Affendi VIP Update
125 members
56 photos
16 videos
3 files
80 links
Info Kewangan + Pelaburan Hartanah yang korang tak dapat di tempat lain. Dari anak muda untuk anak muda.

WHATSAPP: http://affendi.wasap.my
Download Telegram
to view and join the conversation
2 ILMU PENTING ANAK MUDA
#tips

1. Masa mula2 dulu, aku slalu sharing pasal hartanah dan isu teknikal yang penting pd klien.📝

2. Tambahan aku pun baru setahun jagung dlm industri. Lama2 aku perasan, ada lagi satu ilmu yg sama pentingnya, iaitu ilmu kewangan.💰

3. Takde salah satu ilmu ni, akan mengundang kesilapan seumur hidup dan sepanjang tempoh loan rumah tu. Aku berikan contoh; 🧮

4. Sekiranya kte hanya pandai ILMU KEWANGAN shj. Contoh; cashflow, saving, capital, revenue dll. Tapi ilmu hartanah xde, kte boleh tersalah beli hartanah di lokasi tah pape. Maka hilanglah segala bagai saving tadi, aku ada contoh klien cmni. 🧐

5. Sekiranya kte hanya pandai ILMU HARTANAH shj. Contoh; leashold, freehold, apartmen/condo, location dll. Tapi ilmu kewangan xde, kte boleh tersalah kira kos dan rumah disangka pelaburan, rupanya azab. Aku pn ada klien cmni.😰

6. Apabila 2 ILMU ni balance, insyallah jalan die lancar je untuk miliki rumah pelaburan. Malahan boleh dapat lebih dari 2.💃

7. Ramai anak muda beranggapan, gaji kena tinggi utk miliki banyak rumah, termasuk aku. Walhal ada klien aku umur 25 dgn 4 biji rumah, gaji bawah RM3K. Semua positif cashflow. 🐣

8. Dan ini kisah benar, kisah terkini. Bkn strategi zaman 10 tahun lepas. Bkn strategi multisub, bkn marketing hype lebih. 🎉

9. Pada aku, mereka kerja keras untuk tingkatkan ILMU #KEWANGAN & #HARTANAH. Ya, aku pun belajar dari klien sendiri cara mereka berjaya.

TQ, Affendi
http://t.me/affendi50
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pesanan Khidmat Masyarakat. Rancang awal. Sekiranya perlukan bantuan, boleh hubungi 0326167766 t.me/affendi50
3PM, 29 Julai 2020 ada Pengumuman Lanjutan Moratorium. Koramg setuju Moratorium dilanjutkan?
Anonymous Poll
83%
Setuju
17%
X Setuju
RUMUSAN PENGUMUMAN MORATORIUM & BANTUAN BANK #info

1. Pengumuman telah dibuat dan nampaknya kerajaan betul prihatin tentang nasib yang dialami peminjam, dan kali ni lebih targeted kepada yang terkesan.

2. Untuk yang hilang pekerjaan dan masih belum dapat kerja baru: Moratorium disambung sampai akhir tahun. So, dari sekarang ada dalam 5 bulan lagi utk cari kerja.

3. Untuk yang masih ada kerja tapi gaji kena potong: Bayaran balik dikurangkan sama kadar dengan gaji bagi tempoh 6 bulan.

4. SME dan bekerja sendiri: Boleh apply untuk bayar faedah saje, memanjangkan tempoh bayaran untuk kurangkan komitmen bulanan atau memberi pelepasan sampai kewangan stabil

5. Announcement telah dibuat, perincian saje belum ada. Kte tunggu lah bank masing2 announce ya.

TQ, Affendi
http://t.me/affendi50
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selamat Hari Raya Qurban diucapkan pada subscriber yang meraikan. Jaga jarak. Be safe ♥️
Home Ownership Campaign 2020 (HOC)

HOC pertama kali diperkenalkan melalui bajet 2019, dah tamat pun pada Dec 2019. Disebabkan pandermik Covid19, HOC diperkenalkan semula oleh kerajaan pd Jun 2020. #info

Jadi, apa yg ada pada HOC 2019? Ada yg ambil peluang pada masa tu?
1. Pengecualian duti setem untuk rumah beharga sehingga RM1 Mil.
2. Untuk amaun lebih 1Mil sehingga 2.5Mil, ada diskaun.
3. Apa2 fi untuk dapatkan loan dikecualikan untuk value rumah sehingga 2.5Mil. Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Pinjaman dan Fi Lawyer
4. Diskaun 10% dari value rumah.

Apa pula yg menarik untuk HOC 2020?
1. Tiada Duti Stem MOT Perjanjian Jual Beli dan Duti Stem Perjanjian Pinjaman.
2. Pengecualian RPGT untuk 3 rumah pertama atas nama individu. Bukan atas nama syarikat dan foreigner. Jun 2020-Dis 2021
3. Untuk hartanah ke-3 beharga RM600K keatas, boleh dapatkan 90% loan.

TQ, Affendi
http://t.me/affendi50
PROFESSIONAL AKAN BERTANYA SOALAN
#tips

1. Pada mereka yang biasa deal dgn ejen hartanah dan bertanyakan tentang hartanah sewa/jual-beli, mesti perasan banyak soalan dari ejen hartanah ditanya pada mereka.

2. Jika YA, bermakna ejen hartanah anda memang PRO. Tapi kadang2 soalan dah banyak ditanya, tapi solusi tak dapat2 pun. Hehe.

