Gagasan ا م س Walid Ibrahim Al Malik
13.1K subscribers
4.45K photos
1.56K videos
8 files
465 links
Download Telegram
Duhai Bonda Syarifah Naemah
Bonda Temong diberi gelar

Pilu Hati bila berada di sisi makan mu
Yg nun tersisih jauh dari makam di Raja yg lain.
Berada ditengah Bukit
Digelar makan Tunggal para penduduk Jugra.
Sedangkan suami mu adalah Sultan Abdul Samad( Sultan Selangor ke 4)

Darah mu menghimpun 3 Darah Daeng
Parano, Marewah dan Chelak
Daripd 5 penguasa Kerajaan Melayu Bugis.

Tiada siapa tahu
bahwa engkau yg mahu sendirian
Tiada darjat kebesaran
Kerana engkau adalah kekasih Allah
Juga menyimpan rahsia akhir zaman..

Duhai para cucu
CAHAYA kan makam bonda
Dengan ziarah dan tahlil
Sebagai adab pd kekasihNya
Serta perolehi keberkatannya.

Namun Jangan berlebihan
Agar terpelihara Kesucian Tauhid
Terpelihara akan adat dan keselamatan
Lantaran mata Dajal Wahabi sedang memerhati

Umi...
2023
Sollu alannabiy Walid

Berkah Walid dan Para Leluhur dapat dijalankan Majlis selawat dan perkongsian kepentingan Tauhid Sufi kepada wanita di Laman Gaharu Emas,Kota Kemuning.

Suasana Majlis hari ini sangat membangkitkan rasa di dalam kebun tanaman Kayu Gaharu. 80 peserta bersama sama berselawat dengan amalan Selawat Jibril dari sanad Walid,berqasidah bersama.

Perkongsian tauhid sufi berkisar tentang kepentingan institusi keluarga bermula dari seorang ibu yang ingin berubah menjadi seorang yang memiliki tauhid dan rasa pengenalan kepada Allah dengan jalan pembersihan hati. Keperluan berselawat dengan hasrat dipertemukan Guru Mursyid yang dapat membawa seorang insan dari nafsu Ammarah kepada mutmainnah. Dikongsikan juga keperluan menghidupkan amalan selawat dalam keluarga dan bersikap prihatin terhadap orang sekeliling bagi mengikuti akhlak Bonda Siti Khadijah dan Bonda Siti Fatimah.

Pembangunan keluarga yang diproses dengan bimbingan Tauhid sufi akan mengubah masyarakat kepada Masyarakat sufi yang hidup saling bergotong royong,berkahlak mulia hingga membawa kepada sebuah perabadan sufi dalam negara yang dicintai ini.

Respon dari peserta kebanyakkannya bersyukur kerana pertama kali mendapat tahu ilmu Tauhid sufi dan cara memulakan pembersihan hati dengan selawat bersanad.

Ampun maaf Walid atas segala kekurangan dalam khidmat. 🙏
Assalamualaikum Walid.

Sollu 'Alan Nabiy

Pada minggu lepas, wakil Muafakat Komuniti BSP bersama wakil penduduk iaitu Ust Firdaus dan En Hamid telah mengadakan pertemuan bersama seramai 17 keluarga Asnaf di sekitar Rumah Pangsa Impian Bandar Saujana Putra untuk memberi sesi penerangan & pendaftaran keahlian I-Madina BSP.

Program I-Madina yang merupakan cetusan ilham daripada Walid Ibrahim Al-Malik. Alif (I) bermaksud Tauhid, Iman dan Ihsan, Manakala Madina bermaksud masyarakat Madinah yang berakhlak, kasih sayang, prihatin, saling membantu dan miliki peradaban.

Kejiranan Bandar Saujana Putra akan dijadikan model projek I-Madina, dimana penduduknya saling membantu, prihatin dan berkasih-sayang. Asnaf yang telah didaftarkan keahlian kad Barakah akan mendapat keistimewaan harga yang lebih rendah di kedai Sahabat Usahawan I-Madina. Subsidi harga ini akan dibantu oleh komuniti dengan sumbangan dana dan infaq Jumaat.

