YY COMMUNITY CHANNEL
33.9K subscribers
2.74K photos
2.42K videos
33 files
1.6K links
Download Telegram
Live stream scheduled for
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Thread Khas Untuk VC Malam Ini

Suarakan Kritikan, Pandangan, Saranan & Komen anda di sini.

Kita kembali bersiaran sebentar lagi.

Kredit Video : Ketegasan & kebijakan diperlukan untuk mendobrak sebarang usaha pembodohan terancang oleh sekumpulan manusia yang tidak punya nurani.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
YYCC Management Team
πŸ‘176πŸ‘Œ27πŸ”₯13❀4πŸ’―4❀‍πŸ”₯1πŸ₯°1🀣1
Live stream started
Live stream finished (2 hours)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
YYCC Rescue Team ONβ€ΌοΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

BERSIAP untuk bertolak ke Labis dan Kota Tinggi untuk menghulurkan bantuan banjir dan kita bawa barangan seperti baju,tilam, bantal, ubat nyamuk, lilin dan air mineral.

Selain bekalan makanan dan sumbangan tunai kepada keluarga yang memerlukan dan terjejas teruk.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan sumbangan masih boleh dibuat terus melalui CIMB 8009177652 Captegis - Ref: Banjir Johor.

Doakan perjalanan kami lancar dan semua selamat pergi dan pulang.

#Pray4Johor
❀214πŸ‘103🫑9❀‍πŸ”₯6πŸ™4πŸ‘2πŸ˜‡1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
YYCC RESCUE TEAM BERPATAH BALIK, BUANG MASA DI ATAS JALAN KERANA SIKAP β€œAMBIL MUDAH” SESAMA TEAM MEMBERS.

Perjalanan petang tadi terdapat β€œmissed communication” berlaku di kalangan team members YYCC.

Jadi, kami buang masa 4 jam menunggu perkara sia-sia. Di mana empat jam adalah tempoh di atas jalan untuk Team bantuan tiba ke lokasi bencana.

Gara-gara menunggu perkara yang sia-sia dek sikap acuh tak acuh di kalangan orang kita sendiri.

Perantara kita di Labis minta supaya Team bantuan tangguh perjalanan.

Ini kerana pergerakan pada malam sukar kerana kebanyakkan lokasi telah terputus bekalan elektrik.

Selain terpaksa hadap kesesakan bermula dari Wangsa Maju sehingga Hentian Rehat & Rawat Seremban.

Team Bantuan Banjir YYCC terpaksa patah balik, perjalanan untuk membantu mangsa terjejas di sekitar Labis akan bergerak jam 6.00 pagi nanti.

πŸ€«πŸ‡²πŸ‡Ύ

Nota kaki: bila kita cuba nak buat kebaikan memang banyak ujian dan halangan yang muncul. Kena kekal tenang dan jalan terus bukannya berhenti.
πŸ‘351😒83❀14🀯7πŸ”₯5❀‍πŸ”₯3😱2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
From The Ground Zero - Labis, Johor‼️

Situasi banjir di Johor tahun ini merupakan terburuk dalam sejarah. Namun ke semua mangsa mengharungi dengan tenang.

Sebentar tadi selesai diagihkan barangan keperluan dan bantuan tunai buat mangsa yang terjejas di sekitar Labis di mana kami mengunjungi Kg. Chaah iaitu lokasi paling teruk dalam bencana banjir di Johor.

Rata-rata daripada mangsa memerlukan bantuan sukarelawan bagi membersihkan kediaman dan keluarkan barangan rosak.

Melihat situasi banjir di Johor tidak ramai NGO mungkin sebab tidak banyak cerita sedih dan air mata mengenai kejadian di Labis.

Respek Orang Johor, berdepan bencana dengan tenang dan teruskan kehidupan.

Kita sambung keseluruhan video YYCC Rescue Team malam nanti.

Adioss.πŸ‘πŸ‡²πŸ‡Ύ
πŸ‘351😒46❀37❀‍πŸ”₯4🀩2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
LABIS, THE GROUND ZERO‼️

Labis, Johor pernah beberapa kali dilanda banjir namun kali ini luar biasa malah ada tempat yang tidak pernah dinaiki air turut tenggelam dalam banjir baru-baru ini.

Alhamdulillah.

