YY COMMUNITY CHANNEL
33.9K subscribers
2.74K photos
2.42K videos
33 files
1.6K links
Download Telegram
Live stream finished (2 hours)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
πŸ“£SEMBANG SANTAI 2033

πŸ—“5 DISEMBER 2025

➑️Bermula durasi 5:00

🀫Sembang santai bagaimana nak berfikir tanpa ikut sistem⁉️

βŒ›18:16 - Macam mana nak elak Digital ID⁉️

βŒ›35:24 - Bagaimana berfikir tak ikut sistem - contoh LESEN⁉️

βŒ›1:12:47 - Sejak bila Polis rush spa rakam - kenapa istimewa gay di mata Menteri⁉️
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ‘44πŸ”₯10❀8πŸ‘Œ1
JUST IN‼️

WASHINGTON, 6 Disember - Panel penasihat yang dilantik oleh Setiausaha Kesihatan Amerika Syarikat (AS), Robert F. Kennedy Jr., telah mengundi untuk menghentikan garis panduan lama yang mengesyorkan semua bayi baru lahir di AS menerima vaksin hepatitis B sejurus dilahirkan.

Langkah itu menandakan perubahan ketara dalam dasar vaksin negara itu.

Panel tersebut kini mencadangkan keputusan vaksinasi dibuat berdasarkan penilaian individu bersama penyedia perkhidmatan kesihatan, khususnya bagi bayi yang lahir daripada ibu yang diuji negatif hepatitis B.

Cadangan baharu itu mencadangkan keputusan harus mempertimbangkan β€œfaedah vaksin, risiko vaksin dan risiko jangkitan”.
Keputusan itu, yang diluluskan dengan undian 8-3, menerima pujian daripada bekas Presiden Donald Trump yang menyifatkannya sebagai β€œkeputusan sangat baik”. CDC dijangka mengesahkan cadangan tersebut kelak.

Namun, langkah berkenaan dikecam hebat oleh komuniti perubatan, termasuk American Academy of Pediatrics yang menyifatkannya sebagai β€œtidak bertanggungjawab” dan berisiko meningkatkan jangkitan hepatitis B dalam kalangan bayi, berikutan kelemahan saringan kesihatan ibu serta risiko jangkitan daripada individu lain.

Sejak 1991, AS mengesyorkan vaksinasi universal selepas lahir bagi mencegah penyebaran virus hepatitis B, termasuk daripada ibu yang tidak mengetahui status sebenar mereka.

Dasar itu telah membantu menghapuskan jangkitan hepatitis B dalam kalangan remaja di negara tersebut.
Kontroversi itu tercetus selepas Kennedy memecat semua ahli Lembaga Penasihat Immunisasi (ACIP) dan menggantikan mereka dengan individu yang selari dengan pandangannya terhadap vaksin.

Panel itu juga sudah mengubah garis panduan mengenai vaksin Covid-19 dan demam campak, sambil berdepan kritikan daripada pakar yang bimbang kadar imunisasi akan terus merosot.

Ahli panel turut memulakan kajian semula jadual vaksinasi kanak-kanak secara keseluruhan dan membenarkan testimoni daripada peguam Aaron Siri, tokoh yang sering dikaitkan dengan teori konspirasi mengenai vaksin.

Sementara itu, di Kongres, Senator Republikan Bill Cassidy, yang juga seorang doktor perubatan, menolak keputusan itu dengan menyatakan garis panduan lama bukan suatu mandat, sebaliknya berdasarkan bukti kukuh. Beliau menggesa CDC mengekalkan pendekatan sedia ada.

Sesetengah Negeri di Amerika Syarikat (AS) yang diterajui Demokrat telah mengumumkan mereka tidak lagi mengikuti cadangan ACIP, menandakan pengaruh panel itu semakin merosot.

