YY COMMUNITY CHANNEL
33.9K subscribers
2.74K photos
2.42K videos
33 files
1.6K links
Download Telegram
Selamat Tengahari Keluarga Besar YYCC, Salam Sejahtera Buat Semua.

Baru terima sepucuk surat resmi dari Kerajaan Malaysia sebentar tadi, disampaikan oleh rakan sejawat di Pusat Komuniti kita, saya tidak tahu apa kandungan isi surat ini kerana menghormati penama pada surat ini, namun boleh saya katakan yang usaha YYCC sejak sekian lama ada kemajuan.

Mungkin ada berita gembira pada mereka yang telah dinafikan hak akibat kecelaruan plandemik satu ketika dahulu? Namun ini semua hanyalah bersifat teka teki, saya pulangkan kepada si penama untuk membuat ulasan berkenaan sepucuk surat rasmi yang dikirim sebagai balasan daripada usaha yang kita gerakkan.

Satu perkara yang nyata dan sukar hendak dinafikan, segala sumbangan dan usaha ahli keluarga besar komuniti ini ternyata membuahkan hasil, kita tidak hanya bercakap cakap, namun tindakan kita juga berjalan seiring perancangan.

Terima kaseh kepada seluruh ahli keluarga besar YYCC yang konsisten menyumbang untuk kemajuan komuniti kita, Mudah mudahan sumbangan kalian dibalas dengan sebesar seluas rezeki oleh Allah SWT 🀲🏼❀️

Sumbangan Sa-Ikhlas Hati
8009177652
CiMB CapTegis

Notakaki : bersabar itu memang sukar hendak dimulakan, namun berbaloi bila melihat hasilnya dituai seiring masa berlalu, tiada kejayaan tanpa kegagalan pada awalnya, tiada juga tuaian jika benihnya langsung tak pernah disemai dengan sebaik baiknya.

β€œJustice, Peace & Humanity”

YYCC Management Team
πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ
❀321πŸ‘168❀‍πŸ”₯14πŸ”₯12πŸŽ‰4πŸ₯°1😍1πŸ˜‡1
Alhamdulillah.

Pejabat Timb. Menteri Pertahanan respon mengenai kes buli seorang anggota TLDM yang mana ibunya pernah hadir mengadu kepada YYCC sebulan lalu.

Menurut ibunya, Haziq mengalami trauma yang sangat dasyat sehingga cenderung untuk membunuh diri dan tidak lagi mahu meneruskan tugas dalam TLDM.

Susulan aduan diterima YYCC, kita telah panjangkan kepada Pejabat Timb. Menteri MINDEF dan minggu lepas kita menerima maklum balas berkaitan kes tersebut.

Sekarang Haziq hanya perlu masuk lapor diri untuk dan perlu melalui proses melalui Mahkamah Tentera sebelum beliau boleh diberhentikan daripada tugas.

YYCC tidak pernah menjanjikan bulan atau bintang kepada pengadu kes. Ada aduan berjaya diselesaikan dalam tempoh yang singkat ada juga berlarutan.

Apa yang pasti aduan diterima kita cuba sedaya upaya untuk bantu mencari satu jalan penyelesaian buat pengadu kes.

Ingat YYCC cap ayam ke?

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Infaq ke Tabung YYCC terus melalui akaun CIMB 8009177652 CAPTEGIS | Ref: Infaq YYCC
❀299πŸ‘222🫑23πŸ”₯17❀‍πŸ”₯12🀩7πŸ₯°3πŸ‘Œ1
VC YYCC Kembali

Suarakan pandangan, kritikan dan saranan ada di sini.

Sumbangan Seikhlas Hati
8009177652
CiMB CapTegis SB

β€œJustice, Peace & Humanity”

YYCC Management Team
β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ
❀138πŸ‘84❀‍πŸ”₯5πŸ”₯5πŸ‘Œ2
Live stream scheduled for
Live stream started
Live stream finished (2 hours)
Selamat Pagi Keluarga Besar YYCC

Salam 1 YYCC Buat Semua,

Mulakan pagi Isnin ini dengan keceriaan, melangkah positif menuju ke tempat kerja, pada yang berniaga, perbanyakkan energi positif untuk menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan jualan, tiada yang mustahil melainkan kita yang enggan berbuat demikian.

