Ads Hero Tribe
9.46K subscribers
74 photos
13 videos
3 files
97 links
Syed Gaddafi (Facebook Blueprint Certified) - Tips & Tricks Social Media Advertising/Business/Motivation.
Download Telegram
to view and join the conversation
Cross sell (bahagian 1)​

Dalam perniagaan kita boleh buat cross promotion ataupun cross selling.​
​.
​.
Contoh kita ada satu perniagaan jual botol air. Apa produk lain kita oleh keluarkan berkait dengan produk pertama.​
​.
​.
Katakanlah kita jual botol air Tupper Ware. Kita boleh juga jual bekas makanan Tupperware atau apa-apa jenama lain.​
​.
​.
Kemungkinan orang berminat nak guna botol minat juga untuk dapatkan bekas makanan.​
​.
​.
Kenapa cross selling berkesan dalam perniagaan anda?​
Anda dapat manfaatkan database anda sepenuhnya. Boleh naikkan jualan dalam linkungan pelanggan anda yang sedia ada.​
​.
​.
Kalau jual aliur frozen rasa-rasa nak cross sell apa?​
​.
​.
Nantikan bahagian 2 3 Cara Effektif Nak Cross Selling​



Semoga bermanfaat.​




#MikailNadzri
#AdsHero

[22 hari lagi Seminar Marketing Langkah Kanan akan berlangsung.
Daftar di sini marketinglangkahkanan.com]
𝗖𝗿𝗼𝘀𝘀 𝗦𝗲𝗹𝗹 (𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝟮) - 𝟯 𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗘𝗳𝗲𝗸𝘁𝗶𝗳 𝗡𝗮𝗸 𝗖𝗿𝗼𝘀𝘀 𝗦𝗲𝗹𝗹𝗶𝗻𝗴 ​
​.
.​
1. Guna kelebihan drip email​
​.
Drip email ni satu urutan email yang dihantar dalam satu jangka masa kita tetapkan untuk bagi subscriber lebih nilai secara automatik. (sendpulse.com)​
​.
Contohnya kita ada database pelanggan yang pernah beli penapis air Coway. Kita boleh letakkan dalam kempen drip email kita.​
​.
Ceritakan manfaat penapis udara dalam satu email. ​
​.
Akan ada pelanggan akan beli penapis udara dari orang lain.​
​.
TAPI TAK APA sebab dalam email ketiga anda nak bagi mereka satu TAWARAN.​
​.
Cara ni cara halus dalam cros-sell jadi sebahagian proses kempen drip email kita daripada tak sabar-sabar dan terus cuba nak upsell.​
​.
Bila hantar beberapa siri email kita boleh terangkan kelebihan servis yang kita nak tawarkan tanpa jadi terlalu agresif.​
​.
Kempen drip email akan automasikan proses keseluruhan marketing kita.​
​.
Barulah efektif dan jimat masa.​
​.
​.
2. Tunggu sampai kita boleh hasilkan kemenangan​
​.
Salah satu tektik ialah bekerja untuk pelanggan kita untuk satu jangka masa yang sedikit panjang.​
​.
Bila dah ada result untuk jadi kayu ukur (boleh jadi testimoni) baru pelanggan sendiri tak sabar2 nak ambil servis tambahan kita.​
​.
Secara tak langsung kita akan rapat dengan pelanggan dalam tempoh kempen .​
​.
dan boleh rangka pelan betul-betul ikut keperluan dan kehendak mereka.​
​.
​.
3. Hubungkan Servis Kita Dengan Masalah Pelanggan ​
​.
Hanya sebab kita jual penapis air tak semestinya pelanggan perlukan penapis air baru.​
​.
Sebab tu kita kena ambil kira masalah pelanggan dan macam mana servis tambahan kita ada kaitan dengan mereka.​
​.
Kalau masalah mereka adalah kebersihan rumah dan bilik tidur. Kita mungkin boleh tawarkan servis sanitasi dan servis katil.​
​.
Masukkan servis-servis tambahan yang lain dalam keseluruhan tawaran kita dan tunjukkan macam mana setiap servis boleh selesaikan masalah pelanggan kita.​
​.
Ini merupakan cara kita bagi nilai dan bukan cuba untuk jual dekat pelanggan kita benda bukan keperluan mereka untuk dapatkan keuntungan semata-mata.​


