Account Spmnetic!β„’ πŸ’Έβš–
7.41K subscribers
1.25K photos
28 videos
616 files
461 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For inquiries, directly ask in a discussion group ✨
Download Telegram
For acc paper, kalau kita not really into kiraΒ² and hafal all the format, we really should do the best in answering facts. So for fakta in acc ni penting sebab it helps us to at least pass our acc paper.

For those yang strive to get an A, please pay attention to the format and jangan cuai while answering questions !

So here, I'll be sharing some facts from Bab 1 - Form 4

1.6 Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan

Usaha Berterusan - konsep ini mengandaikan sesebuah perniagaan akan beroperasi dalam jangka masa yang tidak terbatas

Entiti Berasingan - Urusniaga perniagaan tidak dicampuradukkan dengan perkara yang tidak berkaitan dengan perniagaan

Ketekalan - Butiran yang mempunyai kepentingan relatif yang tinggi terhadap pembuatan keputusan, yang akan dilaporkan dalam penyata kewangan

Wang Sebagai Ukuran
- konsep ini menegaskan perekodan urusniaga
hanya dibuat bagi urusniaga yang dinyatakan
dalam nilai wang.

Tempoh Perakaunan
- merupakan pembahagian hayat perniagaan
kepada tempoh tertentu seperti sebulan, suku
tahun, setengah tahun atau setahun.

Materialiti
- Perbelanjaan boleh bersifat kebendaan (material) atau bukan kebendaan (immaterial) dan hanya butir yamg dianggap material sahaja akan direkodkan dalam penyata kewangan.

Konservatisme
- Bermaksud mengamalkan polisi berhati- hati iaitu jangkaan kerugian sahaja yang akan diambil kira sebagai perbelanjaan dalam penyata pendapatan.

Asas perakaunan akruan
- Bagi menentukan untung atau bersih, jumlah belanja yang terlibat untuk memperoleh hasil bagi tempoh berkenaan mestilah ditolak daripada hasil yang dilaporkan

hasil yang dilaporkan - jumlah belanja = untung atau rugi bersih


Kos sejarah
- Merujuk kepada kos sebenar yang ditanggung semasa urus niaga berlaku.

Catatan bergu
- Urus niaga yang direkodkan dalam dua akaun yang berasingan, iaitu akaun yang didebitkan (dt), dan akaun yang dikreditkan (kt) dengan amaun yang sama.

Credit; :) @chuunnn27 ✌️
❀2πŸ‘2😁2
this one is format for Akaun Kawalan
This one notes for AKBB and AKBT . ada contoh soalan and jawapan too :)
yang ni pula notes for kelab dan persatuan
Tips on Answering PKK

first of all, in penyata kedudukan kewangan or PKK kita kena mahir bezakan jenis aset dan liabiliti, and also ekuiti pemilik.

this is because komponen in PKK are
- Aset Bukan Semasa
- Aset Semasa
- Liabiliti Semasa
- Ekuiti Pemilik (inc ambilan)

get it ?
PKK format starts with

Aset Bukan Semasa

and then Aset Semasa - Liabiliti Semasa,

Hasil tolak, kita dapat Modal Kerja . Modal Kerja tu kita tambah dengan ABS

remember, jawapan lepas tambah ABS tu is jawapan akhir too. means, mesti seimbang.

After that, kita start with
Ekuiti Pemilik - Ambilan and we will get modal akhir. if ada liabiliti bukan semasa, just add it dengan jawapan modal akhir and then make sure it is seimbang with modal kerja.

Finish for PKK ! πŸ‘Ή
Ada soalan boleh pm @chuunnn27 😊
Okay so ada yang tanya format T for PKK
okay so sebelah kiri jadual T, kita akan letak AS n ABS

sebelah kanan kita letak the other component

format T ni kita just tambah the components ikut bahagian, means bahagian kiri AS + ABS and same goes to the other side
For APUR, kita mesti tau susunan components dengan betul . ingat je we have to start dengan Akaun perdagangan dulu, which we have to cari untung or rugi kasar, baru akaun untung rugi.

Why ? because to get untung or rugi bersih, we must have untung or rugi kasar first

get it ?
so the format will be

Jualan
- Pulangan Jualan
= Jualan Bersih

from Jualan bersih,
- Kos Jualan
= Untung/Rugi Kasar

from untung/rugi kasar,
+ Hasil
- Belanja
= Untung/Rugi Bersih

kalau ada soalan, boleh pm @chuunnn27 or other admin :)
Okay for PKK this one ada contoh my notes
soalan and how to answer
this one for APUR, also question and answer