Ads Hero Tribe
6.92K subscribers
85 photos
16 videos
5 files
114 links
Syed Gaddafi (Facebook Blueprint Certified) - Tips & Tricks Social Media Advertising/Business/Motivation.
Download Telegram
Marketing Bermula Bila Branding Berakhir [Bahagian 3]​


Pilih personaliti dan apa yang kita nak sampaikan.​
.​
Lepas tanya kenapa kita buat apa yang kita buat. (WHY)​
.​
Tanya pulak apa brand kita sebenarnya ? (WHAT)​
.​
Cara ni akan bantu untuk bentuk brand kita supaya kita gabungkan keseluruhan idea, nilai dan mesej kita.​
.​
.​
Soalan untuk korang jawab dekat tahap ini:​

1 - Apa jenis pembawakan saya nak guna untuk brand saya ?​
2 - Macam mana saya nak orang tengok saya - adakah nak nampak macam santai, sempoi / korporat / formal / lain-lain ?​
3 - Boleh ke saya sendiri kekal jujur dengan identiti ni selama brand ni wujud ?​


Soalan 3 ni jadi KUNCI untuk audience lihat identiti brand kita yang stable dan konsisten.​



#MikailNadzri
#AdsHero
Marketing Bermula Bila Branding Berakhir [Bahagian 4]​
.​
.​
Gariskan nilai kita​
.​
Bila kita berhenti tanya diri kita apa diri kita, sekarang masa untuk tanya diri kita siapa kita ? (WHO)​
.​
Nilai yang kita dapat daripada step sebelum ni (bahagian 3) akan definisikan diri kita sebagai sebuah brand.​
.​
Definisi yang baik, kukuhkan branding dan bagi nilai akan tolong kita untuk jadi konsisten dan juga sebagai prinsip syarikat.​
.​
.​
Definisikan Budaya ​
.​
Integriti kita sebagai syarikat sangat bergantung pada budaya yang kita bawa dalam bisnes kita. ​
.​
Pekerja yang gembira akan jadi produktif, bersemangat, dan jadi team player yang baik kuatkan lagi bisnes kita.​
.​
Sebab tu penting untuk tentukan jenis budaya yang kita nak bawa dalam syarikat.​
.​
.​
Fakta:​
.​
Budaya dalam Google sangat terkenal dengan menggalakkan kreativiti dan inovasi dengan bagi pekerja diorang masa dan sumber untuk teroka benda baru.​
.​
Hasil polisi 80/20 ialah Google Glass dan Android. (80% hasil kerja adalah daripada 20% usaha)​
.​
Walaupun Google dah tak buat polisi ni, engineer diorang masih digalakkan untuk untuk buat projek tepi, membolehkan diorang berinovasi.​
.​
Kita boleh nampak macam mana budaya inovatif tu masih berjalan walaupun polisi 80/20 dah tiada.​
.​
Inilah penangan budaya. Gariskan nilai kita.​
.​
Bila kita berhenti tanya diri kita apa diri kita, Sekarang masa untuk tanya diri kita siapa kita ?​



#MikailNadzri
#AdsHero
Branding Bermula Bila Marketing Berakhir ​
[Bahagian 5: Terakhir!]​


𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗧𝗮𝗿𝗴𝗲𝘁 𝗔𝘂𝗱𝗶𝗲𝗻𝗰𝗲​

Sekarang kita kena tentukan macam mana nak naikkan brand awareness. ​
.​
Rancang strategi komunikasi kita :​

- Misi Syarikat Kita - point-point Misi ni boleh ambil dari tujuan kita​

- Faedah prospek kita akan dapat daripada bisnes (Bahagian 2)​

- Platform yang kita pilih dan media yang sesuai untuk setiap penyampaian kita.​

- Call To Action - apa matlamat kita ada, macam mana rancangan kita untuk tarik minat sasaran kita.​
.​
.​
Branding tak sama macam marketing tetapi adalah teras strategi marketing kita.​
.​
Untuk bina bisnes yang effektif, kita perlu ketulenan / originality.​
.​
Barulah berjaya buat sasaran kita kenal personaliti dan nilai brand kita.​
.​
Paling PENTING, Branding ni bukan hanya ​ buat sekali masa awal-awal mula bisnes kita je.​
.​
Perkara ni usaha berterusan yang ada sepanjang perjalanan bisnes kita.​
.​
Last sekali, kita kena dan wajib jadi duta untuk brand kita sendiri, baru orang akan lebih percaya.​
.​
.​
Itulah serba sedikit mengenai BRANDING.​
.​
.​
Sekian​
.​
Semoga bermanfaat.​


