AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Mendapat perkhabaran yang mengejutkan saya dan seluruh keluarga turut berdukacita atas pemergian Allahyarhamah Datin Hajah Zubaidah Binti Haji Tahir iaitu ibunda tersayang kepada Yang Berhormat Dato Shahrul Yahya Adun Rungkup.

Allahyarhamah juga merupakan bekas Naib Ketua Wanita UMNO bahagian Bagan Datuk, jasa dan pengorbanan Allahyarhamah kepada parti terlalu besar. Semoga segala kebaikan dan ganjaran diberikan Allah SWT kepada Allahyarhamah.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah, rahmatilah, maafkanlah, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga Arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

AlFatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2121000664705166&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Rakyat saban hari ditekankan supaya menerap norma baharu dalam kehidupan.

Kata kerajaan, cara menguruskan kehidupan harian tidak boleh sama lagi.

Pandemik telah mengubah semua termasuk perhubungan dan pekerjaan.

Setiap perkara perlu mengambil kira tentang ancaman wabak Covid-19.

Tetapi tidak adil jika rakyat sahaja perlu menerap norma baharu.

Kerajaan perlu juga menerapkan norma baharu dalam pentadbiran.

Kena lihat kepada keperluan dan kesusaian semasa dalam setiap perkara.

Antaranya dalam menguruskan desakan petugas kesihatan kontrak.

Mereka ini barisan hadapan negara yang sangat penting ketika ini.

Dulu kita bukan dalam perang melawan pandemik.

Kini mereka amat diperlukan untuk berjuang di medan paling hadapan.

Jadi tuntutan mereka untuk diserap perlu dipertimbangkan sebaik mungkin.

Saya percaya setiap permasalahan ada penyelesaiannya.

Semoga pihak terlibat akhirnya dapat mencapai keputusan menang-menang.

Jika ini gagal diuruskan, malapetaka apa lagi agaknya bakal dihadapi negara?.

Wallahua'lam

#BarisanHadapan
#perwiranegara
#Terimakasih
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2120886421383257/

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Kita sokong penuh usaha meningkatkan vaksinasi kerana memang ini yang dituntut selama ini.

Namun kita percaya vaksinasi di Malaysia sepatutnya sudah lama mencapai "herd immunity".

Iaitu selepas hari pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula pada 24 Februari.

Iaitu dengan hanya mengambil kira 158,000 orang diberi suntikan sehari sejak 151 hari yang lalu.

Tetapi apakan daya sehingga hari ini cuma kira-kira 5 juta telah lengkap dua dos suntikan.

Manakala mereka yang baru menerima satu dos suntikan sekitar 11 juta.

Bagaimanapun kita sedikit lega dimaklumkan kini lebih 400,000 dos suntikan diberi sehari.

Iaitu selepas lebih 8,200 nyawa rakyat yang tidak bersalah terkorban akibat Covid-19.

Dan petugas kesihatan kian terbeban untuk mencapai suntikan yang tinggi setiap sehari.

Kita faham mereka mahu rakyat "happy" dengan angka-angka suntikan harian vaksin yang tinggi ketika ini.

Tetapi dalam masa sama kita kurang "happy" dengan kes jangkitan pernah mencecah lebih 17,000 kes sehari.

Keseluruhan kes jangkitan Covid-19 direkodkan di Malaysia sejak tahun lalu sudah lebih 1 juta.

Entah mengapa kadar jangkitan meningkat seiring dengan peningkatan kadar vaksinasi.

Ini bermaksud sementara menunggu ketibaan "herd immunity" masih ada nyawa berisiko terkorban.

Sepatutnya kita mengamalkan pendekatan serampang dua mata bagi melindungi rakyat.

Kadar vaksinasi dipertingkat dan dalam masa sama usaha kurangkan kadar jangkitan diperhebat.

#lindungirakyat
#vaksinasi
#herdimmunity

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2121252151346684/

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Rumusannya mudah sahaja.

Semalam Menteri Kewangan akhirnya mengaku lebih 50% kluster tempat kerja melibatkan subkategori pengilangan.

