Berapa lama dah kita tinggalkan Quran semenjak perginya Ramadhan?
Sayang pada Kalam Allah janganlah bermusim.
Rindu kepada Allah jangan pernah dibiar sendu. Bacalah, hayatilah, nikmatilah hangatnya cinta tatkala menuturkan Kalam-Nya yang agung.

Jagalah zikir pagi dan petang setiap hari,
Sepertimana kita jaga rutin main FB tanpa henti.
Antara tanda kita benar-benar tawakal kepada al-Rahman hari ini ialah dengan memulakan pagi dengan zikir pagi, sepertimana Hamba-Nya yang paling bertawakal di atas muka bumi memulakan terbit matahari setiap pagi; Nabi Muhammad -Selawat & Salam ke atas baginda-.
Intipati zikir pagi penuh dengan tawakal dan penyaksian kesyukuran kehambaan.
بارك الله فيكم
Moga Allah berkati kalian.

Malas zikir pagi petang?
Zikir petang antara perkara yang selalu ditinggalkan disebabkan sibuk atau penat, zikir pagi inshaAllah boleh dijaga di awal permulakan pagi yang segar bertenaga.
Antara cara untuk dapatkan boost tenaga supaya boleh istiqamah jaga zikir petang dan pagi juga (jika selalu tinggalkan) ialah dengan mempunyai mindset kefahaman seperti yang berikut:
1. "Bagaimana aku boleh mulakan pagi tanpa zikir yang Nabi amalkan setiap pagi sedangkan baginda kekasih Allah yang mendapat jagaan teristimewa dari Allah?
Adakah tawakal aku sudah begitu sempurna sehinggakan zikir pagi& petang pun aku malas?"
2. Zikir petang ini bermakna seorang hamba ingin memulakan malamnya dengan tawakal dan tafwidh urusan dunia di malam harinya hanya kepada Allah.
"Bagaimana aku boleh yakin mulakan malam dan hadapi malam tanpa zikir memohon dan merayu penjagaan kepada Allah, adakah aku ingin tawakal kepada diri aku sendiri sedangkan aku lemah dan fakir?
Sedangkan pada malam ketika aku tidur, boleh sahaja kipas atas kepalaku jatuh, boleh sahaja ular berbisa dan kala jengking menyengat badanku ketika aku tidur!"
Dengan banyaknya possibility kejahatan dan malapetaka yang boleh menimpa bila-bila masa di waktu malam, bolehkah lagi kita bermalasan dari menjaga zikir petang?
3. Zikir pagi dan petang ialah tanda manifestasi cinta melalui hati dan lisan seorang hamba kepada Allah. Dari awal zikir hingga akhirnya penuh dengan kemanisan bait-bait cinta kehambaan dan kesyukuran seorang hamba. Bayangkan betapa sayangnya Allah kepada hamba-Nya yang sanggup abaikan mengantuk pagi demi memuji-Nya dengan zikir pagi, dan abaikan kepenatan petang demi memuji-Nya dengan zikir petang.
Mahukah kita abaikan amalan kecintaan Allah ini demi rasa malas dan penat?
Sahabatku, orang yang bercinta tidak mempunyai perkataan malas dan penat dalam bercinta. Lagi-lagi kecintaannya itu al-Rahman yang Maha Sempurna!
Selepas mempunya mindset yang ikhlas dan kukuh, berikut merupakan tindakan praktikal yang boleh dilakukan supaya kurang possibility untuk abaikan dua amalan istimewa ini:
1. Set reminder untuk mula baca zikir pagi dan petang. Kalau saya, saya set Apps Microsoft To Do & Reminder untuk ingatkan rutin pagi petang, kalau terlepas, kena qadha.
2. Kalau sengaja tinggal sebab malas dan penat, esoknya kena denda diri belanja orang lain makan atau buat 2 rakaat extra untuk solat sunat dhuha sebagai denda. Kalau hari yang sama tiada masalah, boleh qadha bila sudah lapang dan selesai urusan.
Lihatlah sendiri betapa berkatnya kehidupan yang dimulakan paginya dengan zikir pagi dan dimulakan malamnya dengan zikir petang. Wallahi, sangat berbeza dengan hari yang kosong mashaAllah.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian saya berkenaan zikir pagi dan petang.
Kebetulan pula stok buku Zikir Pagi Petang yang saya telah terjemah, bertajuk "Zikir Cinta yang Sahih dari seorang Kekasih" telah pun habis stok. Ini merupakan terjemahan untuk zikir pagi petang susunan Shaikh al-Usaimi حفظه الله bernama خلاصة الحسناء
InshaAllah ada rezeki saya plannya nak print 3,000 naskah buku kecil ini untuk disebarkan percuma di surau, masjid, universiti, sekolah (untuk anak muda). Ini plan dari tahun lepas tapi inshaAllah ada rezeki nak jalankan tahun ini. Siapa yang nak join in boleh PM kita buat sampai jadi, target sebaran percuma inshaAllah.
Ala kullin, saya sangat yakin dan percaya zikir pagi dan petang ini ialah motivasi tertinggi bagi seorang muslim dalam menghadapi pagi dan malamnya.
Sebagai bekas pesakit kronik depresi dan anxiety, yang pernah ada self-suicidal attempt, pernah shut down berbulan-bulan lamanya dan macam macam lagi implikasi dari penyakit ini, alhamdulillah dah 3 tahun tidak makan ubat dan sesungguhnya zikir pagi petang inilah pengganti ubat-ubat ini.
Zikir inilah jua bantu untuk tinggalkan ketagihan maksiat, ketagihan game, movie dan lain-lain.
Bayangkan jika anak muda kita dan muslim kita hari ini menghayati zikir pagi petang sahih dari Nabi ini...!? MashaAllah!
Sekian perkongsian dari saya,