3. Antara sebab utama soalan banyak ditanya adalah sebab nak fahamkan konteks, supaya masalah klien boleh ditolong dengan lebih tepat dan smooth.

"Lebih Elegan dengan cara itu (bertanya soalan dan kemudian suggest)", kata Jordan Belfort, Wolf of the Wallstreet

4. Dan apa sebab tak dapat solusi on the spot? Biasanya sbb kte takde rumah yang dicari dan perlukan masa untuk mencari, atau memang kte bukan ejen yg betul untuk bantu.

5. Cuba bayangkan, bila kte jumpa professional seperti Doktor di klinik, mereka akan bertanya soalan berkenaan apa yg kita sakit. Sekiranya xdapat bantu, die akan suggest kte jumpa pakar.

6. Bukan semua doktor, pakar semua perkara. Betul tak? Ada pakar telinga, pakar mata, pakar sakit puan, pakar kanser dll.

7. Begitu juga professional seperti ejen hartanah, agak mustahil kami tahu semua dan boleh cover semua lokasi. Soalan ditanya awal2 agar proses kemudian menjadi lebih clear.

8. Jadi, boleh cuba cari pakar hartanah yang boleh bantu dengan masalah yang dihadapi.

Aku? Ejen hartanah fokus pada pelaburan anak muda. Lokasi Shah Alam dan berdekatan. Janji ada Cashflow/Capital Gain

, Affendi
http://t.me/affendi50
SAHAM SEBAGAI PLATFORM
#tips

1. Tak dinafikan kebelakangan ni aku lihat ramai dikalangan rakan sebaya aku cuba belajar melabur saham. Dan ada yg berjaya, alhamdulillah.

2. Saham merupakan pelaburan yang boleh MENGUBAH HIDUP seseorang, sama seperti pelaburan hartanah. Jadi, pelaburan ini aku sebut sebagai pelaburan "NEXT LEVEL".

3. Mungkin akan ada yang bertanya, "Bagaimana dgn pelaburan ASBF, Emas, Tabung Haji, Unit trust dan lain2?". Pelaburan2 ni semua bagus, dan boleh dijadikan Batu Loncatan untuk ke pelaburan NEXT LEVEL iaitu Saham dan Hartanah.

4. Maksud boleh "Mengubah Hidup" ialah dari miskin boleh jadi jutawan, dari jutawan ke Billionaire. Dari tak kena kejar LHDN, boleh sampai kena kejar setiap tahun. Duit pun terlebih sampai terpaksa menderma selalu.

5. Saham merupakan sesuatu yang aku terbuka untuk explore bila berkesempatan di masa hadapan dan aku encourage anak muda untuk explore dan jadikan tools korang kearah Financial Freedom.

♥️,Affendi
http://t.me/affendi50
"Takde Duit, takde duit, takde duit" #tips

1. Duit merupakan perkara utama yang anak muda akan suarakan bila di sua informasi tentang pelaburan.

2. Tak payah citer pelaburan saje, perlindungan seperti takaful, join kelas dan beli buku ilmu pun boleh jadikan "Takde Duit" sebagai alasan.

3. Bila kita kata, kita takde duit dan modal seperti orang lain. Cuba cek balik, kemana duit setiap bulan kita belanja kan?

4. Berapa banyak kita ketepikan untuk pelaburan, perlindungan dan masa depan? Ada simpan rekod perbelanjaan?

5. Tengahari tadi, kita bawa bekal ke ofis atau makan kat kedai?

6. Henpon yang kita pakai tu, adakah keperluan atau kehendak semata? Berapa bayar sebulan?

7. Berapa banyak usaha kita untuk mengubah hidup kita?

8. Hidup ini penuh dengan pilihan, dunia ini luas untuk kita jelajah. Ilmu pun banyak untuk kita tuntut.

9. Sekiranya kita ada masalah, cari solusi dengan ILMU. Maka jangan pernah jemu tuntut ilmu sehingga kte tua.

10. Sekiranya kita dilahirkan marhaen, perlu ke kita terima sahaja nasib kita marhaen? Sedangkan tanpa sedar kita cuai dengan keputusan kewangan kita.

11. Satu benda yang anak muda kena ingat, kita masih punyai MASA dan juga TENAGA. Korang boleh laburkan masa dan tenaga untuk dapatkan DUIT Lebih.

12. Tetapkan PRIORITY (Keutamaan) dan laburlah Duit itu dengan baik. Jangan sia-siakan.

Ayuh Anak Muda!
♥️, Affendi
http://t.me/affendi50
iSharefans Legit? Scam?
#info

Assalam/Hi,

1. Kebelakangan ni nampak ramai juga promote join iSharefans hanya dgn buat kerja share2 shj.

2. Income sehari ada yg Flex mereka dapat beratus ringgit, ada yg share lifestyle mewah untuk tarik org join.

3. Tak kurang juga ada yg mengaku boleh letak deposit Rumah dan Kereta.

4. Aku ada terbaca di Blog/Socmed, pendedahan website mereka baru je di register OGOS 2020 lepas. OK part ni meragukan untuk aku secara peribadi.

5. Ogos>November, dah boleh booking rumah dan kereta? Dashat dan extreme juga ya.

Apa pendapat korang?

❤️, Affendi
http://t.me/affendi50
iSharefans Legit?
Anonymous Poll
11%
Yes
46%
No
43%
Wait & See 👀