YY COMMUNITY CHANNEL
33.9K subscribers
2.74K photos
2.42K videos
33 files
1.6K links
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Welcome to the club of 4 series

Mewakili seluruh barisan pentadbiran YYCC, mengucapkan selamat hari lahir kepada Encik Yuseri Bin Yusoff, mendoakan kemudahan urusan dan kemurahan rezeki di atas segala kebaikkan yang telah dilakukan, dianugerah usia yang panjang penuh barokah.

Nota : saya terpaksa hide wajah anak kecil ini atas faktor keselamatan, ini adalah reaksi spontan sa-orang bapa penyayang.

“Justice, Peace & Humanity”

❤️⚖️🇲🇾
368👍136🎉73👏5❤‍🔥4🔥1🤩1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kita mula menerima aduan mengenai isu panggilan Haji yang menetapkan syarat vaksin COVID-19.

Jadi, kepada family members yang telah dapat surat panggilan Haji.

Tuan Puan sila berikan maklumat salinan surat tawaran atau butiran maklumat diri melalui Hotline YYCC +60104344672

Kita sedang kumpulkan mereka yang telah mendapat panggilan dan risau mengenai status vaksinasi. YYCC akan bantu untuk rundingan dengan pihak Tabung Haji (TH).

VC: LIFE BEGINS AT 40‼️
TIME: 10:30 PM TONIGHT
HOST: NORISH DANISH BUKAN NORA DANISH

Penaja VC malam ini ada hadiah misteri untuk pendengar bertuah. Siapa penaja dan apa hadiah?

Jeng3‼️
👍35452🔥17❤‍🔥6🤣6🥰3👌2🏆1
Live stream scheduled for
Live stream started
Live stream finished (1 hour)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Malam tadi sesi perbincangan draft untuk proses negotiation bersama pemaju atau liquidator kes Sibertel bersama Tn. Akmal.

Draft surat tuntutan bukan macam surat cinta dua perenggan kemudian kita letak bedak lalu hantar kepada pemaju.

Cho San, Selamat Pagi, Good Morning, Kalai Vanakkam. Siapa bertuah?

Salam 5 Ramadhan, pagi ini masih sempat lagi INFAQ SUBUH RM10 atau mengikut kemampuan kepada Tabung YYCC untuk aktiviti amal bersempena Ramadhan.

Kepada yang family members yang ingin menghulurkan sumbangan 100 pek beras untuk diagihkan kepada rumah anak yatim seperti tradisi bulan Ramadhan lalu. Boleh hantar beras diperlukan ke centre YYCC di Wangsa Maju.

555 participants VC malam tadi jika setiap seorang RM10 kita menceriakan beberapa pertubuhan anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

Sumbangan boleh terus disalurkan melalui NO. ACC 8009177652 CIMB | CAPTEGIS | REF: INFAQ YYCC

PENDENGAR BERTUAH VC LUDANI TADI ADALAH @AURARIZQIBIRU YANG AKAN BAWA KURTA MALIQUE DARI LUDANI.

👏🙌🇲🇾🇲🇾
👍21149🎉5❤‍🔥3👏1
This is us in this Big Familia Of YYCC

Bersatu kita teguh,
Bercerai kita bodoh,
Tak pernah hendak mengeluh,
Kita bukan berwajah hodoh.

#Justice4BabySyifaa

Sumbangan Sa-Ikhlas Hati
800-917-765-2
CIMB CapTegis SB

“Justice, Peace & Humanity”
⚖️❤️🇲🇾
👍17241🔥17❤‍🔥2🤩2🥰1🎉1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pihak Tabung Haji (TH) sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan mendakwa info grafik menetapkan wajib vaksin COVID-19 untuk jemaah haji adalah berita palsu.

Namun HOTLINE YYCC dihujani panggilan telefon daripada para Jemaah Haji sejak pagi tadi susulan Tabung Haji mewajibkan Booster vaksin COVID-19 ke atas mereka yang bakal mengerjakan ibadah Haji.

Tindakan TH ini adalah satu intimidasi ke atas Jemaah Haji kerana secara halus TH memaksa jemaah menerima suntikan yang majoriti rakyat telah menolaknya.

TH digesa supaya memansuhkan syarat wajib vaksin COVID-19 ke atas jemaah haji susulan Arab Saudi memansuhkan polisi COVID-19 di mana TIADA SYARAT VAKSIN bagi mengerjakan umrah atau ibadah haji.

Anda terima tawaran Haji namun terhalang kerana status vaksinasi. Hantar sesalinan surat tawaran TH melalui HOTLINE YYCC WhatsApp +60104344672.

#JusticePeaceHumanity
#ConsumerRights

Infaq untuk Tabung YYCC melalui akaun CIMB 8009177652 CAPTEGIS | REF: Infaq YYCC.
👍357🔥98🤬2115💯4❤‍🔥2
Untold Story: Who is in Bukit Aman?

SOALAN di Instagram:

Tuan, saya hairan kenapa Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) tidak ambil tindakan walaupun buat kenyataan terbuka?

Siapa kata Polis diam?

Bukit Aman telefon ajak Aku bersembang bersama DCP Dato Rusdi dan yang menghubungi Aku adalah CP Datuk Khamsiah.

Kami berjumpa pada 7 April 2022 di “Child Interview Centre” di Bukit Aman.

Siapa hadir?

Timbalan Pengarah Siasatan & Perundangan, DCP Dato Rusdi Isa, Ketua Penolong Pengarah Undang-Undang, CP Mohammad Zainal, Ketua Penolong Pengarah D11, CP Dato Khamsiah, Ketua Kontinjen IPK Negeri Sembilan, CP Izzudin (muka ketat) dan Ketua Turus D11 Negeri Sembilan, ASP Chong Meei Chyi (yang koyak kena soal tempoh hari).

Selepas Aku mendengar mereka semua bersembang Aku pun nak sembang. Aku cakap, Datuk saya terima penjelasan pihak Polis. Satu soalan, baju yang dipakai mangsa ketika kejadian adalah barang kes, setuju?

“Ya, setuju” - jawab Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Bukit Aman.

Baju tersebut ada pada saya. Pegawai Penyiasat tidak ambil untuk dihantar ke laporan kimia. Jadi betul atau tidak cara Inspektor Thinagaran buat kerja?

Tahu apa Datuk DCP jawab?

Dia arahkan ASP Chong Meei Chyi:

“ASP Chong, mulai hari ini ASP Chong ambil alih dan pergi ke kediaman keluarga mangsa ambil pakaian”.

Aku tak pernah cerita pasal isi pertemuan kerana Aku menghormati permintaan DCP Dato Rusdi ketika itu, tetapi kini setahun berlalu dan bukan masa untuk Aku berdiam lagi.

Kini masa Aku untuk melondehkan kelemahan serta kegagalan pihak berkuasa dan tindakan mereka yang “cover-up” pembunuhan bayi perempuan berusia 15 bulan.

Jadi, adakah anda faham kenapa Daddy Baby Syifaa secara terbuka membuat kenyataan manakala Ketua Polis Negara terus membisu?

Inkues ini sekadar untuk menjawab simulasi aku dan “control damage” oleh pihak PDRM dan DPP.

Sekarang faham kenapa ACP Nanda Maarof tengking Inspektor Thinagaran dan suruh dia siasat betul-betul siapa Bapak Baby Syifaa?

#NoJusticeNoPeaceProsecuteThePolice
#Justice4BabySyifaa

Nota kaki: setahun berlalu Polis ada “hutang” dengan aku.

BANTU KONGSI, DPP ATUR STRATEGI UNTUK BUAT INKUES GAGAL KENAL PASTI PUNCA KEMATIAN.

https://www.facebook.com/100001466497404/posts/pfbid02Xpg4aXLXy1T9wpWUtyomQzNtPCPxa1ivgGEdxf56yHZeF3kVY3GGAiTUbvX91pf9l/?mibextid=cr9u03
🔥397👍152🤬17😱11❤‍🔥54🥰2💯2🤯1👌1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kenapa pilih Inkues sedangkan suspek depan mata?

Milik siapa DNA XY yang merupakan lelaki berketurunan India?

Inkues bukan mencari punca kematian ia cuma untuk “control-damage” dan untuk mengelakkan Pengasuh dari dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

#NoJusticeNoPeace
#Justice4BabySyifaa

———————————
Infaq untuk Tabung YYCC melalui akaun CIMB | 8009177652 | CAPTEGIS | REF: INFAQ YYCC.
👍327🔥90💔10💯53❤‍🔥3
PELBAGAI alasan Tabung Haji (TH) apabila Jemaah yang bakal mengerjakan ibadah haji diwajibkan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Sebelum ini pihak TH mendakwa syarat wajib lengkap semua jenis vaksin COVID-19 berita palsu selepas pendeposit bertindak menutup akaun TH.

Kali ini tiba-tiba Jemaah yang mendapat surat untuk mengerjakan ibadah haji perlu melengkapkan vaksin COVID-19.

