Adzlan Yusuf
195 members
16 photos
8 links
Download Telegram
to view and join the conversation
Harga emas melonjak NAIK dengan mendadak hari ini. Jika harga emas kekal sekitar 1382/oz (rujuk gambar) selepas jam 12 malam, harga GAP dijangka akan berubah kepada RM195/gram esok (harga semasa RM191/gram).

Dalam masa kurang 3 jam lagi banyak berita yang akan terus mempengaruhi harga emas untuk terus naik atau sebaliknya.

Sekadar info mesra buat rakan-rakan yang telah memiliki akaun GAP, boleh top-up sebelum masuk tidur.

Selamat malam🌙
“Bila masa terbaik beli emas?”

Nak dijadikan cerita, seorang brader ni dah PM saya tanya tentang emas sejak 2011. Biasanya setiap kali harga emas naik, dia akan pesan pada saya supaya bagitahu jika harga emas turun sebab nak borong, katanya. Ehemm...

Bila harga emas turun, saya pernah beberapa kali PM brader ni namun diam seribu bahasa. Sehingga Jun 2019, brader ni tak pernah beli 1 gram pun (tapi semalam dia muncul semula).

Sebenarnya brader kita ni masih tak faham kenapa dia nak beli emas? Mungkin mitos labur RM100 lepas seminggu boleh jadi RM1,000 masih terbayang difikirannya.

Ada banyak sebab kenapa orang ramai beli emas, begitu juga dengan saya. Setiap orang pasti ada sebab dan alasan tersendiri.

Trend kenaikan harga emas pada 2010 - 2012 merupakan salah satu daya tarikan utama pada saya. Bila harga cepat naik, maksudnya boleh cepat buat untung. Ini logik, jadi saya beli emas untuk UNTUNG pada waktu tersebut!

Namun selepas harga emas jatuh tergolek pada 2014, saya belajar banyak perkara. Keuntungan pada emas bukan pada kenaikan harga semata-mata. Saya kongsikan TIGA kelebihan simpan emas:

(1) FORGOTTEN SAVING - Emas sebagai simpanan untuk dilupakan. Simpan emas adalah cara yang sangat berkesan merawat masalah “poket bocor” dimana saya kerap menggunakan wang tunai kepada perkara yang kurang penting.

Selepas duit kertas ditukar kepada emas, saya rasa sayang “nak jual” dan masih disimpan, bermaksud emas (aset) kekal dan masih selamat.

(2) NILAI JANGKA PANJANG TERJAMIN - Bila saya faham teori "1 dinar bersamaan 1 ekor kambing", saya tak perlu risau lagi tentang inflasi, kejatuhan ringgit dan apa sahaja bencana ekonomi dan politik.

Emas nilai jangka panjangnya lebih terjamin berbanding simpan duit di bank. 1 dinar terbukti mampu beli seekor kambing sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang. Kuasa belinya boleh dikatakan "kekal".

(3) KEKAYAAN DI TANGAN SENDIRI - Bila memiliki emas, kita tidak terikat dengan sesiapa dan 100% di dalam kawalan kita. Emas dikatakan satu-satunya aset kewangan yang TIADA DALAM SISTEM KEWANGAN dan nilainya berdiri dengan sendiri.

Tiada sesiapa yang boleh merampas dan membekukan kekayaan itu hatta kalau jatuh bankrup pun, ia masih milik kita. Kalau duit kertas, nilainya terletak pada jaminan dan kekukuhan kerajaan. Pada bila-bila masa nilainya boleh hilang begitu sahaja.

Emas bukanlah EVERYTHING, tetapi ia adalah SOMETHING yang kita perlu pertimbangkan untuk dimasukkan dalam portfolio kewangan kita sebagaimana pesan Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan), at least 10% kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas.
Perbezaan Penyimpan Dan Pelabur Emas

Penyimpan - Fokus menambahkan gram emas untuk simpanan jangka masa panjang dan memiliki target. Sebagai contoh menjadikan emas sebagai simpanan untuk menunaikan haji dan kos pendidikan anak-anak.

Kaedah yang mudah, murah dan patuh syariah untuk membuat simpanan emas adalah melalui Gold Accumulation Program (GAP).

Pelabur - Mendapatkan keuntungan berdasarkan turun naik harga emas. Sebagai contoh jika sebelum ini membuat belian emas 100 gram pada harga RM17,000 dan berjaya menjual semula pada RM20,000 KEUNTUNGAN adalah sebanyak RM3,000.

Jika beli 1 kilogram pada harga yang sama, profit keseluruhan adalah sekitar RM30,000 (tempoh 8 bulan).

