YY COMMUNITY CHANNEL
33.9K subscribers
2.74K photos
2.42K videos
33 files
1.6K links
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
πŸŽ™LIVE VC: GLOBAL MOVEMENT HOAX!

πŸ”TIME: 11:00 PM (TONIGHT)

πŸ“ŒVENUE: YYCC CHANNEL

Jom VC sebentar lagi.

Kita cerita tentang protes besaran di USA selepas ejen ICE tembak mati wanita tiga anak.

πŸ”—Klik link:

https://t.me/YYCOMMUNITY?livestream
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ‘36πŸ”₯7❀6
Live stream started
Live stream finished (1 hour)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
BAYAR CANTIK, KERETA TETAP KENA TARIK!

Kes sebelum ini pengadu buat pembelian sambung bayar direct owner.

Kali ini pembelian sambung bayar dengan sebuah syarikat kereta terpakai yang pejabat alam virtual.

Ini berlaku kepada saudara Hafiz, yang membayar deposit RM15,000 sambung-bayar sebuah Honda City tahun 2024 dengan ansuran bulanan RM1,070.

Selama setahun, Hafiz bayar ansuran tanpa gagal tetapi bayaran dimasukkan ke akaun syarikat yang bertindak sebagai ejen/broker sambung-bayar.

Tiba-tiba syarikat mendakwa tiga bulan tunggakan lalu datang tarik lewat malam menggunakan kunci pendua.

Selepas kena tarik, Hafiz hantar resit kepada ejen bahawa tiada tunggakan.

Di mana tiga resit akhir adaah Oktober, November dan Disember.

Tetapi kereta telah ditarik pada 15 Disember 2025 kononnya kereta perlu dihantar ke Kedah.

Maksudnya, Hafiz telah menjelaskan ansuran bagi bulan Disember lebih awal.

Selepas dapat resit, individu yang kononnya Boss syarikat used car menjawab - "saya pun tidak tahu siapa salah, kerana owner kata tak bayar 3 bulan".

Wayang, diri sendiri salah, buat-buat tanya salah siapa? Asasnya pengadu membuat pembayaran ke akaun syarikat.

Jika duit tidak sampai kepada bank bermakna ianya disengajakan untuk cipta alasan tarik kereta.

Aku minta Pengadu hubungi pemilik yang bertugas sebagai anggota tentera (mudah kerja Aku). Kes ini Aku beri jaminan, pemilik akan cuba selesai ASAP!

Ini Aku kata, beli kereta sambung-bayar jika tidak tahu kaedah memang kena getah.

Geng-geng user car, jangan marah Aku, pergi maki Loges dengan Loga.

Mangsa pergi mengadu dengan Polis, tapi Polis tak mahu buat kerja walaupun ada akta sewa beli 1967.

Heh!

Next case?
πŸ‘52πŸ”₯19❀8πŸ€“1🫑1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
HAFIZ NORKHAN SAKSI KE-3 PIHAK PENDAKWAAN!

Salam to all,

13 Januari 2026, sambungan prosiding hari perbicaraan kes pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan bermula jam 2:30 petang, bertempat di Mahkamah Majistret 2, Kuala Lumpur.

Hafiz Norkhan telah dinamakan DPP sebagai saksi pendakwaan ketiga selepas dua orang saksi pendakwaan sebelum memberi keterangan berpihak OKT.

SP1 selaku pengadu kes ketika memberi keterangan mengakui laporan Polis ke atas OKT tidak benar dan dirangka sendiri oleh Peguam Hafiz Norkhan.

Manakala SP2, ketika memberi keterangan mengesahkan duit yang masuk akaun ke akaunnya telah diserahkan sendiri kepada Hafiz Norkhan.

Saksi-saksi pihak pendakwaan memberi keterangan berpihak OKT sebab itulah kejadian yang berlaku.

OKT tidak perlu susah payah menamakan saksi lain kerana keterangan saksi pendakwaan cukup membantu OKT.

Siapa berkelapangan?

13 Januari 2026, Selasa
2:30 petang, Mahkamah Majistret 2, Kuala Lumpur

Jumpa esok bagi yang hadir
πŸ‘67πŸ”₯15❀10🫑2❀‍πŸ”₯1πŸ‘Œ1🀣1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
SAKSI KE-3 CUTI SAKIT 2 HARI. PERBICARAAN KES DITANGGUHKAN LAGI‼️

Gaithri Thomas selaku baharu saja memaklumkan perbicaraan hari ini ditangguhkan lagi.