Sebelum tidur, bacalah Quran; Kalam-Nya.
Selepas bangun tidur, Quran juga dibaca.
Janganlah media sosial ini terlalu diketagih,
Sehingga cinta & rindu kepada Allah disisih...
-AHAB

Nabil Ahmad ialah seorang artis yang jahil yang ditalbis oleh ajaran Sufiyyah Tablighiyyah.
Dalil: Kecewa dan sebut 'La ilaha illa Allah' apabila terlepas tengok konsert artis barat yang lagha dan bercanggah dengan syara' yang budak tadika pun boleh faham benda ni lagha dan haram.
Kecewa dah beli 5 tiket untuk isteri dan anak-anak tapi membazir.
Mana respect kepada kalimat 'La ilaha illa Allah' apabila terlepas pergi ke konsert maksiat dan haram?
الله المستعان
Ini bahaya dan keliru.
1. Bahaya kerana Nabil Ahmad dah dikira tokoh agama rujukan dan inspirasi orang awam disebabkan hijrahnya dan kopiahnya, maka normalisasi konsert muzik lagha dan segala hal bercanggah dengan syara' menjadi halal.
Dalil halal: "Ustaz Nabil Ahmad berkopiah tu boleh tengok, takkanlah kita tak boleh!?"
2. Keliru kerana orang anggap bahawa ajaran Sufiyyah Tablighiyyah itu sahih, sedangkan ajaran dan iktikad mereka bercanggah dengan sangat teruk dengan iktikad Ahli Sunnah 'ala fahmi al-Salaf.
Contoh ajaran keliru mereka yang boleh dilihat pada Nabil Ahmad:
1. Ajaran sufi: Iman itu pada hati sahaja, bukan pada amal.
Nabil buat: walaupun aku tengok konsert lagha dan haram, aku tetap keluar 3 hari. Aku tetap solat.
Inilah juga kefahaman Sufi Batini yang terserap dalam masyarakat seperti: "Aku free hair tapi hati aku baik, aku solat 5 waktu", "Aku pelacur dan pencuri, tapi aku rajin bagi duit kepada mak ayah aku"
Kesemua ini ajaran Sufi dan Tabligh. Kekeliruan ini sangat bahaya dan merosakkan masyarakat.
Ajaran Ahli Sunnah berkenaan iman ialah:
"Iman itu pada hati, lisan dan amalan.
Meningkat dengan ketaatan,
Menurun dengan kemaksiat."
Konsert artis barat lagha dan haram itu akan SELAMANYA HARAM walaupun ada 10 Nabil Ahmad berkopiah masuk dalam itu dan khuruj 3 hari.
2. Banyak lagi nak tulis berkenaan ajaran ini tapi inshaAllah ada rezeki di posting lain. Ajaran Sufi dan Salafi itu sangatlah jauh bezanya; seperti langit dan bumi. InshaAllah Salafiyyah sangat manis leting jika dipelajari dengan benar!
Konklusinya, ketahuilah apa yang dibuat oleh Nabil itu salah dan kefahaman keliru berkenaan iman dan amal ini kian tersebar di Bumi Malaysia tercinta ini.
Akhir kata, daku berdoa kepada Allah al-Karim, Pemilik Arasy al-Azim, agar kita boleh rasa kemanisan iman yang manisnya melebihi sejuta coklat Daim.
Moga Allah berkati kalian; بارك الله فيكم
- Abu Harith Aiman Banna (AHAB)