Kalau baru mula simpan emas, fokus untuk capai 100 gram yang pertama dulu. Jangan risau dengan turun naik harga sebab tidak banyak perbezaan (untung atau rugi) bagi belian kurang 10 gram.
Rabu lepas, 1 kilogram GAP dijual pada harga RM202,000. Jadi bila nampak harga GAP RM154,000/kilogram (rujuk resit tahun 2015) ada yang cakap dulu harga emas MURAH.

Kalau nak rasa beli emas harga MURAH, beli sekarang. Lepas 5 tahun bandingkan dengan harga yang kita pernah beli dulu dan harga terkini.

Berdasarkan pengalaman sendiri, beli emas Public Gold sejak 2011.
BELI EMAS 1 GRAM BILA BOLEH DAPAT UNTUNG?

Jawapan: Ada banyak versi jawapan untuk soalan popular diatas, tapi kali ini saya ringkaskan dengan jawapan MUDAH faham:

1. Jika anda membuat belian emas 1 gram pada harga RM140 dan ingin menjual semula pada kenaikan RM200 keuntungan adalah RM60 (contoh tanpa rujuk spread).

2. Sekiranya kenaikan harga berlaku selepas 6 bulan, itu adalah tempoh menunggu bagi mendapatkan keuntungan RM60.

3. Berbeza sekiranya anda membuat belian sebanyak 100 gram, jumlah keuntungan adalah RM6,000.

4. Situasi ini adalah sama sekiranya ketika tahun 2000 anda hanya membuat belian 1 gram pada harga RM30. Jumlah keuntungan pada tahun 2019 adalah RM170 sahaja (tempoh menunggu hampir 19 tahun).

5. Namun sangat berbeza jika memiliki 100 gram dimana jumlah keuntungan jualan semula adalah RM17,000.

6. Sebab itu siapa yang konsisten menyimpan emas #1gram1bulan akan mendapat keuntungan dalam tempoh jangka masa panjang.

7. Kalau nak beli emas hari ini dan berhasrat jual semula dalam tempoh singkat disebut "buy low sell high". Sebelum buat "buy low sell high" wajib lengkapkan diri dengan ILMU analisis teknikal dan sudah pasti bukan dengan belian 1 gram.

8. MULA dulu langkah pertama dengan belian emas 1 gram sebagai “benchmark” harga. BUKAN dengan menunggu harga kembali jatuh RM109/gram.

Itu luar biasa mustahil bossku!
Harga Emas Terus Naik!

Sejak Gold Accumulation Program (GAP) diperkenalkan, RM207/gram adalah harga tertinggi. Bila harga emas melonjak naik seperti sekarang ramai dalam dilema, nak jual atau beli?

Soalan saya, beli emas untuk simpanan atau pelaburan?

Penyimpan emas tidak perlu terlalu risau tentang kenaikan dan penurunan harga. Rujuk semula rekod harga emas (jangka masa panjang) masih kekal dalam posisi menaik. Fokus pada penambahan gram emas terlebih dahulu.

Jika anda berstatus pelabur dan pernah membuat belian emas pada harga; RM110/gram, RM130/gram dan RM170/gram inilah masanya!

Jual semula untuk mendapatkan profit. Sebagai contoh sebelum ini anda pernah membuat belian 1kg emas pada harga RM150,000. Sekiranya jual semula hari ini pada harga RM192,730 (profit sekitar RM42,730).
RUGI BELI EMAS!

Yerrr...

Rugi beli emas kata sahabat saya tadi dan dia menyesal dulu tak tapau 5 kilogram.

Kisah dulu-dulu lagi (rujuk gambar) saya pernah beli 250 gram pada harga 33k. Malam ni dah melonjak naik jadi 52k.

Betul, rugi kalau beli emas sikit sangat dulu!
TIADA JAMINAN “GERENTI” UNTUNG

Saya mulakan projek Public Gold Sabah pada tahun 2011 dan berkenalan dengan bermacam ragam jenis pembeli emas.

Ada yang seronok bila harga emas jatuh, ada yang sedih dan ada yang terus putus cinta pada emas.

Sekarang harga emas melonjak naik, sudah pasti ini berita gembira kepada pembeli sebelum ini.

Tahniah sebab berjaya mendapat profit dari emas!

Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, ada ramai sebab orang beli emas; mungkin untuk tujuan simpanan aset, simpanan pendidikan, elak duit bocor, tabungan menunaikan haji, pelaburan jangka masa panjang, perniagaan dan banyak lagi.

