Aina Dayana Hilmi
81 subscribers
174 photos
2 videos
1 file
24 links
Guru pendidikan khas bermasalah pendengaran, suka membaca dan suka berkongsi cerita kehidupan dari sisi positif yang boleh membawa kebaikan.

Jemput berukhwah di :
Facebook Aina Dayana Hilmi
Instagram : Aina Dayana Hilmi
Telefon : 0133613516
Download Telegram
PKP ini tak boleh nak ke mana-mana, kan. Dengan kes Covid-19 yang masih tinggi, kita dalam keadaan berjaga-jaga. Antara pilihan buku yang dibaca waktu ini ialah genre travelog.

Bukan sekadar baca. Kita ambil mana yang baik. Kadang boleh belajar dari budaya mereka. Mana yang tidak sesuai, kita jadikan sempadan.

Legasi Ustaz UK

Pertama kali melihat kulit buku ini saya rasa cantik dan kemas sekali. Tahniah ustaz. Buku Legasi Ustaz UK ialah prekuel kepada Buku Travelog Dakwah UK Dari Jendela Queensborough Terrace. Jika buku pertama menghimpunkan pengalaman sepanjang bertugas sebagai Atase Pendidikan di bumi London, buku kedua ini lebih sarat dengan emosi. Pasti menyentuh hati pembaca.

Pengalaman bertugas selama dua tahun di bumi ratu dirangkumkan catatannya buat pedoman semua. Setuju dengan penulis, memori kehidupan yang tidak dicatat dalam rakaman tulisan akan hilang memorinya ditelan masa. Apabila ditulis, sekurang-kurangnya kita dapat imbas kembali dan merenung hikmah yang Allah beri kemudiannya.

Hidup di negara luar, toleransi antara kaum dan agama menjadi faktor menyumbang kepada kesejahteraan bermasyarakat. Pengalaman menyempurnakan jenazah saudara semuslim di luar negara, menjadi tempat rujukan nikah cerai, mengendalikan program dakwah dan lain-lain menambah rencah dalam memori kehidupan penulis.

Semoga ada ibrah dan manfaat yang dapat diteruskan di sini. Tahniah.

(Ulasan buku ke-39 / 2021)

#MisiMembacaAina
#AinaBaca2021
#MalaysiaMembaca
Jom hargai sekecil-kecil penghargaan. Ucap syukur atas nikmat atau kesukaran yang diperolehi.

Juga mulakan dengan sekecil-kecil amalan. Hatta memberi senyuman kepada pasangan dan anak-anak.

Salam Maal Hijrah
Buku apa yang sesuai untuk anak yang sudah berusia 11-12 tahun?

Mengikut pemerhatian saya, anak dalam umur begini mula beralih fasa minat membaca. Mungkin bagi yang lain anak mereka lebih ke hadapan dan sudah boleh membaca pelbagai jenis genre.

Anak kami baru belajar membaca novel kanak-kanak atau awal remaja. Namun agak sukar menepati minatnya. Jadi saya perhatikan sinopsis, penulis, penerbit dan ulasan pembaca sekiranya ada.

Cadangan buku dari mak ayah sendiri boleh jadi penambah minat mereka untuk membaca sesebuah buku. Tema kekeluargaan, misteri penyiasatan, persahabatan dan seumpamanya.

Cuba senaraikan buku apa yang menarik untuk anak usia begini? Boleh kawan-kawan lain pun tahu sama. Terima kasih.

#galakanmembaca
Bismillahirrahmanirrahim.

💪 Read to your child at any age!

Pernah viral di Facebook seorang guru Down Sindrom mengajar anak-anak berkeperluan khas sepertinya juga.

Apa yang dilakukan? Beliau membacakan buku cerita setiap hari kepada murid-murid. Akhirnya anak istimewa itu Allah izinkan pintar berbahasa dan mempunyai perbendaharaan kata yang banyak.

Itulah kuasa bacakan anak buku sejak kecil. Bagi kita seorang Islam, pendengaran anak boleh dirangsang dengan Al-Quran sejak kecil.

Terkesan dengan adik Umar, seorang anak autisme yang mengalunkan hafazannya di Seminar Sinopsis 114 Surah tahun 2016 dahulu. Masya-Allah!

#quranichomeschooling #BacakanAnakBuku #jombacabuku #FitrahHomeLibrary
Ada dua mini novel di dalam buku ini. Satu, kisah Alang dan Nuha (sambungan buku Surat Ungu Untuk Nuha) dan dua, kisah Dahlia dan suaminya, Wadi (sambungan buku Panggil Aku Dahlia).

Sejujurnya kedua-dua buku terdahulu sudah lama saya baca sehingga lupa apa intipatinya. Tetapi membaca kisah dalam Mahadewi, dapat sedikit gambaran cerita lalu.

Suka dengan gaya penulisan Kak Su. Santai sahaja. Tetapi sangat kaya dengan emosi. Oh, terasa geli hati apabila Nuha membebel-bebel dalam hati perihal suaminya Alang. Dan terasa sayunya membaca kisah anak Kak Raniya yang istimewa itu.

Juga terasa sebaknya apabila Nuha kehilangan anak kandung yang baru berusia 60 hari itu. Sungguh, kekuatan dan kesabaran pasangan sangat mempengaruhi emosi ya. Bagus Alang dan Nuha ini. Sangat sabar dan reda.

Kisah Dahlia juga meruntun emosi. Diuji dengan pemergian suami menunaikan haji tatkala diri sedang sarat mengandung. Ditakdirkan anak sulung pula hilang diculik! Tapi Dahlia kekal tenang. Pantas bertindak.

Naluri seorang ibu sangat kuat. Selepas 50 jam hilang, Dahlia berjaya menjumpai anak sulungnya itu. Berdebar membaca bahagian ini. Sudahlah meredah pekat malam mencari anak, tiada pula talian telefon di situ. Tambahan lagi, dia bertindak seorang diri.

Kedua-dua cerita ada kekuatan tersendiri. Satu, perkahwinan adalah penyatuan dua insan berbeza tetapi melengkapi antara satu sama lain. Seharusnya saling memahami, berbincang, meluahkan bagi mengelak konflik.

Dua, tunjang kekuatan perkahwinan ialah meletakkan Allah nombor satu dalam matlamat perkahwinan. Maka ia menjadi pembuka jalan atau pemudah cara sekiranya menghadapi apa jua masalah, halangan, pilihan dan seumpamanya.

Terima kasih Kak Su atas cerita ini.

Buku 96/2021

#BacaanOgos
#MisiMembacaAina
#AinaBaca2021
Kombo Travelog Jejak Tarbiah. Pra tempah dibuka sekarang.
Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam al-Quran ada disebut beberapa jenis haiwan. Terfikirkah kita bagaimana nak sampaikan cerita haiwan dari al-Quran kepada anak-anak?

Dulu, saya tak yakin nak cerita. Sebab rasa diri tak pandai dan takut tersalah cerita 😅

Tapi, lepas beberapa lama saya kira saya harus bertindak segera tanpa bertangguh ;)
Persoalannya, mana nak cari cerita haiwan yang sahih?

Sebenarnya kisah kanak-kanak jenis fiksyen pun ok :) Nak lebih baik rujuk al-Quran dan tafsir dari ahli tafsir yang diakui.

Boleh kongsikan tajuk buku yang anak anda suka baca? 💗Terima kasih.