Wajib ada rasa benci bila terserempak dengan berhala syirik yang besar di Batu Caves.
Bukan "Wow besar! Gempaknya!"
Tapi "Wow celakanya syirik ini!"
Bukan untuk berhala besar sahaja, berhala kecik merah di tepi jalan yang disembah bagai nak rak oleh para penyembahnya juga wajib dibenci sepenuh hati. Marah bila hak Tuhan diperlekeh oleh seketul batu yang buta, pekak dan bisu itu.
Ini litmus test sensitiviti al-Tauhid kita :)

BOIKOT KUFFAR!?
Adakah wajib kita jauhi dan boikot orang-orang Kafir dan Musyrik? Berlepas diri dan abaikan terus.
Kerana kita Muslim yang bertauhid dan amat membenci syirik dan penghinaan kepada Allah?
Marilah kita lihat apa yang dikatakan Imam al-Uthaimin رحمه الله:
"Berlepas diri sepenuhnya daripada Kuffar secara mutlak, tidaklah disyariatkan dalam Islam. Yang patut dilakukan Muslim ialah bergaul dengan mereka (dengan adab dan dawabit yang disyariatkan Islam) dan ajaklah mereka kepada Allah."
(Teks arab telah saya terjemah ke bahasa Melayu, yang saya ambil terus dari kitab شرح اقتضاء الصراط المستقيم مخالفة أصحاب الجحيم, muka surat 15, tidak copy paste alhamdulillah.)
Oleh itu duhai sahabat sekalian, berdakwahlah kepada Ah Chong dan Mutu yang menjadi kenalan anda ataupun jiran anda.
Sampaikan dengan ikhlas, cinta & hikmah.
Dan bersungguh berdoa agar dia dikurniakan hidayah.
Tidak perlu untuk khuruj keluar rumah tinggal isteri anak 3 hari 40 hari untuk berdakwah, cukup kalimat "La ilaha illa Allah" yang diucap olehmu setiap hari menjadi bebanan untukmu berdakwah kepada Kuffar di sekelilingmu dengan hikmah dan mahabbah.

DOSA TERBUKA VS TERTUTUP.
Ketahuilah, buat dosa tertutup dalam keadaan malu diketahui orang ramai VS buat dosa terbuka menonton konsert HARAM & MAKSIAT Billie Eilish = tidak sama!
Maksiat yang dinormalisasikan terbuka, wajiblah ditegur terbuka. Jika ada kawan yang minum arak senyap-senyap dan kita terjumpa, itu tidaklah perlu buat status reveal maksiat tertutup.
Tetapi kalau maksiat itu dibuat terbuka dengan bangga, rasa biasa, orang like & share oleh tokoh awam, maka ini bahaya dan keliru!
Manakala unsur Irja' dalam kefahaman tersebut yang sememangnya usul aqidah Jemaah Tabligh perlulah ditegur terbuka juga. Lagipun memang si pelaku itu sememangnya mengaku dan diperakui Geng Jemaah Tabligh.
Supaya orang tahu perbuatan itu mungkar dan tahu asal usul kefahaman salah tersebut dari Jemaah Tabligh.
Ini bukannya disebabkan satu kesalahan satu ahli, kemudian disalahkan satu jemaah; tetapi ini kerana ajaran usul jemaah yang salah lalu dimanifestasikan oleh salah seorang ahli.
InshaAllah ada rezeki hari ini atau esok, saya senaraikan ringkas kekeliruan ajaran Jemaah Tabligh & Sufi.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta,
Semakin kenal depa, inshaAllah semakin benci.
Moga Allah menunjukkan kita Sirath al-Mustaqim.
Amin...

