Aina Dayana Hilmi
81 subscribers
174 photos
2 videos
1 file
24 links
Guru pendidikan khas bermasalah pendengaran, suka membaca dan suka berkongsi cerita kehidupan dari sisi positif yang boleh membawa kebaikan.

Jemput berukhwah di :
Facebook Aina Dayana Hilmi
Instagram : Aina Dayana Hilmi
Telefon : 0133613516
Download Telegram
Ini juga bentuk bertema. Boleh jadi idea hadiah untuk anak-anak.

Sumber gambar : https://thegirlinspired.com/that-picnic-basket-from-way-back-when/
Cute. Simple yet meaningful.

Sumber : Pinterest
Ceritalah... Dia Ada Di Sisi

Mengenali Kak Dian yang disebut oleh Prof dalam buku ini mengingatkan pertemuan kami di Homestay Raudhah Segamat ketika sama-sama menghadiri kursus penulisan gaya MKI. Apabila Prof bertanya, "Apakah kehilangan paling besar dalam hidup anda?" Jawapan Kak Dian meruntun hati.

Beliau kehilangan anak dalam kejadian tsunami 2014. Allah ya Allah. Waktu itu Kak Dian berada di Mekah menunaikan fardu haji. Apa dayanya berada beribu batu jauhnya dari bumi Indonesia. Beliau berdoa saban waktu agar Allah menyelamatkan anaknya.

Malu mahu meminta lebih, Kak Dian berdoa agar sekurang-kurangnya seorang anaknya diselamatkan. Perancangan Allah lebih baik. Dua orang anak Kak Dian ditemui selamat. Anak sulung dan kedua. Sebaliknya anak bongsu berumur 4 tahun hingga kini tidak ditemui.

Baru kali ini Prof nukilkan ceritanya. Terima kasih Prof.

Dalam catatan DZ mahupun Prof, apa yang ditulis adalah sebahagian kisah yang kita mungkin pernah alami. Namun olahan mereka membuatkan kita lebih memahami mengapa ia berlaku dan bagaimana Allah menunjukkan kasih sayangnya kepada manusia.

Saya suka gandingan kedua penulis ini. Laras bahasanya mudah dan mendamaikan. Tidak terlihat ego mahupun menunjuk-nunjuk. Boleh pelajari gaya penulisan begini. Menarik minat pembaca untuk menghadam mesej yang disampaikan.

Bacaan pertama bulan Ogos.
Buku 88 / 2021

#MisiMembacaAina
#AinaBaca2021
#BacaanOgos
#MalaysiaMembaca
Cek Mek Molek Sokmo

Membaca kisah ibu-ibu dalam buku Legasi Emak ini banyak ilmu dapat saya ketahui. Nasihat-nasihat orang lama yang banyak membantu di dapur. Sepanjang empat buah buku dalam siri ini yang saya baca, kebanyakannya pasti sebut memasak ini kena sabar. Tak boleh nak cepat siap sahaja. Nanti masakan kurang menjadi.

Ada juga ibu yang berpesan supaya kena cergas di dapur. Tak boleh lambat / perlahan sangat buat kerja. Kena tangkas maksudnya. Juga satu pesanan yang melekat di ingatan - ada dua keperluan yang wajib disediakan untuk anak-anak walau sesukar manapun iaitu makanan dan pelajaran.

Resipi yang dikongsikan semuanya adalah resipi air tangan ibu masing-masing. Ada pelbagai jenis. Nak buat atau tidak sahaja. Heee.

Bacaan kedua bulan Ogos.
Buku 89 / 2021

#MisiMembacaAina
#AinaBaca2021
#BacaanOgos
#MalaysiaMembaca
PKP ini tak boleh nak ke mana-mana, kan. Dengan kes Covid-19 yang masih tinggi, kita dalam keadaan berjaga-jaga. Antara pilihan buku yang dibaca waktu ini ialah genre travelog.

Bukan sekadar baca. Kita ambil mana yang baik. Kadang boleh belajar dari budaya mereka. Mana yang tidak sesuai, kita jadikan sempadan.

Legasi Ustaz UK

Pertama kali melihat kulit buku ini saya rasa cantik dan kemas sekali. Tahniah ustaz. Buku Legasi Ustaz UK ialah prekuel kepada Buku Travelog Dakwah UK Dari Jendela Queensborough Terrace. Jika buku pertama menghimpunkan pengalaman sepanjang bertugas sebagai Atase Pendidikan di bumi London, buku kedua ini lebih sarat dengan emosi. Pasti menyentuh hati pembaca.

Pengalaman bertugas selama dua tahun di bumi ratu dirangkumkan catatannya buat pedoman semua. Setuju dengan penulis, memori kehidupan yang tidak dicatat dalam rakaman tulisan akan hilang memorinya ditelan masa. Apabila ditulis, sekurang-kurangnya kita dapat imbas kembali dan merenung hikmah yang Allah beri kemudiannya.

Hidup di negara luar, toleransi antara kaum dan agama menjadi faktor menyumbang kepada kesejahteraan bermasyarakat. Pengalaman menyempurnakan jenazah saudara semuslim di luar negara, menjadi tempat rujukan nikah cerai, mengendalikan program dakwah dan lain-lain menambah rencah dalam memori kehidupan penulis.

Semoga ada ibrah dan manfaat yang dapat diteruskan di sini. Tahniah.

(Ulasan buku ke-39 / 2021)

#MisiMembacaAina
#AinaBaca2021
#MalaysiaMembaca
Jom hargai sekecil-kecil penghargaan. Ucap syukur atas nikmat atau kesukaran yang diperolehi.

Juga mulakan dengan sekecil-kecil amalan. Hatta memberi senyuman kepada pasangan dan anak-anak.

Salam Maal Hijrah
Buku apa yang sesuai untuk anak yang sudah berusia 11-12 tahun?

Mengikut pemerhatian saya, anak dalam umur begini mula beralih fasa minat membaca. Mungkin bagi yang lain anak mereka lebih ke hadapan dan sudah boleh membaca pelbagai jenis genre.

Anak kami baru belajar membaca novel kanak-kanak atau awal remaja. Namun agak sukar menepati minatnya. Jadi saya perhatikan sinopsis, penulis, penerbit dan ulasan pembaca sekiranya ada.

Cadangan buku dari mak ayah sendiri boleh jadi penambah minat mereka untuk membaca sesebuah buku. Tema kekeluargaan, misteri penyiasatan, persahabatan dan seumpamanya.

Cuba senaraikan buku apa yang menarik untuk anak usia begini? Boleh kawan-kawan lain pun tahu sama. Terima kasih.

#galakanmembaca