Cadangan baharu itu turut mencadangkan bayi yang tidak divaksin ketika lahir perlu menunggu sekurang-kurangnya dua bulan untuk dos pertama, dan menjalani ujian darah sebelum menerima dos kedua. - AFP
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ‘68❀9πŸ”₯9
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
KENAPA MDN BUAT SIDANG MEDIA 170 GAY DITAHAN⁉️

Samada Tuan Puan sedar atau tidak kebelakangan ini media mensensasikan kes pasangan songsang lelaki sama lelaki.

Kisah isteri tidak disentuh oleh suami setelah berkahwin sebab suami adalah gay menjadi topik dan rencana untuk bacaan.

Selepas itu, kita dikejutkan satu rakaman Polis, Jabatan Agama Islam Wilayah menyerbu pusat kesihatan di Chow Kit iaitu port untuk lelaki songsang di mana Menteri Dalam Negeri bersama Ketua Polis Kuala Lumpur dan Menteri Wilayah buat sidang media mengatakan ke semua yang ditahan tidak boleh kena tindakan kerana tiada mangsa di kalangan mereka.

Pada masa yang sama, di Pulau Pinang beberapa lelaki diheret dan dipertuduh di mana pemilik spa dituduh menyebar penyakit berjangkit mengikut Akta 342.

Tiada seorang pun dikenakan pertuduhan mengikut Tatacara Jenayah Kanun Keseksaa yang memperuntukan penjara tidak lebih 20 tahun atau sebatan.

Polis dakwa peruntukan Sek. 377C Kanun Keseksaan tidak boleh digunakan kerana aktiviti songsang itu berlaku sukarela.

Mereka terlupa Anwar Ibrahim dipenjara kerana meliwat adik angkatnya Sukma Darmawan adalah suka sama suka. Begitu juga Anwar Ibrahim dihukum penjara kerana meliwat Saiful Bukhari.

Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis KL, dan Menteri Wilayah beri "lampu hijau kepada lelaki gay bahawa mereka tak perlu risau untuk melakukan aktiviti songsang kerana aktiviti liwat suka sama suka tidak menjadi masalah bagi kerajaan Madani.

FULL VIDEO KLIK SINI
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
1πŸ”₯74😭19❀15🀣14πŸ‘10πŸ€·β€β™‚5
PENASIHAT KERAJAAN UK TERIMA DANA DARIPADA SYARIKAT FARMASI KETIKA COVID!πŸ”₯πŸ’₯

Para saintis yang menasihati kerajaan Britain sepanjang Covid tidak mendedahkan mereka telah menerima lebih daripada Β£200 juta dalam bentuk geran daripada salah satu pelabur farmasi terbesar di dunia.

26 ahli Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (SAGE) yang berpengaru di dunia yang telah membantu membentuk peraturan dan sekatan tidak mendaftarkan pembiayaan penyelidikan daripada Wellcome Trust dalam konflik kepentingan yang jelas.

Jika di UK kumpulan para saintis terima dana syarikat farmasi, adakah di Malaysia tidak terima?

SUMBER:

https://www.dailymail.co.uk/news/article-15359403/Scientists-advised-government-Covid-did-not-reveal-received-200m-grants-one-worlds-biggest-pharma-investors-report-says.html

πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½

Sumbangan kos operasi kita melalui akaun rasmi:

AFFIN BANK
105040052803
KELAB KOMUNITI
REF: RM50 DIS
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ”₯54πŸ‘10❀6πŸ‘2πŸ€·β€β™‚1
Biawak, si pemangsa selaku hamba abdi Allah yang hebat?

Setiap ciptaanNya,

Tiada sia-sia,

Mungkin bagi sesetengah orang, biawak ni pengacau ternakan mereka.

Tapi..

Manusia banyak terhutang budi dengan biawak sebenarnya.

Biawak merupakan haiwan pemangsa yang banyak kawal ekosistem.

Antara kegemarannya telur dan bangkai.

Kalau biawak tiada,

Nescaya bersepah lah Ular tedung kat jalan raya, takpun cepat menular bakteria dan wabak.

Ni semua kerja biawak..

Biawak memang diciptakan Allah dengan fungsinya begitu.

Itu caranya mengabdi.

Cuma harini manusia saja yang banyak lari dari Fitrah penciptaanNya.

