AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
UMNO tidak tahu pun Ordinan Darurat sudah dibatalkan sejak 21 Julai 2021.

Walau dalam keadaan ada segelintir Ahli Parlimen dari UMNO sertai Kerajaan Persekutuan.

Ini antara bukti mengapa UMNO tidak boleh dikait dengan kegagalan Kerajaan Persekutuan.

Ia kerana Ahli Parlimen dari UMNO terbabit bekerja untuk Kerajaan Persekutuan bernama PN.

Bukan lagi Kerajaan Persekutuan bernama BN yang tewas PRU14 angkara fitnah.

Ini ibarat sukan apabila pemain pasukan A diimport dan dibayar bermain untuk pasukan B.

Jika pasukan B gagal adakah pasukan A juga perlu dipersalahkan?

Ini dua organisasi yang berbeza. Pengurusan berbeza. Cara dan falsafahnya juga berbeza.

#umnobersamarakyat
#umnotetapumno

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2122430297895536&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Mungkin ada kurang faham apa yang kecoh-kecoh di Parlimen berhubung pembatalan Ordinan Darurat.

Ceritanya mudah sahaja.

Hari pertama persidangan, kerajaan tiba-tiba umum Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai lalu.

Iaitu beberapa hari sebelum persidangan khas Parlimen mengambil tempat bermula 26 Julai 2021.

Tiada "perutusan" dalam TV atau pengumuman dibuat kepada rakyat mengenainya sebelum ini.

Bermaksud dalam tempoh beberapa hari lalu aspek perundangan negara dalam kedudukan caca marba.

Benar kita tuntut Ordinan Darurat yang memberi kuasa melampau kepada kerajaan sehingga melemahkan demokrasi dibatalkan.

Tetapi ia wajib dilakukan secara "proper", berdasarkan Perlembagaan, mengikut lunas undang-undang, semangat dan falsafah demokrasi.

Pembatalan secara senyap-senyap itu mengejutkan ramai pihak kerana tidak dilakukan mengikut Perlembagaan.

Tan Sri Noh Omar yang menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat juga membayangkan beliau tidak tahu tentang pembatalan itu.

Lebih mengelirukan pembatalan Ordinan itu masih belum diwartakan di Warta Persekutuan, tetapi pengumuman telah dibuat kerajaan.

Selain itu ramai berpandangan kerajaan tiada kuasa membatalkan Ordinan Darurat begitu sahaja termasuk pengamal perundangan dan ahli akademik.

Mereka berpendapat hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai prerogatif untuk membatalkannya selepas Ordinan Darurat itu dibentang di hadapan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ia juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dibahaskan di Dewan Rakyat.

Justeru, Ahli Parlimen minta kerajaan jelaskan di Dewan Rakyat sama ada pembatalan Ordinan Darurat tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Tetapi Menteri kata beliau cuma boleh jawab pada hari Isnin. Menteri 'petik' Yang Dipertua Dewan Rakyat yang beri petua suruh begitu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat pula 'petik' aturan mesyuarat. Beliau kata hari Isnin adalah disebabkan aturan mesyuarat. Maka kecohlah jadinya kerana menteri dan Speaker kelihatan berdolak dalik.

Benda "simple" susah nak jawab semacam ada muslihat.

#KepercayaanKepadaTuhan
#KesetiaanKepadaRajaDanNegara
#KeluhuranPerlembagaan
#KedaulatanUndangUndang
#kesopanandankesusilaan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2122589877879578&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Persekutuan majikan kata lebih 100,000 perniagaan telah menghentikan operasi.

Jumlah itu adalah anggaran sejak tahun lepas sehingga sekarang.

Sekaligus membayangkan ramai rakyat yang telah kehilangan pekerjaan.

Majikan hilang pendapatan, pekerja hilang gaji. Apalah nasib mereka ketika ini?

Namun kenyataan yang selalu kita dengar dari kerajaan baik molek belaka.

Persekutuan Majikan Malaysia minta lebih banyak sektor ekonomi dibenar beroperasi.

Bagi mengelak lebih banyak perniagaan gulung tikar dan ramai gulung tikar.

Inilah dilema terpaksa ditangung rakyat disebabkan kegagalan kerajaan.

Serba salah jadinya. Jikalah kerajaan ikut saranan kita sebelum ini.

Buat "total lockdown" yang benar-benar "total" mungkin dilema ini dapat dielakkan.

Seperti saya pernah sebut bukanlah untuk selama-lamanya.

Hanya sehingga kita berjaya asing dan rawat mereka yang dijangkiti.

