Sidang Media Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datuk 2021
Saya amat meraikan dan menyantuni perbedaan pendapat, apatah lagi kepelbagaian pandangan yang dilontarkan.
UMNO mendengar banyak suara-suara dalaman parti yang mahu pemilihan UMNO hanya diadakan selepas PRU-15.
UMNO turut mendengar desakan sebilangan kecil meminta supaya pemilihan UMNO diadakan lebih awal sebelum PRU-15.
Maka Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian hari ini akan menetapkan usul masing-masing berhubung perkara itu.
InsyaAllah sebagai Presiden parti politik milik rakyat dan lebih 3.3 juta ahlinya, saya amat demokratik dalam perkara ini.
Saya akan sentiasa menghormati suara akar umbi dan keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti.
Kerana itulah sifat, falsafah serta jati diri UMNO yang perlu dipertahan dan diperakui dulu, kini dan selamanya.
Dan saya berharap seluruh ahli serta pimpinan UMNO turut menghormati apa sahaja ketetapannya kelak.
Janganlah kita lakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang akan diputuskan. Kekalkan perpaduan berterusan.
Walau apa ketetapannya nanti, InSyaAllah UMNO telah pun bersiap siaga untuk berdepan PRU-15 pada bila-bila masa.
#PRU15
#PemilihanUMNO
#UMNOSebuahPerjuangan
#umnobersamarakyat
https://fb.watch/9_31RILJeG/

Menjadikan banjir bahan politik menyerang UMNO tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat dan negara.
Apatah lagi terhadap mangsa banjir yang sedang ditimpa keperitan akibat kehidupan yang terjejas teruk.
Realitinya UMNO sebagai sebuah parti telah menggerakkan seluruh jentera dan keupayaannya turun membantu.
Meskipun dengan sumber yang terhad, UMNO berusaha sehabis baik untuk meringankan beban para mangsa.
Para pimpinan dan ahli akar umbi dari peringkat Pusat, Wanita, Pemuda dan Puteri bergandingan bahu.
Membantu tanpa mengenal penat lelah bukan sahaja atas kapasiti parti, lebih lagi atas dasar perikemanusiaan.
Menggunakan sepenuh kudrat dan daya upaya untuk menolong mangsa semasa banjir mahupun selepas banjir.
Menyumbang barangan keperluan, membantu perpindahan mangsa, mencuci kediaman, premis dan sebagainya.
Dan saya dimaklumkan sehingga saat ini jentera UMNO masih berada di lapangan bagi membantu apa yang perlu.
Seharusnya kita mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dengan hati yang ikhlas dan murni.
UMNO tidak akan sesekali melupakan rakyat dalam apa jua keadaan. Susah dan senang UMNO tetap bersama rakyat.
#mangsabanjir
#bantuan

Saya memantau laporan-laporan berhubung keadaan cuaca dan kejadian banjir yang masih berlaku di beberapa kawasan di seluruh negara ketika ini.
Saranan saya kita tangguhkan percutian ke lokasi-lokasi berisiko pada waktu cuaca ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di banyak tempat ketika ini.
Jika mahu teruskan percutian, pilihlah lokasi berisiko rendah dan aktiviti riadah yang tidak berbahaya demi keselamatan diri dan keluarga.
Janganlah menganggap saranan ini sebagai "spoilers", sebaliknya suatu seruan untuk kita semua mengambil langkah berhati-hati.
Saya mendoakan kesemua yang sedang terjejas akibat bencana itu berada dalam keadaan selamat dan sentiasa dalam perlindungan Yang Maha Esa.
Semoga segala urusan berjalan dengan lancar dan persiapan untuk membantu mereka mengharungi waktu-waktu sukar ini adalah efisien serta teratur.
Terima kasih kepada seluruh anggota jabatan dan agensi kerajaan, para sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan yang gigih membantu.
Tahniah kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) kerana mengambil langkah proaktif untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan mangsa banjir terpelihara.
Pemuda BN mewujudkan tiga talian hotline iaitu Pemuda UMNO (017-9988771), Pemuda MCA (011-5876 6951), Pemuda MIC ( 011-2108 5034) untuk mangsa banjir.
Talian itu diwujudkan bagi memudahkan mangsa banjir membuat sebarang aduan kepada Pemuda BN berhubung bantuan yang dijanjikan oleh kerajaan kepada mereka.
Bagi memastikan mereka tidak berdepan sebarang kesulitan atau kerenah birokrasi dalam menerima bantuan tersebut. Pemuda BN secara tidak langsung jadi mata dan telinga rakyat.
https://www.met.gov.my/forecast/weather/state/St002
#banjir
#amarancuaca
#umnobersamarakyat
https://www.facebook.com/100044617711053/posts/457657549064832/?sfnsn=mo