Semoga bermanfaat​


Nantikan bahagian 3 : 5 Kaedah Cara Cross-Selling Yang Biasa Digunakan​



#MikailNadzri
#AdsHero


[21 hari lagi Seminar Marketing Langkah Kanan akan berlangsung.
Daftar di sini marketinglangkahkanan.com]
Alhamdulillah venue untuk Seminar Marketing Langkah Kanan dah confirmed!

.

Stage besor, boleh joget sambil lari-lari 🤣

.

Dalam Marketing Langkah Kanan ni saya nak cerita bagaimana kita nak pergi ke arah membina strategi pemasaran 6 angka..

.

Saya nak cerita apa yang perlu anda tahu sebelum nak merangka strategi..

.

Kita cerita senang la nak buat strategi itu ini, tapi kenapa selalu tak menjadi?

.

Rupanya ada perkara kita perlu tahu sebelum nak merangka strategi tu pun lagi..

.

Kita akan buat beberapa aktiviti dan games supaya anda lebih faham apa yang anda belajar nanti..

.

Lokasi di UCSI,Cheras..

.

Boleh isi waiting list dulu nanti kami akan update info dari masa ke semasa ok?

.

Waiting list : marketinglangkahkanan.com
𝟱 𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗖𝗿𝗼𝘀𝘀-𝗦𝗲𝗹𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗗𝗶𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 (𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝟯)


1. Tawarkan produk / servis tambahan

Macam diterangkan dalam Bahagian 2 salah satu cara nak cross sell dekat pelanggan ialah dengan tawarkan produk/servis tambahan.

Katakan kita jual sejadah, kita boleh tawarkan produk pelengkap.

Contohnya kita jual sejadah, kita boleh jual produk berkaitan dengan kelengkapan solat.

Siti Khadijah adalah syarikat terkenal menjual telekung premium eksklusif. Selain telekung mereka juga ada produk baju lelaki dan perempuan, beg telekung, sejadah, kasut dan banyak lagi. (Free promotion je ni)


2. Sediakan barang pelengkap (jualan bundle) Jualan bundle adalah tektik biasa digunakan untuk cross-sell. Shopee selalu menggunakan teknik ini dalam ruangan “ Bundle Deals”



Semoga bermanafat.


#MikailNadzri
#AdsHero


[19 hari lagi Seminar Marketing Langkah Kanan akan berlangsung.
Daftar di sini marketinglangkahkanan.com]
𝟱 𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗖𝗿𝗼𝘀𝘀-𝗦𝗲𝗹𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗗𝗶𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 (𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝟰)


3. Bagi cadangan berdasarkan Data


Kita boleh jual produk atau servis tambahan dengan buat analisa aktiviti prospek yang masuk dalam website, macam web visit, artikel view / blog view (contohnya kalau kita target orang untuk baca artikel atau blog post spesifik), barang mereka beli. (guna tracking pixel)


Kalau kita nampak pelanggan selalu tengok-tengok website, baca blog / artikel contohnya pasal cara penjagaan kebersihan udara dirumah, kita boleh call terus mereka dan jadikan feedback mereka sebagai testimoni kita.


Ada banyak web app CRMs (CRM : Customer Relationship Management ) macam HubSpot dan Agile CRM.


Kalau kita tak perlukan maklumat yang terlampau detail, Onpay dan Landigram (terbaru dari team Shoppegram) sudah memadai.


CRM ni boleh tunjukkan pergerakan pelanggan atau prospek kita dalam website secara terperinci untuk setiap database pelanggan kita ada.




Semoga bermanfaat.



Nantikan Bahagian 5 di posting seterusnya.