Penangguhan ini disebabkan Hafiz Norkhan selaku saksi pendakwaan ketiga jatuh sakit dan diberikan Cuti Sakit selama dua hari.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
🀣77πŸ€·β€β™‚8πŸ€”7πŸ”₯4😁4❀2πŸ‘€2πŸ‘1
Live stream started
Live stream finished (1 hour)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
YYCC TERUS DIHUBUNGI MANGSA SKIM SAMBUNG-BAYAR ‼️

Sejak video YYCC mengambil kereta milik Logeswaran dan Loga depan Polis di mana Polis hanya melihat sahaja tindakan kami.

Talian pejabat YYCC setiap hari menerima panggilan dan aduan daripada mereka yang menjadi mangsa scam sambung-bayar.

Dan dalam kes seperti ini tanpa banyak soal YYCC hubungi dan bertanyakan status kereta.

Justeru, YYCC mohon maaf jika gagal menjawab setiap soalan dan pertanyaan dalam masa yang cepat.

Sumbangan kos operasi YYCC melalui akaun rasmi:

AFFIN BANK
105040052803
kelab komuniti
Ref: Januari RM50
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ‘60❀9🫑4πŸ‘2πŸ”₯1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
VC: NO PRICE, NO VALUE‼️

DATE: 13 JANUARI 2026

Cerita Polis tampar orang!

Cerita tipu sambung bayar!

Apa cerita sebenar?

Cuba cerita..

πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½

Sumbangan kos operasi melalui akaun rasmi:

AFFIN BANK
105040052803
KELAB KOMUNITI
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ‘49❀9
Salam to all,

Kepada mereka yang membuat pembelian T Shirt "Jangan Jadi Lembu".

Semua penghantaran bermula Isnin ini. Berlaku penangguhan susulan cuti akhir tahun.

Sebagai menghargai kesabaran semua, kilang turut hadiahkan sticker kepada semua pembeli.

Bertenang.

JANGAN JADI LEMBU muncul depan pintu rumah anda nanti.

πŸ˜πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ
πŸ‘66🀣13❀10πŸ‘Œ1
BAPA BABY SYIFAA POSITIF DADAH!

Pernah baca berita di atas?

Kini pertuduhan YY masukkan dadah ke dalam badan tak tahu bila perbicaraan. Luang masa anda baca kerana ia mungkin berguna untuk anda.

SEDEKAH JUMAAT:
Affin Bank
105040052803
Kelab Komuniti
Ref: infaq operasi YYCC

πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½

THE URINE, AADK & THE NAKO"

Soalan: adalah saringan air kencing tepi jalan AADK atau Polis Narkotik ke atas anda di tepi jalan atau Balai Polis accurate 100% dan menunjukkan hasil ujian berkenaan tepat dengan sememangnya THC adalah dari dadah syabu, ganja atau dadah terlarang lain?

Kebanyakan negara maju sekarang ni sudah tak buat urine test tepi jalan atau pakai strip celup ke dalam air kencing.

Ujian air kencing dibuat National Drug Quality Control Programme(NDQCP) dan pengesahan hanya dibuat oleh ahli patologist/biochemist yang berkemahiran. Ini kerana ketepatan hasil ujian saringan dadah cuma 96.7% tepat.

Persoalannya, lagi 3.3% ,sekiranya hasil ujian itu tidak tepat bagaimana?

Saya nak tanya soalan, adakah test kit untuk check ganja dalam urine betul-betul tepat untuk mengesan kehadiran bahan substance
Delta 9_ tetrahydrocannabinol (THC) dalam urine?

Jadi, bukan hisap ganja saja boleh positif test kit THC malah berpuluh bahan subtance lain yang apabila diambil, urine akan menunjukkan kehadiran THC contoh :

β€’perencat pam proton(#PPI) : ubat merawat asid reflux/ gastroesophageal (GERD), ubat pedih ulu hati, jenis #pantorazole (#protonix) akan membuatkan urine menunjukkan positif THC ganja.

β€’#Ibuprofen: motrin, advil dan Naprosyn, Aleve iaitu ubat untuk anti-keradangan yang bukan steroid NSAIDs juga akan menghasilkan urine positif THC ganja.

Ada ubat anti radang iaitu Barbiturat pun akan menghasilkan urine positif THC.

Jadi, dengan lain pengataan bukannya hisap ganja sahaja urine akan menunjukkan positif Delta 9_Tetrahydrocannabinol (THC).

Tapi terdapat juga ubatan hospital yang lain bila diambil, ia menunjukkan urine kita positif THC.

Misal kata, PMX ada GERD pedih ulu hati dan dia makan ubat Pantorazole. Kemudian PMX ke Siam dan ketika pulang.

Team AADK bersiap siaga, bagi botol untuk check urine PMX. Keputusan didapati positif THC. Adakah kita nak kata PMX hisap ganja?

Jika nak check cannabinoids THC ganja dan Opiates tepat mestilah pengesahan ujian yang disebut:

Thin Layer Chromatography (TLC) atau..