Ada yang mengaku pengabdi tapi buat kerosakan, berpecah-belah, berbunuh dan sebagainya.

Tuhan Cipta manusia semua bertujuan,

Untuk menjadi pengabdiNya,

Bukan suka hati ikut naluri sendiri yang mereka rasa benar.

Surah Al-Mukminun : Ayat 115

Maka apakah kamu mengira, bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami.

Pendapat Peribadi
❀78πŸ‘45πŸ”₯5
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
"Aku malu jumpa kau YY!"

Gara-gara tidak merujuk lebih awal, rakan lama saya terpaksa membayar denda untuk lebih 20 pertuduhan kes mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkaitan scam - akaun bank digunakan pihak lain.

Di mana jumlah denda semua pertuduhan hampir RM60,000 susulan akaun beliau dan isteri digunakan oleh individu yang dibantu mereka.

Selain membayar denda, beliau dan isteri yang ketika itu sarat mengandung direman lokap dan penjara seminggu susulan Pegawai Penyiasat minta untuk mengaku bersalah.

Ini kerana hukuman bagi Sek. 29 (1) AKK 1955 adalah denda maksimum RM1,000 dan/atau penjara tidak 1 setahun atau keduanya sekali.

Sebaik mengaku bersalah, Polis yang minta OKT terus mengaku salah bukan tahu apa hukuman daripada Majistret.

Malah sekiranya tidak mengaku bersalah, dan mohon untuk kes dibicarakan.

Adalah sukar bagi DPP untuk membuktikan kes mereka yang mana biasanya DPP melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) ke atas OKT selepas beberapa kali sebutan kes.

Justeru, sekiranya anda telah dikenakan apa-apa pertuduhan jangan sesekali percaya cakap Pegawai Penyiasat yang pujuk anda mengaku salah selain itu jangan sesekali bayar peguam yang akhirnya suruh mengaku salah dan membayar denda.

Lantikan peguam adalah untuk anda fight kes bukannya untuk memberi duit mudah kepada peguam.

Ramai orang kita memilih untuk mengaku salah selepas dibaca pertuduhan kerana tidak mahu serabut dan pasrah.

Jangan mengaku salah apabila Polis dan DPP pujuk sebaiknya anda mengaku tidak bersalah terlebih dahulu dan membayar ikat jamin dan segera merujuk peguam.

Rakan saya ini, gara-gara malu jumpa lebih awal, bayar denda tapi Polis belum padam rekod akaun beliau dalam Semakmule sekaligus menyukarkan untuk beliau buka akaun bank.
πŸ”₯65❀11πŸ‘9🫑5❀‍πŸ”₯1πŸ‘Œ1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ini teori koperasi.

Aku tidak kisah yang mana telah terima vaksin atau tidak.

Aku juga tidak peduli samada anda Ibu bapa yang membiarkan anak disuntik toksik atau sebaliknya.

Anak kau, kau jaga. Anak aku, Aku jaga.

Aku cuma nak minta semua buat bodoh dan jangan sahut seruan untuk daftar MyDigital ID.

Tapi YY, tak daftar nanti saya tak boleh guna MyJPJ - kalau begitu anda jangan guna MyJPJ.

Ini masalah orang kita, sebaik saja diberitahu untuk login MyJPJ perlu ada MyDigital ID.

Pakat gelabah beruk seolah-olah mati jika tak guna MyJPJ.

Fakta sekiranya semua 32 juta rakyat Malaysia tak daftar MyDigital ID. Apa yang Kerajaan boleh buat?

Contoh kawalan adalah, remaja 16 tahun tak boleh buka akaun media sosial.

Ramai berdiam diri.

Kenapa Kerajaan pula tentukan samada anak yang berusia 16 tahun boleh guna akaun media sosial atau tidak?

Ibubapa yang tentukan, Ibubapa patut memantau bagaimana anak berusia 16 tahun mahu ataupun gunakan media sosial.

Setuju?