#MikailNadzri
#AdsHero


[18 hari lagi Seminar Marketing Langkah Kanan akan berlangsung.
Daftar di sini marketinglangkahkanan.com]
𝙏𝙝𝙚 𝙁𝙞𝙣𝙖𝙡𝙚 ~ 𝟱 𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗖𝗿𝗼𝘀𝘀-𝗦𝗲𝗹𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗗𝗶𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 (𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝟱)​


4. Promosi Pitch​

Jika kita sekarang tengah buat promosi untuk salah satu servis/produk kita, time ni masa sesuai untuk buat cross-sell dekat semua pelanggan sedia ada.​


Cara ni jadi satu testing untuk kita highlightkan sale yang kita tengah lancarkan daripada nak keluarkan satu tawaran special spesifik untuk satu pelanggan. ​


Sebagai contoh kita ada tawaran diskaun akhir tahun untuk meja turun naik automatik bagi pelanggan sedia ada kita,​


boleh try call mereka untuk bagitahu pasal sale tengah berjalan. Mereka mungkin akan berminat.​


5. Educate Pelanggan Kita​

Ada juga pelanggan mungkin tak betul-betul faham kebenda nilai produk/servis kita.​


Sesetengah kes mereka mungkin faham kerusi gaming tu penting. Tapi mereka mungkin perlukan lebih info pasal manfaat, kebaikan, perubahan yang boleh mereka rasa dalam hidup dengan meja turun naik automatik.​


Setiap individu tak ada pemikiran sama. Jangan main permainan rasa hati. Siasat dan berikan terbaik untuk pelanggan kita.​



Tamat dah 5 bahagian kaedah Cross Selling yang biasa diamalkan marketer di Satu Dunnia.​


Dapat sesuatu?​



Semoga bermanfaat.​



#MikailNadzri
#AdsHero


[17 hari lagi Seminar Marketing Langkah Kanan akan berlangsung.
Daftar di sini marketinglangkahkanan.com]
9 Pantang Larang Untuk Capai lebih RM801, 000 menurut Jutawan Internet


1. Jangan bagi alasan
Kita selalu bagi macam-macam alasan umur, keluarga, masa dan sebagainya.

Campak belakang alasan tak munasabah dalam tong sampah.



2. Buang Ego.
Jangan ingat kita adah pandai walau kita ada dah ada 10 PHD sekalipun.

Peniagaan ini mempunyai permainan berbeza.
Apa lebih penting pengalaman akan membantu.
Kegagalan kita lalui akan akan ajar kita untuk bangkit.



3. Jangan takut
Jangan takut untuk gagal atau takut untuk berjaya.
Ada orang takut nak mula niaga sebab takut nak cuba sesuatu yang baru.

Ada orang takut nak berjaya sebab tak tahu nak buat apa dengan duit.
Bila takut, kita tak boleh baiki diri sendiri.

Kita akan berada dalam takuk yang sama dan selesa.
Kita memang selalu diselebungi ketakutan setiap hari.

Contohnya bila kita nak mulakan satu idea atau strategi yang baru dalam perniagaan.

Takut akan hilangkan perasaan yakin menyebabkan kita teragak-agak.



4. Tinggal dalam zon selesa
Kunci kejayaan adalah retas sempadan zon selesa dan masuk dalam zon ketidakselesaan.

Bila kita biasakan diri jadi tak selesa, kita akan menjadi yang terbaik dalam setiap apa kita lakukan.

Barulah boleh tolak diri sendiri untuk pergi ke peringkat lebih tinggi.


5. Jangan hakimi orang
Tak usah rampas kuasa hakim, biarkan dia dengan jawatannya.

Jangan hakimi orang lain sebelum betul-betul kenal mereka.

Bila tengok orang kaya misalnya fikirkan perkara negatf, sedangkan kita tak mengenali mereka.

Kita merasakan mereka tamak, gila kuasa, gila babas dan sebagainya.

Ikut tabiat-tabiat positif daripada orang lain.
Jadikan sifat-sifat positf dari orang lain sebagai panduan dan ikutan kita.