Gas Chromatography Mass Spectrometry (GCMS) atau.

High Perfomance Liquid Chromatography (HPLC) atau..

Gas Chromatography (GC) method..

Jika semua kaedah di atas tiada, anda hisap Gudang Garam, dan minum Nescafe O panas segelas.

AADK muncul jalankan saringan air kencing dan keputusan ialah positif GANJA. Adakah kita perlu mengikuti kelas untuk penagih?

Methode ujian TLC Delta_9

Tetrahydrocannabinol (THC), stimulat dadah yang lain seperti Ketamine (pil kuda) dengan Methapethamine (ice/syabu) pun sama, kena ikut standard spesifikasi sedunia:

βœ…THC ganja 100Ε³g/L: cannabis by Thin Layer Chromatograpy (TLC): 25Ε³g/L atau...

βœ…Ketamin (pil kuda) dan Methapethamine (ice/syabu) guide substance ATS 1000Ε³g/L ATS by GCMS dan HPLC 500Ε³g/L

Jika ujian THC ganja mengandungi 11-nor-delta_9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid, macam mana - adakah THC atau CBD?

Adakah 11_nor-delta 9 carboxylic di Malaysia termaktub akta dadah?

Sedangkan penunjuk bacaan di semua negara di dunia mengatakan acid carboxylic delta _9 THC bukan substance dadah!

Jika pesakit mengambil ubat CBD dikira positif dadah jenis THC sedangkan adalah Delta 8 bukannya Delta 9.

Dalam makmal kimia cannabinoid ganja untuk bacaan 8, 9 dan 11 akan bertukar bila melalui proses dikarbolaksi.

Bermaksud, ujian saringan awal air kencing ke atas anda oleh Polis Narkotik, AADK kemudian perlekehkan anda seolah anda seorang yang ketagihan boleh dicabar dalam mahkamah.

Sebab itulah ujian saringan air kencing negara maju dijalankan patologist/biochemist supaya selari jadual Drugs Enforcement Substance Control.


BersambungπŸ‘‡πŸ‘‡
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ‘80❀21πŸ”₯18πŸ‘Œ1πŸ’―1🀣1
The Economist - The World Ahead?

Setiap kali bulan Disember, majalah The Economist akan keluarkan edisi khas The World Ahead.

Dan edisi The World Ahead bukan suka-suka tetapi amaran, peringatan, perancangan di mana mereka memberitahu kita perkara yang akan berlaku.

Edisi khas The World Ahead setiap Disember ianya bukan sekadar majalah.

Ia diterbitkan sejak tahun 1843, berpusat di London yang menjadi pusat ekonomi dunia waktu itu.

The Economist adalah penerbitan golongan global elit yang memegang kuasa, bankers, teknokrat dan pembuat dasar yang tidak perlu menjawab kepada rakyat.

Ia dibaca oleh global elit G20 di Davos dan dikawal oleh beberapa keluarga terkaya seperti Rothchilds, Agnellis.

Hari ini struktur pemilikan majalah The Economist samar dan tidak jelas, dan bukannya sesuatu yang bagus kerana dipercayai masih dikawal elit global.

Cover majalah The Economist - The World Ahead 2024 menunjukkan Presiden Russia, Vladimir Putin mengadap Presiden Ukraine, Zalensky.

Presiden USA dengan Presiden China dilihat telah membelakangi satu sama lain serta peti undi yang memberikan gambaran pilihanraya di USA.

Di mana Ogos 2024, Russia masuk dan menyerang Ukraine dan Russia menolak sebarang gencatan senjata sampai ke hari ini.

Cover majalah The Economist - The World Ahead 2025 - Xi Jinping, Trump, Zalensky, Putin, Ursula, picagari vaksinasi, kereta EV.

Dan The Economist The World Ahead 2026 sedang memberitahu kita tahun 2026..

Bakal berlaku peperangan, keruntuhan ekonomi, industri farmasi, vaksinasi, perubatan menguasai pasaran dan kejatuhan pasaran saham selain akan berlaku protest rakyat di seluruh dunia.

Di mana bersempena ulang tahun 250 tahun USA.
kemakmuran akan membawa kejatuhan, daripada perpaduan membawa kepada kemusnahan kerana peperangan nuklear.

Elite mengatur agenda besar dan selamba beritahu rancangan mereka tetapi kita semua tenang kerana sekian lama kita disumbat dengan sukan, hiburan, permainan video.

Elite global merancang, manusia merancang tetapi kita berserah kerana Allah SWT adalah sebaik-baik perancangan.
πŸ‘66πŸ”₯19❀11😱2πŸ‘€2πŸ˜‡1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Patung Barbie Autisme?