#MikailNadzri
#AdsHero
Apa Tu Pelan Marketing ? Macam Mana Nak Tulis ? [Bahagian 1]​
.​
.​
.​
Pelan marketing ->>> Satu roadmap yang strategik digunakan ​ dalam bisnes untuk susun, melaksanakan, dan mengesan strategi pemasaran kita dalam jangka masa tertentu.​
.​
.​
Tujuan ->> untuk tulis tektik dan strategi secara tersusun​
.​
Baru boleh tengok perkembangan dan ukur kejayaan kempen kita.​
.​
.​
Lebih senang untuk kita tengok satu-satu -​
1) Misi​
2) Personaliti pembeli (ciri-ciri)​
3) Belanjawan ​
4) Tektik​
5) Penyampaian​
.​
.​
Jenis-Jenis Pelan Marketing​
.​
1) Pelan Marketing Suku Tahunan atau Tahunan: ​
Pelan ni fokus kepada strategi atau kempen promosi yang akan kita buat untuk setiap tahun atau suku tahun​

2) Pelan Marketing Berbayar: ​
Pelan ni fokus kepada strategi promosi berbayar seperti promosi guna media sosial dan google ads​

3) Pelan Marketing Content : Pelan ni fokus kepada strategi, tektik, dan kempen menghaslkan content untuk mempromosikan bisnes atau produk kita​

5) Pelan Marketing Pelancaran Produk Baru: Rancangan ini akan jadi blueprint untuk strategi dan tektik yang akan kita buat untuk promosi produk baru​
.​
.​
.​
#MikailNadzri
#AdsHero
Apa tu Pelan Marketing ? macam Mana Nak Tulis ? [Bahagian 2] ​
.​
.​
Strategi Marketing Vs Pelan Marketing​
.​
Strategi Marketing terangkan macam mana bisnes kita nak capai matlamat...​
.​
.​
Termasuklah:​
Kempen​
Content​
Channel​
.​
.​
Alat2 ni untuk pastikan matlamat bisnes kita jadi.​
.​
.​
Contoh:​

Katakan kita nak lancarkan satu produk yang baru.​
.​
Kita nak 200 orang yang membeli​
.​
Kita pun mula buat pelan marketing untuk perkenalkan produk kita dekat seramai orang mungkin dan pastikan matlamat 200 pembeli sebagai target minima.​
.​
Penting supaya kita capai matlamat asal kita untuk 200 pembeli.​
.​
Jadi kita pun mula menulis blog khas untuk produk bakal kita lancarkan.​
.​
Buat siri video dekat youtube untuk lahirkan pakar tentang produk kita.​
.​
Mula buat account dekat twitter dan mula bincangkan pasal topik berkaitan.​
.​
Semua ni strategi nak tarik perhatian sasaran ​ kita dan tukarkan jadi pengguna produk kita.​
.​
Perasan tak apa beza Strategi Marketing berbanding 3 Pelan Marketing ?​
.​
.​
Contoh saya dah bagi kat atas khas Pelan Marketing kita - lancarkan produk baru dan tarik seramai mungkin pengguna.​
.​
Strategi marketing kita pula terbahagi kepada 3 strategi ​ - blog, siri video youtube dan account twitter ​
.​
Seterusnya, macam mana sebenarnya step nak buat pelan marketing ni?​
.​
Tunggu di next posting​


#MikailNadzri
#AdsHero
Apa tu Pelan Marketing ? macam Mana Nak Tulis ? [Bahagian 3] ​

Cara Tulis Pelan Marketing ​

Elemen-elemen perlu ada:​

1. Siasat Situasi Semasa​
'
- kenal pasti keaadaan sekarang berkaitan dengan produk kita.​
- siapa yang pakai produk sama atau lebih kurang dengan produk kita​
- golongan mana lebih minat dengan produk ​
- tengok persaingan sedia ada​
- apa kelebihan syarikat atau produk untuk atasi persaingan​