Seorang suami perlu selalu bersyukur dengan hadirnya isteri yang baik disisinya; sabar dengannya, syukur seadanya.
Yang mungkin sahaja wanita lain akan terus meninggalkanmu setelah mengetahui busuknya burukmu; namun isterimu memilih burukmu untuk menjadi pahala sabar buatnya dan sabar dalam mengharapkan dirimu berubah.
Syukurlah dengan isterimu.
Katakan dirimu cintakannya.
Yang single,
Nanti aja ya :P

Rasuah; demi Allah ia salah dan maksiat.
Cuma kita wajib berinteraksi dengan perasuah sepertimana dia seorang pemaksiat, bukan seorang kafir.
Bersederhanalah, jadilah seperti Imam Ahmad.
Jangan ekstrim seperti Khawarij.
Jangan juga ekstrim menjadi Murjiah.
Berlaku adil kepada pemaksiat!
Dan semoga Ulil Amri kita melakukan keadilan kepada para perasuah yang zalim di Malaysia ini.
Moga Allah terus pelihara al-Tauhid & al-Sunnah di Malaysia tercinta ini.
Amin...
- Abu Harith Aiman Banna.

Budaya sindir menyindir (menyakitkan hati orang lain dengan sengaja) ialah budaya jahiliah yang teruk.
Bila ditanya kepada Nabi, apa asbab paling kerap seseorang itu masuk Neraka kelak, Nabi jawab ini;
الفم و الفرج
Mulut dan kemaluan.
So, pandai-pandai la jaga mulut noh. Ingat, kata kata yang dinukilkan di alam maya ini menjadi wakil lisan kita. So, pandai-pandai jaga mulut (di alam realiti) dan tangan (di alam maya).
Barakallahufikum.
Moga Allah berkati kalian.
- Abu Harith Aiman Banna.
Bila ditanya kepada Nabi, apa asbab paling kerap seseorang itu masuk Neraka kelak, Nabi jawab ini;
الفم و الفرج
Mulut dan kemaluan.
So, pandai-pandai la jaga mulut noh. Ingat, kata kata yang dinukilkan di alam maya ini menjadi wakil lisan kita. So, pandai-pandai jaga mulut (di alam realiti) dan tangan (di alam maya).
Barakallahufikum.
Moga Allah berkati kalian.
- Abu Harith Aiman Banna.
Antara kalian - dikau dan Tuhan; adanya rahsia.
Rahsia yang tiada makhluk mengetahuinya.
Perkara yang tiada insan ada ilmu akannya.
Boleh jadi rahsia itu memuliakanmu,
Rahsia sedekah yang istiqamah,
Rahsia sabarnya dalam berdakwah,
Rahsia sering berjalan kaki ke rumah Allah.
Boleh juga rahsia itu menghinakanmu,
Di saat manusia sejagat mengetahui rutin maksiat;
Segala babak ditonton mata yang dipenuhi syahwat,
Segala tindakan kaki dan tangan yang tidak bertaubat.
Ya, kita semua ada rahsia dengan Allah.
Namun lihatlah,
Di saat jutaan maksiat yang telah, sedang dan mungkin akan dilakukan,
Tetap jua al-Rahman membiarkanmu masih hidup bernafas, berjalan.
Dalam catatanmu kini adanya dosa noda yang bergomol dengan maksiat,
Tetap jua al-Rahim memberikanmu rahmat & nikmat, terutamanya nikmat sihat.
Matamu yang digunakan untuk melayan syahwat ialah mata pinjaman Tuhan yang sama dikau gunakan untuk membaca tulisanku ini - maka apakah tiada sekelumit malu terbit di hatimu untuk terus mengkhianati dan bermaksiat hari demi hari?
Tidak malukah dengan Allah?
Maka apakah masih ingin menambah rahsia yang bertemakan maksiat?
Atau.., bertaubat. lalu terus-menerus menambahkan lagi rahsia yang akan menjadi rahmatmu di alam akhirat.
Moga rahsia terakhir antara dikau dan Dia, ialah rahsia dua kalimah syahadah yang ikhlas, lalu ia menjadi asbab kau masuk ke al-Jannah.
Amin.
- AHAB.

