YY COMMUNITY CHANNEL
33.9K subscribers
2.74K photos
2.42K videos
33 files
1.6K links
Download Telegram
Sungguh, terdapat suri teladan yang baik pada Rasul bagimu.

Teladan,

Sesuatu yang baik boleh dicontohi.

Perintah Allah, suri teladan yang Baik dari Rasul bagi Umat manusia.
(Surah Al-Ahzab : Ayat 21)

Jadi,

Ikut sajalah yang Baik.

Ada saja sikap yang tak baik dilakukan Rasul perlu dijadikan pelajaran.

Contohnya,

Baginda Adam memakan Buah Khuldi,

Baginda Ibrahim memohon ampunan Ayahnya yang tidak mahu ikut wahyu Allah.
(Surah At-Taubah : Ayat 113-114)

Baginda Muhammad yang memilih Dalam menyampaikan kewahyuan.
(Surah Abasa : Ayat 1 - 11)

Ini semua pelajaran.

Jadi,

Ikut saja Suri teladan yang Baik.
(Surah Al-Ahzab : Ayat 21)

Jangan jadi mata lalat yang asyik memandang buruk melainkan ianya pelajaran,

Kita dikurniakan untuk Furqon,

Pendapat Peribadi Penulis Bukan Pendirian YYCC
โค67๐Ÿ‘25๐Ÿซก4๐Ÿ˜ฑ1๐Ÿคฃ1๐Ÿ˜จ1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jangan lupa dulu pakar mengatakan vaksin COVID selamat dan berkesan.

Manakala mufti menggunakan nas, qias, hadis, dalil bagi memastikan umat Islam terima vaksin.

Masyarakat dipisahkan menjadi dua kelompok iaitu "vaccinated" dengan "unvaccinated".

Sama kes Zara..

Mereka menggunakan mainstream media membina naratif dengan headlines yang buat masyarakat kita trigger.

Kemudian mereka muncul dan memberi label-label seperti "Palatao".

Siapa takut dilabel "Palatao" mula sindiran kepada mereka yang memberikan pandangan berdasarkan laporan berita mainstream media.

Bagi mereka yang gagal mengawal emosi membuat komen lepas geram tanpa sedar komen berbentuk ugutan.

Dalam kes Baby Syifaa..

Menurut doktor pakar forensik dari Hospital Tuanku Jaafar, kesan halus dan kemas di leher Baby Syifaa konsisten dengan kain buai.

Dalam kes Syamsul Haris..

Naratif rasmi pihak berkuasa mengatakan Syamsul Haris meninggal dunia akibat serangan sawan. Tapi gambar tidak menunjukkan seperti seseorang mati akibat terkena sawan.

Mereka yang mempersoalkan naratif rasmi pastinya diserang dan diberikan pelbagai label hanya kerana diri bukan seorang pakar.

Jika nak tahu seseorang berada di bawah kawalan, cuba persoalkan naratif rasmi kerajaan.

Yang mana tampil memberikan label bukan-bukan kepada anda bermakna minda mereka masih dalam kawalan.

Pihak berkuasa tahu bagaimana minda masyarakat berfungsi dan arif dengan tingkah laku anda.

Kita akan terus berbalah sama sendiri kerana setiap daripada manusia ada pandangan dengan persepsi yang berbeza.

Sebab itulah, Saidina Ali r.a berpesan - "Janganlah kamu melihat kepada siapa yang berkata, tapi lihat kepada apa yang diperkatakan.."

Faham?

P/s: video lama di mana pihak berkuasa Polis, KKM, MKN menunggu lelaki kacak di Ipoh sampai malam padahal lelaki kacak membuat penampilan di Kuala Kangsar. Maklumat risikan konon.. Opss... ๐Ÿ˜‚๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

https://www.facebook.com/share/v/16brr2W518/?mibextid=wwXIfr
1โค70๐Ÿ‘54๐Ÿ”ฅ18๐Ÿคฃ10๐Ÿซก2๐Ÿ‘Œ1๐Ÿค1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
๐’๐€๐…๐„ & ๐„๐…๐…๐„๐‚๐“๐ˆ๐•๐„ ๐‘๐Ž๐€๐ƒ๐’๐‡๐Ž๐– ๐ˆ๐’ ๐๐€๐‚๐Š โš ๏ธ
โ™ฅ๏ธ๐Ÿ’™๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐„๐ƒ๐ˆ๐“๐ˆ๐Ž๐๐Ÿ’™โ™ฅ๏ธ

Jom bersama kami dalam siri roadshow penuh ilmu dan kesedaran.