Semalam telah diterima berita katanya, C19 akan ditamatkan kisahnya dari mana ia bermula, saya melihatnya sangat kelakar, sedangkan kita telah lama melangkah maju meninggalkan semua perkara karut yang pernah cuba dipaksakan satu ketika dahulu.

Namun, seperti yang kita semua telah maklum, sebaik selesai semua permainan ini, akan muncul permainan baru, ini semua adalah lumrah kehidupan kita, masalah dicipta, dan penyelesaian muncul secara β€œtiba tiba”, terasa ia sungguh misteri namun jelas, ini semua hanyalah babak dalam kehidupan kita yang penuh dengan warna warninya yang tersendiri.

Bersamalah kita merayakan kehidupan dengan penuh kegembiraan, hidup ini singkat dan tidak berbaloi untuk disakiti, bahkan wajar untuk disjukuri dengan sebaik baiknya, sesuai dengan aturanNya, kita semua wajib mensjukuri setiap anugerah nikmatNya.

Notakaki : Jika anda hendak membela sa-ekor beruk, jangan diminta ia belajar membaca sebanyak 15 kali, sebaliknya latih lah ia untuk membuat kerja di halaman rumah agar segala bebanan tugas anda menjadi semakin ringan.

Sumbangan Sa-Ikhlas Hati
8009177652
CIMB CapTegis SB

#Justice4BabySyifaa

β€œJustice, Peace & Humanity”

Your Ex Lorry Driver
YYCC Management Team
πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈπŸŒΉ
πŸ‘323❀59πŸ₯°9πŸ‘Œ8πŸ”₯1😱1
Selamat Petang Keluarga Besar YYCC,

Salam 1 YYCC,

Esok & lusa adalah detiknya, kepada sesiapa yang berkelapangan waktu, dijemput hadzir ke Mahkamah Sesyen 02, Kompleks Mahkamah Seremban bagi mengikuti sambungan inkues, masuk hari ke 5.

Seperti yang semua maklum, kita hadzir sebagai tanda solidariti terhadap keluarga anak syurga kita, kita berikan sokongan moral buat ibu & bapanya pada hari esok, tema pakaian adalah sopan & bebas, jika ada dari kalangan kalian punya T-Shirt dengan logo β€œbaby Syifaa”, itu lebih baik, biarpun ada perbezaan warna, namun kita semua satu hati dalam menuntut keadilan buat anak syurga kita ini.

Dengan rendah hati, kami berpesan, mohon menjaga adab & kelakuan sepanjang masa berada di mahkamah, dipesankan hal ini kerana kita semua sedar, kita akan menerima β€œrakan” semasa di sana, jadi wajarlah hal ini kami ingatkan.

Mudah mudahan segala usaha kita untuk menegakkan keadilan buat anak syurga kita ini dipermudah segala urusan, kepadaNya jualah kita berserah segala urusan.

Sekian, disampaikan pesanan.

β€œJustice, Peace & Humanity”

#Justice4BabySyifaa

Your VC Host,
On Behalf Of,
YYCC Management Team
πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈπŸŒΉ
❀302πŸ‘131πŸ”₯22❀‍πŸ”₯5πŸ₯°1
Selamat Pagi Keluarga Besar YYCC

Salam 1 YYCC,

Hari ke-5 inkues, suasana tenang di perkarangan mahkamah, belum bermula lagi setakat ini, namun kita semua mendoakan keadaan baik baik sahaja, dan mengikut duluan, hari ini adalah sesi pemeriksaan balas oleh Peguam Pemerhati bagi pihak keluarga Baby Syifaa.

Mohon mendoakan kemudahan segala urusan pada hari ini, kita semua bersatu hati menuntut keadilan buat anak syurga kita.