www.met.gov.my
Laman Web Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia berperanan untuk memantau dan mengeluarkan amaran berkaitan cuaca dan bencana alam seperti hujan lebat, ribut , taufan, ombak dan tsunami di Malaysia
UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia membawa maksud yang sangat mendalam dan besar ertinya.
Ia suatu pernyataan bahawa UMNO akan mengutamakan rakyat dalam keadaan apa sekali pun.
Suatu tekad bahawa UMNO tidak akan menyerah dan berundur dalam perjuangannya.
Suatu perakuan bahawa UMNO tidak akan sesekali mengabaikan semangat dan prinsipnya.
UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia semakin jelas dan nyata selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Walau tertewas angkara fitnah dan tipu daya UMNO bangkit dan terus mara penuh yakin tanpa gentar.
Langkahnya mungkin terhenti seketika bermuhasabah dan kemudiannya bertambah laju dan deras.
Tiada apa lagi dapat menyekat kemaraannya selepas itu walau sebesar gunung fitnah cuba menghadang.
Kalah sekali bukan bermakna kalah selama-lamanya, malah menjadikan UMNO lebih berkobar.
Para pembohong, penzalim kekhuatiran kerana tidak menjangkakan itu respons UMNO kepada kekalahan.
Mereka tidak menyangka UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia bukan sekadar kata-kata.
Sebaliknya sanubari berjuta ahlinya demi sebuah perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.
Perjuangan menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan oleh mereka yang rakuskan kuasa.
Dengan izin Allah S.W.T pasti UMNO mengembalikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat pada PRU-15.
#umnobersamarakyat
#umnoterusmara
#demirakyatMalaysia

Pelbagai tohmahan dilempar terhadap UMNO disebabkan permintaan parti ini supaya rakyat yang memerlukan dibenarkan membuat pengeluaran wang akaun KWSP.
Permintaan itu dituduh oleh seorang menteri kanan sebagai menghasut, manakala pemimpin pembangkang menuduh UMNO mahu menghancurkan KWSP.
Fahamilah permintaan itu bukan permintaan politik UMNO, tetapi semata-mata berlandaskan permohonan dan keperluan semasa rakyat.
Sila baca komen rakyat Malaysia di media sosial berhubung perkara itu. Apakah UMNO menyuarakan permintaan rakyat dikatakan sebagai politik?
Kewajaran permintaan itu juga sudah banyak kali diperjelaskan, malah Ketua Pemuda UMNO paling lantang menerangkannya.
Maka tidak benar UMNO dituduh mahu mengambil kesempatan sedangkan jika permintaan itu dipenuhi, menteri bertanggungjawab juga mengaut pujian.
Jika dibahas tentang mainan politik dalam perkara ini, menteri berkaitan juga boleh dikaitkan dengan motif politik seperti yang banyak pihak andaikan.
UMNO sebagai parti politik milik rakyat telah menyampaikan kehendak rakyat, namun ianya keputusan sebuah kerajaan campuran bersetuju atau menidakkan.
Bagi parti politik keramat agama, bangsa dan negara akan terus sedaya upaya berusaha membantu rakyat dengan apa sahaja saluran atau sumber yang ada.
Keazaman UMNO untuk menjamin dan memperjuangkan kesejahteraan hidup rakyat tidak pernah terhenti kerana itulah kesalasilahan parti ini.
Namun yang pasti keadaan adalah lebih mudah jika UMNO masih menjadi teras kerajaan, justeru jadikan segala yang disaksikan sebagai pedoman masa depan.
#wangkwsp
#permintaanrakyat