Kluster itu direkodkan sejak "total lockdown" suam-suam kuku atau separuh masak berkuatkuasa bermula 1 Jun 2021.

Atau lebih tepat sebanyak 373 daripada 753 kluster tempat kerja yang direkodkan di Malaysia sehingga 23 Julai 2021.

Menteri Kewangan malah mengaku kluster tempat kerja mencatat kluster jangkitan Covid-19 tertinggi dalam tempoh tersebut.

Membabitkan hampir 60,000 kes jangkitan wabak Covid-19.

Menteri bertanggungjawab beri 'lesen' kepada kilang beroperasi sepanjang "total lockdown" jadi panas telinga.

Mana boleh tahan beliau seorang saja kena di Parlimen agaknya. Lalu Menteri berkait 'lesen' operasi 'petik' sama kawan-kawan lain.

Beliau kata keputusan benarkan kilang-kilang beroperasi semasa 'total lockdown' bukan keputusan beliau seorang.

Keputusan benarkan kilang-kilang beroperasi dibuat secara kolektif dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bukankah Mesyuarat MKN dipengerusikan oleh Perdana Menteri? Perdana Menteri pun kena 'petik' gamaknya.

Begitulah keadaannya. Mereka boleh tunding sana sini, tetapi 60,000 yang dijangkiti itu sudahpun dijangkiti.

Jika mereka ikut saranan kita ketika itu supaya dilaksanakan "total lockdown" yang benar-benar total, mungkin keadaan tidak seteruk itu.

Bukan untuk selama-lamanya. Hanya sehingga kita berjaya mengasingkan dan merawat mereka yang dijangkiti sekali gus menurunkan kadar jangkitan.

Namun inilah antara sebab mengapa kita desak supaya Parlimen bersidang. Supaya kita tahu fakta sebenar.

#KlusterTempatKerja
#kilang
#parlimen
#umnobersamarakyat


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2121603927978173&id=188294724642446


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Laporan media menyebut sebelum hartal berlangsung ada doktor kontrak telah diugut dan sebagainya.

Adakah jika kerajaan berkonfrontasi dengan para doktor tidak menguntungkan rakyat dan negara?.

Kerajaan seelok berkompromi dan cuba mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya.

Lebih-lebih lagi para doktor kita dalam kepenatan dan tekanan melindungi nyawa rakyat.

Ramai juga doktor kontrak dikatakan mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu.

Beberapa minit sahaja mereka keluar beramai-ramai dari fasiliti kesihatan tempat mereka bekerja.

Sebagai tanda bantahan tuntutan mereka diserapkan ke jawatan tetap tidak dipeduli kerajaan.

Dan kembali semula menjalankan amanah serta tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Maka ia bukanlah satu mogok dalam erti kata sebenar.

Mungkin cuma mahu menyampaikan mesej yang cukup besar.

Bagaimanapun saya juga berharap Hartal Doktor Kontrak ini sekali sahaja sudah mencukupi.

Mesej para doktor kontrak sudah jelas. Seluruh negara telah tahu tentang dilema mereka ketika ini.

Mereka cuma mahukan jaminan dalam keadaan pandemik dan norma baharu yang luar biasa.

#doktorkontrak
#barisanhadapan
#Hartal

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2121786921293207&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
UMNO tidak tahu pun Ordinan Darurat sudah dibatalkan sejak 21 Julai 2021.

Walau dalam keadaan ada segelintir Ahli Parlimen dari UMNO sertai Kerajaan Persekutuan.

Ini antara bukti mengapa UMNO tidak boleh dikait dengan kegagalan Kerajaan Persekutuan.

Ia kerana Ahli Parlimen dari UMNO terbabit bekerja untuk Kerajaan Persekutuan bernama PN.

Bukan lagi Kerajaan Persekutuan bernama BN yang tewas PRU14 angkara fitnah.

Ini ibarat sukan apabila pemain pasukan A diimport dan dibayar bermain untuk pasukan B.

Jika pasukan B gagal adakah pasukan A juga perlu dipersalahkan?