2. Objektif​

- berapa peratus dari pasaran produk kita nak kuasai​
- bila boleh pulang modal​


3. Strategi Marketing​

- jenis-jenis strategi kita nak masukkan. contoh, diskriminasi harga, dominasi marketing, rangkaian pengedaran yang besar​
- semua strategi akan fokus untuk capai income dan peningkatan level bisnes​

4. Pelan Tindakan​

- laksanakan strategi marketing yang dah rancang hasil dari kajian dari keadaan semasa untuk capai objektif​
- masukkan offer terbaik, berapa banyak team sales , channel marketing, dan lain-lain​

5. Analisa Kewangan dan Result Jangkaan​

- berapa sales untuk tahun pertama dan sama ada pulang modal atau tak​


6. Pelan Kecemasan​

- kalau pesaingan meningkat, iklan atau sales kurang perform, berapa bajet iklan kena tambah, strategi apa yang tak sesuai atau kena ubah​

===​

Masukkan 6 elemen penting ni utuk buat Pelan Marketing ​

Selamat mencuba gais 🤗


#MikailNadzri
#AdsHero
Macam mana nak bina Momentum Bisnes [BAHAGIAN 1]​


Model Momentum​

Langkah 1:​


Cari mesej kita​


Terang dan jelas adalah Kunci nak bina momentum. ​


Bila ketua tu jelas, semua perkara dan semua orang dalam satu-satu syarikat tu jadi jelas dan terang.​


Satu-satu syarikat patut buat moto syarikat dalam 4 perkataan atau kurang.​


Perkataan yang tepat akan bina momentum.​


Setiap bisnes yang berjaya bawa satu mesej penting.​


Apa yang membezakan sebuah syarikat yang luar biasa dan biasa-biasa ialah syarikat yang luar biasa tahu mesej mereka dan mereka ​ pegang kuat dengan mesej mereka. ​


#MikailNadzri
#AdsHero
Macam Mana Nak Bina Momentum Bisnes ? [Bahagian 2]​


Langkah 2: Kongsikan Mesej Kita​

Bila kita dah pilih mesej, sangat penting untuk kita cari orang yang akan bawa mesej syarikat/jenama kita.​


Kebiasaannya pengikut-pengikut kita / jenama kita yang setia akan bawa mesej ni dekat orang ramai.​


Cari saluran (channel) yang terbaik supaya kita boleh bertindak lebih efektif dan tak membazir sumber dan tenaga.​


Banyak perniagaan selalu buat kerja sia-sia bila melulu cari pelanggan dekat tempat pelanggan mereka tak wujud pun.​


Marketing je memanjang tak akan bagi hasil.​


Marketing dekat segmen yang betul dengan mesej yang betul barulah akan bagi hasil.​


#MikailNadzri
#AdsHero
Macam Mana Nak Bina Momentum Bisnes [Bahagian 3]​


Langkah 3:​
.​
Hubungkan mesej kita.​
.​
.​
Langkah penting untuk bina model momentum ialah untuk melibatkan kumpulan dan pelanggan pasal mesej bisnes kita.​
.​
Penglibatan nilah yang akan bina momentum bisnes kita.​
.​
Untuk kita kekal bawa mesej yang sama tak mudah.​
.​
Kebanyakkan bisnes akan sentiasa ubah mesej dan menyebabkan momentum akan terganggu dan terencat.​
.​
Masa jatuh dan tergolek, barulah ramai jumpa mesej yang asli/ yang kekal.​
.​
Siapa yang akan jumpa ni ? Pemilik bisnes​



#MikailNadzri
#AdsHero
Macam Mana Nak Bina Momentum Bisnes [Bahagian 4]​
.​
Langkah 4:​
.​
Kembangkan Mesej Kita​
.​
.​
Kita akan bina semangat momentum untuk berjaya bila mesej syarikat sentiasa diulang-ulang dan dikongsikan dengan orang lain.​
.​
.​
Fakta ni menunjukkan kenapa kita kena hubungkan mesej kita (ingat tak bahagian 3) sebab jadi perkara mustahak untuk kejayaan syarikat kita.​
.​
.​
Bila ramai orang mula bercakap pasal produk, servis dan syarikat kita, nilai akan mula terbina secara tak langsung orang akan mula kenal jenama kita ​


