AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Forwarded from UMNO Online
Presiden UMNO Diberi Laluan Protokol Khas Kerajaan Arab Saudi Di Raudhah – Dr Asyraf
https://umno-online.my/2022/04/23/presiden-umno-diberi-laluan-protokol-khas-kerajaan-arab-saudi-di-raudhah-dr-asyraf/

KUALA LUMPUR, 23 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersyukur kerana lewat malam tadi selepas solat Tarawih dapat menziarahi Makam Nabi Muhammad S.A.W. dan bermunajat di Raudhah bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi. Ujar Dr Asyraf, Kerajaan Arab Saudi cukup menghormati Ahmad Zahid sebagai bekas [...]
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Alhamdulillah sekali lagi kami dapat jejak kaki ke Maqam Nabi selepas sekian tahun tertunda. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia kita.

صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم

#umrah2022 #ramadan
Setiap hari berlalu semakin hampir bulan Ramadan yang penuh keberkatan bakal meninggalkan kita.

Bagi mereka yang menghayati betapa besar syafaat berpuasa di bulan Ramadan tentunya berasa sedih.

Berpuasa membuktikan kekuatan dan istiqamah kita dalam menunaikan perintah Allah S.W.T

Berpuasa mengajar serta mendidik kita erti keinsafan, kejujuran, keikhlasan dan segala yang baik dalam hidup ini.

Berpuasa malah akan memberi syafaat pada hari akhirat kepada umat Islam yang melakukannya.

لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ: فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ

Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya”. - [Riwayat Muslim (1151)]

Justeru, rebutlah segenap peluang yang masih ada sebelum Ramadan berakhir untuk memperoleh keberkatan Ilahi.

Memperbanyakkan amal jariah dan bersedekah, membaca al-Quran, lazimkan lidah dengan zikir dan selawat.

Bukan mensia-siakan lapar dan dahaga dengan melakukan perbuatan mungkar yang mensifarkan pahala.

Apatah merancang dosa besar untuk memfitnah, menzalimi, menganiaya, mengkhianati, menindas sesama insan.

Semoga Allah S.W.T menerima dan memberkati segala amal ibadah kita di bulan Ramadan ini. InsyaAllah..

#Ramadan
#Berpuasa
#Keberkatan
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Menerima perkhabaran menyedihkan bekas pegawai saya di bahagian Bagan Datuk Zaiyan Kamaruzaman telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Salam takziah daripada saya buat seluruh ahli keluarga dan sahabat handai, semoga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian dari Allah SWT ini.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah
Saya di Tanah Suci berasa tersentuh apabila dimaklumkan tentang kisah seorang anak muda di Tawau memberi semua wang pengeluaran khas KWSP kepada ibunya.

Pemuda itu dikatakan mahu menghargai ibu yang membesarkannya walaupun menyedari wang RM10,000 tidaklah mampu menandingi segala jasa orang tuanya.

Saya juga berasa terharu mendengar tentang betapa besar manfaat pengeluaran khas kWSP kepada sebuah keluarga yang hanya memiliki motosikal sebelum itu.

Wang berkenaan telah digunakan oleh mereka bagi membeli sebuah kereta Perodua Kancil untuk digunakan dalam urusan harian termasuk menghantar anak ke sekolah.

Saya pasti dua cerita yang tular di media sosial tersebut cumalah cebisan daripada banyak lagi kisah-kisah keberuntungan kepada rakyat di sebalik pengeluaran khas wang KWSP.

Ya Allah aku bersyukur kerana pengeluaran khas wang simpanan KWSP tersebut ternyata memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Maka tidaklah sia-sia segala desakan dan tekanan yang terpaksa dilakukan sebelum ini bagi memastikan pengeluaran khas itu jadi kenyataan.

Justeru, kepada penerima yang lain gunakanlah wang KWSP tersebut untuk tujuan yang benar-benar bermanfaat buat diri dan keluarga.

Juga manfaatkanlah sebaik-baiknya untuk ke jalan yang diredhai Allah.

Semoga rezki yang diperolehi itu lebih bermanfaat untuk kita dan yang memerlukan.

Sesungguhnya tiadalah daya upaya manusia melainkan dengan pertolongan Allah S.W.T jua.

#KWSP
#PengeluaranKhas
#manfaatrakyat
Assalamualaikum dan salam hormat kepada rakan-rakan semua walau di mana anda berada.

Saya mendoakan semoga saudara saudari semua sentiasa dalam keadaan baik dan sejahtera hendaknya.

Saya menulis ini untuk memperjelaskan sesuatu agar rakan-rakan lebih mengerti.

Fahamilah tidak pernah terlintas di hati saya untuk bersikap riak atau takbur disebalik kerja-kerja kebajikan saya lakukan.

Bagi saya apa erti membantu sesama insan jika di fikiran mahukan kemuliaan dunia semata-mata.

Sedangkan ada nikmat serta ganjaran yang jauh lebih besar serta bermanfaat untuk dikecapi di akhirat nanti.

Bukankah 'tangan kanan memberi, tangan kiri tidak harus ketahui'.

Kerana itu saya tidak banyak menghebahkan tentang kerja-kerja kebajikan saya sebelum ini.

Sesungguhnya saya mendambakan sebuah keikhlasan yang mutlak dalam kerja-kerja kebajikan.

Kerana saya percaya membantu dengan nawaitu ikhlas tanpa mengharapkan kemuliaan dunia membuatkan amalan yang dilakukan semakin bermakna.

Bagaimanapun pertuduhan yang dikenakan terhadap saya selepas PRU-14 telah mengharuskan saya menyatakan kepada mahkamah tentang kerja-kerja kebajikan saya lakukan.

Tanpa sedikit pun bersandarkan niat mahu mengungkit, menjulang nama apatah menghebahkan kebaikan, ia semata-mata demi mendapatkan keadilan buat diri saya.

Seperti saya nyatakan di mahkamah bahawa kenyataan pendakwaan tiada satu sen pun dana Yayasan Akalbudi digunakan untuk membantu orang miskin tidak benar sama sekali.

Yayasan Akalbudi telah memberi begitu banyak sumbangan kebajikan kepada golongan miskin dan sumbangan amal jariah di dalam mahupun luar negara.

Namun hanya sebahagiannya disenaraikan adalah kerana prinsip 'tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu'.

Yayasan Akalbudi adalah daripada sumber saya sendiri, pendapatan saya sendiri, elaun saya sendiri, perniagaan saya sendiri.

Saya percaya sumbangan ini yang saya lakukan dengan tujuan yang baik tidak harus dimalukan, diaibkan dan dizalimi. Saya mencari keredhaan Allah S.W.T

InsyaAllah saya akan terus tabah mengharungi perjuangan ini dengan hati penuh tawaduk dan tawakal kerana saya pasti kebenaran akan terserlah jua akhirnya.

#keikhlasan
#perjuangan
#bersihkannama


https://www.facebook.com/100044617711053/posts/528505861980000/?d=n
Syukur Alhamdulillah ramai yang memilih bergerak pulang ke kampung bermula hari ini untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

Saya dengan hati tulus ikhlas mendoakan saudara saudari semua selamat tiba ke destinasi dan sampaikan salam saya kepada seluruh keluarga di kampung.

Bagaimanapun pesanan saya sentiasalah berhati-hati di jalan raya kerana tentunya kita mengerti maksud malang tidak berbau.

Setiap kali musim perayaan jumlah kenderaan di jalan raya akan bertambah sekali gus meningkatkan risiko berlaku kemalangan.

Perkara amat tidak diingini itu pasti dapat dielakkan jika kita mengamalkan pemanduan berhemah dan merancang perjalanan.

Berikut saya kongsikan sedikit tips perjalanan selamat yang sering saya amalkan semoga bermanfaat kepada semua InsyaAllah.

1) Tetapkan laluan mana untuk digunakan, masa untuk bergerak dan jangkaan masa tiba serta lokasi untuk mengisi petrol atau berehat sebentar jika perlu. Ini untuk mengelakkan kita memandu dalam keadaan tergesa-gesa.

2) Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan termasuk enjin, tayar, brek, lampu isyarat dan lain-lain yang "essential" untuk sebuah perjalanan yang selamat.

3) Jika perlu buat "checklist" barang yang akan dibawa bagi mengelak kita terlupa item penting. Seandainya tertinggal barang tidak terlalu penting mungkin boleh diredakan sahaja untuk mengelak terpaksa berpatah balik.

4) Sematkan dalam fikiran 'tidak lari gunung dikejar' bagi mendorong diri untuk sentiasa bersabar dan berhemah ketika menggunakan jalan raya.

5) Pastikan diri telah mendapat rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Usah memaksa diri kerana keselamatan diri dan keluarga paling utama.

6) Bawa bekalan makanan sewajarnya jjka perlu berhenti untuk berbuka puasa semasa dalam perjalanan. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa perjalanan.

7) Islam mengajar umatnya untuk berdoa ketika bermusafir, maka bacalah doa yang telah diajarkan kerana kepada Allah S.W.T jua kita bertawakkal.
‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Malaysia berdukacita menerima perkhabaran Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 94 tahun malam tadi.

Jasa Allahyarham yang pernah menyandang pelbagai jawatan Kabinet termasuk sebagai Menteri Fungsi Khas untuk membantu Tun Abdul Razak amat besar kepada tanah air tercinta.

Begitu juga jasa Allahyarham terhadap perjuangan agama, bangsa dan negara selaku bekas Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi UMNO Kelantan.

Malaysia mengingati jasa Allahyarham
Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam bidang pendidikan dan sukan serta mengharumkan nama negara di peringkat antabangsa,

Sesungguhnya pemergian Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail merupakan satu kehilangan besar buat negara dan parti UMNO khususnya.

Saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka tabah dan sabar menghadapi kehilangan tersebut.

Saya mendoakan semoga roh Allahyarham Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang meninggal dunia di bulan yang mulia bulan Ramadan ditempatkan dalam kalangan yang soleh oleh Allah S.W.T.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

‎. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

‎امين