๐Ÿ—“ Tarikh: SABTU, 13-SEP-2025
โฐ Masa: 3.00 PM โ€“ 7.00 PM
๐Ÿ“ Lokasi: JOHOR BAHRU
๐Ÿ‘•
Tema : BLACK & DENIM

๐ŸŽ๐—–๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐—ธ๐—น๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ณ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ!

Untuk maklumat lanjut & pendaftaran:
๐‘น๐’†๐’†๐’๐’‚
๐Ÿ“ฑ +6011-11118261
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ‘53โค4๐Ÿ‘2๐Ÿคฃ2๐Ÿ†’1
Ketua Jabatan,

Ini adalah surat edaran.

Edaran KSU KPM ini memberi peringatan atau arahan untuk warga KPM supaya mendaftar MyDigital ID.

Persoalannya, adakah arahan KSU merupakan arahan WAJIB bagi setiap warga KPM?

TIDAK WAJIB.

Kakitangan KPM merupakan kakitangan perkhidmatan awam di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di mana setakat ini tiada arahan dan Pekeliling daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) mewajibkan kakitangan awam daftar Digital ID.

Bila tiada pekeliling KSU atau Ketua Jabatan tidak boleh nak melangkaui kuasa KPPA dalam memberikan arahan mengenai program atau dasar kerajaan.

Justeru, Tindakan Tatatertib tidak boleh dikenakan ke atas kakitangan KPM yang tidak mendaftar MyDigital ID kerana ia program peringkat nasional bukan peringkat kementerian.

KSU boleh beri arahan wajib ke atas kakitangan KPM sekiranya ia program kementerian.

Bagi program ataupun dasar kerajaan setiap arahan untuk kakitangan awam mesti melalui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Faham atau tidak wahai Ketua Jabatan yang kejar KPI 100% daftar?

๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ•ฏ๐Ÿ•ฏ๐Ÿ•ฏ

Terima kasih kepada yang beri sumbangan kos Operasi bulan September. Kita memerlukan lebih kurang 80 orang untuk capai sasaran 200 orang bagi bulan kedua.

AFFIN BANK
105040052803
KELAB KOMUNITI
REF: RM50 SEPT
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ”ฅ77๐Ÿ‘30โค27๐Ÿ‘11โคโ€๐Ÿ”ฅ3๐Ÿคฃ3๐Ÿซก3๐Ÿ‘Œ1๐Ÿ†’1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
CALL TO ACTIONโ€ผ๏ธ

Biasa memberi kali ini terpaksa menerima. Hari ini kita melihat orang ditimpa musibah, mana tahu esok lusa mungkin kita.

Salah seorang family members YYCC yang telah lama berada dalam komuniti ini memerlukan bantuan segera daripada kita susulan rumah sewa terbakar.

Kejadian berlaku ketika mereka tiada di rumah dan di mana tak dapat selamatkan barangan.

Justeru, YYCC mengerakkan Tabung Kilat bagi meringankan beban Pn. Linda sekeluarga.

Tak kira berapa yang terkumpul sepanjang minggu ini kita akan serahkan kepada Pn. Linda.

AFFIN BANK
105040052803
KELAB KOMUNITI
REF: DERMA KILAT
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ˜ข75โค21๐Ÿ‘12๐Ÿ˜ญ7๐Ÿค2๐Ÿ‘Œ1๐Ÿคฃ1๐Ÿค—1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
โš ๏ธBUAT LAPORAN KEHILANGAN ANAK, AKHIRNYA DIPENJARA KONONNYA PENGABAIANโ“

Hari ini YYCC telah menerima seorang pengadu yang telah berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pengadu merupakan bapa tiga anak berusia 11, 9 dan 7 tahun di mana satu hari beliau telah memarahi dua anak perempuan berusia 11 dan 9 tahun kerana membakar kertas dalam rumah.

Disebabkan dua anaknya tidak mengaku, satu hari beliau pun memberikan peluang sehingga subuh dan jika tidak mengaku akan dirotan.

Disebabkan takut, dua anaknya yang berusia 11 dan 9 tahun itu melarikan diri daripada rumah dengan tidur di sebuah masjid yang mereka sering kunjungi.

Namun dua beradik itu pandai, sembunyikan selipar sekaligus bapa mereka gagal menemui mereka yang tidur di ruangan muslimat.

Bapa panik, kemudian ke Balai Polis lalu membuat laporan kes kehilangan dua anaknya.

Selesai membuat laporan Polis, pada hari yang sama dua anak itu ditemukan Polis jam 12:00 tengahari.

Bagaimanapun Polis tidak memaklumkan terus pengadu tentang penemuan dua orang anaknya, beliau hanya dapat tahu Polis menemui anaknya jam 5:00 petang. Selepas dia jemput anaknya dan pulang ke rumah.

Tiba-tiba muncul pasukan Polis di kediamannya lalu bertindak tahan pengadu kononnya telah melakukan pengabaian di mana pengadu ditahan lokap selama 9 hari.

Dan dipertuduhkan kononnya telah melakukan pengabaian kerana telah merotan anaknya.

Tapi pengadu mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000.

Disebabkan gagal membayar ikat jamin, pengadu dihantar ke penjara lebih 40 hari sementara menunggu keluarga kumpulkan duit.

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil hak penjagaan sementara dan serahkan kepada bekas isteri pengadu.

Disebabkan pengadu ditahan pemilik rumah terus rampas rumah di mana kini pengadu berumah dalam kenderaan.

Pada 27 Julai, keluarga tampil membayar ikat jamin, pengadu
dibebaskan sementara tunggu perbicaraan.

Dua kali sebutan semula kes bulan Ogos lalu, tiba-tiba pihak DPP kata kertas siasatan belum lagi disiapkan.

Jika kertas siasatan belum siap, bagaimana pertuduhan dibuat?

Pengadu hadir ke YYCC untuk mendapatkan pembelaan dan InsyaAllah kita akan membantu pengadu sebaik mungkin.

Bagaimana jika berlaku ke atas anda, adakah rela dipenjarakan hanya kerana mahu mendidik anak sendiri?

Justice is all of our bussines!
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ”ฅ134โค40๐Ÿ‘31๐Ÿ˜ข19๐Ÿ˜ฑ11๐Ÿซก4๐Ÿคฃ2๐Ÿค1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
IKLAN BERBAYAR

Jom daftar PERCUMA Akaun Emas GAP sekarang!* ๐Ÿช™โœจ
Lagi bestโ€ฆ *dapat CASHBACK RM20!
๐Ÿ˜

๐Ÿ“Œ Syarat mudah je:
โœ… Daftar akaun GAP (Free je!)
โœ… Menabung minimum RM200
โœ… Sebelum atau pada *30 SEPT 2025*

๐ŸŽ Terus dapat RM20 masuk ke akaun bank anda!
Lepas tu boleh terus kumpul gram emas sikit-sikit. Mudah & berbaloi ๐Ÿ’›

๐Ÿ“ฒ Nak saya bantu daftar & guide sampai jadi?

Klik je sini: https://www.wasap.my/601111118261/DaftarGAP

โ€” Rithza Reena
Dealer Aktif Public Gold
#PublicGold #AkaunGAP #EmasPatuhSyariah #TKLEmpire
๐Ÿ‘24โค12
ORANG politik kerja mereka salah menyalahkan.

Jika salah kerajaan terdahulu, kenapa Kerajaan hari ini tidak perbetulkan salah kerajaan terdahulu?

Jika Kerajaan terdahulu dikatakan menindas rakyat, kenapa Kerajaan hari ini tidak membela rakyat?

Kekecohan hari ini berlaku kerana kamu cuba untuk merobohkan rumah landed, rumah atas tanah yakni rumah ada geran.

Bukan isu penduduk sudah terima pampasan, yang terima pampasan adalah 88 peratus penduduk dari rumah flat.

Perintah pengosongan hanya untuk rumah flat dan rumah flat memang sudah kosong.

Hari ini Polis turun untuk arah pengosongan rumah landed atas arahan siapa, pihak mana arah kalau bukan Pemaju?

Rumah ada geran kamu cuba roboh selain arahkan pengosongan sedangkan kes sedang didengarkan di Mahkamah Tinggi di mana bulan Oktober depan sebutan semula kes.

Sebab itulah mereka mempertahankan rumah milik mereka. Kamu kesian Polis cedera kena batu, tetapi penduduk diminta keluar daripada rumah yang ada geran kira macam mana?

Biar pemaju selesaikan dengan penduduk, kenapa Polis perlu campur tangan kononnya atas perintah Mahkamah?

Kamu muncul dengan memberi tempoh 1 jam untuk kemas barangan. Itu bukan rundingan itu provokasi secara terang-terangan.

Apa beza kamu dengan Zionis?

Kenapa terus pijak rakyat, kerana mereka tahu buat apa pun, pesimpati akan mempertahankan segala tindakan mereka.

Macam tu je kena main..

Heh!

๐Ÿ™„๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Oh! Kecoh gambar Fida dengan Mamat Sepahtu, semata-mata nak buat pembunuhan karakter ke atas Fida. Mereka tak tahu Fida pernah dating dengan YY.

Gambar dirakam 22 Julai 2012.

Hahaha!
๐Ÿ˜120๐Ÿ”ฅ44โค30๐Ÿ‘18๐Ÿซก10๐Ÿคฃ5๐Ÿ˜ฑ3๐Ÿ’ฏ2๐Ÿคทโ€โ™‚1
Forwarded from YY COMMUNITY CHANNEL
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
CALL TO ACTIONโ€ผ๏ธ

Biasa memberi kali ini terpaksa menerima. Hari ini kita melihat orang ditimpa musibah, mana tahu esok lusa mungkin kita.

Salah seorang family members YYCC yang telah lama berada dalam komuniti ini memerlukan bantuan segera daripada kita susulan rumah sewa terbakar.

Kejadian berlaku ketika mereka tiada di rumah dan di mana tak dapat selamatkan barangan.

Justeru, YYCC mengerakkan Tabung Kilat bagi meringankan beban Pn. Linda sekeluarga.

Tak kira berapa yang terkumpul sepanjang minggu ini kita akan serahkan kepada Pn. Linda.

AFFIN BANK
105040052803
KELAB KOMUNITI
REF: DERMA KILAT
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ˜ข55โค5๐Ÿ‘Œ1๐Ÿคฃ1
Sejak semalam orang kita bertekak isu perobohan kediaman penduduk Kg. Sungai Baru.

Marah Rafidah Ibrahim, pelbagai tuduhan serangan dibuat malah mengalahkan pihak pemaju.

Kadangkala terfikir apa yang mereka dapat begitu konsisten membuat serangan.

Ini Kejayaan mereka.

Berjaya membuatkan rakyat salah sasaran.

Rakyat mempersoalkan dan mempertikai satu sama lain yakni sesama rakyat bukannya pemaju ataupun pihak berkuasa.

Sebab itu sistem yang menindas rakyat gah berdiri dan sukar dikalahkan.

Nota kaki: Tak guna merdeka, tetapi minda terjajah sistem.

๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ

๐ŸŽ™VC: MINDA TERJAJAH?
๐Ÿ”TIME: 10:30 PM
๐Ÿ“ŒVENUE: YYCC CHANNEL

๐Ÿ”—https://t.me/YYCOMMUNITY?livestream
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ”ฅ93๐Ÿ‘38๐Ÿ˜ข8โค7๐Ÿ•Š1๐Ÿคฃ1๐Ÿ†’1
Live stream scheduled for
Live stream started
Live stream finished (1 hour)
Krisis Kegagalan Demokrasi, Cetus Gelombang Protes

Gelombang protes di Indonesia, Perancis, Nepal, dan Serbia menimbulkan persoalan besar terhadap keberkesanan sistem demokrasi. Sistem yang kononnya memberi kuasa kepada rakyat kini dipersoalkan apabila suara mereka sering diketepikan.

Daripada isu korupsi, austeriti, hingga sekatan kebebasan bersuara, demokrasi seolah-olah gagal memenuhi janji asalnya. Rakyat bangkit, tetapi ke mana hala tuju sistem ini?

Indonesia
1. Demokrasi gagal memberi keadilan kepada rakyat.
2. Korupsi, kenaikan kos sara hidup dan undang-undang mengekang kebebasan jadi punca kemarahan.
3. Rakyat rasa hanya dipandang ketika pilihan raya, tetapi diabaikan selepas itu.

Perancis
1. Protes โ€œBlock Everythingโ€ berpunca daripada dasar austeriti.
2. Keputusan besar dibuat tanpa persetujuan rakyat.
3. Demokrasi kelihatan hanya simbolik; rakyat tidak benar-benar diwakili.

Serbia
1. Tragedi Novi Sad dedahkan korupsi dan kelemahan institusi.
2. Demokrasi bertukar menjadi topeng autoritarianisme di bawah penguasaan elit.
3. Rakyat hilang kepercayaan terhadap sistem politik sedia ada.

Nepal
1. Larangan 26 platform media sosial dilihat mengekang kebebasan bersuara.
2. Generasi muda kecewa dengan nepotisme dan peluang ekonomi yang sempit.
3. Demokrasi dianggap tidak melindungi rakyat, sebaliknya menjaga kepentingan pemerintah.

Kesimpulan
1. Keempat-empat negara menunjukkan pola sama: demokrasi gagal memenuhi janji asalnya.
2. Suara rakyat sering diketepikan, kebebasan disekat, dan keputusan menguntungkan elit.
3. Krisis ini menimbulkan persoalan: adakah demokrasi masih relevan, atau perlu diganti dengan sistem lain yang benar-benar membela rakyat?


Pendapat Peribadi Penulis Bukan Pendirian YYCC
1โค53๐Ÿ‘47๐Ÿ”ฅ19๐Ÿ‘Œ3๐Ÿ˜1๐Ÿ‘€1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
ULANGAN: 12 SEPTEMBER 2025

โœ”๏ธAkta Pengambilan Tanah?

๐Ÿ“ˆRakaman Live VC semalam yang disertai 200 participants.

๐Ÿ’ฌMengulas mengenai tindakan kes Kampung Sg. Baru.

Semoga bermanfaat.

๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ

Tabung Kilat terkumpul RM1,680
mari kita cukupkan RM2,000 bagi membantu family members yang berdepan kebakaran:

AFFIN BANK
105040052803
KELAB KOMUNITI
REF: DERMA KILAT
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ‘64โค14๐Ÿซก2โคโ€๐Ÿ”ฅ1๐Ÿ”ฅ1๐Ÿ‘Œ1๐Ÿคฃ1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lima tahun lalu, Aku banyak menentang SOP dari MKN kemudian vaksin COVID-19.

Aku berharap kata-kata Aku sampai ke seramai mungkin manusia.

Di mana semenjak itu, Aku dilabel "Anti Vaksin" selain kehidupan Aku tidak sama lagi seperti sebelumnya.

Betul kata orang, kita tidak tahu sejauh mana sesuatu yang dikatakan atau dibuat mempengaruhi berjuta-juta orang pada hari esok.

Kejahatan berlaku apabila orang baik berdiam diri.

Hari ini kita semua Berdiri dan bercakap benar kerana Keyakinan kita lebih besar berbanding ketakutan.

Kita tidak perlu kesal atas keputusan kita kerana hari ini Kajian vaksin mRNA ada 86 gangguan neuropsikiatri yang serius.


๐Ÿ“ˆKecenderungan pembunuhan: 25 kali lebih tinggi

๐Ÿ“ˆFikiran bunuh diri: 150 kali lebih tinggi

๐Ÿ“ˆSkizofrenia: 315 kali ganda lebih tinggi

๐Ÿ“ˆskizofrenia: 440 kali ganda lebih tinggi

Demensia: 140 kali lebih tinggi

๐Ÿ“ˆTrombosis otak: 3,000 kali lebih tinggi

๐Ÿ“ˆKemurungan: 530 kali lebih tinggi

๐Ÿ“ˆKeganasan: 80 kali ganda lebih tinggi

๐Ÿ“ˆKemerosotan kognitif: 115 kali lebih tinggi

๐Ÿ“ˆParanoid: 50 kali ganda lebih tinggi

Dan banyak lagi gangguan neuropsikiatri atau mental yang serius.

Kerosakan saraf dan mental ini berkemungkinan besar disebabkan vaksin mRNA COVID-19 yang telah menghasilkan protein spike toksik dalam otak.

Dengan kira-kira 80 peratus penduduk mendapat vaksin COVID-19.

Maka tidak hairan kita lihat kes pembunuhan semakin menjadi-jadi.

Kajian turut menyimpulkan: "Terdapat keperluan untuk penggantungan global vaksin COVID-19 dengan kadar segera!

https://mail.ijirms.in/index.php/ijirms/article/view/2090
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
1๐Ÿ’ฏ97๐Ÿ”ฅ30๐Ÿ‘29โค23๐Ÿซก8โคโ€๐Ÿ”ฅ3๐Ÿ˜ข2๐Ÿ˜ฑ1๐Ÿคฉ1๐Ÿ†1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Orang di atas sedang bertungkus-lumus berusaha buat kita berbalah kerana penyatuan rakyat bawah adalah ancaman bagi mereka.

Mereka sengaja memperlihatkan pihak mana betul dan salah menyebabkan kita tanpa henti menuding menyalahkan sesama sendiri.

Mereka membina naratif dengan meletakkan segala kegagalan terhadap seteru mereka yang menerajui Kerajaan terdahulu.

Sekaligus majoriti gagal melihat kepada kebenaran dan hakikat pihak mana sedang memegang tampuk kuasa yang boleh buat keputusan atau memberikan arahan.

Perbicaraan kes jenayah Pengasuh Baby Syifaa 17 dan 18 September 2025, di Mahkamah Seremban, jam 9:30 pagi.

#Justice4BabySyifaa
#NoJusticeNoPeace

๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ

Sumbangan untuk kos operasi YYCC melalui akaun rasmi:

AFFIN BANK
105040052803
KELAB KOMUNITI KEMANUSIAAN
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ”ฅ84๐Ÿ‘30โค9๐Ÿค2๐Ÿ‘Œ1๐Ÿคฃ1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hari ini Saya menerima jemputan daripada Pengarah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) berhubung perkongsian surat bantahan mengenai MyDigital ID.

Menurut NACSA perkara yang telah dibangkitkan amat menarik perhatian mereka.

Musim cuti pegawai kepada Ketua Pengarah Agensi Keselamatan Siber Negara maklum mengenai jemputan bermakna ia adalah perkara penting bagi mereka.
๐Ÿ‘122๐Ÿ”ฅ30โค7๐Ÿคฃ5๐Ÿซก5๐Ÿ˜1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bila bukan Melayu lebih Melayu mana kita orang Melayu mahu letak muka?

Aney,

Orang Melayu memang tak guna.

Apabila bergaduh mereka berdendam.

Apabila diberi amanah khianat.

Apabila ada orang yang bersuara difitnah.

Apa you cerita 23 penduduk lain tiada tempat?

Anjing-anjing politik kata Rafidah seorang tinggal di situ.

Ajak Melayu bersatu ni Aney, buat kering air liur kita saja.

Selamat Hari Malaysia Aney! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
๐Ÿซก66๐Ÿ‘52๐Ÿ˜ข17โค11๐Ÿ†2๐Ÿค“1
Kongsi kepada seramai mungkin!

Sempena Hari Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ini untuk orang yang mahu membaca, memahami sistem ID Digital yang merangkumi semua aspek.

Apakah Sistem ID Digital?

Sistem ID digital ialah identiti elektronik yang diuruskan oleh kerajaan atau korporat dalam konteks negara kita ia diuruskan oleh MIMOS Berhad sebuah anak syarikat Kerajaan yang memberikan individu pengecam yang boleh dijejaki.

Tidak seperti ID berasaskan tradisional iaitu Mykad, ID digital menyepadukan biometrik, apl mudah alih dengan sistem pengesahan berasaskan awan (icloud) dan memautkan pelbagai aspek kehidupan anda perbankan, penjagaan kesihatan, pendidikan, pengundian dan juga media sosial dalam satu profil terpusat.

ID digital berfungsi sebagai "kunci induk" untuk mengakses pelbagai perkhidmatan awam dan swasta.

Anda mungkin perlu mengimbas wajah anda untuk mengakses rekod kesihatan atau, menggunakan cap jari anda untuk memasuki bangunan atau log masuk perkhidmatan kerajaan menggunakan satu aplikasi disambungkan ke nombor telefon anda.

Walaupun kedengaran seperti mudah, tetapi akan menyatukan sejumlah besar data di bawah satu ID, dan ini menimbulkan kebimbangan privasi serius.

Siapa di Sebalik Tekanan Global?

Kerajaan, institusi antarabangsa (seperti Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dengan syarikat teknologi berkuasa secara kolektif mempromosikan ID digital.

Inisiatif seperti ID4D (Pengenalpastian untuk Pembangunan) Bank Dunia dan rangka kerja Infrastruktur Awam Digital menggambarkan agenda global yang sedang diselaraskan.

ID Digital dan Agenda Tadbir Urus Global?

ID Digital dikaitkan dengan rangka kerja yang lebih luas antaranya matlamat pembangunan mampan (SDG) dan pengembangan ekonomi digital.

Saya secara peribadi berpendapat penjajaran ini membuka pintu kepada kawalan terpusat di bawah samaran atas nama kemajuan sosial, kerana identiti diri digabungkan dengan data kewangan dan tingkah laku.

Manfaat Sistem ID Digital?

Kerajaan berkata ID digital memperkemaskan perkhidmatan kononnya kita tidak lagi perlu beratur panjang apabila kehilangan dokumen dan berdepan ketidakcekapan birokrasi.

Secara teori satu profil digital membuka kunci kepada segala-galanya daripada penjagaan kesihatan sehingga perkhidmatan sosial.

Elak Penipuan dan Kecurian Identiti?

Satu harapan besar Kerajaan adalah ID digital mengurangkan penipuan. Rakyat disuap cerita fantasi melalui pengesahan biometrik adalah lebih sukar untuk menyamar atau mencipta identiti palsu. Tetapi sistem penyimpanan atau storan berpusat boleh menjadi honeypot untuk penggodam.

Pengawasan atau Kawalan?

ID digital dipautkan dengan ke semua perkara yang anda lakukan, justeru untuk tidak mahu dikenali "anonymous" hampir mustahil.

Setiap langkah digital boleh dikesan. Fikir dua kali sebelum menyukai siaran atau membuat sebarang transaksi kekal selama-lamanya di dalam log anda.

Data Berpusat Jangkauan Lebih Kerajaan?

Menggabungkan data bermakna peningkatan risiko kepada penyalahgunaan. Bukan sahaja untuk memantau perbezaan fahaman politik malah boleh mengehadkan kita kepada akses sekiranya berlaku "ketidakpatuhan" kepada polisi tertentu ditetapkan Kerajaan sekaligus potensi kepada penyalahgunaan.

Pemacu Ekonomi dan Korporat?

Teknologi Besar seperti Pengewangan Data
Syarikat Microsoft, Google dan Mastercard merupakan pemain utama dalam inisiatif ID global.

Bagi mereka, ia bukan hanya tentang identitiโ€”ia adalah mengenai data. Data tingkah laku, kewangan dan biometrik anda ialah lombong emas kepada satu pengiklanan yang boleh disasarkan, analitik ramalan dan kapitalisme pengawasan.

Insentif Kewangan untuk Kerajaan?

ID Digital mungkin mengurangkan kos selain membantu kerajaan menyelaraskan kutipan cukai, agihan kebajikan dan penguatkuasaan pematuhan. Ini pendorong kepada sesebuah negara untuk cuba memodenkan infrastruktur digital mereka.

Kajian Kes Seluruh Dunia ?

1. Sistem Aadhaar India.
โค41๐Ÿ”ฅ31๐Ÿ‘14๐Ÿ†3๐Ÿซก2
Aadhaar, sistem ID biometrik terbesar dunia, menghadapi kritikan besar-besaran kerana berlaku pelanggaran privasi serius dan tidak termasuk kerugian berjuta kerana kegagalan teknikal. Walaupun begitu, ia digunakan untuk segala-galanya daripada akaun bank kepada status vaksinasi seseorang.

2. Inisiatif eID EU

Peraturan eIDAS Kesatuan Eropah bertujuan menyeragamkan ID digital merentas negara anggota EU. Walaupun matlamatnya adalah saling kendali, masyarakat bimbang tentang pengawasan dan perkongsian data merentas sempadan.

3. ID4D Afrika

Banyak negara-negara Afrika yang dibiayai oleh institusi global di mana mereka sedang melancarkan ID biometrik.

Bagaimanapun kekurangan perlindungan dan masyarakat tidak celik digital dan akauntabiliti awam menimbulkan persoalan membabitkan etika yang serius.

ID Digital - Sistem Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC)

CBDC - mata wang digital yang dikeluarkan oleh bank pusat, selalunya dikaitkan dengan ID digital untuk pengesahan. Penyepaduan ini boleh membolehkan pengawasan kewangan total di mana akan menjejaki setiap pembelian dan Kerajaan berpotensi menyekat sebarang urus niaga.

Pasport Vaksin dan ID Perjalanan?

Semasa pandemik, ketetapan pasport vaksin untuk ID kesihatan digital. Langkah-langkah yang telah dilaksanakan sepanjang pandemik boleh menjadi kawalan kekal dan akses pada pematuhan terhadap kesihatan atau mandat lain.

Hak Perlembagaan?

Di beberapa negara tindakan undang-undang telah dilancarkan kerana ID Digital mencabar perlembagaan melalui usaha menjadikan ID Digital skim mandatori.

Sesetengah mahkamah membuat keputusan memihak kepada privasi, manakala yang lain berpihak kepada kebimbangan keselamatan negara.

ID Digital dan Hak Asasi Manusia, Hak Privasi

ID Digital mungkin melanggar hak privasi anda kerana sistem pengawasan secara besaran. Tanpa perlindungan data dan pengawasan melalui undang-undang, maklumat peribadi kita boleh disalahgunakan dengan mudah.

Risiko Pengecualian?

Orang yang tidak mempunyai akses kepada telefon, internet atau celik teknologi berisiko tercicir daripada menggunakan perkhidmatan penting kerajaan.

Ini secara langsung akan meningkatkan jurang digital dan memperkukuh ketidaksamaan.

Rangka ID Digital yang berasaskan teknologi rantaian blok sebenarnya menawarkan lebih banyak kawalan terhadap pengguna di mana kita memutuskan siapa yang melihat apa dan bila boleh dilihat.

Tetapi bila Kerajaan ada kawalan, bermakna Kerajaan boleh tentukan bila boleh berbelanja, di mana boleh dibelanjakan, pihak mana anda perlu sokong. Misal berlaku "ketidakpatuhan" maka kemudahan ID Digital anda disekat dan anda tidak boleh berbelanja membeli barang keperluan makanan asas contohnya.

Ketika itu pihak yang memegang kawalan ID Digital anda boleh memaksa anda buat apa sahaja termasuk tukar agama.

Jangan kata saya tidak ingatkan anda, kerana vaksin dulu saya mengingatkan anda bahawa ia bukan vaksin tapi saya dilabel sebagai kaki "teori konspirasi".

Jangan daftar MyDigital ID!

MyDigital ID = Goodbye to your freedom!

#No2DigitalID
#TolakDigitalID

https://www.facebook.com/share/p/1BVDR8dyub/?mibextid=wwXIfr
๐Ÿ”ฅ98๐Ÿ‘39โค20๐Ÿ†4๐Ÿ˜ข2๐Ÿซก2