YYCC Rescue Team telah menyampaikan amanah orang ramai yang telah bermurah hati memberikan sumbangan.

Semalam penduduk sebuah taman adalah mangsa banjir tetapi bantuan kita terhad. Jika kita agihkan sendiri ia akan timbulkan masam muka sesama jiran.

Justeru untuk penduduk taman tersebut kita minta Ahli Majlis bertindak permudah urusan kami di mana beliau menjadi wakil YYCC untuk menyampaikan bantuan kita kepada penduduk taman berkenaan.

Sebagai Ahli Majlis beliau ada akses untuk kenal pasti gologan yang perlu diberikan atau didahulukan iaitu ibu tunggal, warga emas atau ada keluarga OKU.

Semalam Tn. Jamil selaku ahli majlis telah pun sampaikan bantuan tersebut kepada lima orang penerima dalam kawasan berkenaan.

#Justice4BabySyifaa
#NoJusticeNoPeace
❀192πŸ‘127❀‍πŸ”₯7πŸ₯°3πŸ‘3
SAVE THE DATE FOR ‼️

Prosiding Inkues kematian anak saya Nour Rania Asyifaa bersambung pada 8, 21 dan 22 Mac 2023.

Saksi yang dipanggil memberi keterangan pada 8 Mac 2023 adalah Khairunnisa Binti Damanhuri (Pengasuh Baby Syifaa) serta adiknya.

Pengawai Penyiasat, Inspektor Thinagaran juga akan dipanggil memberi keterangan hadapan Hakim Mahkamah Koroner, Datin Surita Budin.

Selain tiga saksi β€œheavyweight” tersenarai di atas saya bersama isteri turut memberi keterangan.

Kepada semua yang berkelapangan serta berhasrat melihat sendiri kebobrokan di sebalik kematian Baby Syifaa.

Boleh hadir pada 8 Mac 2023 bertempat di Mahkamah Sesyen 2, Seremban. Jam 9.00 pagi.

Tema pakaian: t-shirt - Justice For Baby Syifaa any colours in your collection (jika ada).

#NoJusticeNoPeace
#Justice4babySyifaa

Nota kaki: seseorang kena berdiri apabila semua duduk dalam selesa dan seseorang mesti bercakap ketika semua berdiam diri.
πŸ‘458πŸ”₯96❀‍πŸ”₯23🫑7🀯3❀2πŸ€—2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
TEMPOH hari ramai juga penduduk yang terjejas kita gagal bantu kerana kekangan sumber.

Apabila kekangan sumber maka bantuan juga terhad. Walaupun rasa ralat tetap kita teruskan setidaknya kita dapat membantu sebahagian mangsa.

Majoriti di Kg. Chaah, Labis tinggal sehelai sepinggang selepas dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah.

Orang di Kg. Chaah menyambut baik bila kita datang dengan bantuan kerana kita antara pihak bukan kerajaan dari luar KL yang terawal sampai.

TV3 suku semalam baru tiba ke lokasi untuk buat laporan berita. Kita bercadang hendak ke Labis sekali lagi dan kali ini kita nak bawa bantuan untuk 1,000 keluarga.

1 Treler
10 buah kenderaan 4x4
1,000 keluarga terjejas dibantu.

ON TAK ON?

Cakap tak pakai modal YY..

πŸ˜‚πŸ‡²πŸ‡Ύ
πŸ‘374πŸ”₯40❀26😁8🀩4πŸ˜‡4❀‍πŸ”₯3😱1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
CALL TO ACTIONβ€ΌοΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Kita bercadang untuk membantu 1,000 keluarga mendapatkan tidur tenang dan bukannya beralas lantai kayu atau simen.

Jika kutipan ini berjaya dapat RM100k bermakna 1,000 buah keluarga terdiri mangsa banjir kita akan bantu. Untuk sumbangan klik pautan tertera:

https://yycentre.org/tabung-khas/
https://yycentre.org/tabung-khas/
https://yycentre.org/tabung-khas/

Panjangkan atau kongsi posting ini di platform media sosial anda.