Selepas PRU-14 berakhir musuh-musuh UMNO berusaha menamatkan sepenuhnya riwayat parti terbesar orang Melayu ini.
Sehingga ke tahap Presidennya diugut dan digertak supaya UMNO dibubarkan atau akan menanggung akibat.
Sebilangan pemimpinnya yang lemah dan goyah ditawar keselesaan, jawatan atau kedudukan untuk melompat parti.
Kemudian menghasut ahli UMNO konon parti itu sudah tiada masa depan dan memujuk supaya menyertai mereka.
Muslihatnya agar UMNO bertambah lemah seusai tewas PRU-14 dan lama kelamaan musnah sendiri.
Seterusnya mereka berusaha menggunakan saluran undang-undang untuk UMNO diisytiharkan parti yang tidak sah.
Syukur ke hadrat Ilahi UMNO berjaya mendepani segala perancangan buas itu dengan bijaksana dan bangkit menentang.
Selepas menyedari kesemua usaha mereka tidak berhasil, UMNO cuba pula dikawal supaya menuruti kehendak.
Perancangan licik itu juga tidak kesampaian, malah UMNO semakin mara ke hadapan selangkah demi selangkah.
Alhamdulillah begitu teguh jati diri UMNO dan tidak sesekali berganjak daripada kebenaran walau ditekan dengan maha hebat.
Rahmatnya sangat ketara apabila UMNO semakin berpadu, BN kembali diyakini rakyat dan menang besar PRN Melaka.
Faktor utama kepada kekuatan dan kebangkitan UMNO itu kerana kemuafakatan para ahlinya di peringkat akar umbi.
Sememangnya UMNO milik akar umbi, manakala barisan pimpinannya selaku pemegang amanah.
Telah terbukti sinergi ketetapan akar umbi UMNO yang kemudian diterjemahkan pimpinannya adalah tepat.
Justeru Presiden UMNO dan barisan pimpinan sedia ada tidak akan sesekali berpaling dan mengabaikan suara akar umbinya.
Biarlah resmi UMNO ini cuba 'didalilkan' sebagai berorientasikan barat selagi tidak menyanggah hukum Allah S.W.T.
UMNO akan terus mendengar suara akar umbi apatah suara rakyat seperti yang tersemat dalam sejarah panjang perjuangannya.
#umnobersamarakyat
#umnomilikakarumbi
#umnosebuahmuafakat
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=463542205143033&id=100044617711053

Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
Saya dikunjungi ketua dan wakil beberapa badan buah kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
NGO terbabit menyuarakan kebimbangan, keresahan dan kerisaun mereka tentang beberapa isu yang sedang dihadapi rakyat.
Antaranya berhubung pengeluaran wang KWSP bagi membantu masyarakat yang masih berdepan dengan tekanan ekonomi.
Mereka turut menyuarakan tentang isu kesan sampingan dos ketiga vaksin Covid-19 yang rata-rata penerima mengalaminya.
Begitu juga dengan kewajaran pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Turut dibangkitkan tentang pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Pindaan untuk menaikkan nilai kompaun sehingga RM10,000 yang dikhuatiri akan menambah penderitaan rakyat.
Sebagai Presiden UMNO saya memahami mengapa NGO terbabit mencari UMNO sebagai saluran menyuarakan keluhan mereka.
Ini disebabkan persepsi Perdana Menteri daripada UMNO maka UMNO adalah kerajaan yang mendokong segala-galanya.
Mungkin juga mereka putus harapan terhadap saluran sedia ada sehingga mencari saluran politik untuk suara rakyat didengari.
Saya mengalu-alukan kehadiran NGO terbabit dan bagi saya kerajaan harus mendengar pandangan-pandangan NGO ini.
Jangan menolak terus kerana pasti ada asas tentang keprihatinan mereka membawa suara rakyat suara keramat.
Dengar, berbincang dan lakukan yang terbaik untuk rakyat, bukan menyanggah dan kemudian mengeluarkan arahan berbeza-beza.
Saya dan rakan-rakan kepimpinan UMNO akan membawa perkara diketengahkan NGO terbabit secepat mungkin kepada kerajaan.
Ini bukan mainan politik kerana dalam keadaan apa sekali pun UMNO akan tetap mengutamakan dan memihak kepada rakyat.
#umnobersamarakyat
#suarango
#suararakyat
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=464798778350709&id=100044617711053

Peranan institusi Presiden UMNO amat besar dalam memimpin dan menjaga perjalanan parti.
Presiden UMNO perlu memastikan asas penubuhan parti demi agama, bangsa dan negara terus dipertahankan.
Presiden UMNO perlu memastikan parti ini yang pernah tewas angkara fitnah kekal relevan dan kembali diyakini.
Presiden UMNO perlu memastikan parti ini terus berpihak kepada rakyat di setiap masa dan tempat.
Sebagai Presiden UMNO perlu juga menentukan UMNO kekal menjadi milik lebih 3.3 juta ahlinya.
Menjadi Presiden UMNO perlu teguh dan berani menghadapi segala rintangan dan cabaran.
Selaku Presiden UMNO perlu terus berpegang kepada kebenaran dalam keadaan apa sekali pun.
Jika Presiden UMNO terpesong daripada itu walau sekelumit cuma, maka lenyaplah jati diri UMNO.
Dengan demikian menjadi Presiden UMNO sarat dengan tanggungjawab serta pengorbanan.
Namun segala pengorbanan itu berbaloi kerana perjuangan UMNO bermakna perjuangan untuk rakyat.
Perjuangan untuk UMNO juga bermaksud perjuangan demi masa depan agama, bangsa dan negara.
Tiada kesal dan sesal walau betapa keras harga yang terpaksa dibayar demi memastikan UMNO terus utuh.
Nukilan ini tercatat tatkala mengenangkan begitu banyak kisah suka dan duka menjadi Presiden UMNO.
Semoga Allah S.W.T terus memberi kekuatan dan keazaman untuk diri mengabadikan perjuangan ini.
#institusipresiden
#umnobersamarakyat
#umnodulukiniselamanya

Media menyebut beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti bunga di Johor mahu keluar parti dan menyertai semula UMNO.
Kesahihan berhubung perkara itu pada akhirnya empunya diri jua ada jawapan, namun jikalah benar ia suatu refleksi yang jelas lagi nyata.
Parti yang suatu ketika dulu mendabik dada akan menggantikan UMNO sedang menghadapi defisit keyakinan dalam kalangan pemimpin sendiri.
Maka apakah rasional dan kewajarannya untuk rakyat pula diminta supaya meyakini parti tersebut sedangkan sebahagian pimpinan akar umbinya tidak?
Sebenarnya itulah perbezaan ketara antara sesuatu yang tulin dan tiruan, autentik dan rekaan. Pastinya yang original adalah berkualiti berbanding ciplak.
Asas perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan negara telah begitu lama disemat dalam parti ini. Ia asli, bukan retorik atau cuma agitasi politik.
Bukan juga baru terbentuk atas asas perjuangan politik individu, dendam kesumat, dengki dan sakit hati serta bertujuan menzalimi seteru.
Kesimpulannya UMNO sebenar-benarnya parti politik yang ikhlas dan jujur mementingkan rakyat dan negara dalam perjalanan politiknya.
Parti politik yang cuba menyamai UMNO untuk memperdaya sokongan pengundi hanyalah bayangan semata-mata, tidak "real" dan palsu.
#prnjohor
#umnobersamarakyat
#DemiAgamaBangsaNegara