Tindakan TH adalah satu intimidasi kerana bertindak “mewajibkan” vaksin COVID-19 yang majoriti rakyat telah menolaknya.

Kerajaan Arab Saudi telah memansuhkan syarat atau polisi berkaitan COVID-19 di mana di sana vaksinasi tidak lagi diperlukan.

Malah WHO sendiri mengumumkan COVID-19 boleh dianggap sebagai “flu” biasa.

TH nampaknya sedang membantu KKM susulan tidak sampai 2 peratus rakyat terima dos penggalak kedua.

Sebenarnya pihak TH tidak boleh menghalang bakal
Jemaah Haji daripada berlepas ke Arab Saudi selepas menerima surat tawaran haji melainkan tawaran yang diberikan dibatalkan sebelum berlepas.

Jika TH menghalang anda daripada menaiki pesawat untuk ke Arab Saudi hanya kerana tidak mengambil suntikan Booster atau tidak divaksinasi COVID-19.

Anda boleh mengambil tindakan saman sivil terhadap Tabung Haji (TH). Apa yang anda perlu buat sekarang adalah bertegas dengan tidak akur syarat tambahan yang TH tetapkan.

Berani buat?

#DoNotComply
#BoycottTabungHaji
🔥393👍140❤‍🔥14💯7
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
CALL TO ACTION‼️

Petang tadi dihubungi Ustaz Rosgee yang memaklumkan Pondok Bidayatul Hidayah di Kundasang, Sabah telah musnah dalam kejadian kebakaran jam 4.00 petang tadi.

Pondok tahfiz tersebut menempatkan 17 orang pelajar dengan 3 kakitangan serta 2 alumni musnah sepenuhnya.

Saya akan ke Sabah dalam waktu terdekat untuk serahkan sumbangan hasil kutipan Tabung Khas YYCC jika berjaya mencapai sasaran RM30k. Sumbangan terus melalui akaun:

https://yycentre.org/tabung-bantuan-pondok-bidayatul-hidayah/

CIMB AKAUN: 8009177652
NAMA: CAPTEGIS SDN. BHD
REF: PONDOK HIDAYAH


Ramadhan lalu kita membantu Tahfiz di Perak dengan sumbangan kos baik pulih selepas musnah dalam kejadian kebakaran.

Tak capai sasaran dalam seminggu boleh tutup komuniti ini. Kita jual roti John dekat Bazar Ramadhan lagi baik. Untuk apa ada komuniti jika gagal bantu satu sama lain.

Tidak jatuh miskin dengan menghulurkan RM20 setiap seorang untuk kita bersama membina semula pondok tahfiz Bidayatul Hidayah.

ACT NOW, THINK LATER‼️

🤲🇲🇾
👍38246😢32👌14🫡11🔥7😨6❤‍🔥5🥰3
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
🆘©️🅰️🔠🔠 TO ACTION❗️

📌Update Jumlah Semasa Tabung Khas Bidayatul Hidayah Setakat Jam 2.00 am melalui Direct Transfer: 🔤🔤3️⃣2️⃣5️⃣5️⃣🔤8️⃣0️⃣

Alhamdulillah 10 peratus jumlah sasaran berjaya dicapai beberapa jam selepas ia dilancarkan malam tadi.

Sumbangan ikhlas boleh dibuat melalui pautan tertera:

https://yycentre.org/tabung-bantuan-pondok-bidayatul-hidayah/

(Tuan-Puan disarankan menggunakan link di atas untuk sumbangan)

Kalau bukan kita membantu, siapa lagi?
Kalau bukan sekarang Bidayatul Hidayah dibantu, bila lagi?

Ramadhan akan datang belum tentu ada kesempatan untuk kita terus bersedekah setakat kemampuan kita.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
👍22930🔥14❤‍🔥13💯4
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
📢🔔Jumlah Sumbangan Projek Bina Semula Pondok Tahfiz Bidayatul Hidayah:

Sumbangan terus ke akaun dan website rasmi adalah: 🔤🔤1️⃣0️⃣🔤2️⃣1️⃣1️⃣🔤5️⃣0️⃣🔠

Saya sendiri akan ke Kundasang, Sabah untuk menyerahkan sumbangan komuniti YYCC untuk pembinaan semula Pondok Bidayatul Hidayah setelah jumlah sasaran tercapai.

Jika bukan kita yang bantu, siapa lagi dan jika bukan Ramadhan ini kita bersedekah. Ramadhan yang mendatang belum tentu lagi kita akan diberikan kesempatan hidup.