#MikailNadzri
#AdsHero
acam Mana Nak Bina Momentum Bisnes [Bahagian 5]​
.​
.​
.​
Duplikasi Mesej kita.​
.​
Bila perniagaan kita boleh duplikasi mesej kita melalui kuasa referral, perniagaan itu akan berkembang dan bina momentum.​
.​
Banyak perniagaan dekat luar sana tak ambil kira atau terlepas pandang macam mana nak bagi ganjaran dekat pelanggan sedia ada yang tolong untuk dapatkan pelanggan baru.​
.​
Setiap perniagaan sangat bagus untuk ada program referal untuk menggalakkan dan sebagai ganjaran dekat pelanggan kita yang tolong untuk kongsikan jenama dan mesej kita kepada orang lain.​
.​
Walau bagaimanapun, hati-hati dalam membina program referal. Pastikan kita ada satu sop dan undang-undang tegas untuk pengambilan ahli referal. ​
.​
Ahli tak berkualiti akan menjunamkan jenama dan mesej kita. Bina komuniti kuat kita ​ mesej kita akan berkembang luar jangkaan kita​


#MikailNadzri
#AdsHero
Macam Mana Nak Bina Momentum Bisnes [Bahagian 6 - The Finale] ​


Perbaiki Mesej Kita.​
.​
Team member yang functional, akan memainkan peranan mengurangkan beban kita yang akan bantu bina mesej dan beri momentum yang lebih baik.​
.​
Jangan berhenti untuk perbaharui mesej kita dekat pasaran.​
.​
Perniagaan yang konsisten dengan mesej terkini akan tarik pelanggan baru yang tak terkesan dengan mesej yang lepas.​
.​
Jangan takut untuk bina semula mesej kita bila kita dah jumpa mesej yang bagi lebih impak kepada pengguna/bakal pengguna servis/produk kita.​
.​
Sama ada kita nak mulakan perniagaan atau bermula semua dari kosong, mesti ingat kunci kejayaan perniagaan adalah momentum.​
.​
Setiap perniagaan boleh bina momentum, dan perniagaan yang terbaik ialah mengejar momentum dalam setiap kerja yang mereka lakukan.​
.​
Kalau kita dah ikut langkah demi langkah (dari bahagian 1 hingga 6), kita dalam landasan yang betul nak bina momentum dan membina perniagaan kita.​
.​
.​
Semoga bermanfaat​


#MikailNadzri
#AdsHero
Kesalahan Marketer Dalam Menggunakan Testimoni ​
.​
Perkara pertama orang buat bila nak beli online ialah baca review.​
.​
Cipta testimoni yang luar biasa dengan​
.​
.​
1. Tanya soalan berkualiti dekat pengguna yang dah dapat result​
2. Pastikan kita buat testimoni yang sangat tepat dan berkaitan dengan audience kita​
3. Tujukkan perubahan yang berlaku sebelum dan selepas menggunakan produk kita (tapi ingat, mesti patuh polisi kalau nak beriklan seperti di FB Ads)​
.​
.​
Buat testimoni itu bukan macam iklan sangat, mesti buat seolah-olah kita tengah ajar bakal pelanggan kita.​


#MikailNadzri
#AdsHero
Kenapa Benda Free Tak Convert​

Hari ni kita bincang dari konteks lebih kepada orang-orang yang buat servis.​
.​
Contoh yang biasa berlaku:​
.​
Sifu Helang promosi dekat semua media sosial dia untuk tawarkan coaching percuma yang akan ubah hidup seseorang.​
.​
Prospek A buat tempahan sebab iklan tu cakap hidup dia akan berubah dalam sesi coaching selama 1 jam.​
.​
Sifu Helang pun buat coaching dengan Prospek A dan gunakan hanya 5 minit untuk tanya apa masalah / bantuan diperlukan Prospek A.​
.​
Prospek A pun bagitahu apa masalah dia rasa dia ada dan Sifu Helang pun terus mula bagi nasihat tapi bukan coaching.​
.​
.​
Sesi Coaching dari 1 jam jadi 2 jam.​
.​
Sifu Helang pun last kali tanya Prospek A nak tak guna servis berbayar dia.​
.​
Selepas Prospek A dah dapat nasihat dari Sifu Helang dia pun buat keputusan untuk cuba dulu buat strategi yang dipelajari sebelum ambil servis berbayar. ​
.​
Jadi dia pun tolak.​
.​
Prospek A pun lancarkan strategi dipelajari dan TAK Jadi. Dia jadi frust dan rasakan Sifu Helang tak bagus dan tak nak sambung belajar dengan dia.​
.​
.​
**KISAH TAMAT**​
.​
.​
Apa masalah yang jadi dekat sini?​
.​
Masalah #1:​
Kita dah merugikan prospek kita bila kita janjikan result yang SAMA mereka akan dapat daripada servis berbayar kita. ​