β€”β€”β€”β€”-//////β€”β€”β€”β€”β€”/////β€”β€”β€”β€”β€”β€”-
Berita baik, Tetuan Hafiz Norkhan &. Co bersetuju tidak menerima kos dalam kes Encik Hafiz Imigresen dan ia dibuat secara β€œpro Bono”.
πŸ‘347❀36🀩9πŸ‘7πŸ”₯6πŸ₯°4πŸŽ‰4❀‍πŸ”₯3🫑3πŸ˜‡1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hari ke-4 prosiding Inkues kematian Baby Syifaa akan memanggil beberapa saksi iaitu Ahli Kimia, Pengasuh-Pengasuh dan Pegawai yang membuat peer review post mortem.

Kepada family members yang hadir ikuti secara langsung di mahkamah. InsyaAllah jumpa sekejap lagi.

Bagi yang tiada kesempatan untuk hadir di mahkamah, teruskan berdoa agar keadilan tertegak buat Baby Syifaa.

#NoJusticeNoPeace
#Justice4BabySyifaa
❀509πŸ‘199πŸ”₯38❀‍πŸ”₯12πŸ™10πŸ₯°7
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sambungan prosiding Inkues hari ke-4 mendengar keterangan dari Pengasuh Baby Syifaa, Khairunnisa.

Di antara perkara menarik berlaku depan mata hari ini Pegawai Penyiasat, Pengarah Pendakwaan Negeri yang kendalikan kes Baby Syifaa makan semeja.

Selain itu, Pegawai Penyiasat terlebih rajin apabila tampil membantu ketika Pengasuh diminta menunjukkan demo keadaan Baby Syifaa ditemukan.

Sebelum Peguam Pemerhati Tetuan Hafiz Norkhan tegur tindakan Insp. Thinagaran berada di tempat kejadian.

Prosiding bersambung pada 21 dan 22 Mac 2023.

Kita doakan Pengasuh tidak bersalin pada hari giliran Peguam Pemerhati keluarga buat β€œcross-examination”.
πŸ”₯393πŸ‘106🀬30🀣14😱8🀯7❀‍πŸ”₯4πŸ‘Œ3
Selamat Pagi Famili YYCC,
Salam Sehati Sejiwa,

Menjalani kehidupan dengan penuh kebahagiaan itu adalah impian ramai, namun malang, sedikit yang punya kemampuan untuk bahagia, meskipun ia (bahagia) itu bukan dijual dengan sebarang harga.

Ilmu itu adalah kunci kebahagiaan, dengan ilmu, segala kunci kebahagiaan terbuka, dan dengan ilmu jualah, kita semua dapat selamat dari terus menerus diperdaya oleh mereka yang tidak punya empati.

Inilah kelebihan ilmu yang ada pada seluruh keluarga besar YYCC, ilmu kita sebagai manusia yang punya empati, kaseh sayang & tolak ansur.

Ilmu kita semua sangat luas dan pelbagai, marilah kita bersama sama merayakan ilmu dalam ruang kita di sini, kekal selamat, kekal ceria di mana saja anda berada.

Pesanan Tulus Ikhlas,

Ex Lorry Driver
On Behalf Of
YYCC Management Team

β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ
πŸ‘334❀84πŸ₯°11😁4πŸ”₯3❀‍πŸ”₯1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Good Afternoon YYCC Family Members,

Greeting Of Love, Peace & Humanity To All Of You Guys.

This video conveyed the deep subliminal message to those that related in the matters of our beloved blessed heaven angel, of Nour Rania Asyifaa Binti Yuseri.

She is now in heaven awaiting her parent to join her, and we are all missing her smile & laugh more than everything we had on earth.

We’re the peace lover, we wish not to be forced up to this extent of action, but if someone or somebody try to make this as a fun game, then we’re glad to act just like what you asked for.

So, please beware with your own word and your actions across the network, nobody’s above the law and we’re watching the news closely.

Footnote: You might feel happy to play around with something that you would never know about while wearing the masks, but you forgot that your fingerprints left everywhere.

Justice, Peace & Humanity

YYCC Management Team
β€οΈπŸŒΉπŸ‡²πŸ‡Ύ
❀216πŸ”₯50πŸ‘47πŸ’―4πŸ₯°2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
CERITA Khairunnisa prosiding semalam lebih kepada membina naratif di mana ibubapa yang salah kerana menghantar anak ke Taska yang tidak berdaftar.

Tak apa.

Aku tidak kisah apa jalan cerita Khairunnisa nak buat kerana semua telah diaturkan oleh DPP dan Pegawai Penyiasat.