#Justice4BabySyifaa

β€œJustice, Peace & Humanity”

Azizi Husain
YYCC Management Team
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ˜
❀327πŸ‘120πŸ”₯11❀‍πŸ”₯4
Selamat Tengahari Famili Members YYCC,

Mahkamah berhenti rehat seketika, inkues akan kembali bersambung pada jam 2:30 petang ini, maseh banyak yang belum dirungkaikan, dan seperti biasa, saya secara peribadi rasa sangat tidak gembira dengan perjalanan kes pada pagi tadi kerana ia agak lembap.. namun pada sebelah tengahari ini pasukan peguam pemerhati bagi pihak keluarga Baby Syifaa telah mendapat peluang.

Marilah kita semua bersama mendoakan kemudahan urusan perjalanan inkues pada petang ini.

Notakaki : aku ingat aku sorang je muka berkerut kerut nak jawab soalan, rupanya ramai lagi yang susah nak faham soalan bila ditanya.. dah macam ujian peperiksaan sekolah jadinya.

#Justice4BabySyifaa

β€œJustice, Peace & Humanity”

βš–οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ
❀267πŸ‘141πŸ”₯39πŸ‘Œ7❀‍πŸ”₯4
Inkues Hari Ke 5

Ditangguhkan setakat jam 4 tadi, bersambung kembali pada hari esok, 3 orang saksi bakal dipanggil dan perjalanan kes nampaknya maseh panjang.

Setakat pemerhatian hari ini, nampaknya agak banyak keraguan dapat dirungkaikan oleh Peguam Pemerhati bagi pihak Keluarga anak syurga kita, ucapan tahniah buat pasokan peguam yang cekap dalam mencari punca kejadian, inilah tujuan kenapa INKUES ini diadakan, bertujuan mencari PUNCA kejadian.

Esok, bersambung untuk hari ke 6, kita semua bermohon kepadaNya, dipermudah segala urusan, dan keadilan dapat ditegakkan untuk anak syurga kita, seperti biasa, kita raikan jika sekiranya ada β€˜kawan’ yang hendak bersama kita.

#Justice4BabySyifaa

β€œJustice, Peace & Humanity”
βš–οΈβ€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ
❀440πŸ‘178πŸ”₯39❀‍πŸ”₯13πŸ’―7
Laporan FMT paling tepat berbanding lain media yang mana laporan bersifat biasa.

Baju Baby Syifaa diambil oleh ASP Chong selepas aku complaint di Bukit Aman.

Dekat sini jelas Pegawai Penyiasat, Insp. Thinagaran serta penyelia ASP Chong cuai dan tidak membuat siasatan terperinci.

Bagaimana seorang pegawai penyiasat boleh terlupa atau tidak pedulikan baju yang dipakai oleh mangsa ketika kejadian.

Hikmah di sebalik baju Baby Syifaa sebaik dihantar ke laporan kimia, kita menemui DNA β€œXY” seorang lelaki berbangsa India selaku penyumbang major di atas pakaian tersebut di mana Inspektor Thinagaran tak pernah sentuh baju Baby Syifaa pada hari kejadian.

Prosiding bersambung esok.

#NoJusticeNoPeace
#Justice4BabySyifaa

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/03/21/inkues-baby-syifaa-baju-mangsa-hanya-diserah-polis-selepas-2-bulan/
πŸ‘379πŸ”₯88😒35❀23🀯14❀‍πŸ”₯3πŸ₯°1πŸ’―1
Sambungan Prosiding Inkues Hari ke-6.

Hari ini sambungan prosiding kematian Baby Syifaa di mana peguam pemerhati akan sambung soal adik Pengasuh dan dua orang ahli kimia.

Semalam perkara positif berpihak kepada kita setelah ASP Chong kena β€œgrill” ketika menjawab soalan Peguam Pemerhati Tn. Hafiz Norkhan.

Bersempena Ramadhan yang akan tiba esok. Semoga segala urusan menuntut bela kematian anak syurga Nour Rania Asyifaa dipermudahkan.

Jumpa di mahkamah kepada semua family members YYCC yang hadir dan yang jauh mohon terus mendoakan Baby Syifaa.