Mereka jual isu keselamatan konon bimbang anak-anak dieksploitasi dalam media sosial padahal satu permulaan kepada kawalan.

Mula-mula kawal anak 16 tahun daripada akses ke media sosial.

Kemudian mereka akan kawal kehidupan.

Misal kata diri anda tidak memenuhi jadual suntikan vaksin yang telah ditetapkan dalam Digital ID maka akses kepada perkhidmatan tertentu disekat.

Ini kerana kelak semua perlu mengesahkan identiti menggunakan Certificate Of Vaccination Identity Digital = COVID!

Kalau dulu dengar pakar teori konspirasi, hari anda tidak perlu khuatir terkena serangan myocarditis.

πŸ€«πŸ‡²πŸ‡Ύ

https://www.facebook.com/share/v/1DE3Wyfop8/?mibextid=wwXIfr

PAKAT SHAREπŸ‘Œ
πŸ‘101❀34πŸ”₯17🫑11😁4πŸ‘Œ1🀣1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
πŸ“£YYCC MASIH TEGAK BERDIRI!πŸ’₯

Ketika bekas pegawai Tun Dr. Mahathir Mohammad singgah di centre.

Soalan beliau, "dasyat maintain YYCC, siapa bagi fund?"

Tiada funder, YYCC maintain hasil sokongan dari members komuniti YYCC yang setia dan kekal bersama.

Ya.

Bukan senang untuk maintain lagi-lagi ketika teruk berdepan serangan segenap penjuru.

YYCC tidak sempurna kerana ada banyak kelemahan tetapi kekal relevan pada masyarakat yang berdepan permasalahan.

HOTLINE WhatsApp tidak lagi aktif. Sebarang pertanyaan atau aduan permasalahan dan temujanji hubungi talian pejabat: 03-48217226
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
❀72πŸ‘53🫑18πŸ”₯6🀝1
πŸ“£πŸ’₯BREAKING NEWS‼️

Orang ramai malu pakai T-Shirt SEMBOYAN beralih T-Shirt JANGAN JADI LEMBU dari YYCC betul ke?

Kalau macam tu, kena beli seorang sehelai untuk dipakai bagi memberi mesej tertentu kepada pihak tertentu!!

Kenapa orang tak mahu pakai Baju Semboyan, ada yang boleh beri pencerahan?

πŸ˜‚πŸ‡²πŸ‡Ύ

KLIK UNTUK ORDER T-SHIRT ⬇️⬇️⬇️

https://wa.link/9ec1au
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ”₯41πŸ‘24😁8❀4πŸ€·β€β™‚3πŸ‘Œ1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ini bukan kes baru, cuma ulang siar untuk mendidik masyarakat cara bagi mendapatkan semula wang dengan pihak berhutang.

Gara-gara tidak memulangkan wang deposit sewa kedai RM900 kerana berdasarkan perjanjian wang deposit selepas penilaian kerosakan dibuat.

Tiba-tiba akaun bank disekat di mana lebih RM30k ada dalam akaun tidak dapat digunakan.

Apabila buat semakan, pihak bank kata telah terima Perintah Garnishee daripada mahkamah tuntutan RM150k.

En. Huzairi terus bengong apabila dengar tuntutan RM150k di mana wang dalam akaun peribadi beliau lebih RM30k dibekukan. Di situ simpanan, di situlah juga duit untuk belanja.

Dalam kes En. Huzairi, panel guaman YYCC bantu buat permohonan JID "Judgement In Default" bagi membatalkan perintah tersebut.

Apakah Perintah Garnishee?

Aku cuba bagi penerangan istilah yang lebih mudah faham.

Apabila seseorang itu mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan semula hutang, selepas perbicaraan mereka mendapat keputusan ataupun perintah mahkamah yang akan mengarahkan pihak lain membayar hutang tersebut.

Selepas mendapat keputusan itu, kemudian pihak yang menang akan menyampaikan perintah kepada pihak yang kalah supaya bayar wang seperti dalam perintah.

Sebagai contoh, A menyaman B kerana melanggar kontrak di bawah Akta Kontrak 1950 kerana tidak membayar pinjaman RM100.