Inkues ini bukannya untuk mencari sebab Baby Syifaa meninggal dunia sebaliknya untuk β€œcounter” setiap pendedahan yang dikeluarkan oleh aku setahun lalu.

Pengasuh muncul kali pertama dalam keadaan dirinya sarat mengandung 37 minggu?

Ia bermaksud si Pengasuh Baby Syifaa akan bersalin bila-bila masa.

Aku akan arah Peguam Pemerhati minta permohonan rekod kesihatan sepanjang Nisa mengandung, dekat mana dia menjalani pemeriksaan.

Jadi, aku akan minta doktor swasta buat pemeriksaan ke atas kamu. Sempat pula buat anak, dan kebetulan muncul beri keterangan sekali, diri sarat mengandung di mana tidak sempat Peguam Pemerhati soal balas.

Mohon jasa baik semua kongsi dan sebarkan:

https://fb.watch/j9nvyR6-Es/?mibextid=qC1gEa
πŸ”₯292πŸ‘111😱30❀‍πŸ”₯5πŸ‘4🀩3πŸŽ‰1
Selamat Malam Keluarga Besar YYCC

Sebelum muncul kejayaan, halangan dan kegagalan adalah lumrah perjalanan kehidupan kita, tanpa menghadapinya, maka amatlah membosankan kerana ketiadaan kegagalan yang menjadi cabaran membuat kita langsung tidak menghargai kejayaan yang didambakan sejak sekian lama.

Merujuk kepada ilustrasi yang disediakan, kegagalan lepas adalah jalan kejayaan di masa hadapan, kegagalan yang pernah berlaku bukanlah erti kita wajar mengalah, dan terus melupakan, sebaliknya itulah dia tandanya, pintu kejayaan sudah mula terbuka buat kita.

Kita tidak belajar dari pengalaman, sebaliknya kita belajar dari lantunan atau pantulan pengalaman yang telah ditimba sepanjang menempuhi perjalanan kehidupan, itulah dia ramuan kejayaan setiap kita sebagai manusia yang bebas merdeka, merdeka dalam erti kata minda kita tidak dijajah oleh kejahilan yang semakin busuk untuk dipaksakan.

Hidup adalah untuk dirayakan, kegagalan itu adalah motivator kepada kejayaan yang bakal ditempa, kejayaan itu bukan dinilai pada segulung kertas atau sebanyak mana harta yang dapat dikumpul, tetapi dilihat dari sikap bagaimana kita mendepani apa jua dugaan dan cabaran di masa hadapan.

Tiada dapat dinafi, kejayaan itu ditempa dengan jalan berliku, terasa pahit benih kesabaran yang disemai melalui bibit bibit kegagalan, namun manis sungguh rasa buahnya kejayaan.

Yang demikian itu, jangan sesekali mudah mengeluh saat kita diminta untuk gagal, sebaliknya jadikan ia sebagai pendorong kepada langkah kejayaan di masa hadapan.

Notakaki : Tak seronok main bola sepak sebab ada lawan dan peraturan, baik letak ajelah bola tu depan gol dan tendang lah sebanyak 15 kali tanpa ada penjaga gol.

Sekian, Disampaikan Pesan Malam.

Ikhlas Daripada,
YYCC Management Team
πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈπŸŒΉ
πŸ‘286❀28😍17πŸ”₯15πŸ₯°4❀‍πŸ”₯2πŸ’―2🀩1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
PROSIDING INKUES HARI KE-4 | MAC 8, 2023.

Dari awal saya tidak meletakkan harapan tinggi dari keputusan Inkues yang sedang berjalan ketika ini.

Kerana Inkues ini dibuat untuk meredakan netizen yang mula bercakap tentang kes kematian Baby Syifaa.

Selain bagi menjawab dakwaan-dakwaan yang timbul berkaitan kes kematian Baby Syifaa yang pernah menjadi tular dalam media sosial semenjak setahun yang lalu.

Ramai komen tak tengok kiri kanan dan ramai yang tak faham isu tetapi komen buat-buat faham.

Inkues bersambung pada 21hb Mac 2023 dan terima kasih kepada semua yang sudi hadir..
❀231πŸ‘142πŸ”₯35❀‍πŸ”₯6πŸ’―3πŸ₯°2
Attention To All Family Members,

Berhati hati dengan scammer penunggang kisah sedih nak kena halau keluar dari rumah sebab tak cukup duit nak bayar sewa kunonnya.

Cerita biasanya anak sakit demam teruk, mintak bantuan RM100, kemudian esok atau hari berikutnya, mintak lagi duit nak bayar sewa rumah, ditanya kenapa tak hantar anak ke Klinik Kerajaan, dijawab pulak anak tak ada dokumen pengenalan diri sebab nikah dekat sempadan Siam.

Banyak sangat mintak duit untuk simpati ni tak bagus, jual air mata sebab nak dapat duit pun tak bagus, semuanya tak bagus sebab sangat jelas ada unsur TIPU MENIPU dari mula teks dihantar.

Nak yakinkan orang boleh buat VC, duduk dalam gelap sampai tak ada sapa boleh cam muka, no akaun bank boleh pulak ada, aneh betul, anak pulak tak ada dokumen pengenalan diri, lagi aneh, masa beranak dulu, tak mungkin beranak dalam stor pula?

Jadi inilah dia modus operandi si penipu, jual air mata, jual kisah sedih, dan melampau lampau situasi sambil dengan mudah jual nama saya dan YY pernah bantu, kami berdua pun kena tipu, semua sebab simpati yang diambil kesempatan oleh mana mana penipu.

Mohon diabaikan permintaan seperti ini, jika ada mana mana pihak dalam channel ini datang meminta bantuan dengan cerita sedih pilu hiba semacam ini, itu amat jelas adalah penipuan.

YYCC tidak pernah & akan menolong penipu, oleh yang demikian, Wahai Si Penipu Tipu, tolong berambus dari keluarga besar YYCC kerana spesis macam kamu sangat ramai di luar sana.

Sekian, Dimaklumkan Untuk Kemaslahatan Keluarga Besar YYCC.

Notakaki : Setakat nak pinjam RM2 tu tak sapa pun bising, boleh je dihalalkan, ni mintak sampai RM2000 sebab nak bayar hutang beli spender, agak agaklah nak membuat tipu daya, Syaitan pun tak sejahat itu nak menipu manusia.

Pesanan Khidmat Masharakat,
YYCC Management Team
πŸ‘304πŸ”₯49❀8❀‍πŸ”₯2🀩1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selamat Petang Keluarga Besar YYCC,

Amati video pendek berdurasi 29 saat ini, kalian akan mengerti, betapa mudah khabar angin boleh tersebar dan kesannya tersangat lah buruk kepada keharmonian hidup bermasharakat.

Dalam ajaran Ugama Islam, ada istilah Arab yang disebut sebagai β€œtabayyun”, yakni, hendaklah kita semak & selidik akan kebenaran sesuatu perkara yang sampai atau disampaikan oleh sesiapa sahaja kepada diri kita.

Menyentuh berkenaan sampai menyampai, kalian semua mengetahui, amat sedikit dari kalangan umat manusia berminat menyampaikan kebaikkan, sedang keburukan itulah yang paling kerap disampaikan dan tambah malang, disebar luas tanpa ada rasa belas dalam hati mereka yang berbuat demikian, Nah, inilah yang banyak terjadi dan ia sungguh busuk membarah dalam kehidupan bermasharakat hari ini.

Adalah wajar bagi kita untuk memangkin perubahan, jangan mudah percaya terhadap apa sahaja suapan berita melalui media massa atau kaedah tradisional saperti yang mudah kita amati dalam kehidupan hari ini.

Keluarga Besar YYCC BOLEH &
MAMPU untok memangkin perubahan, tiada sebaran berita palsu dari kita, tiada sampai menyampai kepada sesiapa, di sinilah bermula titik perbezaan diri kita dengan orang kebanyakkan dan itulah yang disebut sebagai integriti dalam diri kita sendiri.

Notakaki : 15 jenis kerosakan bisa terjadi dengan 1 penipuan, namun 15 jenis penipuan begitu mudah dihancurkan dengan 1 tindakan, itulah dia kelebihan manusia yang mempunyai AKAL WARAS dalam kehidupannya sehari hari.

Santapan Minda Di Petang Hari, Meskipun Hujan Di Gurun Sahara, Tak Hilang Juga Panas Di Wangsa Maju.

YYCC Management Team
πŸ‘322❀30😒7πŸ‘Œ4❀‍πŸ”₯3πŸ₯°1