#NoJusticeNoPeace
#Justice4BabySyifaa
❀471πŸ‘188πŸ”₯44❀‍πŸ”₯8πŸ†3😁1πŸ’―1
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak Buat Seluruh Keluarga Besar YYCC

Ikhlas Daripada,

YYCC Management Team
❀431πŸ‘81πŸ”₯6
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Alhamdulillah..

Saya pernah kata, kita usah fikir macam mana keadilan akan muncul kerana ianya akan muncul apabila tiba waktunya.

Hadiah Ramadhan untuk saya sekeluarga dua hari prosiding mendedahkan banyak persoalan di sebalik kematian Baby Syifaa yang kononnya terjerut buai.

Malah wartawan yang membuat liputan prosiding Inkues turut mengatakan dua hari ini baru membuka lembaran baharu di sebalik kematian Baby Syifaa apabila adik Pengasuh membuka banyak cerita.

Paling menarik hari ini adalah pendedahan Ahli Kimia yang mengesahkan tiada kesan darah pada kain buai yang kononnya telah menjerut Baby Syifaa.

Prosiding bersambung 2,3 dan 29 Ogos 2023.

Kepada semua family members beragama Islam. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

#NoJusticeNoPeace
#Justice4BabySyifaa

Nota kaki: Adik Pengasuh jumpa isteri saya minta maaf. 🧐
❀534πŸ‘220πŸ”₯55❀‍πŸ”₯11πŸ‘9πŸ™4πŸ’―3
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Terima kasih FMT atas laporan yang tepat dan berani.

Baju Baby Syifaa diserahkan selepas saya complaint ketika pertemuan dengan pihak Polis di Bukit Aman.

ASP Chong ketika memberi keterangan kata beliau berpuas hati dengan siasatan Inspektor Thinagaran.

Bila ditanya apa peranan beliau dalam kes Baby Syifaa. Beliau kata tahu semua A-Z tapi apabila ditanya adakah sudah baca dan tengok gambar beliau jawab tak baca dan bergantung pernyataan lisan daripada Thinagaran.

Maka sebaik selesai Inspektor Thinagaran menberi keterangan nanti. Aku akan ambil tindakan saman sivil ke atas pihak PDRM dan Kerajaan Malaysia.

Banyak kali Aku beritahu bahawa mereka pergi ke kiri kena, pusing ke kanan tetap akan kena serta rakyat akan melihat yang pihak PDRM ni bebal tahap gaban!

Hari ini masuk office untuk selesaikan isu dan aduan selain fokus untuk bantu kes Sibertel.

#NoJusticeNoPeace
#Justice4BabySyifaa
πŸ‘475πŸ”₯87❀43πŸ†7🫑7❀‍πŸ”₯6πŸ₯°5πŸ˜‡2
Tengah buat apa tu?

Jangan tenung makanan sebab tak boleh makan lagi. Tadi baru azan Zuhur. Berbuka lambat lagi.

Sementara tunggu berbuka, bantu share dan komen dalam posting video FMT klik pautan di bawah:

https://fb.watch/jrCz5TbPAC/?mibextid=v7YzmG

Kena bantu kongsi kerana segala content berkaitan kes Baby Syifaa tidak muncul di newsfeed Facebook.

πŸ€²πŸ‡²πŸ‡Ύ

#NoJusticeNoPeace
#Justice4BabySyifaa

P/s: gambar semalam hari ini mana boleh lepak mamak tengahari.
🀣185πŸ‘122❀21😁17πŸ”₯9❀‍πŸ”₯4πŸ‘Œ3
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
ALAMAK kejap saja masa berlalu, lagi 29 hari saja kita nak sambut Syawal.

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Apa kata Syawal kali ini kita pakai Brooch Eksklusif YYCC dengan Tudung Bawal.

Untuk lelaki pula boleh bergaya dengan Butang Baju Melayu eksklusif YYCC.

Hanya RM39 sahaja‼️πŸ”₯

Dapatkan sekarang di Shopee sementara stok masih ada.