6. Jangan cuba nak puaskan hati semua orang
Ada kala kita nak cuba puaskan hati semua orang tapi tak puaskan hati kita sendiri.

Kena beri perhatian kepada diri sendiri sebelum orang lain.

Walau macam mana kita cuba kita takkan boleh puaskan hati semua orang.

Kalau orang nak kita gagal takkan kita nak puasakan hati dia dan jadi gagal sedangkan 10 orang lagi nak kita berjaya.



7. Jadi Diri Sendiri
Jujur dengan diri anda.
Tak perlu jadi orang lain.

Ada pepatah orang putih mengatakan fake it until you make it.
Orang boleh tahu anda sedang menipu diri sendiri.

Amalkan sifat jujur dengan diri sendiri dan orang sekitar anda akan dapat kejujuran semula


8. Jangan jadi pemalu
Malu perlu bertempat.
Buang sifat malu terlampau sehingga bercakap dekat depan orang pun tak berani.

Bila tak pemalu kita tak boleh jadi lebih yakin dan tak boleh lebih jauh.
Tambah ilmu secara berterusan untuk tambah keyakinan.

Semakin berilmu InsyaAllah anda akan lebih yakin untuk bercakap dan berhadapan dengan orang.


9. Kita rasa kita oleh buat sendiri
No man is an island.
Untuk berjaya kita perlukan bantuan orang lain.

Ada sesuatu perlu kita lepaskan untuk menjadi lebih maju.
Jangan buat segala-galanya sendiri.

Kita perlu salurkan kepercayaan pada orang lain bila beban kerja kita semakin bertambah.



Semoga bermanfaat


#MikailNadzri
#AdsHero


[16 hari lagi Seminar Marketing Langkah Kanan akan berlangsung.
Daftar di sini marketinglangkahkanan.com]
Viral Marketing


Benda viral ni benda yang menggangu emosi orang.
So, viral marketing ialah marketing yang ganggu emosi audience mengakibatkan maklumat viral ni tersebar luas.

.

Terganggu tak semestinya marah, boleh jadi terharu, terinspirasi, kagum, happy sangat dan seangkatan dengannya.

.

Berita-berita sensasi, cerita kontroversi, kisah inspirasi berpotensi untuk ganggu emosi orang.

.

Maka orang-orang nilah akan jadi tentera-tentera viral samada mereka sedar atau tak.

.

Imbau zaman pkp dulu, satu video penduduk di satu kawasan pangsapuri complain bila tentera pasang kawat berduri untuk kawal pergerakan.

.

Mereka marah, mereka cakap bahaya pasang kawat berduri, risiko budak-budak tercedera tinggi.

.

"Kita dah la tak boleh keluar, takkan nak halang budak-budak main"

.

"Satu lagi macam mana nak keluar kalau kebakaran, kalau ada orang sakit."

.

"Lagi parah kalau kebakaran, lif tak boleh guna sebab akses tangga kena sekat dengan kawat berduri."

.

Video complain macam ni ganggu perasaan netizen buatkan mereka marah dan video jadi viral. Tapi video jenis ni bukan tujuan untuk marketing.

.

Sebaliknya, benda viral ni norma untuk entiti bisnes zaman sekarang. Tujuannya tak lain tak bukan untuk capai lebih ramai orang.

.

Persepsi positif dan negatif dua2 jadi manfaat untuk bisnes.

.

Isu-isu viral boleh jadi support untuk branding bisnes kita.

.

Selain tu, The No 1 Rule menghasilkan viral marketing ialah jangan pernah ambil side.

.

Nak play safe, lebih baik fokus viral marketing lebih kepada memberikan inspirasi, rasa gembira sasaran audience kita.

.

Semoga bermanfaat.