Ini dua organisasi yang berbeza. Pengurusan berbeza. Cara dan falsafahnya juga berbeza.

#umnobersamarakyat
#umnotetapumno

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2122430297895536&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Mungkin ada kurang faham apa yang kecoh-kecoh di Parlimen berhubung pembatalan Ordinan Darurat.

Ceritanya mudah sahaja.

Hari pertama persidangan, kerajaan tiba-tiba umum Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai lalu.

Iaitu beberapa hari sebelum persidangan khas Parlimen mengambil tempat bermula 26 Julai 2021.

Tiada "perutusan" dalam TV atau pengumuman dibuat kepada rakyat mengenainya sebelum ini.

Bermaksud dalam tempoh beberapa hari lalu aspek perundangan negara dalam kedudukan caca marba.

Benar kita tuntut Ordinan Darurat yang memberi kuasa melampau kepada kerajaan sehingga melemahkan demokrasi dibatalkan.

Tetapi ia wajib dilakukan secara "proper", berdasarkan Perlembagaan, mengikut lunas undang-undang, semangat dan falsafah demokrasi.

Pembatalan secara senyap-senyap itu mengejutkan ramai pihak kerana tidak dilakukan mengikut Perlembagaan.

Tan Sri Noh Omar yang menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat juga membayangkan beliau tidak tahu tentang pembatalan itu.

Lebih mengelirukan pembatalan Ordinan itu masih belum diwartakan di Warta Persekutuan, tetapi pengumuman telah dibuat kerajaan.

Selain itu ramai berpandangan kerajaan tiada kuasa membatalkan Ordinan Darurat begitu sahaja termasuk pengamal perundangan dan ahli akademik.

Mereka berpendapat hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai prerogatif untuk membatalkannya selepas Ordinan Darurat itu dibentang di hadapan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ia juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dibahaskan di Dewan Rakyat.

Justeru, Ahli Parlimen minta kerajaan jelaskan di Dewan Rakyat sama ada pembatalan Ordinan Darurat tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Tetapi Menteri kata beliau cuma boleh jawab pada hari Isnin. Menteri 'petik' Yang Dipertua Dewan Rakyat yang beri petua suruh begitu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat pula 'petik' aturan mesyuarat. Beliau kata hari Isnin adalah disebabkan aturan mesyuarat. Maka kecohlah jadinya kerana menteri dan Speaker kelihatan berdolak dalik.

Benda "simple" susah nak jawab semacam ada muslihat.

#KepercayaanKepadaTuhan
#KesetiaanKepadaRajaDanNegara
#KeluhuranPerlembagaan
#KedaulatanUndangUndang
#kesopanandankesusilaan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2122589877879578&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Persekutuan majikan kata lebih 100,000 perniagaan telah menghentikan operasi.

Jumlah itu adalah anggaran sejak tahun lepas sehingga sekarang.

Sekaligus membayangkan ramai rakyat yang telah kehilangan pekerjaan.

Majikan hilang pendapatan, pekerja hilang gaji. Apalah nasib mereka ketika ini?

Namun kenyataan yang selalu kita dengar dari kerajaan baik molek belaka.

Persekutuan Majikan Malaysia minta lebih banyak sektor ekonomi dibenar beroperasi.

Bagi mengelak lebih banyak perniagaan gulung tikar dan ramai gulung tikar.

Inilah dilema terpaksa ditangung rakyat disebabkan kegagalan kerajaan.

Serba salah jadinya. Jikalah kerajaan ikut saranan kita sebelum ini.

Buat "total lockdown" yang benar-benar "total" mungkin dilema ini dapat dielakkan.

Seperti saya pernah sebut bukanlah untuk selama-lamanya.

Hanya sehingga kita berjaya asing dan rawat mereka yang dijangkiti.

Dan kita bantu hidup rakyat. Tetapi apakan daya kegagalan telah tercipta.

Saya doakan semua yang terjejas selamat mengharungi kesukaran ini.

InsyaAllah kita bersama-sama perbaiki keadaan ini apabila tiba masanya.

#COVID19
#Perniagaan
#gulungtikar

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2122700197868546&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi