YY COMMUNITY CHANNEL
33.9K subscribers
2.74K photos
2.42K videos
33 files
1.6K links
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
KL - PENANG - KL‼️

Sebaik sebutan kes En. Firdaus ditukar tarikh baru 6 November 2025, Aku terus berangkat ke Pulau Pinang di mana Aku tiba di Batu Kawan 8:30pm.

Tujuan ke Penang adalah untuk bertemu dengan individu yang terlibat urusniaga jual beli emas terpakai.

Sesi perbincangan bermula jam 9:00 malam itu tegang kerana isu salah guna nombor telefon pihak lain oleh Pengadu kes.

Selepas Pengadu tampil mohon maaf serta mengakui kesalahan semua pihak bersetuju cadangan YYCC.

Selesai perbincangan, terus gerak balik Kuala Lumpur dan selamat sampai jam 6:30 pagi.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ‘77❀7πŸ”₯4🀣2πŸ†2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Malam tadi Aku berkesempatan kongsi mengenai MyDigital ID dari sudut perspektif berbeza.

Menurut Dr. Megat, selaku Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), MyDigital ID tidak diletakkan bawah MIMOS Berhad sebaliknya dikendalikan Pejabat Perdana Menteri melalui NACSA.

Selain itu, Dr. Megat mendakwa MyDigital ID versi Malaysia tidak sama dibentangkan oleh WEF dan bukan satu sistem pembayaran.

Namun, Aku mengatakan hujah Dr. Megat kononnya MyDigital ID negara kita tidak akan digunakan untuk pembayaran mengesahkan identiti talian adalah ganti kepada MyKad.

Selain itu Dr. Megat mengesahkan syarikat PJBumi menerima RM1.70 untuk setiap pendaftaran berjaya adalah kos kempen.

Namun Aku tegas mengatakan ia sistem pembayaran menggunakan CBDC.

Selain Dr. Megat turut mengakui MyDigital ID ganti Mykad adalah cerita benar.

Terima kasih Dr. Megat Zuhairy kerana bersedia memanggil YY seorang yang kritikal mengenai MyDigital ID.

Semoga Dr. Megat Zuhairy dan yang lain selamat mendarat di Moscow, Russia.
πŸ”₯80πŸ‘42❀20🫑13πŸ‘4πŸ€”4🀣3πŸ†3πŸ†’2
ANDA SUDAH HANTAR BANTAHAN UNTUK MENJADIKAN MYDIGITAL ID SISTEM APLIKASI TUNGGAL DALAM AGENSI KERAJAAN SEPERTIMANA DIUMUMKAN RMK-13?
Anonymous Poll
23%
Ya. Saya hantar email
7%
Ya, saya hantar surat bertulis
60%
Belum, tak sempat hantar
10%
Tidak, saya tidak akan hantar
❀24πŸ”₯3
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"YYCC: THE ORGANISED RESISTANCE"

Dengan lafaz Bismilillah..

Live Streaming baru-baru ini ada kemunculan "Inspektor Zorro" mengimbas memori sepanjang paksaan vaksinasi COVID-19.

Kita tidak menafikan bahawa PPIM sebuah kumpulan terawal tampil mempersoalkan tentang keselamatan vaksin COVID-19.

Malah PPIM sendiri mengetuai masyarakat bagi menyerahkan memorandum bantahan untuk YDPA di Istana Negara.

Tetapi jika Tuan Puan perasan gerakan PPIM adalah sebuah kawalan populasi yang boleh dianggap sebagai Pilot Project.

Gerakan menentang vaksin COVID-19 mula membuka dan berjaya menarik minat orang ramai selepas live gabungan Toqqi bersama YY.

Live memaparkan YY dan Toqqi dianggap sebagai "turning point" dalam gerakan penentang vaksin COVID-19 di Malaysia.

Bermula Telegram Group kita telah diserang cybertroopers KKM.

Penubuhan rasmi Telegram Channel dengan hasil bantuan Sue, Zana, Fazilah dan akhir sekali YY serapkan saudara Azizi.

Ibarat filem Charlie Angel's - Sue, Zana serta Fazilah di mana mahu Azizi bertindak sebagai Speaker kerana "gila nak bercakap" di mana kemudian Inspektor Zorro bertindak di belakang tabir.

Live Voice Chat YYCC bermula kurang 20 participants, akhirnya disertai lebih 4,000 participants seluruh negara.

Ya, begitulah YYCC bermula..

πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½

Sumbangan kos operasi YYCC:

105040052803
affin bank
Ref: September 2025
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ”₯55πŸ‘42❀22πŸ†5🀣2πŸ€—1
Kenapa Global Sumud Flotilla dianggap misi tidak berjaya?

Penulisan ini,

Perlu dibaca dengan literasi akal, bukan Emosi.

Sebelum tu,

Ini hanya pandangan peribadi saja.

Pertama..

Tahniah diucapkan kepada yang terlibat dengan kembara Sumud Flotilla,

Dan,

Bukan yang tak involve tidak berbuat apa-apa. Semua orang berjuang untuk padam kezaliman atas dunia bagi yang sedar tentangnya.

Cuma,

Mari Kita renung bersama,

Sebenarnya,

Kalau ambil ukuran selepas kewafatan Baginda Muhammad, kekejaman Dunia sudah berlaku ratusan tahun selepas kejatuhan secara total dalam peradaban Dunia Islam lebih kurang tahun 1258M sejak serangan Mongol ke atas Abbasiyah.

Sejak itu,

Yang difikir manusia untuk lenyapkan kekejaman, hanyalah perang dan bagi bantuan.

Sampaikan istilah 'Jihad' itu hanya difahami tentang perang fizik semata-mata.

Disebaliknya,

Sejak 1258M itu, Orientalis mula menukar cara fikir manusia ke arah jadi hamba mereka sehingga sekarang kita sukar keluar dari sistemnya.

Lihat harini,

America guna kuasa Veto menyekat resolusi terkait Gaza.

Selagi Kita duduk bawah Sistem mereka, tak kemana..

Dalam misi menghantar bantuan,

Sudah melalui Udara, Darat.

Malah harini Global Sumud Flotilla guna laluan air.

Adakah Kezaliman akan terhenti?

Bagaimana pula jika bekalan bantuan itu habis?

Sudah tentu perlu dihantar semula, persoalannya Source of Supply Chain bantuan kita tu dari mana?

Adakah terus boleh dibekalkan?

Sebelum ni bertahun sudah diberi bantuan begitu, ramai aktivis seluruh Dunia involve, Zion!st tetap berlaku kejam.

Apalah katanya,

Kali ni Kita ikut Cara Tuhan pula, Petunjuk Tuhan.

Bagaimana nak ikut Petunjuk Tuhan?

Renung kembali bagaimana Rasul-rasul kita lakukan, laksanakan,

Itulah Sunnah RasulNya.

Baginda,

Mengubah Pemikiran manusia hingga Dunia dapat kembali kepada hidup yang Haq secara total 2/3 Bumi.

Dari situ,

Untuk ubah perlu sampaikan keWahyuan ke semua peringkat manusia dari Marhaen sampailah ke peringkat langit (manusia duduk ditempat tinggi) sebagai contoh dulu Saad ibnu Muaz.

Dari situ,

Baru lah jihad itu berlaku Adil,

Marhaen lawan Marhaen,
Orang atasan lawan orang atasan,
Bangsa lawan Bangsa,
Kerajaan lawan Kerajaan.

Setiap Perjuangan yang ditunjukkan Rasul itu semuanya menang dan kita punya testimoni sangat kukuh.
(Surah Mujadilah : Ayat 21)

Cuma kurang Kita ambil pelajaran.

Sebab Kita suka ikut orang ramai sebab menyangka ramai itu betul.
(Surah Al-An'am : Ayat 116)

Kadang itu,

Pernah tak terfikir kenapa Allah seolah tidak memakbulkan doa Kita?

Mungkin,

Kita hanya ikut cara kita bukan cara Dia.

Surah Al-Furqan : Ayat 52

Maka janganlah engkau taati orang-orang kafir, dan berjuanglah terhadap mereka dengannya (Al-Qur'an) dengan (semangat) perjuangan yang besar.
❀98πŸ‘45πŸ”₯4🫑4πŸ’―2🀣2❀‍πŸ”₯1πŸ₯°1πŸ‘Œ1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Put the right person for the right job - MyDigital ID dari Perspektif NACSA!

Kita nak tempah kek, kita kena pergi bakery, bukannya ambil tukang masak tomyam tetapi suruh buat kek.

Mungkin tukang masak tahu buat kek tetapi pastinya tidak sedap seperti dihasilkan oleh Baker.

YYCC "organized resistance" - kami tolak jika Kerajaan gagal jawab isu-isu kami bangkitkan.

Kami sudah pun buktikan, 60k dalam komuniti YYCC terutama penjawat awam bekerja seperti biasa walaupun menolak vaksin COVID-19.

Kerajaan gagal memberi satu jaminan dan menjawab tetapi ada unsur PAKSAAN dengan MEWAJIBKAN daftar Digital ID maka jangan mimpi kami daftar. Setakat ini tiada akta mengikat MyDigital ID.

Akta Perkongsian Data 2025 ia membolehkan perkongsian di kalangan agensi awam digubal Jabatan Digital Negara. Setakat itu sahaja.

Rakyat belajar ketika pandemik, jelas kerajaan telah menipu dan memaksa rakyat terima vaksin yang tidak pernah teruji ke atas manusia.

Itulah mukadimah Aku sebaik jumpa Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Dr. Ir. Megat Zuhairy.

Pertemuan sepatutnya dibuat di pejabat beliau atau pejabat YYCC. Bagaimanapun kerana musim cuti dan jadual masing-masing padat di mana beliau pula perlu ke Moscow, Russia tiga minggu di atas tuntutan tugas.

Maka terpaksa jumpa di airport sebelum flight beliau berlepas jam 2:00 pagi.

Pertemuan dihadiri Bendahari YYCC, Zul Janggut dan Sdr. Siraj, dari Persatuan Pengguna Siber Malaysia.

Pertama, Dr. Megat bersetuju rakyat tidak simpan aplikasi tak guna dalam HP dan setakat ini MyDigital ID memang tak guna. Paksa daftar kemudian apa?

Kedua, Aku kata, untuk buat rakyat guna MyDigital ID kena ada fungsi. Contoh, rakyat kita diminta daftar PADU kononnya untuk subsidi. Kemudian MOF minta daftar BUDI untuk semak layak atau tidak dapat subsidi?

Akhir sekali guna Mykad untuk rakyat isi RON95 harga subsidi. Doc tak rasa tindakan Kerajaan stupid Doc? Why not you guna aplikasi Setel dan untuk minyak subsidi hanya Petronas sahaja.

Dr. Megat setuju dan paling tak jangka adalah subsidi RON95 guna aplikasi Petronas SETEL telah dilaksanakan.

Jadi jika anda tak mahu beratur guna MyKad. Boleh isi minyak guna aplikasi SETEL Petronas.

Doc ini maksud Aku - "put the right person for the right job.."

MyDigital ID sepatutnya bawah agensi keselamatan siber dan bukan MIMOS Berhad yang tak tahu hujung pangkal tapi paksa orang daftar untuk PjBumi kaut untung RM1.70 bagi pendaftran yang berjaya.

Ketiga, bila PMX meletakkan di bawah kawal selia NACSA iaitu agensi you.

Tugas you sekarang perlu cuci segala taik dibuat MIMOS Doc.

You nak YYCC bantu boleh, kita pun bukan anti kerajaan malah kita tak pernah bakar jambatan dengan mana-mana agensi dan respect goverment of the day.

Cuma nak beritahu jika kepada Pendekar Madani PMX luluskan RM2 juta. Apa kata hulur YYCC RM3 juta?

Haha!
πŸ”₯68πŸ‘54😁18❀16πŸ‘10🀣5🫑5πŸ₯°1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
23.9.2025

Esok hari pengurusan kes Baby Syifaa dan keputusan terhadap permohonan representasi oleh Pengasuh Baby Syifaa.

Sepatutnya perbicaraan pada 17 dan 18 September tapi dua hari Mahkamah melapangkan tarikh pada saat akhir.

Kita tahu pihak AGC tidak mahu orang ramai hadir perbicaraan kes Pengasuh Baby Syifaa.

Mereka mahu perbicaraan kes Baby Syifaa tak diperbesarkan oleh media susulan Inkues Zara Qairina sedang berjalan.

Esok kita akan samada pihak AGC menerima representasi dibuat Pengasuh?

MAHKAMAH SEREMBAN
9:30 PAGI
ALL BLACK IS BACK‼️

#Justice4BabySyifaa
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
❀63πŸ‘48πŸ”₯24🀝2πŸ₯°1🀣1πŸ†1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
REPRESENTASI KEDUA

Pengasuh 'Baby Syifaa' atau Nour Rania Asyifaa Yuseri telah mengemukakan representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung pertuduhan melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berusia 15 bulan itu di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, tiga tahun lalu.

Peguam, S Kavittha yang mewakili tertuduh, Khairunnisa Ahmad Damanhuri, 40, memaklumkan perkara tersebut ketika sebutan kes di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Apa yang berlaku?

Tuduhan Pengabaian: Pengasuh Baby Syifaa didakwa di atas pertuduhan melakukan pengabaian terhadap Baby Syifaa. 

Tindakan Pengasuh: Beliau menghantar representasi kedua kepada AGC untuk menyuarakan hujahan dan kononnya bukti menyokong rayuannya agar tidak didakwa. 

Representasi Pertama Ditolak: AGC sebelum ini telah menolak representasi pertama yang telah dikemukakan pengasuh itu pada Mac 2025. 

Tujuan Representasi: Tujuan representasi adalah untuk meminta agar kes tersebut tidak diteruskan ke peringkat perbicaraan atau sekurang-kurangnya mempertimbangkan semula keputusan untuk mendakwanya. 

Jadi, "representasi" bermaksud satu permohonan atau hujah rasmi yang dikemukakan oleh pengasuh dan peguam kepada pihak pendakwaraya memohon supaya kes tersebut dihentikan atau mendapat pertimbangan selanjutnya.

Itulah maksud representasi di mana setiap orang kena tuduh berhak mengemukakan alasan dan hujah kenapa kes tak perlu diteruskan. Selepas keputusan representasi ditolak baru tarikh perbicaraan ditetapkan.
πŸ‘64πŸ”₯33❀4🫑4🀣3πŸ†2😁1πŸ‘Œ1πŸ†’1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
KEPUTUSAN representasi kedua akan diberitahu oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan jam 2:30 petang.

Aik.

Hari ini keputusan representasi ke-2 di mana DPP hanya perlu menjawab representasi DITERIMA atau DITOLAK?

Tapi masih main tarik tali.


Di mana kami dimaklumkan Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan sendiri akan turun memberitahu keputusan jam 2:30 petang.

Kamu nak beritahu apa?

Tiada beza Pengarah atau DPP yang memberitahu kerana ia bukannya tugas sukar - AGC perlu cakap DITERIMA atau DITOLAK.

Paling gila mereka bertindak menukar Hakim serta DPP baharu sekali lagi.

Sampai bila kita membiarkan pegawai Mahkamah sendiri manipulasi sistem perundangan demi nak "cover up" pembunuhan bayi berusia 15 bulan?

AGC memang rosak bermula kepala sehingga ekor telah rosak dan hanya memperbodohkan masyarakat.

Jam 2:30 yang mana berdekatan boleh hadir!

#Justice4BabySyifaa
#JusticePeaceHumanity
πŸ”₯120❀16πŸ‘11😱4🀣4❀‍πŸ”₯1πŸ’―1πŸ†1πŸ‘€1
Live stream started
Live stream finished (51 minutes)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
FLIP-FLOP: SUDAH TERIMA REP TAPI DITOLAK SELEPAS KITA HADIR❗️

Hari ini kita dapat melihat jelas terdapat usaha untuk lepaskan Pengasuh dengan mengenakan hukuman denda sahaja.

DPP mula-mula telah menerima representasi selepas Pengasuh mengubah pengakuan kepada bersalah.

Di mana Pengarah Pendakwaan Negeri hadir pada 2:30 petang untuk memastikan Pengasuh dikenakan denda RM20,000 sebagai hukuman.

Asasnya, jika representasi telah ditolak pagi tadi DPP pastinya sudah memaklumkan perkara ini.

Tetapi DPP mengatakan yang Pengarah Pendakwaan Negeri akan baca keputusan rep 2:30 petang.

Malah suami Pengasuh hari ini kelihatan di Mahkamah kerana perlu membayar denda sebaik hukuman dijatuhkan.

Bagaimanapun usaha mereka gagal bila Gaithri Thomas turut masuk jam 2:30 petang.

Sebaik Gaithri Thomas masuk, Pengarah Pendakwaan Negeri terus mengatakan representasi kedua telah ditolak dan pihak AGC tidak menerima rayuan selepas ini.

Selain menetapkan tarikh baru perbicaraan iaitu pada 2, 9 dan 10 Mac 2026!

Ini adalah anjing-anjing dalam AGC yang sedang menafikan keadilan kepada mangsa bayi berusia 15 bulan.

#Justice4BabySyifaa
#NoJusticeNoPeace
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ”₯134❀23πŸ‘14😱7πŸ•Š3🀣3❀‍πŸ”₯2😁1🫑1
Live stream scheduled for
Live stream scheduled for
Live stream started
Live stream finished (2 hours)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
πŸŽ™VC: 23 SEPTEMBER 2025

Siaran ulangan VC bersembang santai mengenai. VC bermula pada durasi 05:30

1. Subsidi petrol,
2. MyDigital ID

Selain kemaskini perbicaraan kes Baby Syifaa pada durasi 30:37.

Selain isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ”₯39πŸ‘29❀11πŸ‘Œ3🀣1🫑1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
NEW UPDATE‼️

Selepas perbicaraan kes Baby Syifaa ditetapkan pada 2, 9 dan 10 Mac 2026.

Pada 7 dan 8 Oktober 2025 ini merupakan sambungan kepada prosiding perbicaraan bagi kes Seksyen 403 Kanun Keseksaan di mana Peguambela tertuduh sambung sesi soal balas saksi pendakwaan pertama (SP-1)

Dalam prosiding terdahulu SP1 ketika disoal balas oleh Gaithri Thomas keseluruhan RM67,000 berapa wang milik sendiri. SP-1 menjawab tidak pasti.

KLIK SINI

KLIK SINI

Malah ketika ditanya samada SP1 ada mengemukakan resit kepada Mahkamah bila beliau mendakwa buat "cash deposit" kepada tertuduh.

SP-1 mengatakan tiada resit yang ditunjukkan sebagai bukti kepada mahkamah.

Justeru, pada 7 dan 8 Oktober dijangka soalan daripada pihak pembelaan yang membuatkan SP-1 akan dilihat pengadu yang tidak boleh dipercayai.

Siapa kelapangan, dipersilakan hadir kerana sesi soal balas kes perbicaraan jenayah tidak sama seperti prosiding Inkues.

πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½πŸ”½

Tuan Puan,

Ramai tampil menyumbang kos operasi YYCC tanda sokongan dan komitmen bulanan. Untuk bulan Oktober diharap semua masih kekal konsisten.

AFFIN BANK
105040052803
KELAB KOMUNITI
REF: OKT. KOMITMEN
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ”₯54πŸ‘30❀11🀣2πŸ†’2❀‍πŸ”₯1πŸ†1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
AMBIL KESEMPATAN‼️

Setiap hari ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan kerana pengetahuan orang kita dalam sesuatu perkara sangat lemah.

Kita membayar wang deposit untuk tempahan catering atau apa-apa sahaja perkhidmatan.

Selalu yang pihak menyediakan tempahan, kata wang booking hangus sekiranya kita batalkan tempahan.

Padahal wang booking adalah deposit satu PERJANJIAN atau KONTRAK - pihak A dengan B.

Sekiranya pihak B ubah fikiran tidak mahu buat tempahan duit deposit pendahuluan mestilah dipulangkan.

Asasnya, apabila pihak B tidak berminat untuk membeli atau meneruskan tempahan, pihak A belum mengalami kerugian kerana belum buat sebarang persediaan.

Dalam satu kes diterima YYCC di mana penyewa mahu sewa sebuah rumah dan membayar dua bulan deposit pendahuluan serta sewa, namun selepas dia menduduki rumah tersebut, tak sampai seminggu pelbagai isu dan kerosakan timbul.

Penyewa berasa tidak berpuas hati lalu pindah selepas masuk satu minggu, di mana penyewa tidak mahu memulangkan dua bulan deposit pendahuluan.

Kita bantu call pemilik rumah di mana berjanji akan dipulangkan semula kepada penyewa.

Di mana dimaklumkan deposit dipulangkan tapi pemilik rumah menggunakan alasan berlakunya kerosakkan dan memulangkan separuh saja dari deposit.

Selalu macam ni..

Cuma nak beritahu, dari orang tak nak bayar satu sen YYCC buat orang bayar semula duit walaupun tak semua.

Hotline YYCC bertukar kepada:
+601113399646
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ‘67πŸ”₯25❀15🫑5πŸ†4🀣2
Live stream scheduled for
Salam to all,

Kita belum berhenti dalam perjuangan kita di mana kes yang kita failkan sebelum ini dalam proses rayuan.

SEMAKAN KEHAKIMAN PEKELILING BILANGAN 4.0

Case Management sebelum Pendengaran ditetapkan pada 24.12.2025

Tarikh Pendengaran kedua-dua rayuan ini ditetapkan semula pada 7.1.2026 secara fizikal di Mahkamah Rayuan 1.

Pemfailan Hujahan Tambahan/Balas termasuk Ikatan Autoriti (sekiranya ada) boleh difailkan pada atau sebelum 23.12.2025. (Kalau ada sahaja)

Nota:
1. β€˜Kedua-dua pendengaran’ bermaksud kes UM & kes Cikgu.

2. tarikh baru kerena pada tarikh sebelum ini didapati salah seorang daripada tiga Hakim yang mendengar rayuan mempunyai pertalian persaudaraan dengan pihak peguam mewakili UM. Jadi kita membantah dan minta tukar Hakim ditukarkan.


πŸŽ™LIVE VC: INJUSTICE NEVER RULES FOREVER

πŸ”TIME: 10:30 PM

πŸ“ŒVENUE: CHANNEL YYCC

Klik Link Untuk VC:

πŸ”—https://t.me/YYCOMMUNITY?livestream
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ‘71❀10πŸ”₯6❀‍πŸ”₯2🀣2😁1🀩1πŸ†’1