Dan kita bantu hidup rakyat. Tetapi apakan daya kegagalan telah tercipta.

Saya doakan semua yang terjejas selamat mengharungi kesukaran ini.

InsyaAllah kita bersama-sama perbaiki keadaan ini apabila tiba masanya.

#COVID19
#Perniagaan
#gulungtikar

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2122700197868546&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Ampun Tuanku.

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Memuliakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke-62 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Daulat Tuanku.
Saya percaya rakyat bertambah keliru apabila membaca kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) petang semalam.

Sebelum kenyataan itu dikeluarkan, media melaporkan Peguam Negara terlebih dahulu datang ke kediaman Perdana Menteri di Bukit Damansara.

PMO dalam kenyataan itu cuba menjustifikasi tindakan kerajaan PN yang jelas telah menimbulkan kemurkaan Yang di-Pertuan Agong.

Nasihat saya kepada semua jangan keliru-keliru sangat dengan kenyataan PMO itu. Nanti boleh bikin stress. Tenang-tenang saja.

Rumusannya mudah sahaja untuk difahami:

Semalam Yang di-Pertuan Agong bertitah dukacita dengan tindakan kerajaan mengumum pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan Baginda.

Yang di-Pertuan Agong dukacita apa yang dipersetujui dan diperkenan Baginda semasa Menteri dan Peguam Negara mengadap Baginda secara maya pada 24 Julai lalu tidak dilaksanakan.

Iaitu Baginda bersetuju dan memperkenan pembatalan semua Ordinan Darurat perlu dibentang dan dibahaskan di Parlimen terlebih dahulu bagi tujuan diungkaikan.

Tindakan membatalkan Ordinan Darurat tanpa pembentangan di Parlimen gagal menghormati prinsip undang-undang malah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda.

Perkara 150(2B) dibaca dengan perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda.

Kemudian PMO mengeluarkan kenyataan membayangkan Yang di-Pertuan Agong sepatutnya perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat Kabinet.

PMO memetik Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan Yang di-Pertuan Agong perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.

PMO kata kerajaan sudah menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Ordinan Darurat sebelum sidang khas Parlimen bermula melalui surat pada 23 Julai 2021.

(Parlimen bersidang pada 26 Julai 2021)

Justeru kesimpulannya mungkin begini. Perdana Menteri utus surat kepada Yang di-Pertuan Agong pada 23 Julai 2021 mohon perkenan batal Ordinan Darurat sebelum Parlimen bersidang.

Pada 24 Julai 2021 Yang di-Pertuan Agong bertitah kepada Menteri dan Peguam Negara Ordinan Darurat tetap perlu dibentang dan dibahas di Parlimen terlebih dahulu bagi tujuan diungkaikan.

Tetapi kerajaan tetap umum ia telah dibatalkan sebelum Parlimen bersidang dengan hujah Yang di-Pertuan Agong perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.

#umnobersamarakyat
#jangandurhaka
#DaulatTuanku
#RajaDanRakyatBerpisahTiada

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2124026037735962&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Mengapa UMNO desak Perdana Menteri letak jawatan namun kekal menyokong pembentukan kerajaan PN?

Persoalan ini dijadikan propaganda pasukan siber anti-UMNO pula sedangkan perkara itu bukanlah suatu perkembangan baharu.

UMNO sebaliknya sejak lama konsisten dalam hal ini dan Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengulanginya semalam.

Bagi memudahkan pemahaman saya berikan analogi berikut:

Sebuah kapal belayar mengikut hala tuju ditetapkan oleh nakhoda. Tugas para kelasi melayarkan kapal mengikut haluan itu.

Jika nakhoda tersilap hala tuju maka kapal gagal ke destinasi. Tetapi malangnya nakhoda terlalu ego mengakui kesilapan yang telah dilakukan.

Maka untuk memperbetulkan kapal kembali ke laluan sebenar dengan menggantikan kepada nakhoda yang berkemampuan.

Begitu juga dengan perihal kerajaan. Sebuah kerajaan diketuai oleh Perdana Menteri. Individu yang berkuasa menentukan pentadbirannya.

Saya memetik pandangan ahli akademik tentang kuasa seorang Perdana Menteri selaku nakhoda kerajaan.

Perdana Menteri mempunyai hak memilih dan menukar para menteri.

Perdana Menteri malah mempunyai hak untuk menubuh, membubarkan kementerian dibawahnya.

Mempunyai kuasa penuh menentukan perjumpaan jemaah menteri atau Kabinet.

Perdana Menteri tidak tertakluk nasihat Kabinetnya. Memiliki kuasa penuh menentukan tadbir urus.