#MikailNadzri
#AdsHero


[15 hari lagi Seminar Marketing Langkah Kanan akan berlangsung.
Daftar di sini marketinglangkahkanan.com]
Mesti letih melalak sini sana panggil orang datang kedai.
.
Cuba 5 Langkah ni untuk menjual tanpa buka mulut (rujuk gambar)


[14hari lagi Seminar Marketing Langkah Kanan akan berlangsung.
Daftar di sini http://ezy.la/mlk]
𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗝𝘂𝗮𝗹 𝗗𝗶𝗿𝗶 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝟲𝟬 𝗦𝗮𝗮𝘁


Macam mana anda jawab dekat orang sekeliling anda bila mereka tanya
"Ko buat apa je sekarang?"
.
Kita pun jawab..., "aku Jual Top Up je"
.
Kawan pun... " oh ye ke.."
.
Sebagai usahawan kita dah rugi sebab kita dah terlepas peluang untuk marketing diri kita.
.
So, mulai hari ni, sediakan satu skrip simple tapi Padu Dalam 60 saat je untuk jual diri anda.
.
.
Ikut Urutan ni:

1) Nama (kalau orang tak kenal)
2) Perniagaan
3) Kepakaran / Kenapa anda pilih untuk berniaga dalam bidang anda dlam bentuk story telling pendek – "..daripada kecil saya selalu minat untuk..." (seringkas mungkin)
4) Beritahu ini (nombor 3) adalah sebab saya pilih untuk niaga ni.
5) Penutup - beritahu objektif anda – harapan transformasi orang yang beli produk atau ambil servis dari anda
.
.
Cuba formula ni, kalau tak orang tanya anda akan berminat dengan produk atau servis anda, mereka mungkin akan recommend kita dekat orang lain.


Semoga bermanfaat .


#MikailNadzri
#AdsHero


[13 hari lagi Seminar Marketing Langkah Kanan akan berlangsung.
Daftar di sini marketinglangkahkanan.com]
𝗣𝗮𝗻𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗻𝗮 𝗹𝗶𝗻𝗸 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗔𝗽𝗽 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗟𝗘


Cara bina link WhatsApp cara free ialah guna kemudahan yang WhatsApp sediakan.
.
.
Format letak keyword dalam link whatsapp (boleh copy sahaja sampai perkataan text dan ganti nombor anda: https://wa.me/60123456789?text=masukkan+keyword+anda+disini
.
.
Contoh anda nak bagi promosi 20% bagi siapa klik link anda, link anda akan nampak seperti:
https://wa.me/60123456789?text=Nak+Diskaun+20
.
.
Cara ini memudahkan pelanggan nak hubungi kita dengan cepat tanpa save nombor kita.
.
.
Kadang-kadang kita tak nak pelanggan hubungi kita terus tapi hanya terima WhatsApp. Jadi cara macam ni lebih mudah.
.
.
Semoga bermanfaat.




#MikailNadzri
#AdsHero


[12 hari lagi Seminar Marketing Langkah Kanan akan berlangsung.
Daftar di sini marketinglangkahkanan.com]
[𝐔𝐩𝐝𝐚𝐭𝐞 𝟐𝟎𝟐𝟏] 𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐫𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐮𝐟​



1. Peka dengan permintaan terkini​

- Orab Arab Madinah sangat mementingkan unta. Permintaan sangat tinggi dalam kalangan masyarakat.​

Dijadikan sebagai:​
Pengangkutan utama​
Makanan - ​ Susu, lemak, dan daging ​
Tulang – sebagai perhiasan​
Kulit unta – sebagai sarung pedang​
Najis - Baja ​

- Zaman sekarang masyarakat bergantung kepada telefon dan internet. Segenap masyarkat menggunakan telefon dan internet termasuk tua dan muda.​

- Kanak-kanak menggunakan internet untuk belajar. Orang berusia menggunakan untuk bekerja dan bersosial antara satu sama lain.​

- Telefon bimbit, computer, dan aksesori telefon.​

- Melihat peluang ini syarikat telekomunikasi gergasi sentiasa berlumba-lumba menyediakan perkhidmatan pakej internet yang baru .​


2. Pentingkan kualiti barang​

- Satu peristiwa Abdurrahman bin Auf memerhatikan seekor unta lebih lama dari biasa, daripada seorang peniaga.​

