Aina Dayana Hilmi
81 subscribers
174 photos
2 videos
1 file
24 links
Guru pendidikan khas bermasalah pendengaran, suka membaca dan suka berkongsi cerita kehidupan dari sisi positif yang boleh membawa kebaikan.

Jemput berukhwah di :
Facebook Aina Dayana Hilmi
Instagram : Aina Dayana Hilmi
Telefon : 0133613516
Download Telegram
Kombo Travelog Jejak Tarbiah. Pra tempah dibuka sekarang.
Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam al-Quran ada disebut beberapa jenis haiwan. Terfikirkah kita bagaimana nak sampaikan cerita haiwan dari al-Quran kepada anak-anak?

Dulu, saya tak yakin nak cerita. Sebab rasa diri tak pandai dan takut tersalah cerita 😅

Tapi, lepas beberapa lama saya kira saya harus bertindak segera tanpa bertangguh ;)
Persoalannya, mana nak cari cerita haiwan yang sahih?

Sebenarnya kisah kanak-kanak jenis fiksyen pun ok :) Nak lebih baik rujuk al-Quran dan tafsir dari ahli tafsir yang diakui.

Boleh kongsikan tajuk buku yang anak anda suka baca? 💗Terima kasih.
Antara pesanan Ummi Profazz, Pn Hjh Nadzrah ialah :

1) Doa, doa dan doa untuk anak. Ibu jangan tidur selagi belum doakan anak-anak. Sebut nama satu-persatu. Redha ke atas anak dapat melapangkan rezeki mereka.
2) Solat dan solat. Jika ada masalah, solat. Jika sedih gelisah lagi, terus solat lagi sehingga diangkat perasaan itu. Insya Allah diberi ketenangan.
3) Menjaga mutabaah amal. Mengikuti rutin ibadah mampu mendisiplinkan dan memanfaatkan waktu seharian dengan kebaikan.
4) Menjaga tutur kata. Bila ibu emosi, memang pelbagai perkataan boleh meluncur spontan. Jaga emosi, jaga perkataan.
5) Bina bonding dengan anak.

Terima kasih ummi. Sebak baca Wahai Ibu, Bertabahlah...

#MisiMembacaAina2019
#MalaysiaMembaca
145 hari lagi Ramadan❤️
ms_hisn_muslim.pdf
2.4 MB
Hisnul Muslim versi PDF. Susunan doa dan zikir mengikut Sunnah ada dalam buku ini. Jika mahu versi buku fizikal, Telaga Biru ada terbitkan dengan tajuk Perisai Muslim terjemahan Dr Abdul Basit Abdul Rahman.
Jika kita rasa masalah kita sudah besar, ketahuilah ada orang yang lebih besar masalahnya daripada kita.

Membaca buku ini banyak input dan sisi kehidupan yang dapat saya telah. Semuanya berkisar tentang bidang pendidikan.

Mereka menulis dari sudut pandang seorang anak yang pernah melalui zaman persekolahan dan ada yang menulis dari sudut pandang seorang guru.

Pengalaman semasa kecil sangat mempengaruhi kehidupan seterusnya. Ada yang berjaya menjadi guru yang cemerlang asbab kesusahan semasa belajar dahulu. Lebih manis apabila guru di sekolah rendah meniup semangat motivasi tanpa mereka sedari.

"Aku menghargai cinta kekanak-kanakkanku. Ingatan akan sarang kecil yang hangat di mana kasih sayangku terpatri." Big Eliot

Pengalaman Cikgu Mohd Fadli Salam atau PensilSepiling menginsafkan. Mengajar di pedalaman Sarawak iaitu di Sungai Tinjar, Ulu Baram berkongsi susah senang, gembira dan duka berada di sana.

Kuncinya, bekerjalah dengan amanah dan sungguh-sungguh. Penting juga menyukai apa yang dibuat.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ada dua saat yang paling getir dalam sejarah Islam. Getir tak getir, dua saat ini menjadi penentu hayat Islam itu sendiri.

Pertama, ketika perang Badar. Nabi sampai bersabda, "Ya Allah, jika musnah kumpulan orang Islam ini, Engkau tidak akan disembah lagi di dunia." (Riwayat Muslim)

Kedua, ketika Nabi wafat. Ibn Mas'ud berkata, "Selepas Rasulullah wafat, kami berada dalam keadaan pasti musnah andai Allah tidak anugerahi kami dengan Abu Bakar!" (Al- Kamil fi al-Tarikh)

Abu Hurairah pula sampai berkata, "Kalaulah tidak kerana Abu Bakar menjadi khalifah, nescaya Allah tidak lagi disembah." (Riwayat al-Baihaqi)

Ikuti tempoh penuh debaran selepas pemergian Rasulullah menerusi Madinah Takkan Rebah. Buku sirah gaya novel. Tunjangnya ilmiah, garapannya mudah.

Berminat, boleh ke sini ya:

https://lidimedia.onpay.my/order/form/BaruTerbitMadinahTakkanRebah/AinaDayana


#madinahtakkanrebah
Assalamualaikum warahmatullah. Semoga semuanya sihat sejahtera. Berkongsi reviu buku di instagram sekarang. Jemput ikuti IG : Aina Dayana Hilmi. Semoga bemanfaat.