TRADE TO FREEDOM
2.27K subscribers
1.37K photos
15 videos
20 files
588 links
Memberi latihan dan bimbingan dalam pelaburan saham, komoditi produk pasaran hadapan Malaysia dan metodologi dagangan yang telah pun diuji dan dibuktikan mampu menghasilkan pulangan yang positif.
Download Telegram
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ANALISA TEKNIKAL?

Pada kali ini kita akan menceritakan tentang fundamental analisa teknikal.

Kita tidak akan menceritakan secara mendalam kerana tidak semua di antara kita mempunyai asas yang kuat di dalam trading.

Oleh yang demikian, kita akan meceritakan tentang definisi dan asas analisa teknikal.

Analisa adalah salah satu disiplin untuk mengenal pasti ruang dan peluang menjana keuntungan di dalam dunia trading.

Tidak kira sama ada anda seorang trader saham, forex, FCPO dan sebagainya, anda perlu menguasai teknik untuk menganalisa trend pasaran anda

Trader yang berjaya biasanya menggunakan analisa teknikal untuk mengenal pasti di mana “demand” dan “supply” sebelum membuat keputusan sama ada mereka perlu berada di dalam posisi “buy” atau pun “sell”.

Salah satu sebab utama kita perlu mempelajari ilmu analisa teknikal sebelum mula trading adalah mengelakkan terjadinya situasi yang bercanggah dalam Islam iaitu amalan ‘ghaisir’ atau perjudian.

Walaupun berniat membuat keuntungan melalui trading, sekiranya diri kita tidak dilengkapi ilmu trading termasuklah ilmu teknikal analisis, kita seolah-olah bertaruh harap setiap sen kita laburkan hanya kepada nasib.

Menang betul, di dalam dunia trading kita tidak boleh elak daripada berhadapan dengan risiko. Dengan teknik analisa yang tepat boleh meminimakan kerugian.
.
.
Pelajari untuk menghasilkan trade yang BERKUALITI di Seminar Rahsia Trader FCPO @

https://wrtraderfcpo.com/
https://wrtraderfcpo.com/
https://wrtraderfcpo.com/
RAHSIA SHORT-TERM TRADER.

Trader ni ada banyak jenis, daripada scalper, short term trader dan juga long term.

Short term trader tak semestinya BTST dan TAK semestinya bukan SWING.

Apa yang short term? tempoh pegang position yang dibeli atau short tersebut iaitu lebih kurang seminggu atau 9 hari.

Apa rahsia mereka?

Exponential Moving Average (EMA).

Berbanding Simple Moving Average (MA), di mana harga period ditambah dan di bahagi untuk tahu purata.

Tetapi, EMA memberi fokus kepada harga terdekat yang telah terjadi. Tak macam MA yang pukul rata.

Kelebihan EMA adalah untuk membolehkan short-term trader mengesan perubahan arah harga dan sesuai dengan strategi short term tersebut.

Senang cerita, kalau ada price action yang reverse trader boleh dapat signal pantas dari EMA. Kalau MA, tunggu close dulu la period tersebut.

Nak lagi POWER guna MA? Join la kelas!

Pelajari untuk menghasilkan trade yang BERKUALITI di Seminar Rahsia Trader FCPO @

https://wrtraderfcpo.com/
https://wrtraderfcpo.com/
CARA JUTAWAN GUNAKAN EMOSI UNTUK BERJAYA?

Setiap manusia di muka bumi mesti ada emosi yang tersendiri. Siapa yang tak ada emosi?

Emosi setiap individu itu berbeza-beza mengikut keaadan. Ada yang cepat marah, cepat sedih, ada yang jenis ego terlampau tinggi dan ada juga yang sentiasa gembira.

Sejujurnya emosi perlu dikawal pada setiap situasi yang sedang dihadapi.

Emosi adalah salah satu perkara yang boleh menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang individu.

Jika kita tak mampu untuk kawal emosi, semestinya kita akan melakukan tindakan yang melulu dan membuat keputusan yang tidak rasional.