Bukti mekarnya tauhid di hatimu tatkala dikau tidak suka melihat syiar Kristian di Pokok Krismas, apatah lagi bergambar dengannya.
Apakah cintamu pada Allah terbunga indah di hatimu melebihi trend-trend perosak tauhid ini?
الله المستعان
- AHAB.
Apakah cintamu pada Allah terbunga indah di hatimu melebihi trend-trend perosak tauhid ini?
الله المستعان
- AHAB.
Pemaksiat menegur pemaksiat lain?
Tegur orang bermaksiat sedangkan diri sendiri pun bermaksiat yang sama?
Dalam al-Quran, Allah menempelak manusia yang menyuruh orang lain buat kebaikan, tapi melupakan diri sendiri; mencegah kemungkaran sedangkan diri sendiri melakukan kemungkaran tersebut.
Mari hayati ayat tersebut:
۞ أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ (44)
"Mengapa kau menyuruh orang lain melakukan kebaikan sedangkan kau melupakan diri kau, sedangkan kau membaca al-Kitab. Tidakkah kau menggunakan akal...?"
Surah al-Baqarah, ayat 44.
Saya berikan satu contoh situasi:
“Menyuruh orang lain berhenti merokok, tetapi dia sendiri masih merokok.”
Adakah situasi ini termasuk dalam konteks ayat di atas?
YA!
Apakah jika kita masih merokok, maka haram untuk kita menegur kawan yang sedang merokok?
Begini, jawapannya ialah:
WAJIB menegur orang lain yang sedang merokok walaupun diri sendiri sedang merokok.
Saya jelaskan:
1. Merokok haram dan berdosa. Melakukannya ialah maksiat.
2. Tidak mencegah kemungkaran ialah dosa, maksiat.
Maka, tidak boleh untuk seorang Muslim menggabungkan dua maksiat pada masa yang sama. Cegah maksiat yang dibuat orang lain hukumnya WAJIB walaupun diri kita masih melakukan maksiat tersebut.
TIDAK BOLEH GABUNGKAN DUA DOSA.
1. Dosa merokok.
2. Dosa tidak Nahi Mungkar.
Hal ini kerana Allah tidak pernah mengatakan: “Tinggalkanlah Amar Makruf Nahi Mungkar kerana kalian sedang bermaksiat!”
Oleh itu, sekiranya anda meninggalkan Amar Makruf Nahi Mungkar kerana alasan anda pemaksiat, maka anda telah melakukan dua dosa pada masa yang sama; anda menggabungkan dua dosa serentak!
Namun ada kaedahnya:
1. Anda menegur maksiat tersebut dalam keadaan anda menyedari dan mengakui ia maksiat dan berdosa.
2. Anda ingin berubah dan meninggalkannya, cuma masih dalam proses.
3. Anda tidak menghalalkan yang haram.
4. Anda tidak menegur dalam keadaan sedang menyucikan diri, rasa diri suci mulia.
5. Anda menegur kerana tidak mahu menggabungkan dua dosa.
Akhir kata, moga Allah memudahkan kita semua meninggalkan ketagihan maksiat yang sedang diuji dalam diri kita yang lemah ini, dan semoga Allah juga menguatkan kita untuk sentiasa Amar Makruf Nahi Mungkar.

Duduk di sebelahku sejenak, ingin daku ceritakan kepadamu wahai teman...
Ketahuilah bahawa agama ini, agama benar dari langit al-Mannan.
Diajarkan melalui Jibril yang patuh dan taat kepada satu-satunya Tuhan.
Kepada Muhammad sang jujur nan amanah, utusan pilihan Tuhan untuk sekalian insan.
Mengajarkan al-Islam di saat jutaan manusia mensyirikkan al-Rahman.
al-Quran dan al-Sunnah menjadi permata yang ditinggalkan,
Dijanjikan bahawa tidak akan sesat selamanya seorang insan...
Jika si dia berpegang teguh dengan kedua-dua harta warisan.
Syaratnya perlulah ikhlas yang bersih, dan baginda menjadi ikutan.
Suci dari syirik dan bid'ah menjadi kunci utama selamat di Hari Pembalasan.
Oleh itu ingatlah duhai teman,
Daripada baginda kepada kita, agama Islam inilah menjadi anutan,
Kepada sekalian anak murid baginda, agama ini diajarkan;
Amanah dari Tuhan turun kepada para murid jua sahabat kecintaan,
Lalu para tabi'in menggalas amanah agar amanah suci ini berterusan,
Sehinggalah ke tabi' al-tabi'in, sehinggalah kita umat akhir zaman,
Agama ini diajarkan dengan ilmu dan sanad yang masih erat bersalaman,
Maka beragamalah dengan manhaj yang telah baginda tinggalkan;
Inilah manhaj Salaf al-Soleh yang menjadi hujah di hadapan Tuhan.