- Dia nak memastikan unta itu ada cacat cela atau tidak, ada luka, tempang sebab dia nak pastikan unta keluaran dia berkualiti tinggi. ​

- Contoh kita nak jual baju, kita mestikan pastikan baju itu tak tercarik, berlubang, dan rosak.​

- Kalau kita pastikan kualiti barang kita barulah orang nak repeat order dan sales kita berparcel-parcel tinggi gunung kinabalu.​


4. Ambil untung secara minima​

- Beli dan jual dengan harga sama. Dia beli 10 dinar dan jual 10 dinar.​

- Ada seorang tua datang berminat dan bertanya semula kepada Abdurrahman benarkah harga untanya 10 Dinar. ​

- Setelah dapat kepastian dan nak ambil unta itu dia perasan unta tu tak ada tali yang mengikat unta tu. ​

- Jadi Abdurahman beritahu kalau orang tua tu nak tali sekali dia perlu tambah 1 dinar.​

- Jumlah keseluruhan perlu dibayar adalah 11 dinar. Ini adalah strategi cross sell.​


5. Tempat strategik​

- Abdurrahman pilih tempat paling strategik untuk mempromosikan untanya.​

- Dia duduk di persimpangan pasar dan mempromosikan untanya dengan highlight harga mampu milik 10 dinar.​

- Tempat strategik ini zaman sekarang ibarat lokasi kedai kita atau paling relevan dalam keadaan sekarang adalah platform-platform online.​

- Search engine utama seperti Google, Media sosial utama seperti Facebook, Instagram, Tiktok, dan Whataspp dan Email (mana-mana servis email blaster). ​

- Ini adalah contoh pintu masuk utama kepada bakal-bakal pelanggan kita.​


6. Promosi​

- Abdurrahman mempromosikan tanpa segan sewaktu dia di pasar. Dia berikan the best offer iaitu 10 dinar kepada barangan paling hot di Madinah ketika itu.​

- Dia tak malu untuk menyuarakan promosinya kepada orang ramai.​

- Begitu juga dengan kita hari ini. Kita perlu buang rasa malu dan mempromosikan apa-apa barangan jualan kita dan pastikan lakukan tanpa henti supaya ramai orang akan tahu tentang barang dan promosi anda.​

Pengajarannya: Jika kita mengambil tauladan Strategi Perniagaan Abdurrahman bin Auf, Pelanggan akan melihat kita sebagai seorang peniaga yang​

🌟mementingkan kualiti​
🌟tak letak harga Tnb/Yahu.. (sambung sendiri)​
🌟bagi servis first class kepada pelanggan​
🌟pilih tempat strategic dan buat promosi dengan tawaran paling menarik tanpa henti.​


Dapat sesuatu? ​


Semoga bermanfaat ​


#MikailNadzri
#AdsHero


[10 hari lagi Seminar Marketing Langkah Kanan akan berlangsung.
Daftar di sini marketinglangkahkanan.com]
𝗝𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮 [𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝟭] ~ Kepercayaan


Macam mana satu-satu jenama membina kepercayaan ?


Identitti, komunikasi, produk dan ketekalan (consistency) adalah asas membina kepercayaan jenama.


Inilah perhubungan yang dibina antara syarikat (kita sebagai wakil syarikat/pemilik syarikat) dengan pelanggan.


Orang akan percaya jenama kita bila kita bagi satu janji/jangkaan (expectation) dan kita tepati bukan capati.


Waktu kita mungkir janji, orang kurang atau tak akan percaya kita lagi.


Kepercayaan adalah Mata Wang bagi sebuah perniagaan.


Semoga bermanfaat


#MikailNadzri
#AdsHero


====

[3 hari lagi Pendaftaran Seminar Marketing Langkah Kanan akan dibuka
Daftar waiting list di marketinglangkahkanan.com]
2 Hari lagi pendaftaran untuk Seminar Marketing Langkah Kanan akan dibuka 😍

.