Hal yang demikian boleh menjejaskan masa depan kita jika kita tidak melakukan pilihan atau tindakan yang betul.

Dalam dunia perniagaan, seseorang usahawan perlu sentiasa berfikir secara rasional semasa membuat keputusan bagi memastikan perniagaan mereka berada di dalam landasan yang betul.

Begitu juga di dalam dunia pelaburan dan trading.

Selain pengetahuan teknikal yang teliti, seseorang pelabur atau trader itu perlu sentiasa rasional dengan mengawal emosi mereka semasa melabur atau melakukan trading.

Untuk menjadi seorang trader yang berjaya anda perlu bijak mencari celah peluang untuk mendapatkan keuntungan.

Emosi setiap trader adalah berbeza-beza. Ada yang sentiasa yakin dengan teknik dan analisa yang dibuat.

Ada sesetengah golongan yang selalu takut-takut atau tidak yakin untuk mebuat keputusan semasa trading.

Selebihnya kita juga boleh berjumpa dengan golongan yang tamak dan terlebih yakin semasa trading.

Jika anda seorang trader, anda berada di dalam golongan yang mana?

Tidak kira anda berada di dalam golongan yang mana sekalipun, pastikan anda sentiasa bijak untuk mengawal emosi dan berfikir secara rasional.

Trading dengan emosi yang tidak menentu sama seperti berjudi.

Jika anda tidak meletakkan had untuk “profit” dan “loss” harian, anda berisiko besar untuk berhadapan dengan risiko yang sangat besar.

Kesimpulannya, kita perlu mengawal emosi di dalam apa jua keadaan. Orang yang berjaya adalah orang yang rasional dan tidak terlalu mengikut emosi.
.
.
Pelajari untuk menghasilkan trade yang BERKUALITI di Seminar Rahsia Trader FCPO @

https://wrtraderfcpo.com/
https://wrtraderfcpo.com/
https://wrtraderfcpo.com/
ANDA KENAL KE TIDAK CANDLE BERHANTU INI?

Bagi trader, penggunaan chart dan candlestick adalah satu keperluan.

Pada masa yang sama, ilmu dan pengetahuan tentang bentuk dan signal daripada candlestick juga amat penting.

BREAKOUT CANDLE.

Ini bukan candle putus cinta ke apa 😅😅 ini adalah candlestick yang memberi peluang buat PROFIT!

Breakout atau BO ini, adalah tindakan candlestick atau paras harga yang melepasi paras resistance & support.

BO candle juga dikenali sebagai CANDLE TEMBUS.

Tidak kisah TEMBUS price level atau indikator pada chart.

Tindakan menembusi atau melepasi itu di sebut BREAKOUT atau TEMBUS.

Kejadian tembus ini perlu dicari dengan mata hati(baca ilmu), kalau tak, tak nampak. Sebab itu Abewa cakap BERHANTU!

Apabila terjadi, kita cari confirmation dan peluang trading untuk profit sudah terhidang!

Pelajari untuk menghasilkan trade yang BERKUALITI di Seminar Rahsia Trader FCPO @

https://wrtraderfcpo.com/
https://wrtraderfcpo.com/
https://wrtraderfcpo.com/
Forwarded from Mohd Azuwa Hasan
Salam Maal Hijrah

Kami daripada keluarga WR Trader Academy mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah.

Semoga amalan kita sepanjang tahun yang lalu diterima dan diberkati.

Semoga tahun baru ini menjadikan kita seorang hamba yang lebih baik dan taat kepada-Nya.

#maalhijrah #tahunbaru #fcpo #wrtraderacademy #tradingfcpo #kualalumpur #bskl
𝟓 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐍𝐀 𝐑𝐌𝟖𝟎,𝟎𝟎𝟎, 𝐀𝐏𝐀 𝐑𝐀𝐇𝐒𝐈𝐀 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐈𝐍𝐈?

Ini cerita Ustaz Zamirul.

Beliau adalah seorang imam masjid.

Pada masa yang sama, beliau membuat kerja part-time.

Ianya memberi pulangan yang lumayan.
Ya, sangat lumayan!

Dalam 5 bulan sahaja, beliau sudah membuat RM80,000!

𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔

Menurut beliau, pada bulan pertama, beliau buat RM36,000.

Pada bulan kedua, rugi RM3,000.

Pada bulan ketiga untung RM14,000.

Pada bulan keempat beliau untung RM22,000.

Dan, pada bulan kelima beliau untung RM10,000.

Memang ada kerugian bulan kedua, tetapi menurut beliau, tidak mengapa, kerana untung sudah melebihi apa yang beliau hilang.

𝗥𝗔𝗛𝗦𝗜𝗔

Jadi, apakah rahsia beliau?

Mana mungkin 'gaji' daripada part-time berlipat kali ganda lebih untung berbanding gaji kerja full time?

Ya, beliau sudah menjumpai rahsianya dalam pasaran Futures Crude Palm Oil (FCPO) yang diiktiraf oleh Bursa Malaysia.

Pasaran dua hala ini bergerak pantas, bak kata Ustaz, "Kita boleh buat RM1000 dalam masa beberapa minit sahaja."

Katanya lagi, "Ini yang bestnya FCPO ni."

"Kita boleh buat duit masa dia (pasaran) tengah naik, kita boleh buat duit masa dia tengah turun."

"Kita boleh buy and sell."

“Lagipun FCPO ini diakui halal oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.”

Alhamdulillah, FCPO sudah menjadi pilihan Ustaz Zamirul.

Anda bila lagi?

Pelajari untuk menghasilkan trade yang BERKUALITI di Seminar Rahsia Trader FCPO @

https://wrtraderfcpo.com/
https://wrtraderfcpo.com/
https://wrtraderfcpo.com/
KENAPA PERLU KOSONGKAN MANGKUK SEBELUM BERGURU?

Masa zaman persekolahan dulu mesti ramai cikgu dan ibu bapa yang tekankan dekat kita tentang adab dan etika untuk berguru.

Banyak adab dan etika yang boleh dipraktikkan sebelum, semasa dan selepas berguru.

Kenapa pentingnya adab dan etika untuk menuntut ilmu?

Adab dan etika berguru penting supaya kita boleh memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Di dalam sesebuah sesi pembelajaran secara berkelompok, mungkin ada di antara kita sudah mempunyai pengetahuan sama ada secara asas atau sudah menguasai keseluruhan subjek yang dipelajari.

Namun begitu, sebelum memulakan sesi pembelajaran kita perlu berada di dalam keadaan seperti sebuah mangkuk yang kosong.

Memulakan pembelajaran seperti sebuah mangkuk yang kosong tidak menjadikan kita sebagai seorang yang jahil.

Sebaliknya hal sedemikian menjadikan kita lebih mudah untuk menerima ilmu yang ingin dipelajari.

Di dalam sesebuah sesi pembelajaran. Kita tidak perlu untuk membuang pengetahuan yang kita ada secara seratus peratus.

Kita cuma perlu untuk membuang ego, tetap fokus dan sentiasa dengar tentang ilmu dan nasihat yang disampaikan oleh tenaga pengajar atau guru.

Walaupun kita sudah mempunyai pengetahuan secara asas atau menyeluruh, tak salah sekiranya kita tetap menerima apa yang disampaikan supaya pengetahuan dan ilmu yang sedia ada menjadi semakin mantap.

Namun begitu tidak salah juga untuk seorang murid untuk berkongsi pendapat dan idea kepada guru mereka.

Tetapi perkongsian pendapat itu perlu dibuat secara berkhemah untuk memastikan sesi pembelajaran tidak terganggu.

Setiap pelajar dan guru itu mempunyai ego yang tersendiri.

Oleh yang demikian, kita perlu mengawal ego supaya sesi pembelajaran boleh dijalankan dengan lancar.
.
.
Pelajari teknik TRADING FCPO bersama tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman sebanyak 15 TAHUN dan MASIH AKTIF di dalam dunia Trading FCPO. Sertai kelas trading FCPO bersama WR Trader Academy sekarang @

https://wrtraderfcpo.com/
https://wrtraderfcpo.com/
https://wrtraderfcpo.com/
KENALI VOLUME & OPEN INTEREST UNTUK CIPTA PELUANG PROFIT.
KENALI VOLUME & OPEN INTEREST UNTUK CIPTA PELUANG PROFIT.