Pimpinan Perikatan Nasional (PN) buat 'peel' merepek mengaitkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan pendakwaan politik dikenakan terhadap pimpinan UMNO.
Ia suatu hujah yang lemah, memesongkan dan mengelat oleh pihak yang barangkali 'beno-beno' sedang terdesak selepas cabaran mereka supaya 'tekan butang' jadi kenyataan.
Juga suatu hujah seolah-olah memperlekeh kebijaksanaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negeri jajahan takluk Johor.
'Bior' kita perjelaskan sekali lagi kepada mereka bahawa Bangsa Johor memerlukan mandat baharu demi memastikan kestabilan politik yang kukuh di negeri itu.
Ini bukan perkara 'olok-olok'. Dengan kerajaan negeri hanya memiliki kelebihan satu kerusi, negeri Johor berisiko tinggi berdepan dengan kekalutan politik pada bila-bila masa.
Tentunya Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad serta UMNO Johor mempunyai pertimbangan rasional dan telah pun menerangkannya kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Seperti disebut Datuk Hasni kepada umum baru-baru ini iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan bagi mendapatkan semula mandat daripada rakyat negeri itu.
Menurut beliau, keadaan kerajaan negeri yang disifatkan bergerak atas ihsan pembangkang bukan sesuatu perkara yang patut berlaku.
Justeru, pimpinan PN tidak sepatutnya 'dan-dan' bersikap 'selenge' dan 'mentel' sangat tentang hal tersebut sedangkan mereka memahami realiti ketidakstabilan politik yang sedang berlaku.
Dan kemudian membuat tuduhan mengarut untuk 'kelentong' Bangsa Johor sekali lagi sedangkan rakyat Johor masih ingat pembohongan mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
PRN Johor tidak beri kesan kepada mahkamah sebaliknya memberi kesan kepada yang pernah tipu rakyat dan mengkhianati undi rakyat dengan melompat parti selepas 9 Mei 2018.
Ayuh Bangsa Johor kali ini kita kasi 'jotos' parti politik yang pernah berbohong kerana 'lapo-kan' kuasa sehingga sanggup memperdayakan rakyat Malaysia dengan fitnah dan tipu daya.
#prnjohor
#umnobersamarakyat
#yakinibn
#Demikestabilan
https://www.facebook.com/100044617711053/posts/476607923836461/

Ayuh kita terangkan sekali lagi kepada mereka UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu bukan parti asabiyyah.
Mungkin mereka yang menyatakan itu terlupa UMNO salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).
BN sebuah gabungan parti politik yang dibarisi parti politik daripada pelbagai kaum dan agama.
Berpuluh tahun UMNO, MCA, MIC serta parti komponen lainnya bersama mentadbir Malaysia apakah itu asabiyyah?
Selama kerajaan BN mentadbir negara apakah wujud unsur asabiyyah tatkala rakyatnya hidup aman dan makmur?
Sesungguhnya tohmahan asabiyyah terhadap UMNO sempena PRN Johor itu amat kasar dan tidak berfakta.
Kita faham mereka sebenarnya kecewa UMNO tidak menuruti kehendak mereka supaya bekerjasama dengan PPBM.
Mereka tuduh UMNO menolak perpaduan kerana enggan menyertai Perikatan Nasional (PN).
Fakta sebenar adalah UMNO tidak pernah menolak perpaduan yang jujur, ikhlas dan sejati.
Sejak sekian lama UMNO bersama parti komponen BN berpadu dan bekerjasama mentadbir negara ini.
Apakah itu bukan perpaduan?
Sedangkan lawan BN yang telah beberapa kali konon menjalin perpaduan sesama mereka tidak pernah berkesudahan dengan baik.
Angkara tiada kejujuran dan keikhlasan kerana rakuskan kuasa dan kedudukan semata-mata.
Dalam kerjasama politik tidak boleh membuta tuli. Kerjasama perlu mempunyai persefahaman dan kesepakatan yang jelas.
UMNO menolak kerjasama dengan PPBM tentunya kerana ketidakjujuran parti itu yang bermuslihat menamatkan UMNO.
Malah banyak perlakuan PPBM yang jelas menunjukkan agendanya terhadap UMNO disebalik propaganda perpaduan.
Kesimpulannya, tiada siapa cuba memperbodohkan sesiapa dalam perkara tersebut.
Sebaliknya hanyalah kemampuan UMNO dalam menilai "risk and threat" serta "cost and benefit".
Perpaduan mestilah terbina atas semangat persefahaman yang jitu untuk rakyat, bukan kerana kepentingan tersendiri.
#prnjohor
#umnobersamarakyat
#BNPilihanRakyat

