Sebuah perjuangan yang menyambung rantaian dari leluhur kita di Nusantara ini berteraskan ا م س iaitu Tauhid Makrifat, Pekerti Muhamad atau akhlak al Karimah bersulam adat , budaya bangsa dan Peradaban ( Kekuatan ilmu, Kekuasaan dan Kekayaan)
Pertemuan semalam dengan team Yayasan Al Muntazar, bersama juga Bonda Tun Suzana dan suami serta Izuddin al Jitrawi (penulis) memohon doa Walidbuntuk adakan seminar Kebangkitan akhir zaman 2024.
Krisis Agama generasi kini amat membimbangkan.
Apa makna miliki segala kepandaian dan kejayaan dunia jika Agama hilang dalam diri mereka.
Krisis Agama membawa krisis akhlak, maka bermula kehancuran intitusi keluarga, masyarakat dan Negara.
Duhai para ahli Tauhid, Fekah dan Tasawwuf, buka mata melihat krisis generasi bangsa yang sudah tak pandai mengucap, tak tahu apa rukun Iman dan Islam.
Maka ajarlah Tauhid, Fekah dan Tasawwuf yang sesuai dengan perdekatan zaman.
Mudahkan kaedah pelajaran Tauhid namun membawa kepada kebenaran Ahlu Sunnah wal Jamaah (ASWJ) dan Jazam (kukuh), lunak dan luaskan pengajian fekah agar tidak bersikap keras dan berhati² dlm menghukum.
Mudahkan jalan Tasawwuf dengan pendekatan Mahabbah . Zaman ini ramai yg tak mampu berkhalwah yg lama, zikir yang memberat dan mujahadah yang keras.
Gunakan pendekatan kasih sayang, mudah dan santai, yang penting generasi merasa seronok dalam beragama, tiada bersifat mengongkong dan memberatkan hingga menjauhi ulama. Ia memudahkan kerja syaitan menjauhkan manusia dari Agama.
Pentingnya pendakwah bukan hanya perlu berilmu tetapi bijaksana melihat zaman dan siap berubah menggunakan pelbagai pendekatan demi menyelamat Agama generasi akhir zaman ini.
Wallahualam

Salam Jumaat yang barakah,
Bagaimana mahu membaiki kerosakan zaman yang berlaku?
Mulakan dengan menyebarkan selawat, tak kira apa bentuk selawat. Tujuannya agar Nur Muhammad yang berada dalam diri insan akan aktif.
Insya Allah Nur tersebut akan membawa insan kepada cahaya Tauhid dan kemurnian jiwa yang membawa perubahan akhlak serta kemurnian kehidupan.
Namun sebaiknya perlu ada bimbingan agar benih yang ditanam tumbuh dengan baik.
Syukur kini sebaran selawat telah berkembang pesat seluruh Negara malah Nusantara. Ia dibawa oleh Jamaah para Habaib dan para Syeikh Sufi pelbagai aliran serta para pencinta Rasulullah ﷺ.
Apabila Nur Muhammad telah terbangun pada umat, insya Allah akan berlaku satu kebangkitan yang membawa kesejahteraan pada Umat, Negara dan Bangsa.
Yang Batil akan lenyap dan yang Haq akan muncul.
Wallahualam.

Kem Rohani Al Malik (KRM) pasca Aidilfitri telah berlangsung semalam bagi edisi ke-12 / 2024 dengan penyertaan 50 peserta.
Sebahagian besar peserta adalah mereka yang kali pertama sertai KRM, namun telah mengikuti pelbagai majlis pengajian ilmu di luar sana.
Seperti dipedomankan Guru dikasihi Ayahanda Walid, jalan mencapai Makrifat itu satunya dengan jalan ilmu dan keduanya dengan jalan mengaktifkan Nur Muhammad yang ada dalam diri insan. Maka jalan kedua inilah yang benar-benar akan membawa insan pada cahaya Tauhid dan Pekerti Muhammad ﷺ, yang menjadi kunci penyelesaian pada krisis ummat hari ini.
Justeru KRM menjadi salah satu medan membangkitkan Nur Muhammad dalam diri melalui bimbingan Murabbi dan amalan-amalan bersanad yang diberikan, serta pelbagai modul lainnya yang dijalankan sepanjang 4 hari 3 malam ianya berlangsung.
KRM seterusnya adalah pada 10-13/5, 24-27/5 dan 28-31/5 (penuh).
Maklumat lanjut hubungi : Andak Addin 014-8489421, Ateh Syapen 013-4478384, Kak Andak Dijah 019-4234302 dan Kak Der Aida 013-3257147.

Dalam kehidupan ini apa jua yang kita lakukan untuk kebaikan, kita hanya penanam benih sahaja, yang menumbuhkan dan membuah hasil hakikatnya الله jua.
Para Guru sufi talkinkan nur muhamad dalam diri para muridnya serta menjaga dengan sebaiknya, adapun yg menumbuhkan hingga membawa makrifat dan jiwa yg mulia hakikatnya الله jua.