Melainkan diorang betul-betul dapat apa yang kita janjikan dalam masa kita janjikan (1 jam dalam kes ni)​
.​
.​
Tip#1: Hasil kita janjikan daripada coaching percuma yang kita bagi mestilah tak sama dengan servis berbayar kita.​

Hadkan apa yang prospek boleh capai dan apa yang tak boleh.​
.​
.​
.​
Masalah #2: Prospek kita main Buah Rasa apa masalah mereka.​
.​
.​
Tip#2: Sebagai seorang pakar kita kena pergi mendalam masalah yang prospek kita ada dan bagi penilaian yang JELAS apa masalah SEBENARNYA.​
.​
.​
.​
Masalah #3: Jangan bagi jawapan / penyelesaian dekat masalah yang belum betul-betul kita kenal pasti.​
.​
.​
Tip #3: Bila kita tak betul-betul kenal pasti apa masalah dan bagi hanya satu penyelesaian..​

...lepastu tak jadi (memang tak jadi la ceritanya, sebab kita tak boleh ubah hidup orang dalam tazkirah 1 jam)​

prospek confirm akan salahkan KITA sebab bagi "salah nasihat".​

Bukan nasihat kita yang tak betul, tapi kita sebenarnya cuba selesaikan bukan betul-betul masalah prospek menyebabkan mereka KECEWA.​
.​
.​
.​
Ingat: Kita tak boleh Ubah Hidup seseorang dalam masa singkat. ​
Penyelesaian sebenar adalah servis komprehensif berbayar kita.​
Ini jawapan dia, bukan jalan shortcut.​
.​
.​
.​
#MikailNadzri
#AdsHero
𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗡𝗮𝗸 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗝𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗕𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝗼𝗻𝗷𝗼𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗿𝗲𝗱𝗶𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗞𝗶𝘁𝗮:​


Orang tak ada reaksi dekat tawaran kita bagi?​
Mungkin sebab orang tak kenal anda lagi dan apa anda boleh buat. ​
(Bak pepatah saya, tak kenal maka tak kamcing)​
.​
.​
Number 2​

Bina kredibiliti kita dengan bagi manfaat yang segera orang boleh dapat.​
.​
.​
Number 3​

Memanfaatkan testimoni...​
Kita boleh manfaatkan sebaik mungkin pengalaman orang dah dapat dari produk atau servis kita.​
.​
.​
Number 4​

Buat video jualan yang kita buat...tak kisah kat mana2 lagi kurang editing lagi bagus.​
.​
.​
Konklusi​

Dengan kita tunjukkan kredibiliti atau pengalaman...audience kita akan percaya dekat kita dan percaya dengan pencapaian yang kita dapat.​

Semoga bermanfaat​

#MikailNadzri
#AdsHero
Tektik Jualan: ​ 𝟯 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸 𝗡𝗟𝗣 Effektif untuk 𝗕𝗢𝗢𝗦𝗧 𝗦𝗔𝗟𝗘𝗦 Anda ~ 𝑬𝒑𝒊𝒔𝒐𝒅 1 - John Usher -​
.​
.​
.​
Modal verb/operators​
.​
Modal verbs bagitahu yang sesuatu itu tak mustahil, kemungkinan, dipertanggungjawabkan atau di benarkan.​

Contoh modal verb macam boleh, mungkin, mesti, akan, harus, akan.​
.​
.​
Terma seseorang tu guna (modal verb) akan mencerminkan dan akan bagi kesan dekat mereka punya keadaan dalaman.​

Setiap personaliti ada penggunaan kata kerja yang sama atau lebih kurang sama.​
.​
.​
Contoh orang yang jenis dominan gunakan "mesti" dan "akan" dalam kata-kata mereka. ~ Jenis 1​

Berbeza dengan orang yang jenis lebih bertimbang rasa lebih cenderung guna "mungkin boleh" atau "mungkin". ~ Jenis 2​
.​
.​
Jenis 1 akan wujudkan satu tekanan dan rasa tanggungjawab tapi jenis 2 akan menimbulkan suasana yang lebih ringan dan orang rasa tak ada komitmen.​
.​
.​
Ujian Kecekapan Jualan akan tunjukkan anda seorang yang ada personaliti jenis tak sabar bila kita cenderung guna kata kerja yang lebih keras.​

Kesannya bila kita berurusan dengan pembeli jenis ada sikap empati, mereka akan rasa tak selesa bila kita tak sesuaikan ikut personaliti mereka.​
.​
.​
Nampak tak semudah adjust kata kerja yang kita pakai akan bagi kesan yang Wow dekat usaha jualan kita?​




#MikailNadzri
#AdsHero
Tektik Jualan: ​ 𝟯 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸 𝗡𝗟𝗣 Effektif untuk 𝗕𝗢𝗢𝗦𝗧 𝗦𝗔𝗟𝗘𝗦 Anda ~ 𝑬𝒑𝒊𝒔𝒐𝒅 2​
.​
.​
.​
Bagi Gambaran Jelas​
.​
Salah satu pengaktif utama buatkan otak dah lemau bangun ialah gambar.​
.​
Termasuklah gambar, ikon, seni, logo, video.​
.​
Satu lagi adalah gambaran dalam minda.​
.​
.​
"Bayangkan anda tengah baring atas kerusi malas dekat tepi pantai sambil tengok awan dan langit yang cerah dalam suasana tenang.​
Angin sepoi-sepoi bahasa meniup kena dekat badan kita. ​
Apa yang anda dengar hanyalah bunyi perlahan gelak tawa kanak-lanak ​
Biasan cahaya matahari yang tidak terlampau terang terpancae daripada kaca mata rayband anda sambil anda menghirup udara yang dengan sedikit bau-bauan barbeque sedang dibakar."​
.​
.​
Kebanyakkan orang, bila baca je ayat dekat atas, ada perkataan "bayangkan" mereka mula rasa semua bayangan yang saya terangkan. (Kalau tak terbayang acah2 terbayang ok 😌)​
.​
Rasa angin yang meniup, terik matahari, aroma. Ada yang sampai mengalir air liur bila sampai part barbeque 🤤
.​
Pointnya, dia akan bangunkan otak lemau kita.​
.​
Benda ni yang menunjukkan kuasa gambaran yang jelas dalam gambar/video/dll bila nak jual dekat prospek kita.​
.​
Bila kita bangunkan otak lemau mereka, mereka akan nampak dalam gambaran yang kita gambarkan dan..​
..akan mula gambarkan manfaat mereka boleh alami kalau mereka teruskan urusniaga dengan kita.​
.​
Fenomena inilah yang buatkan cerita kita Memukau.​
.​
Orang sales tahap elit dan speaker2 korporat akan penuhkan presentation mereka dengan case study dan anekdot.​
.​
Mereka memaksa audience untuk dengar dan tenggelam dalam senario yang mereka terangkan.​
.​
Orang yang kritik pun boleh terdiam.​
.​
.​
Seterusnya kita akan kupas topik Pacing dan Leading... Stay tune...​