RM10 daripada setiap pembelian anda ini akan disumbangkan kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Selamat berbuka puasa semua.

https://shopee.com.my/BUTANG-BAJU-MELAYU-LELAKI-Design-EXCLUSIVE-YYCC-EDITION-i.562529413.23433891434?sp_atk=8d9002b6-df86-423c-b4bc-ebd40f0b109a&xptdk=8d9002b6-df86-423c-b4bc-ebd40f0b109a

https://shopee.com.my/YYCC-EDITION-HIGH-QUALITY-ALLOY-RINGS-TUDUNG-BAWAL-SCARF-BROOCH-RING-SCARF-HOLDER-BUCKLE-i.562529413.20576731726?sp_atk=584256ba-646c-4007-b5a2-08d5228d8401&xptdk=584256ba-646c-4007-b5a2-08d5228d8401
❀237πŸ‘137😍18🀩8❀‍πŸ”₯6🀣5πŸ”₯4πŸ₯°2πŸŽ‰1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
ADIK PENGASUH SETUJU BUAI TIDAK AKAN MENDATANGKAN KECEDERAAN SEPERTI BABY SYIFAA.

Nadzirah adik Pengasuh yang berjumpa isteri saya dan memohon maaf ketika memberi keterangan bersetuju buai tidak mendatangkan kecederaan seperti pada Baby Syifaa.

Paling menarik, Pakar Forensik iaitu saksi ke-18 yang kata kesan kecederaan pada Baby Syifaa akibat buai mungkin terlebih hisap gam kerana Pakar Kimia mendakwa tiada kesan darah pada kaki kain buai.

Bila masuk Ramadhan sedar tak sedar kes Baby Syifaa ini satu tahun satu bulan telah kita perjuangkan.

Terima kasih kepada semua kerana terus
memberi sokongan dan doa yang tidak putus-putus supaya kes kematian Baby Syifaa dipermudahkan.

Elok Khairunnisa dengar apa keterangan Adik dia kerana adiknya sendiri bersetuju buai tidak mencederakan bayi.

Nadzirah, siapa ajar kau cerita kononnya kau cuci kain buai semua tu?

Thinagaran ke?

Ini pertanyaan, bukan pertuduhan sebab Thinagaran beria buat lakonan semula.

#NoJusticeNoPeace
#Justice4BabySyifaa
πŸ‘468πŸ”₯94πŸ€”18❀‍πŸ”₯8❀8πŸ‘3πŸ’―2
Selamat Menjalani Ibadah Puasa,
Seluruh Keluarga Besar YYCC.

Terima kaseh yang tak terhingga atas dukungan doa kalian semua, sedikit demi sedikit kebenaran sudah mula mengambil tempatnya, dan usaha kita semua berjuang untuk menegakkan keadilan buat anak syurga kita sudah memperlihatkan hasilnya.

Dikesempatan Ramadhan ini, marilah kita perbanyakkan amalan kebaikkan, jariah kebajikan kita, semuanya adalah berlipat ganda kebaikkan yang dituai dalam bulan umat ini.

Selamat Maju Jaya Famili YYCC

β€œJustice, Peace & Humanity”
πŸ‘224❀89❀‍πŸ”₯6πŸ”₯3πŸ‘Œ1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
TikTok kena banned selepas video-video mengenai prosiding kes Baby Syifaa telah merekodkan berjuta tontonan.

Alasan TikTok video ulasan peguam Hafiz adalah β€œbully and harrasment”. Dan video terbaru tak sampai 30 minit beratus ribu view terus kena banned.

PDRM koyak.

Confirm cybertroopers PDRM buat kerja maklum saja video Thinagaran lari dikejar Bapa Baby Syifaa rekod 8.8 juta view.

It’s okay.

Sekarang akaun 80k rakan tiada, kita aktif semula akaun back up.

www.tiktok.com/@daddy_syifaa

Layan pula komen Peguam mengenai ASP Chong. Korang ni macam mana boleh jadi Pegawai Penyiasat, lebih baik jadi badut!

#NoJusticeNoPeace
#Justice4BabySyifaa
πŸ‘418πŸ”₯98❀14🫑7❀‍πŸ”₯4😍1πŸ’―1