Ketika harga emas bergerak laju ada yang menggunakan teknik “buy low sell high”. Jarang saya kongsikan teknik ini pada seminar percuma walaupun memang benar boleh menghasilkan profit.

Teknik ini sedikit berisiko jika tidak memiliki ilmu analisis teknikal dan fundamental.

Sebagai contoh pembeli pernah membuat belian 100 gram emas, November 2018 pada harga RM17,000 dan berjaya menjual semula pada harga semasa (untung kasar sekitar RM4,200).

Bagaimana jika harga emas turun?

Pembeli boleh mendapat kerugian jika menjual semula pada harga lebih rendah dari (harga belian sebelum ini). Sebab itu selalu saya nasihatkan beli emas guna duit lebihan BUKAN duit kecemasan.

Kalau belum pernah beli emas jangan gopoh, MULA dulu dengan belian 1 atau 2 gram. Selagi tak mula, selagi itu tiada “benchmark” harga untuk dibandingkan pada masa depan!
Sekarang Public Gold ada buat promosi beli emas secara ansuran selama 10 bulan melalui kaedah Syariah Easy Payment Purchase (SEPP).

Jika beli 1 Dinar (4.25 gram) bayaran bulanan hanya RM90 sahaja!

Pertanyaan lanjut wasap.my/60168615184
Ramai yang dulu tak berminat langsung pada emas tapi sekarang dah mula beli emas. Walaupun lambat jatuh cinta, atleast ada tindakan.

Saya nak ucapkan TAHNIAH!

Betul harga emas tengah NAIK dan semua pun nak untung cepat. Namun perlu berhati-hati supaya tidak mudah tertipu.

Saya terima soalan tentang emas setiap hari dan saya nasihatkan JANGAN BELI EMAS, jika:

1. “Berfantasi” esok harga emas naik 100k/gram. Belajar dulu step by step, bukan mengharapkan harga emas naik sekelip mata.

2. Beli jenama yang mempunyai reputasi tinggi seperi Public Gold. Jenama Public Gold dijual secara meluas, boleh dibeli di POS Ar-Rahnu dan sangat mudah dipajakkan di institusi Ar-Rahnu seluruh Malaysia.

**Jangan nanti tak boleh tidur malam sebab risau emas yang dibeli bukan emas tulen.

3. Sebelum beli emas, tanya dulu berapa spread. Boleh baca artikel lama saya mengenai spread:
http://www.kerajaanemas.com/2012/05/apa-itu-spread.html?m=1

4. Jangan beli emas melalui individu yang tidak dikenali dan menawarkan “pulangan” pelaburan bulanan yang tidak masuk akal. Sekarang dari facebook pun kita boleh tahu individu tersebut boleh dipercayai atau tidak.

5. Jangan mudah terpedaya kepada individu yang menawarkan harga emas pada harga luar biasa murah dari pasaran. Apatah lagi jika tawaran tersebut hanya melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.
PELABURAN SILVER

1. Sebelum melabur dalam silver pastikan anda telah memiliki simpanan emas fizikal terlebih dahulu.

2. Pada tahun 2011 harga emas melonjak 35% tetapi silver NAIK melebihi 100%.

3. Potensi harga silver naik lebih tinggi disebabkan permintaan oleh industri sedangkan pengeluaran silver dari lombong semakin berkurangan.

4. Harga semasa silver juga sangat rendah “undervalue” jika dibandingkan dengan emas 1:80.

5. Walaupun silver boleh dibeli pada harga murah, pastikan pilih jenama yang betul. Setakat ini di Malaysia, hanya Public Gold menerima jualan semula silver tanpa syarat-syarat yang menyusahkan pelanggan. Tidak seperti emas fizikal yang dengan mudah boleh dijual semula di seluruh dunia!

6. Silver tidak mudah dipajakkan seperti emas. Setakat info yang saya tahu, hanya Ar-Rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE) yang menerima silver untuk pajakan.

7. Kadar spread silver juga agak tinggi bermula 12-15%. Namun berhati-hati untuk silver jenama X, boleh jadi silver tersebut tidak laku untuk jualan semula walaupun kepada pengeluarnya sendiri.

8. Saya beli silver atau tidak? Sudah tentu jawapan YA. Saya letakkan emas 80% dan silver 20%.

9. Nak beli silver, pastikan pilih jenama yang betul. Melalui Silver Accumulation Program (SAP), simpanan silver boleh dimulakan dengan RM100 sahaja.

10. Selain menawarkan harga terbaik, belian melalui SAP juga telah disahkan patuh syariah. Sebab itu pembeli silver jenama Public Gold sentiasa berada dalam “peace of mind”.