Infaq mengikut kemampuan bersempena Ramadhan bagi membina semula Pondok Bidayatul Hidayah klik pautan tertera:

https://yycentre.org/tabung-bantuan-pondok-bidayatul-hidayah/

https://yycentre.org/tabung-bantuan-pondok-bidayatul-hidayah/

(Semua disarankan membuat sumbangan menggunakan pautan url untuk resit rasmi setiap sumbangan)

Nota kaki: Sebarkan video ini untuk rakan-rakan lain turut mendapat ganjaran pahala bersama. Tak elok masuk syurga tak bawa kawan-kawan lain.

🤲🇲🇾
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
153👍78😭8❤‍🔥6🔥3🥰1
📢🆘INFO KEPADA BAKAL JEMAAH HAJI❗️❗️

1. Jemaah hanya diminta serah salinan sijil kesihatan sahaja malah merujuk dalam buku rekod pemeriksaan kesihatan langsung tidak disebut mengenai keperluan vaksin COVID-19.

2. Dalam surat tawaran haji yang diberikan langsung tidak disebut mengenai keperluan melengkapkan suntikan Booster kedua.

3. Kerajaan Arab Saudi memansuhkan polisi berkaitan COVID-19 ia bermaksud tiada keperluan atau syarat vaksin untuk mengerjakan umrah dan haji.

4. Justeru, sekiranya kakitangan TH kata anda perlu lengkap vaksin COVID-19 atau perlu ambil Boosters kedua. Minta dia tunjukkan syarat yang dinyatakan.

5. Jangan percaya cakap mulut pegawai TH yang kini sedang mempromosi vaksin bagi pihak KKM susulan 97 peratus rakyat menolak suntikan Booster kedua.

6. Sekiranya anda dihalang mengerjakan Haji hanya kerana tidak mengambil suntikan vaksin COVID-19.
Sila rujuk HOTLINE YYCC +0104344672 untuk kita mengambil tindakan saman sivil ke atas Tabung Haji (TH).

Let’s make them pay you!

#YYCC
#DoNotComply
#THJanganTipuJemaah

📌Sebarkan kepada yang lain❗️
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
👍510🔥8323💯9❤‍🔥8👏5🥰3🏆3🤣2👌1
📌Kutipan Bina Semula Pondok Bidayatul Hidayah.

Sumbangan melalui akaun dan website rasmi adalah:
🟢🔤🔤1️⃣4️⃣🔤3️⃣9️⃣0️⃣🔤2️⃣0️⃣👌

Alhamdulillah kita berjaya mencapai 50 peratus daripada jumlah disasarkan iaitu RM30k.

Jika bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi kita nak bersedekah dan membina semula Pondok Bidayatul Hidayah?

Saya mengajak anda untuk dapat pahala sepanjang hayat dengan hanya memberi sekali sumbangan.

Terbina semula Pondok Bidayatul Hidayah dan anak-anak terus menghafaz Al Quran di sana selagi itulah pahala buat anda para penyumbang.

Sumbangan boleh dibuat melalui capaian tertera di bawah:

https://yycentre.org/tabung-bantuan-pondok-bidayatul-hidayah/

Jom berbuka puasa di Kundasang. Together We Grow Building a Better World with power of community.

😁🇲🇾
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
👍21549🔥9❤‍🔥3😇2😘2🥰1
🆘BERIKUT SENARAI SEMAK PROSES BAGI MENJAWAB TAWARAN HAJI❗️

Perkara nombor lima dalam senarai semak proses menjawab tawaran Haji menyebut:

Pastikan sudah mendapat vaksin COVID (pertama dan kedua) serta dos penggalak bagi Bakal Haji yang berusia 18 tahun ke atas”

Adakah ia WAJIB?

Saya tidak nampak perkataan “WAJIB” dalam Senarai Semak Proses Menjawab Tawaran Haji.

Tuan-Puan,

Walaupun anda tidak menerima Booster atau diri tidak divaksinasi COVID-19 tetap boleh menjawab Senarai Semak Proses Menjawab Tawaran Haji dengan maklumat rekod kesihatan.

Sekiranya anda tiba-tiba dihalang ketika menaiki penerbangan untuk ke Arab Saudi pada hari pelepasan disebabkan diri tidak lengkap vaksin COVID-19.

Sekali lagi kita nak maklumkan Tuan Puan boleh rujuk dengan Hotline YYCC untuk mengambil tindakan saman sivil.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
👍35334🔥25❤‍🔥5😘3😍1💯1😇1
🆘PEMBATALAN KOMPAUN AKTA 342🔥🟥

Tahukah anda?

Ya, semua yang bersama YYCC sejak awal pasti tahu kerana Saya pernah memberi penerangan mengenai kompaun Akta 342 dikeluarkan Polis dan PBT tidak sah.

KKM melalui Pengarah Guaman Negeri Sabah membatalkan kompaun ke atas Pn. Naomi, peniaga di Sabah yang bertindak mengheret PBT dan KKM melalui semakan kehakiman sebelum kes diselesaikan cara baik atas persetujuan Pn. Naomi sendiri.

Masih ingat beberapa orang guru-guru yang dikompaun ketika hadir pertemuan bersama saya dekat Cafe Ismat, Kerpan, Kedah?

Dengan pembatalan kompaun Akta 342 ke atas peniaga di Sabah ini bermakna KKM perlu membatalkan semua kompaun yang pernah dikeluarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Justeru, faham kenapa YY kata rasa nak bayar silakan, kalau taknak bayar biarkan.

Peguam sendiri takut malah minta orang ramai membayar kompaun Akta 342 tapi saya kata sebaliknya.

Sekarang terbukti kata-kata YY bukanlah omong kosong, jadi tolong dengar, jangan bodoh sombong.

Selamat malam.

————

Sumbangan Untuk Bina Semula Pondok Bidayatul Hidayah klik pautan di bawah:

https://yycentre.org/tabung-bantuan-pondok-bidayatul-hidayah/

🔂🟥SCAMMER ALERT‼️🆘🍌🍌

Jika sesiapa terima mesej daripada Cikgu June minta pinjam duit. Sila abaikan Telegram beliau diciplak oleh Scammer🔥❗️
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
👍374🔥4433🎉6❤‍🔥5🥰5🫡5
Hai Datuk Azalina,

Masih ingat saya?

Ya, saya orang yang pernah menguruskan imej Datuk Azalina dalam media sosial dan pertemuan kita di Pejabat dekat bangunan Parlimen di mana ketika itu Datuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal parlimen.

Soalan saya, kenapa tiba-tiba Datuk buat kenyataan Kerajaan tidak campur tangan dalam kes berprofil tinggi?

Datuk buat kenyataan merujuk kepada kes yang mana satu kerana ketika ini kes berprofil tinggi yang disekat dari mendapat liputan media secara meluas sekarang ini satu kes sahaja.

Kes pembunuhan bayi bernama Nour Rania Asyifaa binti Yuseri.

Nampak gaya seperti pihak Kerajaan seakan tidak senang duduk kerana panas punggung susulan John Wick Malaysia tengah “anjing-anjingkan” pihak berkuasa.
👍479🔥18925🤩17🫡10❤‍🔥1💯1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
“ADVICE”

Masih ingat kes anggota TLDM yang dibuli sehingga mengalami kecenderungan nak membunuh diri?

Pada Januari lalu, YYCC menerima aduan Haziq yang menjadi mangsa buli ketuanya di tempat beliau bertugas KD Sri Gombak.

Haziq hadir bersama ibunya ke YYCC dan mengadu mengenai kes yang dialaminya. Ketika itu, Haziq meminta untuk diberhenti secara hina atau apa sahaja kaedah sebab beliau tidak lagi berminat untuk bertugas susulan perlu menerima rawatan daripada psikatri.

Kes beliau dipanjangkan sehingga Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan mengambil inisiatif membantu Haziq dalam mencari jalan penyelesaian.

Namun selepas proses rundingan antara YYCC bersama KEMENTAH selesai yang mana satu surat dikeluarkan untuk Haziq.

Ibu Haziq melahirkan kebimbangan Haziq akan dibuli sekiranya kembali ke kem proses pemberhentian.

Saya jenis orang “straight forward” kita bantu tapi masih takut dengan benda yang tidak wujud dan belum berlaku.

Ketahuilah yang masalah anda telah diketengahkan kepada kami tidak akan selesai sehingga ke hari kiamat kerana - “kalau.. kalau… kalau”

Jika anda datang untuk dapatkan “advice” daripada kami cuba ikutlah nasihat serta panduan diberikan.

Jangan anda memberikan tazkirah kepada kami, memang tak kena.

Justeru kes saudara Haziq telah dianggap selesai selepas dua bulan kes diadukan ke pengetahuan YYCC.
👍29615👌15🔥12🫡8❤‍🔥3🆒3