Selepas perbicaraan, keputusan berpihak kepada A dengan Mahkamah mengarahkan agar B membayar RM100 kepada A.

Pihak A disebut sebagai 'pemiutang penghakiman' manakala pihak B 'penghutang penghakiman'.

Pada masa yang sama, terdapat pihak ketiga iaitu C yang berhutang RM100 kepada B.

Oleh kerana keputusan mengarahkan B membayar RM100 kepada A - di mana B sebagai penghutang penghakiman telah gagal atau enggan mematuhi perintah mahkamah.

Pihak A boleh buat permohonan perintah garnishee supaya pihak C membayar hutang terhutang oleh B kepada A secara terus.

Perintah garnishee bermaksud melampirkan, atau membeku hutang yang terhutang oleh penghutang penghakiman iaitu pihak B dengan mengarahkan C membayar terus kepada A seperti dalam perintah penghakiman.

Pihak ketiga, iaitu C boleh menjadi sesiapa sahaja berhutang kepada B atau pihak-pihak yang mana B memiliki akaun bank atau aset.

Jangan ambil mudah setiap perkara!

Hanya kerana ikut perjanjian wang deposit RM900 akan dipulangkan selepas penilaian kerosakan, tak pasal-pasal akaun dengan jumlah RM30k disekat.

#GarnisheeOrder

Disclaimer: perkongsian video pengadu bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat.


Salam Jumaat yang barokah, sumbangan kos operasi atau infaq melalui akaun:

AFFIN BANK
105040052803
Kelab Komuniti
Ref: Infaq Jumaat
πŸ‘41❀16πŸ₯°1
'Kajian Perubatan Stanford menunjukkan vaksin COVID-19 berasaskan mRNA boleh menyebabkan miokarditis'

"Satu kajian baharu membabitkan sepasang bahan yang dirembeskan oleh sel imun dalam mendorong miokarditis di kalangan penerima vaksin COVID-19 berasaskan mRNA:

Gejala - sakit dada, sesak nafas, demam dan berdebar-debar - muncul tanpa kehadiran sebarang jangkitan virus. Dan ia berlaku dengan cepat: dalam masa satu hingga tiga hari selepas pukulan.

Kebanyakan mereka yang terjejas mempunyai paras darah tinggi bahan yang dipanggil troponin jantung, penunjuk klinikal yang mantap untuk kecederaan otot jantung. (Troponin jantung biasanya ditemui secara eksklusif dalam otot jantung. Apabila didapati beredar dalam darah, ia menunjukkan kerosakan pada sel otot jantung.)

"Ia bukan serangan jantung dalam erti kata tradisional,"

"Tiada penyumbatan saluran darah seperti yang ditemui dalam kebanyakan serangan jantung. Apabila simptom ringan dan keradangan tidak menyebabkan kerosakan struktur pada jantung, kami hanya memerhatikan pesakit ini untuk memastikan mereka pulih."

Walau bagaimanapun, Wu berkata, jika keradangan teruk, kecederaan jantung yang terhasil boleh menjadi agak melemahkan dan membawa kemasukan pesakit ke hospital; ICU untuk pesakit kritikal; dan kematian, walaupun jarang."

https://med.stanford.edu/news/all-news/2025/12/myocarditis-vaccine-covid.html
πŸ‘45πŸ”₯12❀6🫑3πŸ‘Œ1
Live stream scheduled for
Live stream started
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
πŸŽ™LIVE: AWAKENINGπŸ”₯

πŸ”TIME: 10:00 PM

Things you can always control:

- Your words
- Your actions
- Your atitude
- Your perspective
- Your focus
- Your effort
- Your energy
- Your mood
- Your temper
- Your breathing
- Your mentality
- Your gratitude
- Your consistency
- Your humility
- Your empathy

Ignore the rest..

πŸ”—JOIN LIVE VC⬇️⬇️⬇️

https://t.me/YYCOMMUNITY?livestream
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ‘45❀2πŸ‘Œ2
Live stream finished (2 hours)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
🀫LARANGAN MEDIA SOSIAL BAWAH 16 TAHUN?