#MikailNadzri
#AdsHero
Tektik Jualan: ​ 𝟯 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸 𝗡𝗟𝗣 Effektif untuk 𝗕𝗢𝗢𝗦𝗧 𝗦𝗔𝗟𝗘𝗦 Anda ~ 𝑬𝒑𝒊𝒔𝒐𝒅 3​
.​
.​
Pacing dan leading​
.​
.​
Ujian Kompentensi Jualan akan tunjuk sama ada seseorang salesman itu ada bakat pandai memujuk atau tak.​
.​
Bukan setakat bakat, salesman tu mesti dilatih dengan teknik yang efektif untuk memujuk.​
.​
Dan salah satu teknik ini boleh diterangkan dalam NLP.​
.​
.​
Pacing dan leading ialah sesuatu yang dianggap sebagai 'persetujuan kecil' atau jalan kepada nak dapatkan jawapan 'ya / setuju'.​
.​
.​
Teknik ni berfungsi dengan salesman tu buatkan prospek untuk cakap "ya" sepanjang kita sampaikan sales pitch kita dengan buatkan mereka setuju dengan point-point kecil sepanjang menuju dekat proses closing.​
.​
.​
Sebagai contoh​
.​
"warna ni cantik kan?"​
.​
atau​
.​
"best tak kalau dapat selesaikan latihan anda, best kan?"​
.​
atau​
.​
"nampak cantik kan benda tu?"​
.​
.​
Sambil tanya soalan, salesman pun akan angguk-angguk menyebabkan prospek setuju secara minda bawah sedar.​
.​
Perkara-perkara ni akan cipta suasana yang akan memudahkan pembeli cakap "setuju / ya" bila last-last sekali salesman tu tanya soalan untuk closing.​
.​
Secara tak langsung pembeli akan rasa tak setuju untuk cakap tak.​


#MikailNadzri
#Adshero
Kesilapan biasa pencipta program baru macam seminar/webinar/porduk/servis ialah masukkan 3 perkara ni:​

1) Servis best kalau ada (tapi tak penting) ​
2) Penyelesaian yang tidak kepastian untuk berhasil​
3) Terlampau banyak pilihan​

====​

Jangan buat 3 perkara kat atas tapi 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝟰 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 ni:​
Kita ambil Servis Urutan Tradisional sebagai contoh​

1) Kecilkan niche Servis urutan untuk sesiapa sahaja kepada servis urutan hanya untuk orang lepas bersalin​

2) Keluarkan semua servis-servis lain yang kita tahu tak membantu untuk selesaikan masalah utama pelanggan ​

3) Ambil staff supaya boleh urut lebih ramai pelanggan dalam satu masa dan singkatkan masa operasi​

4) Keluarkan produk-produk yang boleh support servis utama kita​


====​


Kenapa benda ni penting?​

- bila kita cuba selesaikan masalah semua orang, jadi tak jelas siapa yang betul-betul sesuai untuk servis kita​

- terlalu makan masa dan kurang capaian dekat pelanggan bila kita fokuskan dekat tenaga kita sendiri​

- bagi terlampau banyak pilihan servis menyebabkan kita tidak menjadi rujukan sebagai pakar dan boleh jadi juara kalangan pesaing​


Ibaratkan banyak sangat menu istemewa dalam senarai menu kita, orang pun tak tahu restoran kita ni istimewa dalam masakan jenis apa.​


Semoga bermanfaat.​


#MikailNadzri
#AdsHero
BCP Menatang APa? (~IBM)​

Cara nak menguruskan risiko dalam bisnes mesti ada pelan bisnes berterusan atau dipanggil Business Continuity Plan - BCP​

.​

Dalam BCP ada Standard Operating Preocedure (SOP) macam mana bisnes kita nak beroperasi kalau jadi benda-benda tak dirancang.​

BCP perlu sedetail mungkin.​

4 Item dalam BCP:​
a) Proses bisnes / flow bisnes​
b) Aset​
c) Sumber manusia​
d) Bines partner​

.​

Secara menyeluruh kita boleh buat beberapa step ni:​

1- Checklist (yang ada senarai stok/bekalan dan peralatan)​
backup data dan tempat kita backup data​

2 - Pemegang pelan (yang ada info lengkap macam mana nak call orang yang jadi backup waktu kecemasan)​

3 - Ada strategi terperinci macam mana bisnes boleh beroperasi dalam jangka masa pendek dan panjang.​

.​

Kunci utama dalam BCP ni ialah pelan pemulihan bencana​

.​

Pelan ni penting supaya lepas bencana kita tak ambil masa terlalu lama untuk jadi produktif balik.​

.​

Sediakan juga backup sop kerja yang boleh buat tanpa elektronik sementara nak dapat semula peralatan kita.​
.​

3 Aspek Utama BCP​

1. Kesediaan yang tinggi ​
2. Operasi berterusan​
3. Pemulihan bencana ​


Sekian.. semoga bermanfaat​


#MikailNadzri
#AdsHero