Dalam trading, tidak kira saham atau derivatif seperti FCPO - volume dan open interest adalah satu indikator yang penting.

Volume (VOL), untuk dagangan saham, bitcoin dan BUKAN CFD adalah jumlah dagangan kontrak jual beli yang telah terjadi.

VOL memberi info bahawa berapa lot/unit telah pun dijual beli dan sekiranya harga tengah naik dan VOL meningkat menunjukkan momentum uptrend yang tengah kuat.

Open Interest pula adalah jumlah kontrak yang masih aktif atau belum dilunaskan - kebiasaan terjadi dalam dagangan kontrak hadapan macam FCPO.

Berbeza dengan VOL, open interest akan memberitahu kita akan kewujudan kontrak yang akan memberi kesan kepada pergerakan harga kontrak tersebut.

Apabila kontrak sudah pun dilunaskan atau 'close position', open interest akan menurun.

Kefahaman terhadap 2 indikator ini akan membolehkan kita membuat satu trading plan yang mampu memberi PROFIT.

Jom belajar trade FCPO dengan trader dengan 15 tahun pengalaman @

https://wrtraderfcpo.com/
JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN JANJI BULAN BINTANG!
.
.
Pada zaman sekarang, ramai orang mecari peluang yang terbaik untuk menjana pendapatan sampingan, peluang untuk menggandakan simpanan dan sebagainya.

Pernah tak anda tengok iklan-iklan di media sosial atau mendengar sendiri dari orang terdekat tentang peluang pelaburan yang menjanjikan pulangan yang besar dan Nampak seperti meyakinkan?

Mesti pernahkan? Jika anda terlihat iklan-iklan pelaburan atau ada orang yang terdekat sendiri yang bercerita tentang peluang sedemikian, anda perlu berhati-hati.

Jangan mudah terpedaya dengan pelan pelaburan yang memberi pulangan yang baik. Anda mungkin sedang berhadapan dengan pelaburan skim cepat kaya.

Dalam arus kemodenan, banyak syarikat-syarikat yang penawarkan pelaburan skim cepat kaya.

Kebiasaannya memang sukar bagi kita untuk mengesan helah yang mereka berikan.

Ada juga pemilik syarikat skim cepat kaya yang mendaftarkan syarikat mereka pada market luar seperti “Over The Counter” (OTC market) untuk mengaburi mata orang ramai.

Operasi syarikat mereka akan kelihatan meyakinkan dan menarik perhatian para pelabur mereka.

Tak salah jika anda ingin melaburkan wang anda untuk menggandakan simpanan dan sebagainya, tapi pastikan pelaburan anda itu bukanlah pelaburan di atas angin.

Target utama mereka yang menggiatkan aktiviti skim cepat kaya ini kebiasaanya golongan orang tua yang lebih mudah terpedaya dan mempunyai simpanan yang agak banyak.

Kepada anda yang pernah tertipu dengan skim sebegini, jadikan ianya sebagai pengajaran.

Bagi yang belum pernah tertipu dengan mana-mana skim cepat kaya, teruskan untuk berhati-hati sebelum membuat pelaburan.

Ada baiknya anda menggunakan simanan anda untuk dilaburkan kepada produk, atau syarikat tempatan yang telah disenaraikan oleh Bursa Saham Malaysia.

Selain berpeluang untuk mengembangkan simpanan, anda juga boleh menyumbang kepada aktiviti ekonomi tempatan yang semestinya membantu negara dalam pertumbuhan ekonomi yang sedia ada.
.
.
Pelajari teknik TRADING FCPO bersama tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman sebanyak 15 TAHUN dan MASIH AKTIF di dalam dunia Trading FCPO.

Sertai kelas trading FCPO bersama WR Trader Academy sekarang @

https://wrtraderfcpo.com/
https://wrtraderfcpo.com/
https://wrtraderfcpo.com/