Youth of Strength & Happiness (YOSH)
2.99K subscribers
2.7K photos
95 videos
8 files
889 links
Channel that spread the news and update to invite the inspiring big hearted volunteers from all over the world to start making a difference.
Download Telegram
Forwarded from Huda kamsani
🔰EXPLOGGING🔰

📢CALLING FOR ALL SPM LEAVERS AND IPTA/IPTS STUDENTS📢

HEY THERE YANG TENGAH CUTI LEPAS AMBIL RESULT SPM! LET'S JOIN EXPLOGGING!

HAH? EXPLOGGING APA TU? BUNYI MACAM FOGGING NYAMUK JA.

Haha tak la korang. Fogging nyamuk tu TAK BEST! Tapi EXPLOGGING (EXPLORACE + PLOGGING) ni berganda-ganda BEST!

PLOGGING: Aktiviti komuniti servis, menyahut #TRASHCHALLENGE di kawasan yang ditetapkan

Ha ni la masanya untuk korang join the adventure. Bukan setakat EXPLOGGING je, kita ada pelbagai aktiviti lain yang menarik. Sambil bergembira, sambil menimba ilmu. Aktiviti menarik:

Explorace
Plogging
Sharing Double 4 flat
Success secret revealed

Tarikh: 6 April 2019 (sabtu)
Tempat: Sungai Pandan Waterfall, Kuantan
Masa: 8 pagi - 6 petang
Yuran: RM20 SHJ ( inc food & modul )


So, bagi korang yang berminat daftar dengan tekan link pendaftaran kat bawah:

https://goo.gl/forms/05VeHBFjnw8nPs4t1

Apa apa hal boleh roger: http://www.wasap.my/+60197926038

Link group👇👇
https://chat.whatsapp.com/FMgq9DqH8Sg35EcjmvQo3E
Forwarded from MyFundAction
YDKMM Konsisten Merespon Bencana Global.
_
Tragedi tragedi ngeri yang berlaku menggegarkan dunia bermula daripada tsunami di Palu, Sigi dan Donggala Sulawesi Tengah sehingga yang terkini di Gombak, ribut melanda. YDKMM berusaha merespon sebaik mungkin.
_
Mohammad Farizzal Rostam, Ketua Operasi Unit Aksi dan Bencana Antarabangsa antara sukarelawan yang aktif bergerak menangani isu bencana di dalam mahupun di luar negara. Beliau mengetuai beberapa misi kemanusiaan di Indonesia termasuklah di Palu, Lampung dan terkini di Jayapura, Papua. YDKMM RESCUE merupakan unit khas yang ditubuhkan bagi menangani bencana bencana kecil mahupun besar dan sehingga hari ini penglibatan YDKMM RESCUE mencapai kerjasama dengan unit SAR BASARNAS Indonesia. Tidak terkecuali kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam dan lain lain di Malaysia melalui tragedi pencemaran udara di Pasir Gudang baru baru ini.
_
Tragedi paling gelap yang berlaku di Christchurch New Zealand, sebuah negara yang memiliki tingkat keselamatan yang tinggi baru baru ini, tembakan rambang ke atas 2 masjid di sana. Presiden YDKMM New Zealand, Mohammad Habib Md Ali bergerak terus ke Christchursh kurang 24 jam dari insiden itu berlaku.

Beliau turut bertindak menyediakan platform online untuk mengumpul dana bagi membantu keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini. Lebih 58 NGO antarabangsa yang memberi sokongan ke atas usaha ini dan sehingga hari ini, lebih RM 6 juta dapat dikumpulkan bagi membantu keluarga mangsa dalam jangka masa yang lama.
_
YDKMM membentuk jiwa pemuda melalui aktiviti kesukarelawanan yang diterapkan kepada semua peserta dalam program program belia yang dianjurkan oleh YDKMM baik di peringkat sekolah, matrikulasi asasi atau peringkat institusi tinggi. Penerapan ini menjadikan mereka tidak hanya bertindak mengikut arahan tetapi mampu untuk merespon segera dengan insiden yang berdekatan mereka.

Teruskan menyokong YDKMM dalam segenap aspek baik program bersama masyarakat, program pembangunan belia mahupun program mengembangkan ekonomi umat Islam.

Layari YDKMM melalui laman rasmi di:

Facebook: Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia
Instagram: https://bit.ly/2uqcQx3
Youtube channel: https://youtu.be/x2bPbVNuwRc
Forwarded from MyFundAction
Forwarded from MyFundAction
🌏Lintas Langsung Program Global Youth Development Training 💯
29-31 Mac 2019
Dewan Kuliah, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Program yang bermula semalam ini menghimpunkan sukarelawan YDKMM dari pelbagai cawangan iaitu Utara, Selangor, Pahang, Borneo, New Zealand dan Mesir.

Program ini diadakan bagi melatih sukarelawan dalam merancang dan menjalankan projek pembangunan belia di cawangan masing dan selain membentuk jati diri untuk berbakti kepada masyarakat.

Mohon doa semua agar program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan.

#yoshydkmm
#ydkmm4all
#ydkmmgoingglobal
#youthdevelopment

Teruskan bersama kami dalam misi membahagiakan umat

Telegram: https://t.me/youthofhappiness
Instagram: http://ig.me/yoshydkmm.hq
Facebook: http://fb.me/YOSHvolunteer
Twitter:http://twitter.com/yoshydkmm
🌏Lintas Langsung Program Global Youth Development Training 💯
29-31 Mac 2019
Dewan Kuliah, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pagi ini, peserta membentangkan perancangan projek di cawangan masing-masing.

Antara projek yang akan dijalankan adalah Mentoring Alumni, Success Secrets Revealed, Back to School, Jejak Ramadan dan pelbagai lagi program Volunteerism yang menjadi inti utama sukarelawan YOSH.

#yoshydkmm
#ydkmm4all
#ydkmmgoingglobal
#youthdevelopment

Teruskan bersama kami dalam misi membahagiakan umat

Telegram: https://t.me/youthofhappiness
Instagram: http://ig.me/yoshydkmm.hq
Facebook: http://fb.me/YOSHvolunteer
Twitter:http://twitter.com/yoshydkmm