Anak anda Autisme?

Bimbang tidak boleh bermain dengan anak normal!

Mattel telah memperkenalkan anak patung Barbie autistik yang pertama menampilkan sendi fleksibel bagi "mengepak tangan."

Syarikat Mattel berkata projek ini mengambil masa18 bulan untuk disiapkan.

"Barbie Autisme didatangkan dengan alat pemutar fon kepala yang meredakan bunyi, kasut rata, skirt beralun untuk kurang sentuhan fabrik ke atas kulit, dan tablet komunikasi untuk mencerminkan pelbagai pengalaman autistik",


Sumber:
https://corporate.mattel.com/news/barbie-introduces-the-first-autistic-barbie-doll-championing-representation-for-children-through-play
🀣25❀7πŸ‘7😨4😒3😐3
Live stream started
Live stream finished (1 hour)
MERCHANDISER YYCC 2026

Setiap tahun kita hasilkan satu merchandiser YYCC sebagai koleksi.

Kita pernah keluarkan Brooch, Pin, Cap, Tote Bag dan Tudung.

Jualan merchandiser YYCC ini tidak menjadikan YYCC kaya ia lebih kepada koleksi.

Jadi, adakah anda memiliki ke semua koleksi merchandiser YYCC?

Thumbler" is a common misspelling or regional variation for tumbler, referring to a type of drinking glass or, in a different context, a machine for polishing items like stones or metals by rotating them.

In online retail (especially in Malaysia/Asia), "thumbler" is widely used for insulated, large-capacity drinkware (like water bottles or coffee cups).

The term can also refer to the social media platform
Tumblr, though this is less common for the spelling "thumbler". 


On tak On?πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯
❀64πŸ‘28πŸ”₯13🀣2πŸ†2🫑2πŸ†’2🀩1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
SCAM: SASAR GOLONGAN SURI RUMAH, PESARA & PELAJAR MAHU MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN!


Semalam Kak Za bersama anak Mohd Akram, 19 tahun datang dari Melaka selepas anaknya ketakutan dipaksa membayar ganti rugi kerana tersalah buat iklan promosi.

Kes bermula apabila Akram yang mahu meringankan beban keluarga dengan mencari side income.

Akram terjumpa satu iklan di Facebook yang menawarkan komisen dengan bekerja dari rumah.

Sebaik saja berhubung Akram dimasukkan ke group Telegram syarikat. Sebaik daftar sebagai ahli, Akram diminta mendaftar di platform www.caprimk.com

Setelah daftar, Akram diberikan akses bagi melaksanakan tugas tertentu, tugas mudah pautan link produk tertentu dan sebaik terjual komisyen terus dibayar.

Tiba-tiba syarikat dakwa Akram tersilap promosi dan dikenakan penalti RM30 atau risiko hilang komisen yang diperolehi.

Melihat jumpa komisen tertera RM13,000 lebih, Akram bayar penalti RM30. Kemudian tanya samada pengeluaran komisen boleh dibuat.

Syarikat kata boleh, maka Aram buat pengeluaran guna aplikasi syarikat tersebut. Selepas tiga jam transaksi gagal.

Akram mula bertanya syarikat, syarikat scam kemudian buat semakan mendapati kutipan mata Akram tidak mencapai 100 mata.

Untuk membuat pengeluaran komisen mesti 100 mata dan Akram membeli mata ganjaran harga RM1,000 disebabkan kurang 93 mata mata Akram perlu bayar RM9,300.

Akram bayar RM3,000 tetapi pihak syarikat mendesak dan memaksa sehingga perkenal kepada ahlong.

Akram takut, mula bercerita kepada Ibunya, di mana Kak Za telefon YYCC untuk berjumpa.

Ramai menjadi mangsa scam di atas talian keraja dikaburkan jumlah wang dimiliki.

Padahal hanya sekadar angka atas skrin sahaja.

Ramai yang kerugian puluh ribu kerana berharap pengeluaran komisen ratusan ribu.

Ditambah setiap hari rakan lain kongsi kononnya telah berjaya menerima bayaran.

"Alhamdulillah, terima masuk komisyen saya RM60k. Tq Mr. ABC"

Just nak kongsi, baru kejap tadi masuk RM27k. Tak sangka pula rezeki. Alhamdulillah".

Ini taktik penipuan atas talian di mana setiap hari pasti ada yang menjadi mangsa mereka.
πŸ‘70πŸ”₯26❀14πŸ‘€3πŸ€”1πŸ‘Œ1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
ULANG SIARAN: BABI & LEMBU

βœ…Tips supaya tidak dilembukan oleh pihak berkuasa.

βœ… elak bersikap seperti babi yang sondol
❀45πŸ‘29🀣9🫑6πŸ”₯2