Bangun pagi, main telefon, buka media sosial, tapi... al-Quran bagaimana?
Malulah kepada al-Ghaniy al-Hamid tatkala Dia memberikanmu kekayaan, memberikanmu kemampuan untuk mempunyai telefon bimbit canggih namun di pagi hari, perkara pertama kau lakukan ialah melayari media sosial - FB, Instagram, Tik Tok, Twitter -, sedangkan Kalam-Nya, al-Quran diabaikan, tidak disentuh.
Apakah yang kau rindukan ialah konten terbaru sekalian insan melebihi rindumu pada Tuhan?
Rindumu pada kecintaan dibuktikan dengan ingin selalu berinteraksi dengannya lalu di manakah bukti rindu dan cintamu pada al-Rahman? Di manakah suara yang indah membacakan surat cinta, Kalamullah? Kenapa yang banyak kau baca surat-surat tulisan manusia yang nilainya kuman berbanding satu ayat dalam al-Quran?
Bangun pagi terus mencari konten manusia, apakah kau terlalu terdesak untuk merindui konten para manusia sehinggakan kau sanggup gadaikan dan lupakan betapa pentingnya merindui Allah?
Ingatlah duhai teman betapa pentingnya meraih cinta Allah agar di alam sana kelak, kau mampu menatap wajah Yang Maha Indah, Allah yang dirindui di alam dunia ini.
Duhai teman, bacalah Quran.
Gugurkan air mata demi Tuhan.
Rinduilah pertemuan dengan al-Rahman...

Seronokkah ghibah kisah rumah tangga orang lain?
Kalau Allah buka aib dalam rumah tangga kita, mungkin lebih viral daripada orang yang di-ghibah.
Tutup mulut, berhenti komen peribadi orang lain; banyakkan cermin diri.
Apa-apa pun,
Poligami itu halal.
Jangan diperlekehkan syariat Allah.
Manakala si pelaksana poligami tak maksum;
Tidak disebabkan poligami, perbuatan salah dia dihalalkan dan disucikan. Apa yang salah, tetap salah. At the end of the day, syariat Allah dah sempurna, manusia sahaja yang tidak sempurna. Islam sempurna, manakala Muslim perlu usaha sempurnakan kehambaan dalam diri.
Tapi apakah antara kita tahu hakikat sebenar yang berlaku dalam rumah tangga seseorang? Apakah kita dah berlaku adil? Apakah kita sudah tabayun? Apakah lesen kita untuk ghibah dan menyindir seseorang yang kita tidak yakin dan pasti akan kebenarannya?
Jika ia fitnah dan kita termasuk dalam wave yang menyindir dan menyebar, mahu mati dalam keadaan tidak sempat minta maaf kepada dia? Dosa dengan manusia wajib minta maaf dengan manusia yang terbabit!
Ittaqullah!
Nota 1: Hadis payung emas untuk mereka yang ada madu ialah hadis palsu; namun memudahkan suami untuk mempunyai isteri yang halal kerana ikhlas dan ihsan akan dikurniakan ganjaran yang lebih indah dari payung permata, kerana syurga buat muslimah solehah itu lebih indah.
Nota 2: Namun seorang isteri yang solehah juga kadangnya bijak dan tidak emosi bab poligami kerana kadangnya si isteri tahu suami gagal menjalankan amanah dengan baik untuk seorang isteri, maka mengapa ingin menambah jumlah penzaliman kepada wanita lain. Kerana akhirnya poligami tema utamanya ialah adil. Tidak adil? Azab akhirat menanti.
Nota 3: Poligami ialah sunnah. Monogami juga ialah sunnah. Kadangnya monogami lebih aula bagi seorang suami. Saya peribadi memegang pendapat monogami ialah sunnah dan lebih afdhal sepertimana Imam al-Uthaimin رحمه الله.
Akhir kata, moga kita semua tidak terlalu ghairah menghina dan ghibah orang lain, kerana akhirnya dalam diri kita ini ada jutaan aib yang hina, yang Allah tahu namun Allah masih bagi peluang untuk bertaubat.