Mempunyai kuasa menubuhkan apa-apa jawatankuasa khusus pada peringkat Kabinet.

Melantik atau menubuhkan badan penasihat di luar Kabinet bagi menasihati beliau.

Perdana Menteri tidak mencampuri urusan dalaman kementerian bukan di bawah kawalannya.

Namun kebebasan menterinya mengurus dan mentadbir kementerian masih perlu berlandaskan dasar umum yang ditetapkan Perdana Menteri.

Begitulah betapa penting seorang Perdana Menteri yang berkemampuan mengemudi jentera pentadbiran kerajaan.

Sebab itu UMNO konsisten mahu Perdana Menteri diganti. Nakhoda perlu ditukar supaya kerajaan yang telah gagal kembali ke landasan rakyat dan negara.

Pada 7 Julai lalu UMNO memutuskan menarik balik sokongan kepada Tan Sri Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.

UMNO minta Perdana Menteri digantikan demi kepentingan rakyat dan negara serta kedaulatan institusi raja-raja.

Selepas penularan pandemik berjaya diatasi, Perdana Menteri baharu akan segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan PRU-15.

Cerita tentang mengapa UMNO menyokong pembentukan kerajaan PN pada tahun lalu ramai sedia maklum.

Jika mahu diterangkan semula bertambah panjang perlu dikarang. Apapun Presiden UMNO beri jaminan UMNO tetap mengutamakan rakyat.

Menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang serta mempertahan kedaulatan raja-raja pemerintah.

#DaulatTuanku
#umnobersamarakyat
#demirakyatdannegara
#rukunnegara


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2124222937716272&id=188294724642446


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Simpati membaca kisah seorang lelaki ditemukan meninggal dunia semasa kuarantin kendiri di rumah beberapa hari lalu.

Apatah saya juga sedang menjalani kuarantin kendiri.

Syukur ke hadrat ilahi keadaan saya ketika ini adalah baik dan masih dapat terus bekerja, berkhidmat dari rumah.

Saya mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang soleh.

"Ya Allah ampunilah ia. Kasihilah ia. Maafkanlah ia dan tempatkanlah di tempat yang mulia"

Berita kematian menyayat hati ini bagaimanapun membuatkan rakyat Malaysia cukup kesal.

Kesal dan marah kerana kisah pandemik Covid-19 meragut nyawa rakyat tidak bersalah berterusan.

Ratusan kematian direkodkan saban hari menjadikan keseluruhan telah terkorban lebih 8,500 orang.

Berbelas ribu jangkitan dilaporkan sehari. Keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini hampir 1.1 juta.

Jika ini masih belum boleh dianggap sebagai menghampakan sangat merisaukan.

Andai ini masih belum dapat menimbulkan empati pasukan siber mereka apa lagi boleh diperkatakan.

Yang mereka peduli pantau akaun media sosial Presiden UMNO untuk jaga kepentingan bos mereka.

Menjustifikasikan pencapaian terlalu lewat kunjung tiba sedangkan nyawa rakyat terus jadi taruhan.

Bertabahlah wahai rakyat. Apabila tiba masa perlu buat pilihan jangan lupa kisah kegagalan ini.

#COVID19
#RagutNyawa
#kuarantinkendiri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2124679041003995&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Hari Pahlawan yang disambut setiap tahun bermula 1960 selepas tamatnya darurat menentang komunis tentu ada maksud tersendiri yang cuba disampaikan.

Tiada sambutan yang hanya ingin memenuhi kalendar tahunan kecuali ia bertujuan untuk memberi mesej yang penting kepada masyarakat.

Penghayatan di sebalik sambutan Hari Pahlawan ini perlu diserapkan dalam minda dan jiwa anak bangsa.

Mereka perlu sentiasa diperingatikan akan pengorbanan para pahlawan negara yang bermandi darah berkorban nyawa di dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta.

Pengorbanan mereka akan sia-sia apabila kita hanya berpeluk tubuh tanpa menghirup semangat tersebut agar bersemadi di dalam jiwa anak cucu kita.

Tugas kita hari ini adalah mempertahankan kedaulatan tersebut dari diancam atau dimusnahkan oleh musuh negara dan juga musuh dalam selimut yang akan sentiasa muncul di setiap zaman kerana mengejar kekayaan dan kekuasaan untuk kepentingan peribadi.

Marilah mempertahankan keutuhan sebuah kedaulatan dan bersamalah kita menguatkan azam rela mengorbankan jiwa dan raga demi masa depan negara tercinta.

Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2021.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2124827907655775&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Pingat Pertama Negara.