Majlis Penutup Bengkel Kesiapsiagaan #PRU15 #UMNO Bahagian #Dungun di Institut Latihan Memperkasa Ummah #ILMU Janda Baik #Pahang.
Semoga banyak manfaat diperolehi oleh semua peserta dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi PRU akan datang.
#UmnoBangkit #UMNObersamaRAKYAT #DemiKestabilan

Kisah segelintir penyokong UMNO berjaya diperdaya oleh mereka yang belot kepada perjuangan parti pada PRU-14 memang pahit untuk ditelan.
Mereka terpengaruh dengan dakyah dilemparkan oleh pembelot UMNO yang bersekongkol dengan musuh UMNO untuk menjatuhkan UMNO.
Mereka terpesona dengan janji bulan bintang pembelot UMNO yang menawarkan lebih kesenangan andai musuh UMNO diberi undi dalam PRU berkenaan.
Mereka terperangkap dengan naratif palsu pembelot UMNO konon mereka mahu mengalahkan UMNO adalah untuk selamatkan UMNO.
Namun penyokong UMNO terbabit menyaksikan sendiri apa yang dilakukan oleh musuh dan si pembelot terhadap UMNO sejurus memegang kuasa.
Betapa penghinaan dilemparkan keatas UMNO dan penyokongnya selepas berjaya memperdayakan segelintir penyokong UMNO untuk membantu kemenangan mereka.
Presiden UMNO didesak supaya membubarkan parti, manakala pemimpin yang enggan berpaling tadah serta akur kepada ugutan dan tawaran diasak dan ditekan.
Tidak cukup dengan itu mereka mengambil tindakan perundangan dalam usaha untuk mengisytiharkan UMNO sebagai parti yang tidak sah.
Selepas usaha itu gagal mereka menggunakan pula kuasa jabatan kerajaan dalam cuban melemahkan struktur kepimpinan UMNO kerana bimbangkan kebangkitan UMNO.
Dan kini menjelang PRN Johor tiba-tiba mereka yang belot enggan mengaku mengkhianati UMNO walaupun berkomplot secara rasmi dan sahih dengan musuh UMNO pada PRU-14.
Seterusnya mengitar semula skrip PRU-14 konon mereka mahu menyelamatkan UMNO barangkali dengan harapan ada penyokong UMNO akan masuk perangkap sama kali kedua.
Kali ini mereka silap kerana selepas apa penyokong UMNO terbabit saksikan selepas 9 Mei 2018, mereka kembali meyakini BN satu-satunya gabungan politik yang benar dan berwibawa.
Maka seluruh ahli UMNO ingatilah peribahasa pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk dan mereka sedang memasang jerat sekali lagi.
#prnjohor
#umnobersamarakyat
#BNPilihanRakyat
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=486299312867322&id=100044617711053