Saya syukur kerana dalam event itu nanti kita adakan talkshow bersama 4 panel jemputan yang banyak pengalaman dalam Marketing..

.

Panel #1 Aqif Azizan

Seorang sahabat merangkap guru yang banyak membuka mata saya dalam dunia online marketing..

Tuan Aqif dah banyak menjadi “belakang tabir” syarikat-syarikat hebat dalam dan luar negara..

Beliau akan share nanti pengalaman bagaimana mereka susun strategi pemasaran 6-7 angka..

.

Panel #2 I Am Broku

Antara guru pertama saya dalam dunia Marketing.. Beliau banyak bantu usahawan2 “troubleshoot”bisnes mereka..

Rangka strategi memang dari dulu dia pakar. So kita dengar sendiri dari beliau macam mana dia mula set up strategi untuk capai 6 - 7 angka.

Sekarang dia banyak fokus bangunkan usahawan f&b tau.. So jika anda sedang usahakan f&b wajib datang!

.

Panel #3 Rahim Ibrahim

Seorang Marketing Strategist untuk banyak company dalam dan luar negara..

Ramai yang terima “sentuhan ajaib” Tuan Rahim telah berjaya boost sales mereka ke 6-7 angka sebulan..

Seorang yang humble tapi ilmu dia bukan kaleng-kaleng..

Bertuah rasa dapat jemput beliau..

.

Panel #4 Lutfi Azhar

Seorang yang bangunkan sebuah sistem yang dikenali sebagai Shoppegram..

Untuk rekod, platform yang beliau bina telah mengumpul sales lebih dari RM100 juta untuk tahun ini.. (Sales dari semua usahawan yang guna shoppegram)

Orang yang sangat berpengalaman dalam dunia teknologi dan beliau akan share bagaimana cara untuk kita manfaatkan teknologi untuk bisnes kita.

.

2 hari lagi gais... standby di link : marketinglangkahkanan.com
𝗝𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮 [𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝟮] ~ 3 Bahagian Utama


1. Keupayaan

Kita mewakili jenama kita boleh atau tak kita buat apa yang kita cakap, apa yang kita janjikan untuk capai.

Kalau janji boleh kurus guna teknik kita buat pastikan pelanggan kita betul-betul jadi kurus.

Lagi satu pantang larang dalam berjanji. Jangan janji benda yang kita sendiri tak pasti macam jaminan keuntungan atau bantuan sepanjang hayat.


2. Buat kebaikan

Macam orang tua-tua cakap, "buat baik dibalas baik".

Kita ambil kisah tak pasal pelanggan kita atau kita biarkan saja mereka terkotak-katik bila kita dah berjaya jual atau beri servis kita.

Bergantung jenis produk / servis, sebolehnya kita bagi extra daripada expectation pelanggan.

Sekurang-kurangnya bagi penghargaan kepada pelanggan semudah ucapan terima kasih.

Sebaiknya, lengkapkan pengalaman pelanggan dengan tanya pengalaman pelanggan kita menggunakan servis/produk kita.

Kalau tak settle masalah, tanya kenapa dan expectation pelanggan. Baru jenama kita jadi jenama sinonim dengan mesra pelanggan.


3. Integriti

Benda ini adalah asas tapi ada je peniaga tak jujur. Bagi testimoni tipu, bagi countdown tipu.

Kalau kita tumpang jenama orang sebagai ejen, dropshipper atau affiliate, kita dah burukkan jenama orang kecuali jenama itu adalah jenama gergasi.

Jenama gergasi orang dah tahu kita ini hanya sebagai wakil sahaja.

Bila guna jenama sendiri lagi parah. Jenama kita akan kena mark (orang akan ingat jenama kita ini tak boleh percaya).

Lagi-lagi jenama pakai nama sendiri. Susah untuk kita nak bersihkan nama kita.

Jadilah peniaga berintergriti, jenama kita pun akan diingati sebagai jenama berintegriti.



Semoga bermanfaat



#MikailNadzri
#AdsHero