Unit Pengurusan Asrama KVDLM
2.13K subscribers
1.26K photos
13 videos
272 files
107 links
Makluman, hebahan dan aktiviti penghuni kolej kediaman Aspura dan Aspuri KVDLM
Download Telegram
Ibu bapa SVM yg dihormati,

Berikut adalah senarai nama pelajar SVM yg telah lulus rayuan penempatan di kolej kediaman 2025.

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1CJuarO6VYo_9g9EghgDk3BmAcVjo65kE/edit?usp=sharing&ouid=109976901508440281732&rtpof=true&sd=true

Sebagai makluman, sesi rayuan kolej kediaman bagi pelajar SVM kini telah ditutup.

Ibu bapa/ penjaga yg gagal dalam rayuan boleh berhubung dengan En. Fildarus, (Ketua Felo), @ En.Hasrul ( KU Kolej Kediaman) bagi sebarang keterangan lanjut jika ada.

Terima kasih.
MAKLUMAN BERKAITAN DENGAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SVM SEMESTER 3 SESI 1 2024

Keputusan  semester 3 SVM ini boleh disemak melalui pautan
http://myresultsvm.moe.gov.my

SEMAKAN INI BOLEH MULA DISEMAK PADA JAM 10 PAGI 24/12/2024 SEHINGGA 30/12/2024 JAM 6 PETANG.

Sekian, harap maklum
Ibu bapa yg dihormati,

Berikut adalah sikap segelintir para pelajar lelaki yg meninggalkan dorm dalam keadaan sangat bersepah.

Unit Pengurusan Kolej Kediaman berasa amat dukacita akan perkara ini kerana peringatan telah banyak diberikan sebelumnya kepada para pelajar.

Maka,segala barangan yg ditinggalkan pelajar seperti diatas akan dilupuskan seperti pemakluman pihak kami di dalam Telegram ini sebelum ini.

Terima kasih.
Ibu bapa yg dihormati,

Berikut adalah makluman hari pendaftaran kolej kediaman pd tahun hadapan.

Mohon jasa baik ibu bapa/penjaga utk parkir kenderaan masing2 di kawasan :
1.Dataran kejat
2.Padang
3.Bangunan pentadbiran(sekitar pejabat)
4.Bersebelahan pondok pengawal

Setelah selesai segala proses pendaftaran, ibu bapa dibenarkan drop-off kenderaan di hadapan bangunan Aspuri & parkir bas. Sila patuhi arahan keselamatan daripada pengawal keselamatan bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas.

Pintu pagar belakang juga akan dibuka bagi laluan keluar kenderaan.

Pelajar diminta hadir berbaju korporat & imej pelajar perlulah selaras dengan buku peraturan KVDLM.

Terima kasih.
Ibu bapa yg dihormati,

Berikut adalah kadar khas bayaran yuran bagi pelajar 2 SVM Semester 4 sahaja:

1)Yuran Makan Asrama

Pendapatan ibu bapa RM 5000 & ke bawah = RM 125

Pendapatan ibu bapa RM 5000 & ke atas = RM 375

2)Yuran Mengaji( Muslim)
= RM 35

3)Sumbangan Kebajikan
= RM 15

Pengurangan yuran ini adalah tertakluk bagi bulan JAN-JUN 2025 shj memandangkan pelajar akan menaiki program DVM selepas cuti semester nanti.

Harap maklum.
Ibu bapa yg dihormati,

Unit Pengurusan Kolej Kediaman memberi ruang selewatnya hari Isnin ini (30/12/2024) sbg hari terakhir untuk pelajar menyelesaikan segala tunggakan yuran makan asrama.

Proses pendaftaran kolej kediaman pada tahun 2025 tidak dapat diteruskan sekiranya terdapat yuran makan yg masih belum diselesaikan.

Sila berhubung dengan En Fildarus ( Ketua Felo) @ En Hasrul ( Ketua Unit) untuk keterangan lanjut.

Terima kasih.
Ibu bapa yg dihormati,

Semua pelajar diminta membawa slip gaji/penyata pendapatan terkini yg disahkan daripada ibu bapa/penjaga sewaktu hari pendaftaran.

Penyerahan dokumen ini di kaunter bayaran yuran makan asrama kepada petugas berkenaan.

Terima kasih.
Ibu bapa/penjaga yg tiada slip gaji boleh menggunakan borang diatas untuk diserahkan di kaunter yuran makan asrama pada hari pendaftaran asrama Ahad ini.

Terima kasih.