Ini adalah batch pertama, insyaAllah pendaftaran akan dijalankan secara berperingkat

Moga usaha ini diberkati. Mohon doa dan bimbingan Walid sentiasa.
Beberapa pertemuan bersama wakil pengusaha sekitar Bandar Saujana Putra. Wakil Muafakat Komuniti menerangkan cadangan program I-Madina di BSP dan beberapa perkara yang boleh diusahakan bersama.
.
Alhamdulillah, kesemua usahawan menyambut baik cadangan untuk menyantuni asnaf ini. Program ini juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan jualan/promosi di premis mereka.
.
Ia selari dengan konsep I-MADINA iaitu menghimpunkan golongan profesional, usahawan dan ahli khidmat untuk saling menguatkan dalam ekosistem masyarakat.

Sekian sedikit laporan dari team I-Madina BSP. Mohon maaf Walid atas kekurangan khidmat kami.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

2 perkara yang wajib diketahui para salik yang menuju ALLAHﷻ :

1. Kejadian pertama ciptaan ALLAH ﷻ
2. Asal usul diri insan

1. ALLAH ﷻ YANG MAHA AGUNG tiada akan tercapai makhluk untuk dikenali namun diriNya mahu diriNya dikenali dan dipuji.

Justeru itu ALLAH ﷻ mencipta akan makhluk yang frekuensinya dapat dicapai oleh sekelian makhluk namun bersifat istimewa dan khusus untuk ditajallikan Cerminan diriNya yakni RUH NABI MUHAMMAD ﷺ.

Ia bergelar AHMAD RUHULLAH, bukannya bermaksud dirinya adalah berasal dari Ruh ALLAH ﷻ tetapi dengan makna RUH YANG TERPUJI, TERAGUNG, TERINDAH DAN TERMULIA DISISI ALLAH ﷻ.

Maka RUH SAIDINA AHMAD ﷺ adalah yang pertama diciptakan untuk sekelian makhluk menyaksikanNya dan bertasbih padaNya, maka dari RUH SAIDINA AHMAD ﷺ terpancar Nurnya membawa pengenalan kepada ALLAH ﷻ dan bertasbih pada ALLAH ﷻ pada sekelian makhluk.

Ruh insan adalah Pancaran Nur yang paling tinggi dan akrab dengan RUH SAIDINA AHMAD ﷺ. Justeru sekelian Ruh insan telah menyaksikan dan bertasbih pada ALLAH ﷻ tika di alam Ruh atau Lahut dahulu yang selayaknya.

2. Ruh insan dicipta langsung dari NUR SAIDINA MUHAMMAD ﷺ. Adapun tubuh kasar dicipta dari tanah.

Namun apakah asal Tanah ini ? Asal Tanah adalah dari Air, asal Air adalah Angin, asal angin adalah Api, asal Api adalah NUR SAIDINA MUHAMMAD ﷺ.

Maka tubuh insan juga adalah NUR SAIDINA MUHAMMAD ﷺ namun frekuensinya lebih rendah dari RUH insan.

Justeru itu berkewajiban sekelian insan membersihkan tubuhnya dengan Syariat, membersih Qalbunya dengan Tareqah agar NUR SAIDINA MUHAMMAD ﷺ pada tubuh dan Ruh kembali suci dan bersinar hingga membawa insan itu lebur dalam NUR SAIDINA MUHAMMAD ﷺ.

Keleburan dalam NUR SAIDINA MUHAMMAD ﷺ membawa keleburan dirinya dalam SAIDINA AHMAD ﷺ, keleburan dalam SAIDINA AHMAD ﷺ membawa dirinya lebur dalam Tajalli atau Cerminan ALLAH ﷻ (Af’al, Asma', Sifat dan DzatNya).

Begitu banyak jalan atau tareqah yang muktabar namun ramai ulama Sufi berpandangan bahawa jalan SELAWAT adalah yang paling pantas untuk mencapai Makrifatullah namun perlu ada pimpinan Mursyid untuk mencapainya.

Wallahulam.
3 April 2023
Hakikatnya sekelian makhluk dari alam Lahut, Jabarut, Malakut dan Mulki adalah berasal dari pancaran NUR SAIDINA MUHAMMAD ﷺ, namun hanya berbeza frekuensi sahaja.
Alhamdulillah Asar tadi selesai Kem Pemantapan Rohani @ Suluk Ramadhan sesi ke-3 seramai 100 orang lelaki dan perempuan.

Esok diteruskan dengan sesi ke-4 melibatkan lebih 70 peserta.