The under 16 social media ban has nothing to do with protecting children.

It's slowly introduce connecting a Digital ID to your social media account.


Larangan penggunaan media sosial di bawah 16 tahun tidak ada kaitan keselamatan atau untuk melindungi kanak-kanak.

Ia permulaan penyambungan Digital ID ke akaun media sosial anda bagi membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti Tuan pemilik akaun.

Ramai Ibubapa berdiam diri kerana tidak sedar bahawa adalah menjadi hak Ibubapa untuk menentukan samada anak anda berusia 16 tahun boleh membuka akaun media sosial atau sebaliknya.

Ibubapa sepatutnya pantau anak-anak dan menetapkan apa yang boleh dilakukan dan tak boleh dilakukan oleh anak anda.

Kerajaan sedang menjayakan Agenda 2030 iaitu Government Raise Your Children!

πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½
Sumbangan kos operasi bulan Disember melalui akaun:

AFFIN BANK
105040052803
KELAB KOMUNITI
REF: RM50 DIS
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ”₯55πŸ‘18❀10🫑3😱2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
ULANG SIAR: 12.12.2025

AWAKENING❓

Nak keluar daripada sistem tapi masih bergantung sistem yang mereka suap?

Tolak MyDigital ID tapi masih bergantung kepada MyJPJ?

πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ•―πŸ”½πŸ•―

Sumbangan kos operasi bulan Disember melalui akaun:

AFFIN BANK
105040052803
KELAB KOMUNITI
REF: RM50 DIS
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ”₯32πŸ‘15❀3🫑3🀝1
Salam to all,

Digital ID bukan tentang kemudahan ataupun bagi mengatasi kecurian identiti atas talian.

Ia adalah untuk kawalan.

Setelah diterima pakai majoriti, kerajaan dan institusi kerajaan hanya akan mengiktiraf anda melalui sistem ini.

Samada melalui kod QR di mana satu ID untuk semua iaitu perjalanan/makanan/perkhidmatan sehingga kepada sumber yang boleh disekat dan dinafikan akses jika sistem digital gagal atau 'skor kredit sosial' anda tidak mencukupi.

Pada masa ini, dokumen fizikal seperti Mykad, pasport, sijil kelahiran, geran rumah dan lain lain dokumen paling selamat kerana kita mempunyai kawalan.


Tindakan anda perlu ambil:

βœ”οΈPadam daripada memasang apl kerajaan, terutamanya MyDigital ID satu log masuk.

βœ”οΈPadam daripada memasang Apl NHS, hadkan penggunaan Semak dan batalkan kebenaran Apl (kamera, mikrofon, lokasi).

βœ”οΈElak muat naik foto biometrik/imbasan muka ke Apl/perkhidmatan

βœ”οΈTegas dan simpan dengan selamat, salinan fizikal dokumen kritikal (Mykad, MyKid, Sijil Kelahiran, Geran, Sijil Nikah, Penyata Bank.

βœ”οΈKurangkan simpan dokumen utama (salinan) menggunakan €:Cloud

βœ”οΈSentiasa minta alternatif bukan digital - ia memang wujud. Pembayaran kaunter cuba kurangkan penggunaan QR.

βœ”οΈMatikan Face ID dan buka kunci cap jari pada telefon anda.

βœ”οΈMempunyai telefon asas lama untuk panggilan dan teks, dan telefon pintar berasingan hanya untuk perkhidmatan sensitif.

βœ”οΈElakkan kamera imbasan kendiri biometrik dan perkhidmatan tanpa kakitangan.

Digital ID - I made my thoughts abundantly clear in this Telegram Channel.

We must resist it. Because once it's in, we are never turning back. I plan on resisting.

Repeat after me:

πŸ‘I will not download MyDigital ID!

πŸ‘I will not registered MyDigital ID!

πŸ‘I will not comply MyDigital ID!

Speak louder!
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ”₯98πŸ‘51❀30🫑9🀣1